Wednesday, February 17, 2016

Al Kisah Cuti CNY

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Al-kisah cuti CNY baru-baru ni sempat menghadiri majlis perkahwinan sepupu papa Fasya. Dalam ketidaksihatan saya ni, sempat jugak saya siapkan hantaran bagi pihak sepupu papa Fasya ni. Tapi.... terlupa nak snap pic hantaran tu. 100% gubahan ni saya buat, tu pun seminggu sebelum majlis..baru diberitahu..jadinya saya buat setakat mampu aje.. Berjaya siapakan gubahan ni dalam satu malam je...kecuali sirih tu, malam sebelum majlis baru buat. Paling mencabar part buat sirih tu. Gubahan lain memang saya selalu buat, tapi sirih tak pernah..kiranya 1st time lah buat ni. Stress jugak, sebab daun sirih tu banyak lunyai dikerjakan saya. 
08.02.2016

Masa ni Fasya demam teruk, tapi mujur keadaan dia OK je time majlis ni.

Sebelah pagi, sertai rombongan akad nikah. 
CNY kan,, haruslah pakain warna merah.
Alhamdulillah, sekali lafaz je dah sebagai suamisteri.

Mama Love Fasya

Selepas solat Zuhur, berkonvoi ke majlis persandingan.
Majlis simple aje..Pelamin just untuk tangkap2 gambar sebagai kenangan sahaja.

Nampak jugak sipih-sipih sebahagian gubahan yang saya buat.

Disambut dengan pertunjukan silat

Muka senyum je...walau tak sihat masa ni.

Posing kenangan dengan pengantin baru

Alhamdulillah... sudah selesai..
Dugaan di hari bahagia, baju sedondon pengantin lelaki tetiba tak leh pakai.Sepatutnya sama warna dengan baju pengantin perempuan tu.  Last minute, pakai je baju melayu ni..Mujurlah sepupu Fain ni standby baju melayu lain. Tak pasti kesilapan butik alter size ke macamana.. Katanya masa fitting semuanya OK je. 

Semoga kebahagiaan ini milik kami selamanya.
Semoga papa Fasya akan terus sabar & bertabah menjaga & melayan sakit saya...
Semoga Fasya juga membesar dengan baik. In Shaa Allah, mamapapa akan memberikan kasihsayang sepenuhnya.

Menu rare musim kawen..
Sambal teloqqq orang kawen..
Disebabkan weols tak makan telur rebus, so masak sambal lah..
Tak adalah membazir.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

26 comments:

salwana nordin @ che'wa said...

Semoga lya terus kuat menghadapi kehidupan ini dgn tabah ye..inshaaAllah

Qhaifa Nur said...

Salam Lya...
Moga sihat hendaknya..
Moga kebahagiaan sentiasa bersama..
Stressnya pengantin lelaki tuh, nasib baik dh standby baju lain..
Sambal telur sedapnyaaa

Zee Suhaini said...

dah sihate yer lya..alhamdulillah..
simple jer majlis.. ingat masa kawin dulu..kitorang pon simple camni..
takde pelaminan bagai..

Kakzakie Purvit said...

Comelnya pengantin perempuan macam pelakon Mira Filzah:)

Rizziela said...

nampak sedapnya sambal telur ni

Mrs Velentine said...

wah lya pandai mengubah..makin hot lya ni tau

Puan Kutu said...

comel fasya dengan tudungnya tu..musim CNY aritu mamg byk kenduri..kami balik jugak kmpg masa sam n tilla kawen tu..dh abg ipar tilla tu dok umah sebelah sy kt kmpg dpt la kad jemputan..tp tak pegi pun.retis kan kawen macam ribut katanya org punya ramai

Nad MamaZN said...

rajin lya tolong buat hantaran.
simple jek kenduri kawen camni. x byk membazir, hehe
moga diberi kesembuhan pada lya n asya...musim ramai x sehat skrg ni

che mid said...

Laaa... macamana boleh lupa snap gambar gubahan tu. Rugi beso tu.. hasil ekslusif lagi hehe. Alhamdulillah.

Insyaallah terus sihat ya dik.

adarnadzmie said...

majlis kenduri yg meriah...

sian Asya demam2 pun sempat posing lagi... hehee

sambal telur sedappp... feveret akak nih....:)

eima said...

tu lauk kegemaran alisha tu .. klu mkn lauk ni bertambah dia ,

idzwa kamaruddin said...

Aaaa simple je kawin tapi simple yg nice ;)

Asha Lya said...

Tahniah dpt biras baru hhehe...simple but nice yg pnting besederhana kn

el said...

comelnya pengantin pompuan hehe
lawa gubahan lya buat even npk sipi2..hebat2

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

comel Asya pakai tudung macam tu ;)

m.u.l.a.n said...

cantik baju melayu biru tu.. Alhamdulillah selamat semuanya..

amirah said...

cantik aje hantaran yg liya buat..tak nmpk simple pun..huhuhu...moga sihat ye liya

Norhayati Mohd Isa said...

Selamat pengantin baru buat pasangan sepupu hubby lya..

Demam masih senyum menawan Fasya ni ;)

aliaamie said...

CNY memang banyak betul kenduri kahwen. Haih, tak sabar pulak rasa nak kahwen. Jodoh, mohon cepat sampai haha

Yati said...

Hebat Lya, boleh buat hantaran kawin.
Dapat juga telor rebus orang kawin. Sekarang pi kenduri dah lama tak dapat telor, dapat coklat je. :)

Mama Myja said...

wah makan kenduri ;) best2

Diana Rashid said...

pengantin seronok sangat kot sampai selera bertambah tu yang tiba2 baju tak muat..hehehe

nini said...

Lawalah pelamin dia....

Cik Aini said...

inshaAllah..moga bahagia smp ke jannah Lya :)

syg Lya x snap pic tdk boleh tgk hasil seni Lya,sy bab2 ni mmg fail Lya.hahaha

Siti Yang Menaip said...

meriah cuti.. ada banyak activity.. weols dok rumah ja ehe..

Mummydearie said...

Alahai, kesiannya pakaian pengantin tak muat pulak! Nasib baik ada standby pakaian lain. Kenangan tu jadinya ^_^ Baguslah majlis kahwin simple aje, takdalah membazirkan.

La, Lya tak makan telur rebus ke? Akak sukalah telur rebus ni. Memang tak sempat nak buat sambal kalau dapat tau!