Saturday, October 31, 2015

31 Years : Happy Birthday Papa Asya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


31.10.1984 - 31.10.2015
31 Years

Selamat Hari Lahir buat Superhero Mama+Asya ! 
Sekejap je kan.. dah 31 tahun. Kita kenal since umur 19.. Dari remaja, masuk ke usia dewasa & insyallah menuju usia tua bersama-sama.

Doa saya....  biarlah saya direct denganNya.
Semestinya saya sentiasa doakan yang baik-baik. Walau banyak sangat yang ingin dikatakan, tapi... tak tahu macamana nak ungkapkan..
  • Semoga sentiasa dimurahkan rezeki & dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa untuk menjaga keluarga kita. 
  • Semoga sentiasa tabah menjaga isteri yang sakit & banyak ragam. 
  • Semoga sentiasa sabar dalam mendidik satu-satunya anak kita.
Walau banyak sangat yang ingin dikatakan, tapi...
 tak tahu macamana nak ungkapkan..

 Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, October 26, 2015

9 Tahun

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Syukur alhamdulillah, hari ini 26.10.2015 genap 9 tahun usia perkahwinan. Nak wish sweet-sweet, face 2 face sudahlah. Hehe. Cuma saya berharap ikatan ini terus dirahmatiNya. Semoga kami suamisteri saling tabah, sabar menghadapi setiap rintangan dalam kehidupan berumahtangga . Walaupon usia perkahwinan 9 tahun, tapi kami masih lagi cuba untuk saling melengkapi kekurangan & kelebihan masing-masing.

Anak sorang, tak nak tambah ke?? Takkan sorang je?? Boleh dah tambah ni... Antara soalan cepumas yang sentiasa saya terima. Sungguh, walau sikit pun hati saya tidak terasa , cuma saya tidak tahu jawapannya. Sehinggalah baru-baru ni ada someone kata, anak sorang je sunyilah kehidupan. Hanya mampu tersenyum. He he. Tapi, demi Allah...saya amat bahagia walaupun hanya seorang anak. Walau sedikitpun saya tidak pernah rasa sunyi. Saya amat bersyukur dengan apa yang saya miliki ini, kerana ini adalah yang terbaik buat saya. Sekurangnya saya tetap diberi peluang untuk menjaga amanah Nya. Sebab ramai sangat tanya sebab apa tak tambah anak lah? Siapa tak nak anak ramai kan?? Cuma keadaan saya berbeza, mengalami masalah kesihatan y kronik & amat berisiko kalau saya mengandung ( sebagaimana saya koma sepanjang mengandung asya & 2 lagi anak syurga) .

Dan, tak mngkin saya boleh mengandung lagi, kecuali dengan keajaibanNya. Bukan menolak rezeki,tapi faktor kesihatan yang harus saya utamakan demi menjaga satu-satunya anak yang saya miliki Saya ikut nasihat doktor, jangan kerana tamak hendak anak tapi bila jatuh sakit saya sendiri tak mampu menjaga anak-anak. Ada benarnya.... dulu semasa saya sakit teruk saya tak berpeluang menjaga sebaiknya asya... Asyik masuk hospital. Tapi syukur alhamdulillah, dalam tempoh 2-3 tahun ni saya miliki semula kehidupan & dapat menikmati hidup dalam keadaan diri yang lebih sihat.

Berkahwin muda atau lewat bukanlah pilihan, namun ianya ketentuanNya. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk umatNya. Berkahwin muda atau lewat tiada untung atau rugi, semuanya ada hikmah tersembunyi. Bagi pasangan yang sama seperti saya, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Tak perlu rasa rendah diri, sebab apa yang dikurniakan adalah yang terbaik dalam kehidupan. Buat yang belum memiliki cahayamata pun, teruskan bersabar & berdoa. Percayalah Allah sedang aturkan yang terbaik untuk kita. Semoga perjalanan kehidupan kami yang mendatang ini akan terus dipermudahkan


Nak hashtag #mokanoksorang


 Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, October 15, 2015

Weekend : Pekan Kebudayaan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Weekend baru-baru ni sempat ke pekan kebudayaan sebagai mengisi masa cuti hujung minggu. Lagi pon dekat je dengan rumah. Kalau tak silap pekan kebudayaan ni bersempena dengan Hari Sukan Negara. Memang banyak booth pameran daripada pelbagai agensi , gerai jualan & funfair.. Berpeluh jugak lah pusing-pusing. Tapi pic tak seberapa rajin nak snap, just snap tempat yang tak ramai orang.

Yes... im still single..
Hehe

Salah satu booth feberet saya..  Sebenarnya saya berkenan nak tempah tulisan-tulisan kat board tu. Tulisan permanent, so tak perlu risau dengan tulisan hilang ke apa.  Just RM15/pcs. Plannya nak deko area dapur nanti. Banyak lagi kerja kayu, photobooth+aksesori dan macam-macam lagi yang kretip ni. Untuk detail boleh follow IG : italajin

Dekat booth ada macam-macam binatang. Tapi berkenan selfie dengan burung unta aje.

Kesian mok cik, penat menoreh ye..
Tapi mok cik maintain cenyum manih.

Last, kalo ada macam-macam permainan gak, wajib la nak rasmi. Kebetulan terjumpa sepupu dia,terus naik train sama-sama.

Tapi ada insiden buruk berlaku di Pekan Kebudayaan dimana, belon gas meletup & menyebabkan kecederaan pada budak. kalau tak silap sampai melecur n teruk jugak salah seorang mangsa tu. Tak tahu punca sebenar kejadian macamana sebab ada banyak versi. Ada yang saya baca puncanya disebabkan pemetik apiyang dihalakan pada belon tu & terus meletup. Maybe guna gas Hidrogen sampai jadi macam ni. Aihhhh, rupanya belon gas ni merbahaya jugak. Ada saya terbaca komen kes lain berkaitan belon pecah dan getah belon tu melekat kat keronkong. Tindak balas getah dan gas helium barangkalli. So kejadian macam ni boleh dijadikan iktibar. Kalau nak beli untuk anak utamakan keselamatan dan guna dengan cara yang betul. --> Detail kejadian KLIK SINI. & SINI

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, October 12, 2015

My New Hair

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tak ada cerita... kita cari cerita.. Gali punya gali, terjadilah cerita ini. Kisah 2 minggu lepas macam , sekali lagi kita cut...cut...cut rambut dia. Kali ke-3 potong rambut ni... kali ni dia yang beria nak potong rambut. Mama on je, lagi bagus... senang nak urus rambut time pagi nak ke school.

Seriusnya mok cik..

  Taraaaaa.... hasilnya

Petang tu ronda naik motor.. 1st time naik setelah hampir 2tahun trauma . Ermm... ok je sebenarnya, cuma takut-takut sikit esp area selekoh. Pusing-pusing taman perumahan ok lah.. lebih-lebih tak berani lagi.

😁Yeayyyy... berjaya update malam-malam buta ni... 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, October 7, 2015

Family Day 2015 @ The Legend Resort, Cherating

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Syukur alhamdulillah, dalam keadaan ekonomi kita yang kurang stabil ni, masih ada rezeki untuk company saya bekerja anjurkan hari keluarga untuk kesemua staff & family. Peluang terbaik nak bawa anak-anak bercuti dalam keadaan sekarang ni. Fasya pon tak terkecuali happy sebab dalam kepala dia nampak "KOLAM". 

Persiapan untuk event ni dalam masa kira-kira dua bulan kot, termasuk booking hotel, merancang segalap program,  game,hadiah & macam-macam lagi. Program berjalan selama 3H2M bermula 10-13 September 2015 di The Legend Resort Cherating. Tahun ni saya tak bertindak sebagai photographer majlis, jadi tak banyak pic yang snap. Next time kena jadi photo-G semula la.

Lupa nak ambik pic hotel ni dari depan.
Ni kat bahagian kolam. Bangunan sebelah kolam tu dewan untuk makan-makan or event.

Belakang tu bilik-bilik hotel.
Ala-ala kat Summerset Resort.

Dari balkoni dalam bilik

Pinjam pic papa asya.
Time ni mama sibuk setting dewan untuk dinner

Saya dapat connecting room dengan ofismate.
So time nak berbincang senang. Bilik hotel luas la jugak.
Tapi bilik mandi kecik sangat kot.
Dengan toilet rosak. Seksaaaa

Tapi puji dewan makan dia, besar & cantik.
Puji jugak menu yang disediakan, banyak & sedap.
Satu lagi, menu sentiasa di topup.
Tang dessert pon semua sedap-sedap.. Tapi x snap pic

10.09.2015
Check in pukul 3pm.
Petang tu bawa Fasya terjun kolam dulu.

Sebelah malam ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak mengikut kategori umur.

Pengawas pertandingan mewarna

Selesai pertandingan mewarna, ada aktiviti berkumpulan buat staff.
Constuction - membuat binaan  dengan hanya menggunakan surat khabar, tape & gunting
Grup saya dapat no.1 binaan paling kukuh & stabil

11.09.2015


Selepas breakfast, sesi bergambar kesemua staff & keluarga.

Bergambar tepi pool dulu

Otw ke tempat sukaneka

Lokasi sukaneka.
Yang tak best sebab tepi pantai, memang panas naww nawww

Antara game yang asya sertai untuk kategori 7-9 Tahun.
Semua tak menang. Haha.. Dah dia paling tecik..
Tenguk guni tu, besar dari orang

Antara games yang saya sertai.. 
Dalam banyak-banyak menanglah jugak untuk 3 game.
Ok dah tu.Habuannya wang tunai.

Hasil tepung gomak...
Bukan cari gula-gula..dah makan tepung terus ni

Sibuk daftar nama pemenang.
Game-game kategori lain malas nak share.
Share yang tuan blog sudah.

Sebelah petang setting dewan untuk dinner & hadiah untuk game kanak-kanak 1-12 tahun.
Kategori 13tahun hingga dewasa hadiah wang tunai.Cuma untuk kategori berkumpulan dewasa aje hadiah disediakan. Hadiah budak semua best-best. Sebenarnya acara pembahagian hadiah & cabutan bertuah sepatutnya diadakan pada keesokkan harinya, tapi last minute pihak hotel maklumkan esok ada event lain. Memang lari dari tentatif asal terus.. Apa-apa pun, kita semua cool..Nak tak nak kena adakan malam tu jugak. 

Papa layan asya tepi kolam.

Dinner : Theme Smart & Glomorous (Blue or White)
Saya pilih SMART untuk asya.
Pakai apa yang ada.

Mama & Papa with asya

Us

Dah tamat event baru sempat bergambar kat stage ni.

Ajk Majlis. Ada jugak kenangan.
Tak sempat snap pic sepanjang event berlangsung sebab sibuk sepanjang majlis.

Aihhh bercinta nak update blog sekarang ni. Entah nape, taip-taip tak habis & terbiar draft aje. n3 ni pon hampir sebulan kot kat draft...belum masuk n3 lain lagi. 
Takpelah bersangka baik... mood masuk 3series kot.
wake up..wake up...

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) H.O.L.I.D.A.Y (30) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) mama+papa+fasya (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) fasyafrinatraveltales (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)