Sunday, May 31, 2015

Bento Asya : Mei #1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Yeayyyy!! Bersorak gembira kaum-kaum ibu sebab boleh la berehat sikit sepanjang seminggu dua sempena cuti sekolah ni. Ada juga yang ambil peluang cuti ni untuk hantar anak ke kem-kem yang berfaedah & ada juga yang bercuti. Insyallah, ada plan nak bawa Fasya jalan-jalan juga. Moga dipermudahkan segalanya. Oklah, back to topic, bekal yang sempat saya sediakan sepanjang Mei 2015, iaitu selepas saya pulih daripada pembedahan. Memang agak mencabar untuk memulakan semula. Mencari mood tu yang susah, jadi permulaan bekal just yang simple-simple aje. Last-last baru rajin nak buat nasi minyak bagai. Baru je up semangat, dah cuti sekolah, harapnya buka sekolah nanti tak lemau la.

17.05.2015
Mee Maggi Sup - Mee maggi yang direbus & toskan + sup ayam

18.05.2015
Nasi himpit. Memang dia makan kosong je + Biskut Weetameal

19.05.2015
Mee Hoon Goreng + Apam Polka Dot

20.05.2015
Roti Bakar Planta + Choc Moist Cake

21.05.2015
Mee Calong . Febret asya. 
Tapi dalam sup asya saya buang fishball homemade, sebab asya tak makan ikan.

24.05.2015
Roti Canai cicah susu pekat

25.05.2015
Roti Bakar Planta Gulung-Gulung + Biskut Ikan

26.05.2015
Roti Susu+Coco Crunch

27.05.2015
Nasi Putih+Sup Ayam+Ayam Goreng

28.05.2015
Nasi Minyak Ayam Goreng tanpa kuah + Biskut Chipsmore.

Crdt pic untuk ibu Mia . 
Kebetulan dia ke sekolah time ni.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, May 25, 2015

Exam Week

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Cepat sungguh masa berjalan kan, sekarang kita dah hampir ke pertengahan tahun. Minggu ni adalah minggu peperiksaan. Merupakan pengalaman pertama dia menghadapi exam besar. Walaupun hanya exam pertengahan tahun, tapi saya tetap memberi fokus yang lebih untuk persediaan exam. Just banyakkan latih tubi, esp subjek math. Lagi-lagi sekarang sistem KBAT... jadi saya banyak buat soalan latihan KBAT agar dia terbiasa. Saya tak letak harapan tinggi buat asya, cuma saya berharap asya tenang & dilapangkan dada sewaktu menjawab exam. Oh ya, saya dimaklumkan cikgu pusat tuisyen, asya dapat tempat ke-2. Alhamdulillah. Sepanjang sesi persekolahan tahun ni, asya hadir kesekolah setiap hari..Setakat ini tak ada lagi ponteng kelas atau cuti sakit. Syukur alhamdulillah, dia diberikan kesihatan yang baik . Harapnya berterusan hingga ke akhir tahun. Bangun pagi pon walaupun ada masa bermacam ragam, tapi semangat ke sekolah tak pernah luntur.. Tak pernah lagi setakat ni buat hal tak nak ke sekolah. Mama doakan semoga anak mama & kawan-kawan seangkatannya dilapangkan dada & dipermudahkan untuk menjawab exam. Habis exam mama bawa asya cuti-cuti! Yang pasti mama janji kali ni nak tunaikan impian asya sejak umur 3tahun, nak naik LRT. 

Antara kenangan yang sempat diabadikan sepanjang setengah tahun sesi persekolahan.
Sebenarnya pic-pic ni saya nak update perkembangan dia kat sekolah, sekali lama dah dalam draft.. terus delete & abadikan kat sini.
Yang tak pakai tudung tu bulan pertama di sekolah.





Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, May 21, 2015

Bento Asya : April #2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lama tak bersua...update-update je terus up bento. Time ni merupakan satu cabaran yang hebat dalam penyediaan bekal untuk asya. Saya sakit-sakit & demam teruk..tapi tetap gagahkan diri sediakan bekal walaupon sekadar roti. Tp syukur, dalam kepayahan tu saya berjaya juga & rasa puas hati bila anak makan hasil airtangan sendiri. Namun, ujian kehidupan apabila saya perlu dibedah pada 24hb April yang lalu... masa tu risau fikirkan bekal untuk dia. Selepas keluar wad, saya still sakit & tak boleh bangun sendiri.. Namun saya amat terharu dengan kesungguhan papa asya sediakan bento untuk asya. Serius, saya amat terharu sebab papa asya membuatnya dengan sepenuh hati. Bangun awal pagi, masak bubur atau apa-apa saje permintaan dari Fasya. Kalo bukan sebab saya sakit, saya sendiri tak tahu papa asya pom mampu lakukan,asalkan istiqamah. Macam-macam jugak, antaranya donut bentuk pinochio la, Saya suruh dia snap semua pic bekal yang dia sediakan sepanjang saya sakit.. Tapi katanya, x sempat..rushing...sebab semua kerja dia take over.. TQSM papa... bila Fasya besar, mesti dia terharu apa yang papa dia buat walaupon hanya sekadar bekal biasa. Tapi..bila saya dah sihat sepenuhnya, saya lah ambil alih sediakan bekal untuk Fasya. 

Antara bekal yang sempat saya sediakan walaupon dalam keadaan sakit & sebelum dibedah,.

19.04.2015
Fries & Ayam Crisphy

20.04.2015
Cucur Lemak Manis + Roti Sosej Goreng
Sebenarnya nak buat roti sosej bunga.. tapi tak menjadi

22.04.2015
Mee Lidi + Sup

23.04.2015
Burger & Bijirin MILO
Last bekal yang saya sediakan untuk asya. 
Petang tu saya jatuh sakit & esok malam operation.

12.05.2015
Satu-satunya pic air tangan papa yang sempat di snap..
Haha.. orang lelaki kan, biasalah.. 
Tapi Fasya happy sangat tengok burger ni. Siap mata & hidung.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, May 8, 2015

Hanya Kita Yang Rasa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Fuhhhh... finally berupdate juga ! Rasanya saya dah tak rajin macam dulu lagi. Semangat tu ada, tapi blurrr bila nak m'update. 1st entri di bulan Mei... harapnya bukan juga yang terakhir di bulan ni. Hehe. Sebenarnya, hari tu berkobar je nak update, tapi ditimpa musibah. Kita hanya mampu merancang, hanya Allah menentukan segalanya.

Samalah apa yang terjadi pada saya, selama saya tak update blog ni sebab cuti panjang. Masih diuji berkaitan kesihatan diri. Tak macam dulu-dulu, bila masuk wad je... saya bagitau kat FB ke. Sekarang entah lah... rasa macam nak privacy. Maybe seiring dengan usia yang semakin tua dan matang. Dulu umur awal 20-an, muda belia , tak bijak mengawal emosi & perasaan sedih, semua nak diluahkan. Apa-apa pun, sakit kita hanya kita yang rasa & tahu. Peritnya kita menanggung, hanya kita yang rasa. 

Bulan 4 aritu saya sakit perut mengejut... sakit teramat sangat. Terus ke hospital & disahkan Apendix. So, doc buat pembedahan emergency pada keesokkannya. Tapi..... bukan sekadar operate apendix je, malahan kena 2 pembedahan sekaligus, apendix & peranakan atas sebab-sebab tertetntu. (di bahgian ari-ar- sama macam caeser) . 

Disebabkan masalah kesihatan seperti Injap Jantung Berlubang, jadi saya kena refer pada pakar bius sama ada pembedahan tu boleh dilakukan atau sebaliknya. Selepas diperiksa, pakar bius kata boleh, cuma prosedur saya kena intubate semasa pembedahan. Ini sesuatu yang paling menakutkan sebab kesan intubation tu amat menyakitkan. Kata doc, saya mesti diintubate, takut time pembedahan tu diserang sawan & serangan jantung. 

Alhamdulillah, pembedahan saya berlansung pada jam 10 malam dan selesai pukul 1 pagi. Untuk apendix saya dibedah sepanjang 7CM pada bahagian perut sebelah kanan. Dan untuk peranakan di bahagian ari-ari, saya dibedah sepanjang 15CM, dah macam caeser dah. Cuma caeser keluar baby. 

Syukur, semuanya selamat. Cuma selepas pembedahan saya muntah non stop sampai keesokkannya, sampai saya tak sedar diri. Tapi syukur tak melarat. Cuma sakit sangat, 2 tempat kena jahit. Lagi menyeksakan time muntah tu memang sakit habis tempat jahitan. Selain tu saya batuk-batuk kesan intubate, sekali batuk..macam nak tercabut perut. Sakit sangat. . 

Hari ni (7.5.2015), last cuti setelah berminggu berehat kat rumah selepas pembedahan. Tapi awal-awal balik rumah, saya xleh nak berjalan dan bangun sendiri. Kena bantuan orang untuk buat semua tu, Makan pon kena pantang, sekarang dah turun banyak KG jugak kot. Sekarang dah boleh berjalan sendiri...tapi sakit lagi. Insyallah, next week dah masuk kerja. Hoyehhh!!

Inilah ujian untuk saya. Alhamdulillah, Allah SWT amat sayangkan hambanya sebab itu tidak putus-putus diberinya ujian kehidupan semoga diri ini terus kental & tabah. Sedih memang sedih ! Dan, sayup-sayup perasaan terasa sayu & hiba berkaitan peranakan itu. Insyallah, harus redha & mengjargai apa yang kita ada. Mama akan menjaga Asya sebaiknya... Terima kasih Allah . 

Fasya & Mia
Her bff... tqsm ibu mia bawa asya jalan-jalan masa mama masuk wad.
Alhamdulillah, dipertemukan dengan orang-orang yang baik & memahami.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (112) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (72) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) mama+papa+fasya (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)