Tuesday, November 24, 2015

Berakhir Sesi Persekolahan 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekejap je kan... tup tup tup... dah berakhir sesi persekolahan untuk tahun ni.. Maka berakhir jugak sesi persekolahan darjah 1 buat Asya. Next year, dah naik darjah 2. Alahaiiii... dah besar baby ajaib mama ni.. sedihnya mama.. Makin hari makin membesar anak mama. Hakikat yang harus diterima.

Berkaitan exam akhir tahun Asya, ada subjek yang naik & ada yang menurun. Untuk final exam baru-baru ni asya just dapat 6A,3B,1C.. huhu.. Yang C tu dapat 69 markah untuk subjek math. Memang menurun daripada 90++ awal tahun aritu. Masa final exam aritu just sempat study subjek Dunia Sains Teknologi je.. Yang lain-lain berserah sebab kebetulan time final exam saya bizi dengan masalah dekat kerja. Huhu.. Agak mencabar, tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan & dapat diselesaikan akhirnya.

Apa-apa pun saya dah janji pada asya 1A dapat 1 hadiah sebagai reward atas usaha dia (Reward kedai RM2 je). Bagi saya perlu kita bagi reward untuk atas daya usaha anak-anak supaya dia akan lebih bersemangat untuk masa depan. Saya tak skor asya untuk kejar nombor kedudukan dalam kelas tapi skor setiap subjek dapat A & skor gred keseluruhan 90++ (A).. Memang sekarang walaupon exam dapat no 10, tapi kalau dapat skor gred 90 akan terima anugerah kecermelangan. Tapi saya tak pasti gred A dikira daripada Gred 86++ atau bermula 90++. Setiap anak ada kemampuan & kita mesti yakin dengan tahap kemampuan anak kita. Yang penting usaha & terus mengasah. Pendek kata, parang yang tumpul, bila diasah akan menjadi tajam akhirnya.

Antara kenangan darjah 1. 
Mama dah tak rajin nak ambik pic hari-hari macam time tadika dulu.
Bukan malas, tapi rushing setiap pagi...

TAEKWANDO

Selain tu, saya masukkan Asya ke kelas Taekwando under WTF sejak awal tahun dulu. Bagus juga untuk isi masa lapang dia. Lagipun latihan hanya seminggu sekali. Sekarang asya dah yellow Belt nak masuk Grade ke 7. Yang saya tahu, ada 9 Grade bermula dari White Belt hingga last sekali Red Belt. Harap berjayalah capai sehingga ke Red Belt.

1st day ke kelas Taekwando awal tahun dulu.
Uniform belum dapat.

Yeayyy..finally dapat uniform 

First day sarung uniform

1st time Grading..
White Belt (Grade 9) ke Yellow Belt (Grade 8)..

Sepatutnya baru-baru ni grading Yellow Belt Grade 7, tapi sebab sebelum tu banyak ponteng kelas, so grading ditangguh awal tahun 2016.

Cuti sekolah panjang ni mesti seronok plan cuti-cuti Malaysia..Dan ada jugak yang dah buat persiapan awal membeli baju-baju sekolah untuk tahun depan. Tapi kita kat papa timor ni kena standby untuk hadapi musim banjir. Kat sini dah mula hujan lebat, tapi belum berterusan. Harapnya keadaan tahun ni biasa-biasa aje. Risau jugak kalau rumah baru duduk ni naik air.. Mudahan dijauhi segalanya. H.A.P.P.Y  S.C.H.O.O.L  H.O.L.I.D.A.Y

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, November 17, 2015

Majlis Sambutan Hari Lahir Yang Ke-7

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

As usual, selalu ben-cinta nak update !


Syukur alhamdulillah akhirnya tertunai juga hajat untuk meraikan hari lahir Asya yang ke-7. Seperti tahun-tahun sebelum ni, walau sekecil mana pom saya akan berusaha untuk mengadakan majlis untuk Asya. Saya seronok bila tengok Asya happy. Kali ni sambutan sangat simple. Just makan-makan dengan adik-beradik. Persiapan pon last minute. Dengan propnya... malam sebelum majlis baru buat. Goodies langsung tak sediakan kali ni, lagi pon anak buah yang kecil 2-3 orang je, yang lain dah besor2 belaka. Biasanya saya buat goodies untuk classmate asya. Walaupom agak kelam kabut persiapan kali ni, apa yang penting semuanya berjalan lancar & meriah. Lagi meriah bila adik beradik saya & papa asya berkumpul. Bila 2 keluarga ni berkumpul...wahhh penuh rumah.

Menunya saya buat Nasi Minyak, walaupun plan asalnnya nak buat Nasi Sup Tulang Berempah  (ala-ala nasi sup sedap Pantai Marina).. Tapi last minute decide buat Nasi minyak je sebab senang & tak cerewet. Almaklumlah, masak banyak-banyak ni ketor paler lutut ambe. Ini pon dengan bantuan mama jugak. Alang-alang tu saya surprisekan jugak kek buat papa Asya sempena birthday dia yang ke 31tahun pada 31.10.2015 baru-baru ni.

Disamping itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang wish & mendoakan Asya, papa asya & ulangtahun perkahwinan kami kat entri2 sebelum ni.. 

Small & Simple Birthday Celebration

Sambutan kali ni tidak bertema bagai.. Tapi idea last minute... tinggggggggggggg . Secara tak langusng dah jadi theme Jeans lak. Kebetulan, Asya pakai gown Jean, papa Asya pakai kemeja Jean & saya pakai blouse ala-ala Jean jugak kalernya. Kebetulan plok, dekat banner tu saya letak image seluar Jean . 

Birthday Backdrop

Kebiasaanya, bila sebut je birthday party... backdrop salah satu elemen penting juga dalam memeriahkan majlis. Sebenarnya kalo tak ada OK aje. Tapi birthday & belon berpisah tiada. Sehari sebelum majlis, baru pening kepala duk fikir nak buat backdrop birthday. Semuanya spontan idea ni.

Birthday backdrop ala-ala 3D. Very simple but nice dimata saya.
Idea last minute.. Ntah camne tiba-tiba dapat idea nak buat ala-ala belon gas ni.
Just lekat dengan tape clear biasa tu. Tak kotorkan dinding ye.

Birthday Cake
Tapi....yang paling penting bila buat majlis harijadi ni semestinya KEK. Lagi-lagi budak-budak, walaupon just 1 slice cake, bagi je dia orang potong..confirm happy sangat kan. Kali ni saya tempah cake dari baker homemade, iaitu x-schoolmate. Tak tempah kat kedai kek seperti kebiasaan. Untunglah birthday dua beranak ni dekat-dekat, so saya terus tempah 2 biji kek untuk insan kesayangan ni. Bithday Cake stick banner tu saya buat sendiri je. Sehari sebelum majlis baru kecoh duk siapkan.

Special untuk birthday girl

Special with LOVE untuk birthday guy

Birthday Girl



Special untuk insan kesayangan mama. Yang amat bermakna dalam kehidupan mama. Alhamdulillah, anak ajaib mama dah besar. Suatu masa dahulu pernah disangkal kehidupannya. Satu masa dulu agak tipis peluang untuknya meneruskan kehidupan. Tapi kuasa Dia....


Asya & Kek


Asya & Sepupunya


Asya & Papa

Huhu... Asya berdua dengan mama tak ada ????
Baru perasan... huhuhu... 

Birthday Guy
Buat surprise kat Papa Fasya jugak...
Walaupun tak seberapa surprise, sebab dia tukang ambik kek ni.
Tapi takpelah... haha

My Small Family

Semoga kebahagiaan ini kekal selamanya..

Special for you...

Sebab Fasya dah besar, saya ingin berikan sesuatu yang berguna & tidak membazir. Sebab dia suka membaca buku cerita, so saya belikan buku cerita yang ada banyak kisah didalamnya. Apa yang penting isinya amat bermanfaat. Happy reading sayang !

 Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, November 13, 2015

Nasi Lemak Buluh + De Floria Cafe + Hungry Station

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ini bukanlah entri menunjuk-nunjuk ke apa.. Kadang-kadang takut jugak dengan pemikiran manusia ni. berikut. Kalo setakat makan Secret Recepi ke, KFC ke... dan seumpamanya xadanya nak buat entri bagai sebab depa dah sedia maklum femes & dikenali.  Hasil survey carian diblog saya, banyak masuk carian tentang "Tempat makan di Kemaman" , "Western Food Terengganu lah" dan macam-macam lagi. Diharap, dengan perkongsian saya ni akan menambahkan rezeki buat pemilik-pemilik restoran . Insyallah.

Nasi Lemak Buluh : Warung L.A

Salah satu warung feberet saya nih. Bagi saya rasa nasi lemaknya memang kena dengan selera. Sedap. Kata owner warung ni, idea untuk buat nasi lemak buluh ni datangnya dari kampung asalnya di Kluang, Johor kalo tak silap. Jadi orang Johor memang dah biasakan makan nasi lemak buluh ni. Paling saya suka , sambal kerangnya.. 

Lokasi :
Belakang JPJ Kemaman / Telekom

Sementara menunggu hidangan sampai.

Sebelum pekena Nasi Lemak Buluh, melawat kawasan sungai yang meninggalkan banyak kenangan waktu kecil saya. Sedihnya tengok keadaan sungai ni. Jadi macam ni sejak lepas kena banjir besar dulu. Suatu masa dulu sungai ni sangat cantik & menjadi tempat feberet saya & sepupu bermain setiap kali balik kampung ( Kampung la sangat.. hehe)

De Floria Cafe

Sebelum ni di kenali sebagai I Dhiya Cafe . Salah satu tempat feberet saya untuk pekena western food. Selain tu "Nasi Lemak Limited" dia sangat sedap & murah. Pendek kata, kalau nak makan Lamb Chop, memang kat sinilah pilihan saya. Selain tu spagheti dia pon sedap!

Lokasi ;
Kg. Paya Berenjut

Senarai harga

Fasya & Ice Cream Pancake

Hungry Station

Baru aje buka dalam beberapa bulan lepas.
 Harga makanan yang disediakan mampu milik. 

Lokasi : 
Betul-betul berhadapan Sek. Men. Keb. Chukai ( Premier) & bersebelahan A to Z Mart & Eco

Antara menu yang ada, tapi saya just beli sushi time ni.

Sushi yang 100% diyakini HALAL. Sebenarnya Ayunnie Russ Sushi ni sangat femes. Kalau tak silap, husb Ayunie ni pernah menetap/bekerja di Jepun. Selain tu beliau ada juga menjual Mee Udon. Selama ni asyik tengok kat FB aje. Akhirnya rezeki saya dapat jugak merasa, itu pun kebetulan beli barang dekat kedai A to Z Mart tu, terperasan ada kedai baru buka, try-try intai apa yang ada.. nampaklah sushi idaman kalbu ni. Hehe. Alhamdulillah rezeki saya dapat juga makan sushi Ayunie ni. Sesiapa yang nak cuba atau menempah sushi yang 100% diyakini halal leh contact owner FB : Ayunie Russ .

 Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Sunday, November 8, 2015

Random : Oktober 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Beli canopy ni dengan personal shopper ikea.
Untuk deko-deko bilik Asya. 
Kan best kalo ada cawangan ikea kat Pata Timor ni..

Bila mood dia nak bergambar datang...

Hamboii... dah anak dara sangat ni...
Dah pandai selfie-selfie syok sendiri...

Mood rajin kemain lagi...

Lunch with ofismate

Rempits dengan papa

First time ke sini walaupon dekat sangat-sangat dengan rumah.

Muka stress siapkan buku skrap DSV.
40% untuk final.. Fasya dapat markah 38%.

Aummm..sedappnya...

Projek larut malam dengan papa..
Sotong celup tepung!

Teaser...Majlis pada 6.11.2015
Hehhe... Alhamdulillah dipermudahkan segalanya majlis sambutan birthday Fasya..
Sambutan kecil-kecilan & simple aje...
Tapi eksited nawww bab buat backdrop ni..

 Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (61) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)