Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Cerita baling belakang. 5 Syawal aritu, jalan beraya rumah saudara sebelah papa Fasya kat Kuala Terengganu. Nama je duk Terengganu, tapi jarang sangat ke Kuala Terengganu. Last sampai rasanya 2-3 tahun lepas. Perjalanan Kemaman-Kuala Terengganu dalam 2-3 jam camtu. Lagi pun papa Fasya sangat-sangat tak familiar jalan kat sana. Berbeza dengan Kuantan, memang fasih & dekat sangat. First time guna LPT baru Kemaman-Terengganu. Alang-alang sampai ke sana, sempat la jalan-jalan kat Kg. Cina & Mydin Mall baru Gong Badak yang orang duk asyik cerita tu. Kat Mydin Mall baru tu biasa-biasa je, macam Mydin kat lain cuma mall dia lah besar. Dan kedai-kedai sekeliling mall memang banyak. Bagi saya ala-ala kat Jalan Plumbum, Shah Alam tu.
Kg. Cina lak memang dah lama nak pergi. Tapi dulu tersesat, tak kenal jalan. Lepas tu lalu je tak singgah. Sekarang ambil peluang tawaf Kg.Cina. Best jugak kat Kuala Terengganu ghupernya. Kg. Cina ni dekat je dengan pasar payang. Tapi memang kena berjalan jauh & masuk-masuk celah lorong gak la , baru puas hati. Trend sekarang lukisan mural kat bangunan-bangunan lama/baru menjadikan tempat tu ceria & cantik. Sama gak kat Kg.Cina ni, deretan bangunan/rumah amoi kat tengah bandar ni ada lukisan mural & sebalik lorong ada tempat best. Ginilah gayanya menjadi pelancong di negeri kelahiran sendiri. Lepas ni nak teroka lagi tempat lain kat Kuala Terengganu.
Let's picture talk
Welcome to Kg. Cina
port paling femes dekat Kg. Cina
Finally, sampai gak kat sini
Kat sini pom cantik.
Nampak ceria bila kotak letrik TNB di transformasikan camni
Bangunan lama
Suka sangat pic kat sini. Cantik !
Rumah pohon sakura.
feeling di Jepun
Menara jam
Naik jeti
Lorong sini pon banyak yang best-best.
Tapi tak sempat snap pic sebab ramai orang
Rare
Kau Kunci Cintaku Dalam Hati Mu..
cewahhhh
Abam beca
street art
Kat sini banyak loghrat terengganu.
Tersengih ambe membacanya..
pissss ;-)
Sebahagian tempat yang sempat snap pic.
Ada banyak lagi..
Bagi saya lak..dalam banyak-banyak kat sini paling cun & retro gittu.
Sorilah, mama ngantuk... tido sekejap ye. Tidur dalam senyum ;-)
Aucakkk
Maskot teranung nelang!
Penyu Belimbing
Rumah kecik. Tak pasti sejarah rumah ni
kereta basikal
Love ;-)
Kalau ke sini jangan lupa bawak marker. Leh tulis tarikh, nama or apa-apa je kat belakang tu.
Fasya pon ade tulis. Nyaris nak guna lipstick mama tau sebab nak sangat tulis..
Mujur jumpa marker.
Pelancong-pelancong luar kalo ke Kuala Terengganu, sila lah terjah Kg.Cina. Recommended sangat tau! Kalo nasib baik leh jumpa gadis-gadis baba nyonya ( Peranakan Terengganu). Time saya pergi tak ade, maybe sebab waktu tu cuti raya. Lepas tu boleh singgah Pasar Payang, borong kain batik sutera dan macam-macam kraf tangan. Selain tu, leh jugak naik Bukit Puteri berdekatan dengan Pasar Payang. Tak pasti macam mana dah keadaan sekarang ni, sebab last saya naik Bukit Puteri masa umur 12 tahun.
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya