Monday, February 29, 2016

R.A.N.D.O.M

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

29.02.2016…4 tahun sekali je leh update blog pada tarikh ni. Jadi ambik peluang untuk abadikan kenangan kat blog pada tarikh ni. Tapi.. entri ni autopublish, saya scheduledkan pada tarikh hari ni.Sekarang dah bulan ketiga kita rupanya.. Bulan Mac ni, genaplah usia saya 31 tahun. Haha.. Cam tak percaya pon ada. Tak leh move on lagi.. Masih berangan nak jadi budak sekolah. 

Esok 1 Mac, maka genap 2 tahun kenangan peristiwa pahit itu. Kemalangan yang hampir meragurt nyawa & memusnahkan kehidupan. Tapi, nasib saya selalu baik… saya sentiasa diberi peluang olehNya. Diberikan saya peluang untuk sedar semula dari koma, diberikan saya peluang untuk berjalan semula setelah berbulan terlantar & siapa tahu akhirnya saya mampu bekerja semula & menguruskan kehidupan rumahtangga. Cuma kesannya hingga ke hari ini, saya masih sakit pada bahagian tulang belakang disebabkan masalah kecederaan kat situ. Selain tu saya masih solat dikerusi (dah 2 tahun rupanya), sebab saya bila dah duduk tak mampu bangun sendiri tanpa bantuan. Tapi sekarang, walaupun tak ada orang tolong angkat, saya dah boleh bangun dengan berpaut dengan apa yang ada pada sekeliling. Itulah, selagi kita ni bergelar manusia, kita tidak akan putus diuji. Mohon hati selalu tabah untuk menghadapi setiap ujian yang berlaku dalam kehidupan.

Tentang saya.... alhamdulillah OK aje ni. Bahagia dengan kehidupan yang ada ni. Macammana menjalani kehidupan saat diuji...? Saya sendiri pon tak tahu. Tapi, memang saya cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. Banyak sibukkan diri... ya , memang sangat sibuk. Alhamdulillah dengan kesibukan melampau ni saya dapat elakkan diri dari terlalu berfikir.. Tapi... tipulah,... ada jugak terfikir sampai menyentuh hati & sanubari.. Cuma..wak lekk wak peace! Hehehe. Bulan 3 ni jugak ada app dengan doc.

Ok lah, simpan kenangan sepanjang Feb kat sini dulu ;-)

Antara koleksi #bentofasyafrina sepanjang Feb 2016 yang sempat saya snap. Al maklumlah, setiap pagi rushing.. Nak siapkan bento fasya , bekal mamapapa & breakfast anak bulus pon kena siapkan , just bagi ikan rebus setiap pagi. Biasa pagi & malam je bagi ikan rebus, nak buat wet food tak sempat-sempat lagi. Sepanjang waktu kerja, anak bulus kena kurung dalam sangkar siap makan+minum. 

Kenangan sepanjang Feb 2016. Jarang-jarang dapat snap pic Fasya beruniform sekolah sekarang. Kalo time pra sekolah dulu, tiap-tiap hari bergambar. Masa merubah segalanya.

Fasyafrina in action

Sebulan sekali melawat library

Nasi goreng butter. 1st time cuba, memang sedaplah. 
Samapi 2 hari berturut repeat. Lepas ni cuba buat sendiri plok lah.

Belajar untuk REDHA dalam megharungi UJIAN. Cuba menjadi BAHAGIA walau sedang BERDUKA. Kerana kita tahu CINTANYA bersama UJIAN yang kita lalui.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, February 23, 2016

Wall Sticker Deco : Kamar Beradu Anak Gadis

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Just nak share wall sticker deco yang beli kat Mr Diy bulan lepas. Sebenarnya saya bukan jenis suka tempek sticker kat dinding sebab takut kotor kesan sticker ni bila kita cabut. Tapi yang ni sticker y jenis macam plastik, jadi bila dah bosan & tak nak pakai boleh cabut tanpa meninggalkan kesan gam sticker kat dinding. Harga sticker ni 1 box dalam RM5-6. Baru 20% kot complete deko bilik fasya..banyak benda lagi yang diimpikan untuk bilik impian Fasya ni. Tapi slow-slow lah.. 

Dinding bilik Fasya baru je cat sebelah. Warna pilihan soft Yellow gittu.. No more pink-pink.. Haha. Lari dari kebiasaan anak gegirl kaler pink @ purple. Pilih kaler kuning pon sebab nak bagi effect bila pasang kanopi tu. Sebahagian lagi masih bewarna putih, maybe akan di cat warna soft blue.


Katil lak saya berangan nak beli katil besi Ikea yang warna putih yang macam ni. Tapi ntah bila nak ke Ikea. Maybe beli melalui personal shopper je la kot. Tapi kena bayar mahal sikitlah dari harga barang, Sementara pakai katil besi turun temurun dari zaman papa dia remaja dulu.


Study Table & Study Station. Plan nak buat simple-simple macam ni. Sesuai sepanjang zaman & untuk jangka masa panjang. Buat masa ni just guna je meja tulis lama yang corak kartun-kartun tu. Berangan tak habis... ntah bila baru menjadi kenyataan tak tahu. 

Semasa proses menampal sticker. 

Hasil yang tak seberapa. Oklah tu buat sementara ni , just untuk ceriakan bilik Fasya. Just nak share, kanopi tu produk dari Ikea harga RM35++ tak silap. Art Deco Photo Frame (aice cream + lolipop) tu dari Romantica Homedecor beharga RM5++/pcs. Sekian perkongsian deko-deko budget mama Asya.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, February 17, 2016

Al Kisah Cuti CNY

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Al-kisah cuti CNY baru-baru ni sempat menghadiri majlis perkahwinan sepupu papa Fasya. Dalam ketidaksihatan saya ni, sempat jugak saya siapkan hantaran bagi pihak sepupu papa Fasya ni. Tapi.... terlupa nak snap pic hantaran tu. 100% gubahan ni saya buat, tu pun seminggu sebelum majlis..baru diberitahu..jadinya saya buat setakat mampu aje.. Berjaya siapakan gubahan ni dalam satu malam je...kecuali sirih tu, malam sebelum majlis baru buat. Paling mencabar part buat sirih tu. Gubahan lain memang saya selalu buat, tapi sirih tak pernah..kiranya 1st time lah buat ni. Stress jugak, sebab daun sirih tu banyak lunyai dikerjakan saya. 
08.02.2016

Masa ni Fasya demam teruk, tapi mujur keadaan dia OK je time majlis ni.

Sebelah pagi, sertai rombongan akad nikah. 
CNY kan,, haruslah pakain warna merah.
Alhamdulillah, sekali lafaz je dah sebagai suamisteri.

Mama Love Fasya

Selepas solat Zuhur, berkonvoi ke majlis persandingan.
Majlis simple aje..Pelamin just untuk tangkap2 gambar sebagai kenangan sahaja.

Nampak jugak sipih-sipih sebahagian gubahan yang saya buat.

Disambut dengan pertunjukan silat

Muka senyum je...walau tak sihat masa ni.

Posing kenangan dengan pengantin baru

Alhamdulillah... sudah selesai..
Dugaan di hari bahagia, baju sedondon pengantin lelaki tetiba tak leh pakai.Sepatutnya sama warna dengan baju pengantin perempuan tu.  Last minute, pakai je baju melayu ni..Mujurlah sepupu Fain ni standby baju melayu lain. Tak pasti kesilapan butik alter size ke macamana.. Katanya masa fitting semuanya OK je. 

Semoga kebahagiaan ini milik kami selamanya.
Semoga papa Fasya akan terus sabar & bertabah menjaga & melayan sakit saya...
Semoga Fasya juga membesar dengan baik. In Shaa Allah, mamapapa akan memberikan kasihsayang sepenuhnya.

Menu rare musim kawen..
Sambal teloqqq orang kawen..
Disebabkan weols tak makan telur rebus, so masak sambal lah..
Tak adalah membazir.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, February 15, 2016

3D Art Kemaman Idaman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Setelah seminggu bercuti, minggu ni rutin back to normal.. Setiap pagi yang rushing... sediakan bento mamapapaFasya.. 3 orang sekaligus tu.. Hehehe.. Cuti sekolah baru-baru ni tak de pergi berjalan kemana-mana pon, saya & papa Fasya bekerja, tak ambik cuti pon. Lagipun kebetulan ada kenduri kahwin sepupu papa Fasya & kebetulan jugak, start cuti sekolah baru-baru ni Fasya demam teruk. Mujurlah start Jumaat baru-baru ni dah ok. Kalo tak, terpaksalah ponteng sekolah minggu ni.

 Jadi, Sabtu lepas (13.02.2016) , last day cuti sekolah bawalah Fasya jalan-jalan.. Asalnya nak melepak kat playground aje, tetiba teringat tempat baru dekat bawah Jambatan Geliga.. Terus ajak papa Fasya ke situ... Bila sampai...Wahhhhhh..tak sangka kat Kemaman Idaman pon dah ada 3D Art (tak siap sepenuhnyanya lagi..). Dan ada jugak Splash Park dekat situ (masih belum siap sepenuhnya). Ok, satu perkembangan bagus sebab dah ada satu tarikan baru kat sini. 

Jadi...apa lagi.... kita posing la :-

3D ART & SPLASH PARK KEMAMAN

Lokasi :
Tepi Sungai Kemaman Idaman / Bawah Jambatan Geliga


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, February 11, 2016

Lila Wadi Restaurant : Cawangan Teluk Sisek, Kuantan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Last weken (05.02.2016) tak rancang pun nak ke Kuantan. Fasya lah ajak jalan-jalan sangat, bosan duduk rumah katanya. Awalnya nak bawa dia tengok movie je, tapi tak de cerita best. Last-last, termeelencong ke Kuantan, just cuci-cuci mata. Tak kisah la, asal anak happy. Bertolak pon dah pukul 3pm++. Alang-alang turun kuantan, terus ajak papa Fasya ngetest Restoran Lilawadi  ni. Bagi yang mencari tempat makan-makan di Kuantan, boleh cuba di sini...Recommended!

Dah lama teringin makan kat Lila Wadi ni, akhirnya ada juga rezeki ke sini. Ada 2 cawangan Restoran Lilawadi ni satu terletak di Indera Mahkota & satu lagi cawangan Teluk Sisek (area Taman Gelora/Teluk Chempedak/Mini Zoo Teruntum ) . 

Cawangan saya pergi ni kat Teluk Sisek sebab dekat dengan bandar Kuantan. Lokasinya amat mudah, on je waze. Hehe. Lilawadi cawangan Teluk Sisek ni betul-betul bersebelahan Rumah Rehat Annexe. Kalau tak silap, Lilawadi Restaurant & Kula Cakes owner yang sama atau adik beradik macam tu. Boleh juga dapatkan Manggo Cheese Cake by Kula Cakes yang femes tu di Lilawadi .


Suasana restoran ni tenang & romantik gittu.. 
Semestinya cantik! Sesuailah kalau nak candle light dinner ke.
boleh tengok kat IG Lila Wadi atau website Lilawadi.

Saya ngetes spagethi carbonara. Memangs edap & cukup rasa. 
Cuma, kuantiti sikit...rasa tak cukup nak makan. Papa asya ambil Lamb Fried Rice.


Fasya lak pekena lamb chop sebijik (memang feberet dia) & Dark Tobelerone Cheese Cake.
Memang sedap! 


3 of us ;-)

Mahal tak harga makanan kat sini?? Bagi saya harganya standard untuk restoran macam ni. Kiranya berbaloi dengan menu yang disediakan. Contoh Lamb Chop, harga RM19.90, tapi dapat 2 slice yang agak besar. Nasi goreng below RM10. Sebelum saya mencuba ke mana-mana restoran, semestinya saya akan google dulu, cari maklumat berkaitan restoran tersebut & silau-silau dulu harga. Kalo harga ok, boleh cuba..Kalau mahal nebeng-nebeng..memang reject lah... Boleh check harga di website Lilawadi --> http://www.lilawadi.com.my/ . 


Mama & Fasya
Muka ada senyumm...tapi dalam hati tiada siapa yang tahu ;-(
sob..sob..sob....

Alhamdulillah,,,masih mampu tersenyum & masih ingat cara untuk senyum.. Harap, jangan kehilangan memori dah macammana cara nak senyum ;-)

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, February 1, 2016

Assalammualaikum semua....


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tak tahu nak mulakan dari mana.. Rasa macam nak bersara terus..Tapi bila teringat, rasa sayang..rasa rindu. Mood dah semakin kelaut dalam. Dah 7 tahun kot memegang status blogger ni. Selepas pembedahan terus menyepi kat sini. Saya baik-baik saja, cuma saya terlalu penat.Sekarang dah masuk bulan ke-2 untuk tahun 2016 ni. So, randomkan sedikit kenangan sepanjang Januari 2016 ni.

Request dari anak dara nak spagethi special..
Special lah sangat kan? 

14.01.2016 - Alhamdulillah... selamat menjalani pembedahan. Tiada sebarang komplikasi sepanjang proses pembedahan tu. Tapi memang mengalami pendarahan yang teruk selepas pembedahan. Berhari-hari juga berlaku pendarahan tu. Sakit??? Ye, selepas pembedahan tu memang sakit. Tempat pembedahan tu pon membengkak & sampai demam jugak. Cuti sakit dalam seminggu... lepas tu masuk kerja. Cuma, yang kerap terjadi selepas saya menjalani pembedahan, tangan kanan sentiasa kejang sampai xboleh bergerak & sakit dada yang amat..hingga tahap nak bernafas pon sakit sangat. Masih berterusan sampai hari ini. Saya pon tak tahu sebab apa jadi macam ni & masih belum rujuk doc dengan apa yang berlaku pada saya sekarang ni. Tempat pembedahan pon masih bengkak & sakit-sakit. Kehidupan, teruskan seperti biasa...Buat kerja rumah macam biasa..pergi kerja macam biasa... Kalo nak ikut sakit tu, semuanya tak jadi...So, Nikmatinya... hidup harus diteruskan.hehe

Menarik lukisan kat dinding "Cahaya Birai Tangga Cafe".
Pose sebelum pergi mengaji

My cute little princess in action

Laguna Ikan Bakar
Ngetest restoran baru buka.... sekali dapat hidangan hangus rentung,, 
wakakaka...

Toka Doka Cafe
Ngetest atas flyover sungai Casa Limbong..
Recomended ! Menu menarik & sedap !

My happy family...

Sampai ketemu lagi... ntah bila blog berupdate lagi.. Mohon ampun maaf kerana masih belum sempat bw. Jutaan terima kasih juga atas semua kata-kata semangat & doa dari kalian semua.. Saya dah baca semua komen tu, cuma belum publish.. Sebab saya hanya akan publish bila dah bw. Sungguh...saya sangat terharu & sebak. Entri sebelum ni cuma perkongsian sedikit cebisan yang berlaku dalam kehidupan saya... Mungkin boleh dijadikan iktibar buat semua, dalam kita bergembira... bila-bila masa saja kita akan diuji. 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (62) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)