Monday, October 26, 2015

9 Tahun

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Syukur alhamdulillah, hari ini 26.10.2015 genap 9 tahun usia perkahwinan. Nak wish sweet-sweet, face 2 face sudahlah. Hehe. Cuma saya berharap ikatan ini terus dirahmatiNya. Semoga kami suamisteri saling tabah, sabar menghadapi setiap rintangan dalam kehidupan berumahtangga . Walaupon usia perkahwinan 9 tahun, tapi kami masih lagi cuba untuk saling melengkapi kekurangan & kelebihan masing-masing.

Anak sorang, tak nak tambah ke?? Takkan sorang je?? Boleh dah tambah ni... Antara soalan cepumas yang sentiasa saya terima. Sungguh, walau sikit pun hati saya tidak terasa , cuma saya tidak tahu jawapannya. Sehinggalah baru-baru ni ada someone kata, anak sorang je sunyilah kehidupan. Hanya mampu tersenyum. He he. Tapi, demi Allah...saya amat bahagia walaupun hanya seorang anak. Walau sedikitpun saya tidak pernah rasa sunyi. Saya amat bersyukur dengan apa yang saya miliki ini, kerana ini adalah yang terbaik buat saya. Sekurangnya saya tetap diberi peluang untuk menjaga amanah Nya. Sebab ramai sangat tanya sebab apa tak tambah anak lah? Siapa tak nak anak ramai kan?? Cuma keadaan saya berbeza, mengalami masalah kesihatan y kronik & amat berisiko kalau saya mengandung ( sebagaimana saya koma sepanjang mengandung asya & 2 lagi anak syurga) .

Dan, tak mngkin saya boleh mengandung lagi, kecuali dengan keajaibanNya. Bukan menolak rezeki,tapi faktor kesihatan yang harus saya utamakan demi menjaga satu-satunya anak yang saya miliki Saya ikut nasihat doktor, jangan kerana tamak hendak anak tapi bila jatuh sakit saya sendiri tak mampu menjaga anak-anak. Ada benarnya.... dulu semasa saya sakit teruk saya tak berpeluang menjaga sebaiknya asya... Asyik masuk hospital. Tapi syukur alhamdulillah, dalam tempoh 2-3 tahun ni saya miliki semula kehidupan & dapat menikmati hidup dalam keadaan diri yang lebih sihat.

Berkahwin muda atau lewat bukanlah pilihan, namun ianya ketentuanNya. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk umatNya. Berkahwin muda atau lewat tiada untung atau rugi, semuanya ada hikmah tersembunyi. Bagi pasangan yang sama seperti saya, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Tak perlu rasa rendah diri, sebab apa yang dikurniakan adalah yang terbaik dalam kehidupan. Buat yang belum memiliki cahayamata pun, teruskan bersabar & berdoa. Percayalah Allah sedang aturkan yang terbaik untuk kita. Semoga perjalanan kehidupan kami yang mendatang ini akan terus dipermudahkan


Nak hashtag #mokanoksorang


 Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

34 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Tahniah Lya dan Suami semoga kekal bahagia selamanya..Takpelah sorang pun ok kan, maybe yang bertanya tu tak paham keadaan lya..Betul at least lya kena bersyukur still boleh pregnant dan masih punya anak kan..Moga lya dan keluarga terus dirahmati Allah sentiasa, Amin.

Yana Libra said...

happy anniversary :)

Khai♥Rin : anies said...

bila tak kawwen tanya bila nak kawen. bila dah kawen tanay bila nak ada anak. bila dah ada ank tanya bila nak tambah.... haiii mulut manusia 9spesis bangsa melayu) ni mmg ada je benda yg nak diperkatakannya... yap, sy pun kadang2 mrh jg bla kena tembak soalan2 mcm ni. tp at the end senyum je laa... lg pun bkn diorg tahu takdir n nasib kita kan? rezeki bkn boleh di beli mcm tu je... apa2 pun TAHNIAH UTK LYA DAN SUAMI. semoga berbahagia hingga ke syurga aminnnn

Kakzakie said...

Barokallah... tahniah dari kakak
Tak apalah Lya dah lebih bersyukur Allah kurniakan Asya seorg sebagai permata rumahtangga.

Moga terus berbahagia dan dlm keberkatan selalu.

Tina Othman said...

Tahniah lya

Anak bukan pengukur kebahagiaan pun

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Alhamdulillah.. tahniah Lya dan suami. samalah kita Lya, tak pernah sunyi walaupun anak seorang.. pedulikan dengan kata-kata orang.. Asya pun happy tu.. hihi

amirah said...

happy anniversary liya dan suami...moga berkekalan selamanya..betul tu liya...bersyukurla dengan apa yg kita ada..yg ada kita jaga sebaiknya..moga asya membesar jd anak solehah..anak yg membawa liya dan suami ke syurga insyaAllah...

Tengku Fauziana said...

Haoy anniversary lya..semoga bahagia hingga ke jannah..insha Allah..amin...

kayyana said...

Alhamdulillah.. tahniah lya.. happy anniversary. semoga ikatan lya dan suami kekal hingga ke jannah. Abaikan yang mengata kerana mereka tidak penting dalam kehidupan kita. mereka tidak bersama kita dalam susah atau senang. senyumlah sentiasa dengan kata InsyaAllah.. kalau ada rezeki adalah. Dah ada asya pun dah cukup bahagia kan. Bahagialah bersama mereka lya. Yana doakan lya sentiasa sihat. Dan bahagia gembira bersama family lya... =)

AnneRaini said...

selamat ulangtahun perkhwinana. semoga ikatan suci ini akan kekal hingga ke Jannah.

suhailah hamid said...

Alhamdulillah. Tahniah buat lya dan suami. Sudah menjangkau fasa kedua perkahwinan. Didoakan smg bahagia hingga ke jannah...

Puan Kutu said...

happy annivesary lya..sama usia perkahwinan kita..semoga bahagia hingga jannah lya..syukur ada jugak anak kan..dr org lain yg belum diberi rezeki anak..syukur dengan apa yg kita ada..cakap2 org tu kita senyumkan ajelah..

Chekgu Azrine said...

Tahniah sis..
Semga berkekalan hendaknya..
semoga dpt menjaga amanat Allah yg satu...

Diana Rashid said...

Alhamdulillah..Tahniah..Syukur pada Allah .semoga kekal bahagia ke syurga..Amin..:)

Cik Puan Eka said...

Alhamdulillah tahniah kak liya. Alhamdulillah ada sorang ank yg sgt ajaib. I follow ur story. Smoga bahgia sampai syurga.

Wa said...

Tahniah Lya...syukurlah dengan apa yang kita ada..jangan dengar cakap orang..yang penting kita bahagia...

TunSha Ayunie said...

Happy anniversary kak lya... kak lya bertuah sangat dapat baby ajaib iaitu Asya... sebab auni pun pesakit kronik yang sememangnya berisiko untuk mengandung... andai dikurniakan pun belum tentu dapat bertahan... mulut orang tak boleh tutup kan kak?? apapun semoga akak, abang fain dan asya sentiasa bahagia dan sentiasa mendapat perlindungan dari Yang Esa ! aminnnn....

Syima ~Mama Kyra~ said...

Alhamdulillah..tahniah Lya dan suami..takpe la sorang anak pun syukur padaNYA..kesian pada yg dah kawin berpuluh2 thn tp tiada zuriat lgsg..cam kami 10y kawin pun masih sorang anak..tp kami masih mencuba dan mencuba moga ada rezeki utk tmbh zuriat lg sblm masuk 40an..Org yg bertanya tu sbb dia tak paham dan tak penah merasa erti penantian dan kesabaran..hanya org2 yg terpilih je di uji oleh ALLAH..syukur kita salah seorang dari yg terpilih itu :)

Masya said...

happy anniversary awak, saya doakan kekal hingga jannah ... rezeki allah dlm pelbagai bentukkan ... yg penting kt syukur walaup ada seorang anak sahaja .. sebab sebaik² perancangan ialah apa yg aturkan .. bukan apa yg kt inginkan ... amin ... insyaallah kehidupan kt akan lbh baik bila kt redha dgn apa yg allah beri.

salwana nordin @ che'wa said...

happy anniversary lya :)

Allah jua yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya..

Dunia sementara, akhirat kekal abadi selamanya..inshaaAllah..

el said...

Alhamdulilah semoga bahagia hingga je jannah

Yati said...

Selamat ulangtahun perkahwinan, Lya. Semoga terus kekal bahagia, dan sihat.

Nafira usof said...

Happy Anniversary buat Lya n Fain.
moga kekal bahagia sampai ke syurga.

Lya n Fain salah satu pasangan yang Zura kagum.
susah senang harungi bersama.
Bilangan anak x penting, yang penting kita perlu jaga amanah itu sebaiknye.

Eintan Nurfuzie said...

tahniah2.. happy aniversery, smoga smuanya baik hendaknya

Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

Mardiah Diana said...

Salam singgah sini...Alhamdulillah dan selamat ulangtahun perkahwinan...memang soalan-soalan macam tu selalu di persoalkan....Diana pun menghadapi soalan bila nak ada anak...dah 9 tahun kawin masih tak ada anak....Siapa yang tak sedih bila di soal soalan macam tu...Diana dan hubby bersabar mengbadapi segalanya sebab Allah lebih mengetahui segalanya...

NanyFadhly said...

My words is stumbled reading this. My dear sister...1stly, congratulations on your anniversary. 2ndly, ALLAH S.W.T is know the best for you and your family. HE is the one and only judging us. Not HUMAN. Please take care of your self yer... :)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

Alhamdulillah..tahniah lya n happy anniversary yg ke-9..semoga terus dlilimpahi kebahagiaan dan keceriaan bersama family tercinta ya..=)

Mama Myja said...

love till jannah, insyaallah..

ANIM said...

happy 9th anniversary lya...
gitulah mulut manusia, tak boleh ditutup..

mama ila said...

selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 9 lya...Alhamdulillah ..semoga lya dan suami bahagia hingga ke jannah dan semoga asya membesar menjadi anak yg solehah =)

Mrs Little Voice said...

Happy Annivesary both of you. Semoga makin hari makin cinta hingga ke jannah

aryan azra said...

selamat ulangtahun lya...moga hubungan lya dan suami sentiasa didalam redha Allah swt, semoga cinta lya dan suami membawa ke dalam syurga

Fiza Rahman said...

Happy belated anniversary to both of you. Smoga kekal bahagia till jannah.

Cik Yanie said...

Alhamdulillah.