Wednesday, October 7, 2015

Family Day 2015 @ The Legend Resort, Cherating

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Syukur alhamdulillah, dalam keadaan ekonomi kita yang kurang stabil ni, masih ada rezeki untuk company saya bekerja anjurkan hari keluarga untuk kesemua staff & family. Peluang terbaik nak bawa anak-anak bercuti dalam keadaan sekarang ni. Fasya pon tak terkecuali happy sebab dalam kepala dia nampak "KOLAM". 

Persiapan untuk event ni dalam masa kira-kira dua bulan kot, termasuk booking hotel, merancang segalap program,  game,hadiah & macam-macam lagi. Program berjalan selama 3H2M bermula 10-13 September 2015 di The Legend Resort Cherating. Tahun ni saya tak bertindak sebagai photographer majlis, jadi tak banyak pic yang snap. Next time kena jadi photo-G semula la.

Lupa nak ambik pic hotel ni dari depan.
Ni kat bahagian kolam. Bangunan sebelah kolam tu dewan untuk makan-makan or event.

Belakang tu bilik-bilik hotel.
Ala-ala kat Summerset Resort.

Dari balkoni dalam bilik

Pinjam pic papa asya.
Time ni mama sibuk setting dewan untuk dinner

Saya dapat connecting room dengan ofismate.
So time nak berbincang senang. Bilik hotel luas la jugak.
Tapi bilik mandi kecik sangat kot.
Dengan toilet rosak. Seksaaaa

Tapi puji dewan makan dia, besar & cantik.
Puji jugak menu yang disediakan, banyak & sedap.
Satu lagi, menu sentiasa di topup.
Tang dessert pon semua sedap-sedap.. Tapi x snap pic

10.09.2015
Check in pukul 3pm.
Petang tu bawa Fasya terjun kolam dulu.

Sebelah malam ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak mengikut kategori umur.

Pengawas pertandingan mewarna

Selesai pertandingan mewarna, ada aktiviti berkumpulan buat staff.
Constuction - membuat binaan  dengan hanya menggunakan surat khabar, tape & gunting
Grup saya dapat no.1 binaan paling kukuh & stabil

11.09.2015


Selepas breakfast, sesi bergambar kesemua staff & keluarga.

Bergambar tepi pool dulu

Otw ke tempat sukaneka

Lokasi sukaneka.
Yang tak best sebab tepi pantai, memang panas naww nawww

Antara game yang asya sertai untuk kategori 7-9 Tahun.
Semua tak menang. Haha.. Dah dia paling tecik..
Tenguk guni tu, besar dari orang

Antara games yang saya sertai.. 
Dalam banyak-banyak menanglah jugak untuk 3 game.
Ok dah tu.Habuannya wang tunai.

Hasil tepung gomak...
Bukan cari gula-gula..dah makan tepung terus ni

Sibuk daftar nama pemenang.
Game-game kategori lain malas nak share.
Share yang tuan blog sudah.

Sebelah petang setting dewan untuk dinner & hadiah untuk game kanak-kanak 1-12 tahun.
Kategori 13tahun hingga dewasa hadiah wang tunai.Cuma untuk kategori berkumpulan dewasa aje hadiah disediakan. Hadiah budak semua best-best. Sebenarnya acara pembahagian hadiah & cabutan bertuah sepatutnya diadakan pada keesokkan harinya, tapi last minute pihak hotel maklumkan esok ada event lain. Memang lari dari tentatif asal terus.. Apa-apa pun, kita semua cool..Nak tak nak kena adakan malam tu jugak. 

Papa layan asya tepi kolam.

Dinner : Theme Smart & Glomorous (Blue or White)
Saya pilih SMART untuk asya.
Pakai apa yang ada.

Mama & Papa with asya

Us

Dah tamat event baru sempat bergambar kat stage ni.

Ajk Majlis. Ada jugak kenangan.
Tak sempat snap pic sepanjang event berlangsung sebab sibuk sepanjang majlis.

Aihhh bercinta nak update blog sekarang ni. Entah nape, taip-taip tak habis & terbiar draft aje. n3 ni pon hampir sebulan kot kat draft...belum masuk n3 lain lagi. 
Takpelah bersangka baik... mood masuk 3series kot.
wake up..wake up...

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

22 comments:

lieyalatif said...

seronoknye lya....ade gak family day hah...opis lieya dah lame tak buat..... rindu gak nak pi....

meriah jugak aktiviti yg ade...suke malam dinner tu...siyes korang satu family smart n elegan...lagi2 asya...comel sgt!

idzwa kamaruddin said...

wahh best nyer! pool pun besar giler!

Mama Zharfan said...

besh tu family holiday :)

AnneRaini said...

selalu jeles tgk org buat family day. kami ni harapanlah nak ade family day. makan2 tu pun kdg2 xde. haha.

mood skrg berjerebu.. hehe

suhailah hamid said...

Tahniah lya, menang 3 games. rezeki tu sbb dpt hadiah duit, hehe..apa apa pun family day memang best sbb dpt eratkan ukhuwah dengan rakan2 sekerja dan juga dengan family. bilik lya nampak besar dan luas seronok. makanan hotel pun sedap-sedap belaka alhamdulillah syukur :)

Nad MamaZN said...

bestnya otel dia! teringin nak jenjalan ke pantai timur.. ada plan, tp blum rezki lg ke sana..

Kakizan Omar said...

Seronoknya.. lama tak datang sini.. semoga lya n family sihat hendaknya.. Ameen

Yana Libra said...

wah...bestnye :)

norhidana miswan said...

apa yg boleh kata.... meriah, tempat pun best... happening....

Time Traveller said...

Menarik memang tertarik sungguh... pool dia puas hati.. :D

nik ros said...

wah bestnyer. teringin nak bercuti kat cherating ni.nak tunggu office buat aktiviti gini mmg tak dapat la.hihi

yanie yusuf said...

seronok bdk2 main pool...

el said...

ishhh x tau nak habaq apa lah...mesti best giler tu cherating tu woooo syokkk lah depa

Khai♥Rin : anies said...

family day kalu x de pool, resort, sukaneka makanan2...bkn nama family day hehehehe

ramai jg ya staf nyer..

Puan Kutu said...

Best sangat...part mandi pool paling best n ditunggu anak2..untung ye company buat event cmni kita pun tak payah keluar duit byk unuk holiday.hehe

Aisy Nasiha said...

Syoknya company bawa family day macam ni.. sejak jadi cikgu ni rasany masa kat johor dulu je ada family day mcm ni..orang selangor kata xda budget utk family day.. haha.. kelakar pun ada.

Seronok snagat kalau dapat stay hotel, main game ramai2, buat aktiviti utk anak2.. memang melepaskan semua tekanan yang ada tu..

Mrs Little Voice said...

haritu pi kuantan...lalu2 jugak cherating...mcm best jugak ek...

NanyFadhly said...

Sian budak tecik tu...tenggelam dari guni. Hahah...

QasehnyaRania said...

bestnya family day uols
meriah
anak anak comfirm terhiburkan
ada xtvt, dpt hadiah lagi

sama la saya lya.
gambar siap masuk draft type sikit pastu tinggal .
dok la terperap di draft tu sebulan dua..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

cantekk sgt pool dia..besarr.location bilik pon nmpak best sbb ada balkoni n ngadap laut..syg sket toilet rosak ye..

Cikna said...

Bestnye family day dia, hadiah Wang tunai tu lagi best...;-)

Cik Yanie said...

seronoknyaaa.