Thursday, January 14, 2016

Pahit Di Dunia... Manis Disana..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Maybe pada saat & ketika entri ni dipublish, saya sudah berada dalam dewan bedah..atau sedang menunggu atau…. Saya pun tak tahu.Hari ini doc akan menjalani pembedahan open biopsi untuk mengambil sampel sel. Saya mengharapkan doa daripada sahabat saya semua semoga semuanya dipermudahkan & tinggi harapan saya mengharapkan apa yang saya hidapi hanyalah peringkat permulaan. Ya..amat pahit untuk dihadapinya.. Namun siapa kita??

Tak tahu nak mula macammana, sebenarnya antara nak dengan tak nak je tulis perkara yang jiwang-jiwang ni. Tapi itulah, sebagai manusia biasa…walau sekuat mana kita cuba memendam perasaan & menyembunyikan sesuatu..tapi akhirnya tertewas jua. Kita pasti mencari medan untuk meluahkan…  supaya agak kurang bebanan di hati.Tapi, jika bermasalah..bukan semua perkara kita boleh kongsi secara umum… atas kebijaksaan kita mengawal situasi. Terpanjang plok mukadimahnya.. Nerves pom  ada ni…

Bukannya tak pernah saya diuji sesuatu yang amat hebat dalam kehidupan… malah saya diuji sejak dari hari pertama dilahirkan. Membesar sebagai seorang yang kurang sempurna amat hebat perjalanannya. Namun, saya menepis segala kekurangan diri & cuba berdiri dan menjalani hari seperti orang sempurna yang lain.  Alhamdulillah, saya mampu hadapi kekurangan & kesidaksempurnaan itu.Terima kasih buat semua yang hadir disetiap sisi kehidupan dan menjadikan saya sempurna ;-)

Semua berjalan lancar…. Sehingga akhir tahun 1999 (14tahun), saya diuji dengan sesuatu yang amat hebat apabila disahkan mengalami masalah “Brain Tumor” dan sekaligus waktu tu doc kesan kelainan pada bunyi jantung & disahkan mempunyai masalah injap jantung berlubang. Pada tahun 2000(15Tahun), saya menjalani pembedahan membuang tumor.. Tapi saya bernasib baik, sewaktu dikesan ianya belum menjadi kanser, tapi selnya tak mustahil akan menular. Alhamdulillah.. saya sihat selepas pembedahan tu, malah sangat aktif sukan, badan beruniform & persatuan di sekolah sehingga saya lupa yang saya pernah sakit sebelum tu.

Sehingga tahun 2002, sewaktu menunggu keputusan SPM saya ambil kursus komputer di PTPL Shah Alam. Tiba-tiba saya diserang demam yang amat teruk. Asalnya ingat demam biasa, denggi pon negatif. Sehingga saya mengalami kekejangan/epilepsi (1st time) & apabila sedar seluruh badan lemah. Kalo nak cerita panjang lagi apa yang berlaku pada saya ketika ini… ya, ketika itu saya rasakan dunia saya berakhir. Saya lumpuh! Memang sebelum demam teruk, saya selalu rasa kebas-kebas badan. Hanya Allah SWT yang tahu perasaan saat tu. Terasa kehidupan saya amat tidak bererti & musnah. Kemusnahan tu berperingkat..sehingga ke tangan kanan & mata kanan saya semakin kabur . Punca semua ni??? Setelah menjalani ujian darah dan segala test termasuk peroses LP (pengambilan air tulang belakang), otak saya dijangkiti virus myelitis & enchepelitis yang berpunca dari pembedahan otak 2 tahun sebelum tu. Doc juga sahkan saya mengidap sejenis penyakit saraf, Transfer Myelitis yang peluang amat sembuh 1 dalam sejuta (kata doc pakar neuro waktu tu…kiranya saya harus terima akan lumpuh, tiada suara seumur hidup)Sampai satu tahap  saya kehilangan suara apabila peti suara separa lumpuh dan saya hilang deria untuk membuang air kecil/besar sehingga harus masukkan wayar untuk keluarkan. Bila diingatkan semula, saya tak sangka saya perlu melalui kehidupan yang amat dasyat waktu tu. Tapi….

Saya amat bersyukur dengan apa yang menimpa saya malah amat terharu kerana rupanya Allah SWT hadiahkan sesuatu yang amat hebat buat saya. Kerana saya sakit saya & dia bertemu. Ya, pertemuan pertama saya & papa Fasya sewaktu saya dikerusi roda tahun 2003. Semasa ni, suara saya semakin pulih. Saya dan papa Fasya tak pernah kenal antara satu sama lain. Ketika itu dia hanya menemani kawan dia (kawan sekolah saya dulu-lelaki) melawat saya sakit. Saya masih ingat waktu tu, memang dia terketar waktu tu… (maybe tulang rusuk dia bergetarrr.. hahahah). Saya ingat pertemuan yang bagi saya tidak bermakna tu berakhir disitu.. Rupanya, beberapa hari lepas tu saya terima panggilan dari dia. Memang terkejut..sebab tak pernah kenal dia melainkan tahu dia kawan kepada kawan sekolah saya. Selepas itu memang dia berusaha memenangi hati saya. Dan, kita orang berkawan. Dia menyaksikan jatuh bangun saya waktu tu. Dia yang melihat bagaimana saya mula boleh melangkah semula.. Setiap kali saya keluar & masuk hospital..dia sentiasa ada sebagai sahabat terbaik. Maybe, dari dia juga datangnya semangat & kekuatan tu. Sehingga akhirnya saya dapat berdiri semula…dia antara yang pertama disisi. Dan, bila saya sihat saya berazam untuk samb belajar… walaupun mendapat tentangan kerana kesihatan saya.. Tapi.. happy..dapat jugak samb belajar & segulung diploma aje..walaupon ada masa terpaksa tangguh sem/banyak cuti.. Heheh. Semasa belajar tu pun banyak kali saya sakit teruk, keluar masuk Icu.. Semasa sem 5, sahabat baik(papa Fasya) saya melamar saya. Katanya senang nak jaga bila saya sakit. Haha.. Ya, memang awalnya keluarga saya takut nak lepaskan..takut adik bongsu dia ni dipersiakan..lagipun saya sakit & awal-awal lagi doc sendiri tak galakkan saya berkahwin. Katanya, takut saya kecewa sebab saya penyakit saya tidak digalakkan saya mengandung & boleh membawa effect yang teruk untuk ibu & anak.

Mungkin memang dia ditakdirkan untuk saya… tahun 2006 kami sah sebagai suami isteri.. Saya baru berusia 21tahun & suami 22tahun. Kata orang muda jetik lagi. Ye lah, niat dia memang untuk memudahkan dia menjaga saya bila saya sakit. Alhamdulillah… dia betul-betul menjaga saya.. 2 minggu berkahwin, saya sakit teruk tak sedarkan diri.. Memang dia betul-betul menjaga saya dengan sebaiknya sehingga ke hari ini.. (Dah masuk tahun ke-10). Saya harap sampai tua awak tak bosan jaga saya. Walaupun begitu, kita happy je hidup bersama. Bila time saya sihat, kita keluar dating sama-sama. Sampaikan orang tak tahu kita sebenarnya suamisteri yang sah disebabkan nampak muda remaja lagi. Esspecially papa Fasya la, saya oklah..nampak jugak muka matured nya.. Hehe. Pernah orang pandang semacam bila naik motor berdua, padahal kitaorang sah. Masa tu papa Fasya ada motor je.. Menyewa pon rumah flat aje (sewa RM130 sebab tingkat 3). Tapi saya bangga dengan dia.. dengan gaji dalam 1200 camtu je waktu tu, dia mampu menjaga saya, membiayai pembelajaran saya sampai habis & dapat segulung Diploma. Ingat lagi, bila musim exam… time memasak, saya gantung nota-nota kat cermin tingkap. Papa Fasya pon selalu teman saya study & duduk kat Cyber Cafe sampai 3-4 pagi sebab temankan saya. , alhamdulillah..saya Grade dengan CGPA 3.5++ (dah lupa berapa..) Walaupun gaji papa fasya x besar, tapi alhamdulillah.. diberikan kecukupan rezeki buat kami.

Dua tahun hidup berdua…ditakdirkan saya mengandung. Saya masih ingat lagi waktu tu, betapa mengelabahnya doc pakar sewaktu menefon saya.. Terus suruh saya ke hosp bersama semua ubatan saya. Padahal, sepanjang usia perkahwinan waktu tu, doc yang bagi saya ubat perancang. Awal kandungan tu, saya maintain lagi..Maybe masuk kandungan 2 atau 3 bulan macam tu, kondisi saya makin teruk & akhirnya saya koma. Ya, kat situ bermulanya perjuangan Asya… dia memang perlu digugurkan waktu tu untuk selamatkan nyawa saya. Surat tu, memang sudah ditandatangani papa asya. Ya saya tahu, amat perit untuk papa asya apabila perlu memilih nyawa dua orang yang amat disayangi. Namun kuasa ilahi, akhirnya lahir juga baby ajaib ni. Semua tu kenangan, tak diakui..melaluinya amat perit, namun hasilnya kemanisan yang tiada tandingan. Walaupun peluang hidup ibu&anak 50/50 waktu tu, syukur alhamdulillah.. Allah hadirkan baby ajaib. Ya Allah, terima kasih kerana memberi peluang untuk diri ini memegang amanah-Mu. Selepas bersalin memang saya tak sedarkan diri & Fasya duk di wad khas sebab pra-matang. Selepas tu, alhamdulillah..sihat..  Ditakdirkan rezeki Fasya mungkin.. selepas pantangkan dia saya dapat tawaran kerja. Semasa interview…saya jujur & cerita masalah kesihatan saya sebab takut apa-apa hal dikemudian hari. Bagi saya, kalo ada rezeki…adalah..kalo tak ada.. tak apa. Tapi, alhamdulillah…saya sendiri tak sangka, memang rezeki saya & saya bekerja disitu sehingga disaat ini. Rezeki saya juga mendapat majikan dan ofismate yang amat memahami & prihatin . Walaupun saya sakit teruk, dulu kerap tak dapat kerja…tapi alhamdulillah, majikan masih terima saya.

Sepanjang tempoh itu keluar masuk wad/icu  perkara biasa..Sehingga tahun 2012, saya berazam untuk SIHAT. Perkara pertama, melawan dengan diri sendiri. Positifkan diri disamping ikhtiar berubat situ sini. Papa Fasya yang tak jemu bawa saya berubat. Bermula tahun 2002 saya ada makan 4 jenis ubat yang harus saya makan seumur hidup. Kiranya sehari dalam 15biji camtu kena telan. Bila tinggal ubat kondisi saya akan teruk. Masa ini bermula eksperimen diri…. Dengan keyakinan…saya cuba berhenti ubat perlahan-lahan, ikut saranan tempat saya berubat waktu tu. Alhamdulillah..setelah beberapa bulan saya berjaya. Tapi bila time nak ambik darah +appoitment, saya terpaksa makan..Kalau tak kantoi disitu. Tapi akhirnya saya mengaku pada doc & memang doc marah..katanya, boleh myebabkan keadaan saya makin teruk bila diserang. Tapi syukur alhamdulillah..saya sihat & dapat menikmati kehidupan sebenar. Saya dapat makan apa yang saya nak, gemuk mendadak waktu ni.

Sehingga Mac 2014, saya diuji sekali lagi apabila ditimpa kemalangan sewaktu balik dari kerja. Koma beberapa hari & lumpuh. Sekali lagi saya harus menghadapinya keperitan ini. Tulang belakang lari… Papa Fasya bawa saya berubat dimerata tempat. Akhirnya sekitar Julai 2014 saya boleh berjalan semula.. Tapi kesannya, hingga ke hari ini kalau saya duduk di lantai, saya tak boleh bangun sendiri.. Solat di kerusi.. Sakitnya masih terasa..dan kes di mahkamah pon masih belum selesai. Saya melalui hari-hari seperti biasa..

Sehingga April 2015, tiba-sakit sakit mengejut & di operate 2 bahagian perut & peranakan. Alhamdulillah.. keadaan sihat aje selepas itu… Sehingga Oktober 2015 sesuatu yang saya ingat biasa-biasa rupanya petanda yang amat menakutkan.  Sekitar November 2015, saya mengetahui kebenaran yang amat pahit. Memang saya akui, kehidupan seakan berakhir.. Bersedih sepanjang masa. Betapa susahnya nak menjalani kehidupan seperti tidak pernah berlaku apa-apa. Tapi sekarang, saya dah mula ok.. Mula redha & cuba menerimanya. Kata orang, apa bila kita semakin stress, sel-sel itu lagi cepat merebak. Saya tak pasti samaada, apa yang saya hadapi ni berakar dari “brain tumor” tahun 2002 dulu atau macamana.  Takpe… fight like jalil ! Tak nak sedih-sedih & nikmati kehidupan ini seperti biasa.. Takpelah sakit sikit, lagipun Allah dah hadiahkan saya seorang suami & seorang anak. Ya, saya sendiri tidak pernah terfikir yang saya akan memiliki suami & juga anak disebabkan saya sakit. Tapi kerana sakit itu, saya memiliki keduanya.

Point utamanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat yang sentiasa menjadi tulang belakang. Terutama mama saya yang terlalu banyak bekorban dari saya kecil hingga sekarang, abang-abang & kakak saya yang selalu disisi, anak saudara saya(Diyanah) yang selalu jaga saya sejak dia berumur 12tahun lagi..sekarang dah 20tahun. Tiap kali masuk wad dia akan menemani saya & jaga Fasya & tak lupa juga mak mertua, kerana turut menjaga saya sewaktu koma semasa mengandungkan Fasya. Terima kasih kerana menerima diri ini sebagai menantu seikhlasnya walaupun serba kekurangan diri. Dan buat insan terhebat dimata saya, papa Fasya.. terima kasih kerana korbankan usia remaja untuk menjaga saya…sekarang dah di alam dewasa menuju tua pom.Setiap kali saya jatuh sakit, saya selalu takut akan ditinggalkan. Tapi… saya selalu berdoa agar setiap kali saya jatuh sakit, dia akan memandang & jatuh cinta seperti kali pertama dia melihat saya . Terima kasih kerana tidak pernah tinggalkan saya.Dah 10tahun awak menjaga saya. Saya tahu, mesti penat sangat kan?? Saya tahu amat payah & pahit menjaga saya, tapi…saya dapat janjikan diatas setiap keikhlasan,kasih sayang, pengorbanan menjaga saya waktu sakit,akan menjadi saham di akhirat kelak. Insyallah..pahit di dunia…tapi manis di akhirat untuk dia. 


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

**Terpanjang tanpa sengaja....
7 Januari 2016

70 comments:

Nad MamaZN said...

sebak.. moga trus kuat lya.. trus kuat!

idzwa kamaruddin said...

*nangis*

Fiza Rahman said...

Ya! Allah lya, hebat sungguh dugaanmu. Sapalah yg potong bawang ni.

Smoga dipermudahkan olehNYA. You such a strong mommy lya. Stay strong. Lya insan terpilih utk menerima ujian dariNYA. *hugs*

mamaarifakeem said...

Hi Lya,

Moga terus kuat dan tabah..

Semoga semua urusan dipermudahkan..Insya Allah...

TC

Fazleyatul Aini said...

semoga selamat semuanya lya, insyaAllah

IntaNBerliaN said...

Ermmmm tiba2 air mata saya mengalir baca kisah lya ni.. Kuatnya lya & besarnya kuasa tuhan.. Moga lya tabah hadapi dugaan ni...

Lya, lya jalani pembedahan apa arini? adakah kepala?... Moga pembedahan itu berjalan dengan lancar.. sama tarikh dengan pembedahan kepala adik saya hari ni

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Lya, apapun akak doakan segalanya berjalan lancar.. (lap air mata).. semoga Allah memberikan kesihatan yg baik kpd Lya supaya hidup bahagia di samping suami & anak Lya.. dapat lihat Fasya membesar sehingga ke puncak menara gading nanti, fight like Jalil!!!

Masya said...

moga awak kuat lya.. hebat dugaan buat awak suami isteri ... insyaallah .. berkat kesabarab dan kekuatan korang berdua .. allah akan beri ganjaran yg hebat disana nanti. amin...

Atie Yusof said...

ya Allah Lya... moga semuanya akan baik2 shj ya.. moga Allah mempermudahkan urusan perubatan Lya.. moga Lya akan sembuh spt sedia kala.. Kagum sgt dgn semangat Lya.. Allah syg Lya.. atie doakan dari jauh.. :(

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Ai cried
U such a strong women
Ai baca coretan hidup u dh 4/5 years Dulu
Tabahnya u
Fight like jalil .
Moga di permudahkan segalanya.

Allene typicalmommy said...

Lama tak baca coretan Lya... Semoga Allah permudahkan segala urusan ye.

Chekgu Azrine said...

semoga segalanya kemabli seperti sediakala ye sis..
akk doakan sis cepat sembuh
dah segalanya dipermudahkan

lieyalatif said...

Allahuakbar....... entry yg menusuk hati lya..... dugaan yg maha besar diberikan Allah tuk lya...tapi lya dan husben kuat....lawan dan tempuh.....lya dan husben mmg insan yg paling tabah dan kuat dimuka bumi nie....ya Allah...ya Allah...tak mampu nak komen ape2 lya.....

lieya cume doakan dugaan dan ujian2 ini berakhir ....lya, fain dan asya sihat sesihatnyer dan hidup bahagia....kuat ye lya...lawan selagi boleh lawan...harap sel2 tu lenyap dengan keajaiban .....jgn putus harap...berubat lah selagi termampu...moga ade sinar menanti....

Akak Kembang said...

Ya! Allah adik...beratnya dugaan awak...
Kaqlin doakan awak dipermudahkan didewan pembedahan walau apa sakitpun awak. Kaqlin tau awak kuat...insyAllah...

el said...

kaulah insprasi kami!!!
semoga dipermudahkan urusan
we alwiz pray for u dear

Rosmiza Ali said...

Stay strong lya.. Pahit dugaan di dunia, In Shaa Allah manis di akhirat sana.. Sabar & redha selalu..

amirah said...

Allah...sedihnyaaa...liya please be strong okey..fight..jgn putus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah..insyaAllah moga semuanya baik2 aje dan selamat..dipermudahkan semua urusan liya sekeluarga ye..

ch@ said...

fighting Lya, u are so strong babe...
air mata tak benti baca entry Lya ni...

suhailah hamid said...

ya Allah sedinya baca entry Lya ni, Sue doakan semoga lya sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini, diberikan kesembuhan yg sebaik2 nya dari Allah swt.

Stay strong Lya :)

salwana nordin @ che'wa said...

ya Allah lya..sedih akak baca nukilan lya kali ni..serius..sedih sgt..bergenang air mata :(

betapa hebatnya ujian Allah bg pd lya..bukan semua org merasa, bukan semua org tabah menghadapinya..

ya Allah..asya mmg anak ajaib..fain juga adalah suami yg terhebat di dunia, semoga hebat juga di akhirat kelak..ameennn..

lya..akak doakan semoga perkahwinan lya dan fain bahagia dan dirahmati hingga ke syurga Allah..

teruskan berjuang selagi masih ada nyawa..ajal maut Allah tentukan..kita hanya milik Allah kan..

betul ckp lya..pahit di sini, manis di sana..inshaaAllah..

take care lya..fighting dear!!!!!!

Didie Kamila said...

Sesusungguhnya Dia sebaik-baik perancang..
Dia memeberi dugaan mengikut kepuayaan hambaNya..
Semoga Lya tabah..

Zee Suhaini said...

sebak baca catatan lya ni..lya seorang yang kuat dan tabah..walau camaner pon dugaan berjaya diharungi..
keep think positif..insya'allah ada sinar menanti..
moga pembedahan lya berjalan dengan lancar dan selamat..

Emarieys said...

moga dipermudahkan dan lancar semuanya Lya...

Thuwaibah Aslamiah said...

saya doakan awak cepat sembuh, terharu saya baca entri ni. mudah2an ape yang awak lalui akan menjadi contoh untuk saya kuat setiap hari.

"allah.. kurangkan kesakitan lya dengan kasih sayangMu, kuatkan lya dengan kekuatanMu..

Raihanah Ahmad said...

semoga dipermudahkan urusan sis sekeluarga

norhidana miswan said...

sepanjang baca ntry nih... airmata akak menitis tak berhenti2... besar sungguh dugaan kamu dik... moga Allah kurniakan hadiah yg indah utk semua dugaan ini...

akak tau lya kuat, akak sendri tak mungkin sekuat lya, insyallah lya boleh menhadapinya sepertimana lya redha ngn ketentuan Ilahi ini...
moga lya dipermudahkan dlm semua, moga pembedahan ini selamat n moga lya terus kekal sihat

Lina said...

Assalamualaikum Mama Asya,

Kak Ina selama ni cuma silent reader jer di blog ni. Sejak baca artikel psl kehidupan Lya dlm satu paper tu x ingat lar pulak hehe. Bila baca entry terbaru rasa terkesan sangat. Betapa beratnya dugaan yang ditanggung oleh Lya dan family.

Lya seorang yg sangat kuat. Sangat sangat kuat. Sbb tu Allah turunkan dugaan buat Lya. Lepas satu satu ujian. Lya hadapi dengan redha dan positif. Allah amat merahmati Lya. Betapa dengan keredhaan, keikhlasan, pengorbanan, kesabaran yang dilakukan Lya dan suami Allah akan kurniakan ganjaran yang berkali-kali ganda.

Kak Ina dah kehilangan suami yang amat dicintai 2 bulan lepas. Bagi Kak Ina itulah ujian terhebat yang Kak Ina harus terima. Rupa-rupanya bila baca cerita Lya, ujian Lya dan suami lagi hebat sebenarnya. Kenapa Kak Ina kata lagi hebat sebab di situlah teruji segala kasih sayang dan keikhlasan cinta antara Lya dan suami dan juga kasih sayang keluarga.

Lya...kuatkan semangat tau. Walaupun di masa-masa yang Lya rasa tersangat lemah dan kecewa sangat tapi sentiasa ingat Allah, Dia Maha Mendengar. Mengadulah padaNya, berceritalah padaNya. Juga ingat pada suami yang sangat-sangat mencintai dan menyayangi Lya kerana dia sentiasa ada di saat-saat Lya paling teruk dan semasa Lya sihat.

Juga ingatlah pada satu-satunay amanah yang dikurniakan Allah pada Lya dan suami iaitu Asya. Asya memang anak ajaib yang Allah kurniakan untuk Lya dan suami sebagai penguat semangat dan untuk membuktikan betapa berkuasanya Allah. Lya sendiri lalui keadaan di mana semua orang termasuk Doktor sendiri mengatakan yang Lya tak mungkin boleh mengandung dan melahirkan anak tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Jadi Lya kena percaya pada Allah.

Terpanjang pula komen Kak Ina ni hehe. Please please please bersyukur kerana Allah anugerahkan suami yang amat amat baik. Sekiranya ada kesempatan sentiasa memohon ampun, cium tangannya dan peluk dia kerana Kak Ina dah tak berpeluang nak buat semua tu. In sha Allah dengan kasih sayangnya yang ikhlas tu dpt meringankan segala penderitaan Lya.

Kak Ina doakan Lya dapat mengharungi segalanya dan kembali sihat semula. Lya seorang wanita yang hebat dan kuat. Sentiasa solat dan berdoa kepada Allah. Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya.

Salam sayang dpd Kak Ina

mama aini said...

Assalam dear..semuga lya & suami dlm lindungan Allah..tabah juga menghadaoi dugaan Allah..kerana Allah menguji tanda Allah sayangkan kita..semuga dioermudahkan segala2nya olh Allah..Aamiin..

Asha Lya said...

Berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul.
betapa kuatnya mama asya tempuhi dugaan ini, hanya Allah shj yg dpt mmblsnya
insyallah setiap dugaan yg d lalui pasti da ganjarannya

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam Lya..
fight like jalil
....
semoga allah permudahkan segalanya lya
~tears

Yana Libra said...

moga pembedahan berjalan lancar..update ye nanti

Myra Jay said...

Ya Allah Lya, sebaknya bila baca..
Betapa kuatnya Lya hadapi ujian dari Allah..

Myra teringat lagi sebelum ni baca perjuangan Lya saat mengandungkan Asya sehinggalah melahirkan dan kini Asya pun dah sekolah.. Sesungguhnya Lya memang kuat, sebab orang tersayang Lya sentiasa berada di sisi..
Walau apa sekalipun Lya, myra doakan dari jauh semoga Lya sembuh ye dear.

AnneRaini said...

Lya didiagnos kanser ke? Ya Allah beratnya dugaan. Semoga lya tabah dgn ujian Allah. Kuatkan semangat dan sy doakan pembedahan lya akan berjaya.

aziekz said...

Semoga terus.tabah..insyallah..ad hikmah dari NYA. AAMEEN

aziekz said...

Semoga terus.tabah..insyallah..ad hikmah dari NYA. AAMEEN

Kakzakie Purvit said...

Entah sudah berapa kali airmata kakak luruh bila membaca entri Lya tentang kisah ini. Ulanglah berapa kali pun tetap kakak baca dari awal hingga akhirnya. 10 tahun boleh bertahan mengapa tidak seterusnya kan Lya

Moga Lya terus kuat, sabar dan Allah beri kesembuhan..

Tie HT said...

Moga Lya tabah menghadapi nya dan dimudahkan segala urusan. ..kuatkan semangat

Maria Firdz said...

Panjangnya kisah.. hebat juga dugaannya.. saya juga ada penyakit cuma tak seteruk tu la.. cuma selepas kahwin keadaan kesihatan makin baik... Moga awak juga diberi kesembuhan oleh Allah.. insha Allah...

eMMe said...

Lya, salam tahun baru 2016!, anda seorang yg tabah!, moga Allah berikan kesihatan dan kesejahteraan buat Lya n keluarga di dunia dan akhirat...

Diana Rashid said...

Semoga semuanya berjalan lancar...awak memang kuat Lya..

Qaseh Vee said...

Lya insan terpilih . tentu byk hikmah yg disediakan olehNya di sebalik setiap ujian itu . bertabah, redha dan tawakkal . jika mampu , selulah buat solat taubat dan tahajud . amalkan minum air zam zam sambil niat utk sembuhkan penyakit ... semoga dipermudahkan dan diberi jalan untuk mencari kesembuhan .

Qaseh Vee said...

lya insan terpilih . tentu banyak hikmah yg Allah limpahkan disebalik segala ujian itu . redha , tawakkal dan bertabahlah . klu mampu , rajinkan buat solat tahajud , taubat . amalkan minum air zam zam dgn niat utk sembuhkan penyakit . semoga dipermudahkan dan diberi jalan mencari kesembuhan ... aaamin.

Ibu Lala said...

Insya allah. Setiap perkara ada hikmahnya. Sabar ye

Cik Aini said...

Be strong Lya..inshaallah Lya boleh demi Fasya 7 Fain..
Lya dh harungi byk cabaran & kesusahan.Ketabahan Lya mnjadi nadi buat keluarga.Allah uji hambanya berdasarkan kemampuan kita.moga Allah permudahkan segalanya buat Lya..aamiin

*hepy new year Lya..
moga trs bahagia dan bahagia hingga ke hujung nyawa.
aamiin

Yati said...

Lya, akak doakan Lya sihat dan ok.
Banyaknya Lya dah harungi, macam baca novel pula.
Ada satu masa macam akak pula, yang eksperimen ubat tu. Hehe.. sama je. Tapi kalau tak cakap kat doktor dia bukan tau pun, lagi-lagi kalau result darah ok.
May the force be with you, Lya. Aminnn....

Fieda Zan said...

semoga dipermudahkan segala urusan lya . semoga penyakit kha cepat sembuh..sabar yer dik..Kuatkan semnagat

aziekz said...

Assalam...klu tak keberatan..sye nk thu almt umh..nk ziarah leya...sye duk kmn jge..ngjr area umh leya...:)
Sllu.mgikuti blog leya...
Semoga sihat dan ceria.ameen

aziekamarul82@gmail.com

Ena said...

Sedih baca entry ni..

Kuatkan semangat ye Lya
Moga Allah sentiasa permudahkan segala urusan Lya sekeluarga
Moga terus kuat dan tabah harungi ujian dan cepat2 sembuh.

Eintan Nurfuzie said...

sedih la baca entri.. hrp smuanya slmt

mawar_berduri said...

be strong lia...Allah menguji pada yang mampu menerima ujiannya! take care and don't stop fighting

ahmad Riduan said...

Salam..mcm mana operation?
Lailahaillaantasubhainnikuntuminazzolimin..semoga allah sembuhkan awk..

masdila said...

hope everthing will b ok

Qhaifa Nur said...

Beratnya dugaan buat lya...moga ada sinar bhagia buat lya n keluarga...moga dpermudahkn segalanya..

Yana Yani said...

allah. bertabahlah lya
tak tahulah apa yang saya kata ni mampun merawat rawan di hati
saya doakan yang baik2 untuk lya
ketahuilah lya ada keluarga dan rakan yang sentiasa menyokong lya
saya doakan lya diberikan kesihatan yang baik dari kejauhan

mama ka0ri said...

lya...moga tabah hadapi segala dugaan..

lama sgt dh tak jenguk blog..tak sangka plak jadi camni..

moga cepat sembuh!!!

Zefa NorAsmara said...

Akak baca catatan lya satu persatu. Soalan yg berlegar2 adalah, apa khabar lya sekarang?

abuikhwan said...

Assalamualaikum,
Entry yang memotivasikan. Mudah-mudahan tabah menghadapi ujian. Tidaklah seseorang hamba diuji melainkan dengan kesanggupan yang ada padanya. Semoga dipermudahkan setiap urusan. Aminn

~ain said...

Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kebahagiaan dlm hidup krn sabar tabah hadapi ujianNya.. amin ya rabbal alamin..

Izz Latif said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

Izz Latif said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

TunSha Ayunie said...

Sebak membacanya... rasa macam sakit auni lagi teruk sedangkan akak.... Ya Allah... tak dapat bayangkan ada kekuatan macam tu ke tidak sebenarnya... Tahniah akak sebab berjaya mengharungi semua dugaan ini...

Semangat akak , auni ambik supaya auni lebih bersemangat dan redha...

Si Matatajam said...

Salam Lya, Allahuakbar hebat sungguh ujian Allah pd Lya, moga besar juga ganjaran utk lya... Bertabah la yunk...
P/s: kak M is back, sudi2 singgah my blog... Hope Allah permudahkan urusan lya.. Aaminnn

Juhana Jaafar said...

Sedih betul baca kisah lya.Sy doakan lya sihat dan baik2 sj..terus berbahagia bsama family.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

Salam lya..mmg sedih baca catatan lya ni..besar btol pebgorbanan suami lya mrnjaga lya..semoga jodoh lyn n suami berpanjangn dan dirahmati Allah..n moga lya akan diberi kesihatan dan kekuatan utk melawan sakit2 lya..be strong lya..T_T

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

Salam lya..mmg sedih baca catatan lya ni..besar btol pebgorbanan suami lya mrnjaga lya..semoga jodoh lyn n suami berpanjangn dan dirahmati Allah..n moga lya akan diberi kesihatan dan kekuatan utk melawan sakit2 lya..be strong lya..T_T

Puan Kutu said...

rasanya dh baca dan komen entry ni..dugaan didunia memang ada kemanisannya diakhirat..semoga lya sefamili terus kuat n tabah

Salina@IbuAqil said...

Assalamualaikum Lya..
Petama minta maaf bnyk hal kawan2 sahabat alamaya yg ina tertinggal jauh..
bila baca blk..
Ada yg tgh gembira dan berduka..
Dan Lya..
Terus jadi hamba yg DIA kasihi..
Kadang rasa tak tertanggung..
Tapi Lya yg DIA pilih terus kuat dan tabah dari hari kesehari..
Banyak nak ina ucapkan..
Tapi rasa tak terucap..
Semoga Lya terus kuat..
Semoga Lya terus dibawah lindungan Allah swt..
Semoga Lya terus dipinjamkan segala nikmat dari Allah swt..
Semoga setiap doa kita Allah swt makbulkan..
Aamiin!! Take care lya..
Syg Lya & Asya..

Mummydearie said...

Sekali lagi Lya buat akak sebak walaupun separuh kisah sakit Lya ni akak dah pernah membacanya. Akak pun tak tahulah Lya, kalau akak yang dipilih Allah untuk menghadapi dugaan macam ni, mampukah akak menanggung bebannya? Tapi Lya memang bagus, sentiasa tabah menerima dugaan Allah walaupun setakat membaca kisahnya aje kita dah boleh rasa betapa terbebannya emotionally dan physically.

Kalaulah Lya ditakdirkan sihat walafiat hingga hari tua, mesti selalu kenangkan jasa suami yang pada pandangan akak memang susah nak jumpa. Beruntung Lya mendapat seorang suami macam ni, susah-senang kita, dia sentiasa aje ada bersama.

Semoga kalian berdua sentiasa dalam lindungan-Nya, hidup sebahagia-bahagianya di dunia ini bersama Fasya yang 'miracle' tu ya! Amin!

hainom OKje said...

Lya awak mmg seorang yang kuat. Redho dan pasrah dengan ketentuannya. Motivasi awak sabgat tinggi Lya. Akak doakan moga awak akan sentiasa sihat ye.

hainom OKje said...

Lya awak mmg seorang yang kuat. Redho dan pasrah dengan ketentuannya. Motivasi awak sabgat tinggi Lya. Akak doakan moga awak akan sentiasa sihat ye.