Monday, December 28, 2015

Pusat Rawatan Ayah Chik Dungun

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Sekarang kita dah berada di penghujung tahun 2015, hanya beberapa hari lagi sebelum memasuki tahun baru. Cepat sungguh masa berjalan kan. Terima kasih saya ucapkan atas segala kata-kata semangat untuk entri sebelum ni.Ya, untuk saat ini saya diuji…malahan saya dalam fasa menempuhi ujian ini & cuba untuk menghadapinya. Sesungguhnya, saya redha & akan cuba bertenang menghadapinya. 

Oklah, saya just nak share salah satu pusat rawatan yang mengunakan kaedah ayat suci Al-Quran , iaitu Pusat Rawatan Ayah Chik. Rupanya sangat femes dia ni. Kalau google, dah dapat liputan daripada akhbar tempatan. Lokasinya terletak di Dungun , Terengganu. Nak pergi ke rumah dia pon sangat mudah. Guna je app Waze & search rumah Ayah Chik Dungun… confirm jumpa.

Semasa sampai tu dalam pukul 10am++.. Orang memang dah penuh. Daftar & ambik no giliran, dapatlah no 32. Yang datang pulak dari pelbagai negeri. Sampai turn saya, Ayah Chik just tanya berkaitan masalah kesihatan yang dihadapi & terus tekan pada bahagian tersebut sambil membaca surah Al-Quran. Tak diakui, memang rasa sakit sikit semasa ditekan tu. Tak sampai 10minit pon , dah siap. Bayaran plak seikhlas hati kita. Ada disediakan tabung macam kat masjid , selepas berubat kita masukkan je seikhlas hati kita..

Ini sebagai salah satu ikhtiar.Papa Fasya lah bersungguh bawa saya berubat cara alternatif jugak. Manatahu, dengan izinNya, berlaku keajaiban. Sebab baru sekali pergi, jadi saya tak leh nak share lagi perubahannya.. Tak pelah, selagi ada jalan, cuba ikhtiar.

Balik daripada berubat tu, singgah Romantika Decomart, cuci-cuci mata & adalah jugak tersambar untuk deko-deko kat rumah. Alang-alang ambil cuti, guna peluang tu bawa Fasya tengok wayang cerita The Good Dinasour. Dah lama jugak tak masuk panggung ni. Ending cerita dia memang sedih giler.. Fasya sampai tahap tangkap leleh.
Sebelum bertolak pagi tu.. Dan-dan je time mama snap pic dia, terbersin…

Singgah tengok wayang.. Selepas beli tiket wayang, kita kenyangkan perut dulu.

Cerita belum start, sempat pusing mall seround… 
Sambil-sambil snap pic kat photobooth ni

Happy sangat dia leh tengok filem The Good Dinasour ni.
Ending dia sedih… sampai menangis Fasya dibuatnya.
Betul-betul menghayati ni..

Bacaan Doa Untuk Orang Sakit
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُ وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
ALLAHUMMA RABBANNAASI ADZHIBIL BA'SA WASY FIHU. WA ANTAS SYAAFI, LAA SYIFAA-A ILLA SYIFAAUKA, SYIFAA-AN LAA YUGHAADIRU SAQOMAA 

Artinya: “Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain” (HR Bukhari dan Muslim).

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

23 comments:

Salina@IbuAqil said...

Lya take care lya..
Lya kuat..
Kita kuat..
Kita istimewa..
Allah syg sgt kat kita..
Sbb tu dia pilih kita..
Dia nak bgtau betapa kasihnya dia dkt kita..
Insan yg dia pilih..
Dia tarik nikmat kesihatan namun masih dia bg nikmat2 dikelilingi insan yg syg dan ikhlas pd kita..
Lya, doa ina sentiasa iring lya dr jauh..
Peluk cium utk baby asya..
Thn dpn drjah 2 yeayyyy!!

mummy_ayu said...

insyallah....moga keajaiban tu terjadi pada Lya & family..
moga urusan Lya berjalan dgn lancar & dipermudahkan..

Ayu pun bawa Ian & Iris tgk cita Good Dino tu..byk dpt dipelajari.kan?
and...memang sedih pun.

Puan Kutu said...

betul tu lya semoga ada keajaiban..kita hanya ikhtiar..pada Allah juga kita berserah

idzwa kamaruddin said...

kamu kuat kan..saya doakan semoga awak kembali sembuh dan kuat ok.

Didie Kamila said...

Semoga lya tabah hadapi apa juga dugaan..
dan semoga masalah dan dugaan dapat diselesaikan..

Kakzakie Purvit said...

Selagi tidak bercanggah dengan agama tidak apa Lya
Moga Lya terus diberi kekuatan dan sihat seperti yg diharapkan.

eima said...

Semoga cpt sembuh lya.....

aziekz said...

Semoga sentiasa tabah..ad hikmah disebaliknye..insyallah,,dipermudahkan..ameen

nesaprima.blogspot.com

Yana Libra said...

moga diberi kesembuhan ye :)

insya'Allah

LydSunshine said...

Selamat bukan ayoh pin. Hehe. Gurau je. Yang ni bukan yang bedah batin yg Lya pernah pergi dulu kan? Takpe Lya, bagus juga cuba rawatan alternatif. Asalkan menggunaka ayat2 Al Quran. Lagipun bayaran ikut ikhlas hati. Nmpak la ayoh chik ni ikhlas nak membantu, bukan nak kaut untung je.

che mid said...

Assalamualaikum sis.. sentiasa rindukan entri darimu. Andainya lepas ini ada kisah sedih lagi.. akak sedia menemani di sini. Allah memang sayang kita sangat-sangat dik. Dan Allah juga sangat-sangat dekat dengan kita..berpaut padaNya kuat-kuat dik. Insyaallah Dia akan pegang kita kuat-kuat juga. Aamiin. Take care..

QasehnyaRania said...

semoga lya terus kuat dan tabah..
berusahalah..
kami doakan dari jauh

take care lya..

suhailah hamid said...

semoga lya cepat sembuh inshaaAllah, selagi boleh ikhtiar kita ikhtiar ye.
crita dinosaur tu anak sue pasti suka, belum berkesempatan tengok lagi :)

NanyFadhly said...

Semoga diberi kesembuhan dari segala penyakit. Anyways, ceta good dinosaur tuh memang best! mak ayah pun tumpang sekaki layan. :)

abuikhwan said...

Assalamualaikum,
memang ada tengok dalam fb mengenai rawatan ayah chik ni...melihat pada kasut tu memang ramai pesakit yang datang...Apapun, mudah-mudahan diberikan kesihatan dan dipermudahkan semua urusan..

lieyalatif said...

lya...ape kabar...kami kawan2 doa yg terbaik utk lya...sabar dgn segala dugaan yeak lya...in sha Allah jgn putus doa dan harapan....

take care lya...

tiga lalat said...

semoga dipermudahkan., aminn

adarnadzmie said...

insyaAllah...selagi kita berusaha...

semoga Iya sembuh secepat mungkin...:)

Diana Rashid said...

Betul tu Lya..yang penting ikhtiar ...

Zefa NorAsmara said...

Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain..

Ya Allah, berikanlah kesihatan yg baik kepada sahabat kami Lya. Berikan kepadanya kekuatan dan ketabahan..

Aamiin ya Rab..

dear anies said...

semoga lya kembali sembuh dan ceria...

setiap ujian itu sudah ada jawapannya kerana Dia tidak akan mendatangkan ujian itu melainkan kita tahu yang kita boleh mendepaninya...

Qaseh Vee said...

saya juga lbh percayakan perubatan menggunakan al-quran . hospital hanya bila kita perlu melakukan pembedahan saja ...

Poly Sales said...

sakit itu ganjarannya keampunan dari ALLAH..