Tuesday, November 17, 2015

Majlis Sambutan Hari Lahir Yang Ke-7

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

As usual, selalu ben-cinta nak update !


Syukur alhamdulillah akhirnya tertunai juga hajat untuk meraikan hari lahir Asya yang ke-7. Seperti tahun-tahun sebelum ni, walau sekecil mana pom saya akan berusaha untuk mengadakan majlis untuk Asya. Saya seronok bila tengok Asya happy. Kali ni sambutan sangat simple. Just makan-makan dengan adik-beradik. Persiapan pon last minute. Dengan propnya... malam sebelum majlis baru buat. Goodies langsung tak sediakan kali ni, lagi pon anak buah yang kecil 2-3 orang je, yang lain dah besor2 belaka. Biasanya saya buat goodies untuk classmate asya. Walaupom agak kelam kabut persiapan kali ni, apa yang penting semuanya berjalan lancar & meriah. Lagi meriah bila adik beradik saya & papa asya berkumpul. Bila 2 keluarga ni berkumpul...wahhh penuh rumah.

Menunya saya buat Nasi Minyak, walaupun plan asalnnya nak buat Nasi Sup Tulang Berempah  (ala-ala nasi sup sedap Pantai Marina).. Tapi last minute decide buat Nasi minyak je sebab senang & tak cerewet. Almaklumlah, masak banyak-banyak ni ketor paler lutut ambe. Ini pon dengan bantuan mama jugak. Alang-alang tu saya surprisekan jugak kek buat papa Asya sempena birthday dia yang ke 31tahun pada 31.10.2015 baru-baru ni.

Disamping itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang wish & mendoakan Asya, papa asya & ulangtahun perkahwinan kami kat entri2 sebelum ni.. 

Small & Simple Birthday Celebration

Sambutan kali ni tidak bertema bagai.. Tapi idea last minute... tinggggggggggggg . Secara tak langusng dah jadi theme Jeans lak. Kebetulan, Asya pakai gown Jean, papa Asya pakai kemeja Jean & saya pakai blouse ala-ala Jean jugak kalernya. Kebetulan plok, dekat banner tu saya letak image seluar Jean . 

Birthday Backdrop

Kebiasaanya, bila sebut je birthday party... backdrop salah satu elemen penting juga dalam memeriahkan majlis. Sebenarnya kalo tak ada OK aje. Tapi birthday & belon berpisah tiada. Sehari sebelum majlis, baru pening kepala duk fikir nak buat backdrop birthday. Semuanya spontan idea ni.

Birthday backdrop ala-ala 3D. Very simple but nice dimata saya.
Idea last minute.. Ntah camne tiba-tiba dapat idea nak buat ala-ala belon gas ni.
Just lekat dengan tape clear biasa tu. Tak kotorkan dinding ye.

Birthday Cake
Tapi....yang paling penting bila buat majlis harijadi ni semestinya KEK. Lagi-lagi budak-budak, walaupon just 1 slice cake, bagi je dia orang potong..confirm happy sangat kan. Kali ni saya tempah cake dari baker homemade, iaitu x-schoolmate. Tak tempah kat kedai kek seperti kebiasaan. Untunglah birthday dua beranak ni dekat-dekat, so saya terus tempah 2 biji kek untuk insan kesayangan ni. Bithday Cake stick banner tu saya buat sendiri je. Sehari sebelum majlis baru kecoh duk siapkan.

Special untuk birthday girl

Special with LOVE untuk birthday guy

Birthday Girl



Special untuk insan kesayangan mama. Yang amat bermakna dalam kehidupan mama. Alhamdulillah, anak ajaib mama dah besar. Suatu masa dahulu pernah disangkal kehidupannya. Satu masa dulu agak tipis peluang untuknya meneruskan kehidupan. Tapi kuasa Dia....


Asya & Kek


Asya & Sepupunya


Asya & Papa

Huhu... Asya berdua dengan mama tak ada ????
Baru perasan... huhuhu... 

Birthday Guy
Buat surprise kat Papa Fasya jugak...
Walaupun tak seberapa surprise, sebab dia tukang ambik kek ni.
Tapi takpelah... haha

My Small Family

Semoga kebahagiaan ini kekal selamanya..

Special for you...

Sebab Fasya dah besar, saya ingin berikan sesuatu yang berguna & tidak membazir. Sebab dia suka membaca buku cerita, so saya belikan buku cerita yang ada banyak kisah didalamnya. Apa yang penting isinya amat bermanfaat. Happy reading sayang !

 Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

35 comments:

Yana Libra said...

cantiknya kek tu..hehe..lapar pulak rasa :p

mshazadoes said...

happy besday sayang :)

Falsya said...

mcm amek gambar dlm studio..hehe...tinginnye nak wat gini dekat qisya...;D

suhailah hamid said...

Wah rajin Lya masak nasi minyak, props pun simple dan menarik. Semoga Asya membesar menjadi anak yang solehah. InsyaAllah.

Asha Lya said...

Slmt ulg thn fasya ..wah da bsr sekejap her kan masa brlalu.mcm msh freshh lgi birthday fasya yg last year kan

AnneRaini said...

untung lya tinggal dekat dgn family. boleh jugak buat sambut besday mkn2 dgn family. kami ni kalo sambut pun ber4 jela. tu yg jrg buat smbutan. hehe

Rizziela said...

Kejap ajer dah besar anak dara Cute ni.. Mama masih mantain muda ajer lagi.

Happy birthday Aisya

Khai♥Rin : anies said...

idea yg spontan tu laa yg paling best! sy suka idea ni!

Khai♥Rin : anies said...

btw, happy belated 4 both of u!!! ;-)

Eliss Mie said...

walaupun simple tapi bermakna buat insan tersayang kan :) selamat hari lahir buat both kesayangan Lya, semoga sentiasa bahagia.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Happy belated birthday buat Asya dan papanya tu..
Elok pulak besdaynya sama..
Semoga bahagia semuanya..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

bestlah Lya ni banyak idea.. suka idea 3D tu

Ibu Lala said...

Cam mana lya susun gambar tu. cantik la.

Nafira usof said...

Zura selalu kagum dgn birthday party Asya yang Lya buat.. walaupon simple tapi still nampak menawan. itu lah hebatnye apabila sesuatu di lakukan dengan penuh kasih sayang. Zura pasti, Asya pasti merasainye.
Tahniah Lya.

Selamat Hari Lahir Asya~

Bunda_nora said...

wah! selamat hari jadi fasya... makin besar semakin manis semakin pandai berposing...

Diana Rashid said...

hari tu tengok dah lya dok update gambar ni kat fb..dok tunggu juga bila dia update dalam blog..akhirnya..keluar jugak entry ni..ehheheeh....

- dieyana - said...

simple, tapi serius cantik! kreatif. kek tu pun menarik!

hepi besday asya!

Ema Johari said...

simple dan menarik deconya...happy belated birthday asya.

Nad MamaZN said...

menarik sangat! suka sangat! simple but nice. mama asya mmg kretif :)

salwana nordin @ che'wa said...

dr akak kenal lya, mmg pandai dan rajin hias majlis harijadi asya..walaupun simple tetap npk kemeriahannya :)

selamat harijadi yg ke 7 thn asya!!!semoga menjadi anak yg solehah berjaya dunia akhirat..inshaaAllah

thn depan dah darjah 2 kan :)

NanyFadhly said...

Lovely!!! cantik-cantik gamba semuanya..selamat hari lahir adik manis! semoga membesar menjadi anak yg solehah , taat ALLAH SWT, Rasul, ibu dan bapa.

kayyana said...

btul kadang kadang idea yg spontan tulah yg creative... kek tu nmpak sedap nye.. hihihi..

eima said...

betsnye asya ... tetiap tahun mama buat celebration ....

Ena said...

Kreatif nye lya ni kan
kalo ena sambut besday anak
lg la smple
ada kek je...
klo ada belon bagai2 ni
maknanya ada adik ipar
sbb dia suka
klu ena mmg simple.. haha

el said...

kagum ngan kreativiti lya
gambar superBBBB

SHERWIEYNA MUZZAWER said...

Happy birthday sayang..semoga jadi anak yang baik ye..

Wa said...

Happy besday Asya n papa Asya..kreatif betul.gambat Asya pegang belom tu.Biar simple tapi lawakan.....moga Asya cepat-cepat besar dan boleh jaga mana dia hihihi

Yati said...

Ada talent Lya ni, buat backdrop dan lain-lain. Untung Asya, ada mak rajin. :)

Kesuma Angsana said...

Salam...happy belated birthday asya, pasti seronok diraikan kan family kan..

Yana Yani said...

walau lya kata simple, nampak kesungguhan
lya sediakan semua ni untuk insan tersayang
kagum dengan kesungguhan lya
suka sangat tema ni walau nampak simple
cantik

LydSunshine said...

Comel sgt backdrop tu Lya. Simple je tapi sweet.

Amanina Mads said...

happy belated birthday asha.. semoga menjadi anak yg solehah

Amanina Mads said...

lawanya kek lya.. terliur tgk. hehe

aryan azra said...

simple tapi menarik

Norazizah mat ujalan said...

Salam Sejahtera ............
we provide kids table and chair for rental. Do SMS/Whatsapp at +60123288522 Let your child enjoy doing activity and dining in a GREAT setting table!!