Tuesday, January 5, 2016

Yeayyy.. Saya dah Darjah 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Yeayy!!!! Entri pertama untuk tahun 2016. Syukur, tahun 2015, kawasan saya tak dilanda banjir seperti tahun-tahun sebelum ni.Kuasa Allah SWT.

 Sesi persekolahan pon dah bermula, jadi bermulah rutin kesibukan di pagi hari menyediakan bekal  untuk Fasya. Sebelah Terengganu ni, 3hb dah bermula sesi persekolahan, jadi bangun pagi tu bersemangat sungguh. Rindu kawan-kawan. Tapi hari pertama, walaupun bertolak awal.. tapi hampir 1 jam gak baru sampai sekolah disebabkan jalan jem yang amat.

Oklah..pembuka tahun baru berjalan lancar. Dan saya, menghitung detik-detik yang mendebarkan. Semoga dipermudahkan.. Saya mohon maaf, sebab apa yang berlaku pada diri saya masih menjadi tanda tanya. Cukuplah saya katakan, apa yang menimpa pada saya amat berat untuk dipikul. Saya akui..amat pahit untuk menerimanya. Simptom yang pada awalnya saya kira perkara biasa, rupanya penunjuk kepada masalah yang amat serius pada kesihatan diri. Ok..STOP…


 Hari pertama persekolahan… Kita snap untuk kenangan sepanjang zaman.
Syukur alhamdulillah.. dah masuk darjah 2 anak ajaib mama ni. Sebak sangat rasa. Kenapa cepat sangat besar???Mama doakan semoga sentiasa diterangkan hati untuk menerima setiap ilmu yang diajar. Belajar rajin-rajin ye sayang!


Sebelah malam belanja baby ajaib aiskerim

Bacaan Doa Untuk Orang Sakit
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُ وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
ALLAHUMMA RABBANNAASI ADZHIBIL BA'SA WASY FIHU. WA ANTAS SYAAFI, LAA SYIFAA-A ILLA SYIFAAUKA, SYIFAA-AN LAA YUGHAADIRU SAQOMAA 
Artinya: “Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain” (HR Bukhari dan Muslim).

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

22 comments:

Salina@IbuAqil said...

In shaa Allah lya..
Semuanya akan baik2 belaka..
Dipermudahkan Allah swt..
Alolololo cik pasya kita..
Comeinya!
Welcome back to school syg..
Aqil pn excited g school kali ni..
Semlm 1st day dia penat skit sbb mlm ada kelas tuition plak..

eima said...

semoga lya terus tabah ....

cepatkan anak2 kita membesar tak puas lagi nk agah2 die .....
semoga asha berjaya dunia akhirat ....

mamabeauty said...

Selamat menjalani persekolahan baru Fasya

norhidana miswan said...

besar dh asya....

buat lya... akak doakan yg terbaik utk diri n kesihatan lya

Chekgu Azrine said...

Alhamdulillaj

dear anies said...

selamat belajar fasya!

Fazleyatul Aini said...

sekejap je dah besar dah darjah 2
belajar rajin2 ye jadi anak yg membanggakan ibu dan ayah

Mardiah Diana said...

Salam singgah petang Mama Asya....wahh..tak sedar dah darjah 2 anak ajib Mama Asya ni kan...Semoga Fasya berjaya...

Selamat tahun baru Mama Asya..

el said...

samalah ngan anak el lompat taun..pttnya taun ni darjah 1..tp dh masuk darjah 2..harap2 dia ok ok je lah..semua advance..dia keblkg skit..

Yana Libra said...

darjah 2 dah diaaa :)

moga akak dikurniakan kesihatan yg baik ye..

NanyFadhly said...

Belajar rajin-rajin adik manis...moga berjaya di dunia akhirat!

salwana nordin @ che'wa said...

dah sebaya alya..cepat membesar diaorg ni kan hhhuuu

semoga lya diberi kesihatan yg baik dr Allah..sentiasa positif ye :)

Ena said...

Masa sangat cepat berlalu sekrg ni

amirah said...

dah besa dah kakak sorang ni...belaja rajin2 tau asya..

liya, harap jaga diri..moga sentiasa sihat..walau apa pun akk doakan moga liya sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah..

E'in said...

awak tak sehat? semoga cepat sembuh..

Mama Myja said...

yeay!!! saya pon. haha

SHERWIEYNA MUZZAWER said...

Selamat tahun baru! Alololo comelnya dia posing. Semoga jadi anak bijak pandai..

mama tisya said...

kejap je dh darjah 2 kn..blajar rajin2

Asha Lya said...

Da bsr da fasya..makin meningkat dewasa
Thnks lya sudi join bloglist sy hihi

Nabila Syifa said...

Besar dah ya.darjah 2

tiga lalat said...

samala dgn anak wak tuu., ;p

Masya said...

sy doakan moga awak kuat semangat, demi asya .. asya pun dah makin besar ...