Thursday, December 31, 2015

Selamat Tinggal 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

31.12.2015, last entri untuk tahun ni…. Tamatlah perjalanan hidup bagi tahun 2015. Segala kenangan pahit manis sepanjang 2015 akan terus tersemat dihati. Dalam melayari kebahagiaan dalam kehidupan, tiba-tiba kita diuji dengan perkhabaran yang amat pedih. Sekitar Mei 2015, saya menjalani 2 pembedahan . Alhamdulillah..dah sihat selepas itu. Sangkakan panas berpanjangan, tiba-tiba halilintar memecah bumi---> tu diaaaaa…jiwang karat dah.. Haha.. Sekitar akhir Oktober 2015 mendapat perkhabaran yang agak buruk. Namun, harus redha & terimanya dengan terbuka. Saya pasti, pelangi akan muncul lagi..Cuma saya perlu bersabar.

Oklah..semoga kita semua tabah menghadapi tahun 2016.. Tahun 2016 yang bagi saya adalah permulaan yang penuh cabaran untuk kita rakyat Malaysia. Harus bersiap sedia dengan kos sara hidup yang makin meninggi. Apa-apa pun, kita doakan semoga kita semua mampu menghadapi krisis ini dengan sebaiknya. bertabahlah semua rakyat Malaysia. Semoga segalanya dipermudahkan. Dan bagi diri sendiri juga, semoga saya dapat menempuhi 2016 ini. Ada cabaran besar untuk saya hadapi.. 14.01.2016 saya akan menjalani pembedahan. Doakan saya semoga dipermudahkan segalanya. Apa yang berlaku ni terlalu pantas & mengejut. Saya akui, saya masih sukar untuk terima hakikat... tapi saya cuba redha & cuba jalani kehidupan seperti biasa. Penguatnya, suami, anak, keluarga & sahabat saya semua. Terima kasih semua….

Random Disember 2015


Senyum dalam kepahitan

Asya & cupcake

Teringin nak makan nasi kukus Dusun Nyior yang agak femes kat sini.
Tq papa Fasya, sebab tunaikan permintaan ni.

Kesian asya... dan-dan je posing untuk mama, 
papa lalu dengan penyapu lak.

Ok,,,kita snap semula

Pekena Roti Tisu ala-ala topi ahli sihir dah.

Keluar awal pagi ikut mama kepersidangan perbentangan budget 2017..
Haha tipu je..

Take five...

Balik taklimat tu, survey meja makan.. 
Memang tunggu Y.E.S , rasanya yang mana pilihan saya?

Belanja fasya makan di De Floria Cafe...
Pic yang bawah tu Grill Beef Burger. Recommended sangat!
Sedap & harga berbaloi-baloi... Just RM8

Ambil cuti panjang Maulidur Rasul & Krismas baru-baru ni ke Gio Mall. Kat sini pelbagai butik ada , seperti Bella Ammara, Catleya, JubahSouq dan macam-macam lagi. Tapi hari saya pergi 24.12.2015 butik-butik tu belum buka lagi. Grand Opening untuk butik2 ni keesokkan harinya. Tak kisah pon, sebab saya kesana bukan nak masuk butik-butik pom..Just nak cari kain kat Gio Fabric.. hehe.. dah jumpa kain baju raya 2016. Haha.. Cepat sungguh kan?? Saya selalu ambil peluang sales akhir tahun ni untuk beli kain pasang ni. Bayangkan kain yang saya beli ni harga normalnya ialah RM17++ semeter, dan saya dapat pada harga RM8++ semeter.

Misi mencari barang-barang. 

Kalo bulan 12 ni, kat mana-mana mall pun memang meriahlah deko-deko krismas ni.

Aummm.. pekena aiskrim dulu..

Finally jumpa apron for kid ni kat Daiso. 
Saya beli juga sebab apron ni akan digunakan untuk subjek Dunia Seni Visual kat sekolah. 
Selama ni Fasya pakai apron besor mama je..

Oklah... sekian secebis kenangan untuk tahun ni. 
Semoga kita semua mampu menempuhi tahun-tahun yang mendatang ini...
 Selamat Datang 2016

Bacaan Doa Untuk Orang Sakit
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُ وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
ALLAHUMMA RABBANNAASI ADZHIBIL BA'SA WASY FIHU. WA ANTAS SYAAFI, LAA SYIFAA-A ILLA SYIFAAUKA, SYIFAA-AN LAA YUGHAADIRU SAQOMAA 
Artinya: “Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain” (HR Bukhari dan Muslim).

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

24 comments:

Ena said...

Selamat tinggal 2015 dan selamat datang 2016
Moga 2016 lebih memberi keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua.Moga segala urusan Lya juga dipermudahkan, diberi kekuatan iman dan fizikal mengharungi segala ujian.

Rizziela said...

Selamat tahun baru

Puan Kutu said...

semoga dipermudahkan lya utk operation yg akan datang..semoga terus tabah melawan setiap ujian sakit yg Allah beri pada lya..

Selamat tahun baru 2016..semoga tahun baru ni lebih bersinar utk lya sekeluarga

dear anies said...

gelak sy tgk mbr penyapu interprem tu hahahaha

dear anies said...

selamat thn baru lya & keluarga

lieyalatif said...

selamat tahun baru 2016 lya...moga tahun 2016 memberi 1001 keberkatan dan rahmat pada kite sekeluarga.....amin

el said...

babai 2015
welcome 2016

Zee Suhaini said...

selamat tahun baru lya..
kuatkan semangat..moga semuanya berjalan dengan lancar..

Keladi Ubi said...

Selamat..thun baru..drp keladi..blogwaking here....follow sy ya...

norhidana miswan said...

puas hati layan banyak gambar.... mcm2 aksi si asya... mmg jns mesra kamera... gambar ngn kene bom ngn papa nyer ada penyapu hijau tu pun akak tgk cun

geram nengok menu makanan tuh... semua sedap2 n murah betul harganya

Saniah Ahmad said...

salam tahun baru lya,, lama tak menyinggah sini,, semoga tahun baru dengan ilham yang baru hehe..

idzwa kamaruddin said...

sebak baca entry nie...semoga dipermudahkan semua urusan kamu lya

Nafira usof said...

Amin.. InsyaAllah Lya.
sama2 kita doa, semoga Tahun 2016 menjadik tahun yang lebih baik. amin~

Semoga Lya terus kuat hadapi dugaan yer. Kami semua sentiasa mendoakan Lya~

Yati said...

Selamat tahun baru, Lya. Semoga segalanya dipermudahkan untuk Lya sekeluarga.

Aisy Nasiha said...

Moga Lya tabah menghadapi dugaan penyakit.. moga Allah berikan kesembuhan segera buat Lya.. suka tgk gambar Fasya yang sentiasa nampak ceria tu.. moga keceriaan Fasya akan memberikan kekuatan buat Lya nak menghadapi dugaan yang diberikan.. insyaAllah

che mid said...

Aduiii... tepilah penyapu oiii ha ha

Selamat menjalani pembedahan adikku. Insyaallah, yakin semuanya akan lancar dan pulih spt sedia kala..Aamiin

QasehnyaRania said...

in shaa Allah lya..
lya kuat dan tabah.
kami doakan semoga semuanya berjalan lancar.aamiin

selamat tahun baru lya.. :)

Salina@IbuAqil said...

Semoga lya kuat dan diberi kesihatan yg baik..
Aamiin!
Lya operate apa?
Ina 13/1/2016 appoitment mri jantung..
Lya semoga 2016 tahun lbh baik utk kita sekeluarga.. In shaa Allah!
Lya take care..
Selamat tahun baru..
Muahciked utk nanti ibu tu.. Hikhik!

NanyFadhly said...

Selamat tahun baru Liya and family!!!!

Qaseh Vee said...

semoga dipermudahkan pembedahan itu dan lya terus tabah menghadapinya ... ujian itu krn Allah sygkan Lya ...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Hi lama x singgah sini
Alhamdulliah semua Sihat ekkk❤️

Mardiah Diana said...

Selamat tahun baru 2016 buat Mama Asya.... comel² gambar Fasya ni...geram MD tengok anak ajib Mama Asya ni tau...menu makanan tu semua sedap lah....

Ena said...

Nape komen kita x masuk ek??

Mawar Assufi said...

Selamat Tahun Baru Okayy... Dah lambat dah nak wish.. hehe

BTW, Jemput akk join jom kalau free.. Kita tag akak :)

http://mawarassufi.blogspot.my/2016/01/segmen-bloglist-beeha-10.html