Monday, February 29, 2016

R.A.N.D.O.M

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

29.02.2016…4 tahun sekali je leh update blog pada tarikh ni. Jadi ambik peluang untuk abadikan kenangan kat blog pada tarikh ni. Tapi.. entri ni autopublish, saya scheduledkan pada tarikh hari ni.Sekarang dah bulan ketiga kita rupanya.. Bulan Mac ni, genaplah usia saya 31 tahun. Haha.. Cam tak percaya pon ada. Tak leh move on lagi.. Masih berangan nak jadi budak sekolah. 

Esok 1 Mac, maka genap 2 tahun kenangan peristiwa pahit itu. Kemalangan yang hampir meragurt nyawa & memusnahkan kehidupan. Tapi, nasib saya selalu baik… saya sentiasa diberi peluang olehNya. Diberikan saya peluang untuk sedar semula dari koma, diberikan saya peluang untuk berjalan semula setelah berbulan terlantar & siapa tahu akhirnya saya mampu bekerja semula & menguruskan kehidupan rumahtangga. Cuma kesannya hingga ke hari ini, saya masih sakit pada bahagian tulang belakang disebabkan masalah kecederaan kat situ. Selain tu saya masih solat dikerusi (dah 2 tahun rupanya), sebab saya bila dah duduk tak mampu bangun sendiri tanpa bantuan. Tapi sekarang, walaupun tak ada orang tolong angkat, saya dah boleh bangun dengan berpaut dengan apa yang ada pada sekeliling. Itulah, selagi kita ni bergelar manusia, kita tidak akan putus diuji. Mohon hati selalu tabah untuk menghadapi setiap ujian yang berlaku dalam kehidupan.

Tentang saya.... alhamdulillah OK aje ni. Bahagia dengan kehidupan yang ada ni. Macammana menjalani kehidupan saat diuji...? Saya sendiri pon tak tahu. Tapi, memang saya cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. Banyak sibukkan diri... ya , memang sangat sibuk. Alhamdulillah dengan kesibukan melampau ni saya dapat elakkan diri dari terlalu berfikir.. Tapi... tipulah,... ada jugak terfikir sampai menyentuh hati & sanubari.. Cuma..wak lekk wak peace! Hehehe. Bulan 3 ni jugak ada app dengan doc.

Ok lah, simpan kenangan sepanjang Feb kat sini dulu ;-)

Antara koleksi #bentofasyafrina sepanjang Feb 2016 yang sempat saya snap. Al maklumlah, setiap pagi rushing.. Nak siapkan bento fasya , bekal mamapapa & breakfast anak bulus pon kena siapkan , just bagi ikan rebus setiap pagi. Biasa pagi & malam je bagi ikan rebus, nak buat wet food tak sempat-sempat lagi. Sepanjang waktu kerja, anak bulus kena kurung dalam sangkar siap makan+minum. 

Kenangan sepanjang Feb 2016. Jarang-jarang dapat snap pic Fasya beruniform sekolah sekarang. Kalo time pra sekolah dulu, tiap-tiap hari bergambar. Masa merubah segalanya.

Fasyafrina in action

Sebulan sekali melawat library

Nasi goreng butter. 1st time cuba, memang sedaplah. 
Samapi 2 hari berturut repeat. Lepas ni cuba buat sendiri plok lah.

Belajar untuk REDHA dalam megharungi UJIAN. Cuba menjadi BAHAGIA walau sedang BERDUKA. Kerana kita tahu CINTANYA bersama UJIAN yang kita lalui.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

35 comments:

idzwa kamaruddin said...

sobs!~

AnneRaini said...

masih gigih buat bekal ye.. yang penting sedap hasil masakn sendiri.

Norhayati Mohd Isa said...

Semoga terus tabah Lya..
Ada kebahagian menanti utk Lya..

Rajin juga buat bento utk anak2 ye..
Akak ni memanjang tak sempat..

Eliss Mie said...

rajin wak bento. bila la nak boleh aura rajin gitu jugok.hahaha. semoga selalu diberi kekuatan dalam mengharungi liku2 hidup ni..pasti pelangi ada kat hujung..

Yana Libra said...

moga thun ni memberi lebih kesihatan dan rezeki :)

Rizziela said...

rajinnya mama

Fazleyatul Aini said...

fasya muka cebik kenapa tu

che mid said...

Alhamdulillah. Allah beri hati yang bersih dan kuat untuk Lya hidup.. akak memang tabik sungguh. Insyaallah, setiap pahitnya ujian akan ada kebahagiaan kan.. teruskan senyuman menawanmu sis..

QasehnyaRania said...

in shaa Allah.. Allah Maha Mengetahuilya kuat..

suka koleksi bento asya..menarik wlaupon simple.. seronok asya dpt mama sediakan bento ke sekolah. alhamdulillah. semoga lya terus tabah dan cekal melalui hidup di samping keluarga tersayang. aamiin..

Qhaifa Nur said...

Redha dgn ujian dr allah lya...kita smua x lps darinya
rajinnya berbento...
nasi butter nmpk sedap skali...

NanyFadhly said...

Ala...kita tak buaat entry pulak untuk 29hb. Haishh...tak sihat sangat ni batuk, selsema. Nak menulis pun pun malas. Hari ini dah getting better. Anyways, nampak sedap sangat nasi goreng butter tu. Nak google la resepi nanti...Semoga terus kuat semangat yer ..

norhidana miswan said...

fasya dh makin besar jadual sekolah pun dh makin ketat...

mmg lya rajin betul bt bento utk fasya... untung fasya tak pyh beratur kt kantin...

Asha Lya said...

Kunci lya kesbrn jak walau apa pun dugaan yg menimpa..
Kreatif btl la mnarik bento fasya tu

el said...

nape muka cengitu pic baju hijau hehehe..

Mrs Velentine said...

alhamdulillah lya..semoga kenangan pahit tue sentiasa jadi pengalaan dalam hidup lya...sama MV pun autopublish jer entry semalam...wah resepi nasi goreng butter tue bole share...fasya dah besar dah...makin comel

salwana nordin @ che'wa said...

serius..tak penah pulak akak denga nasi goreng butter..sedap eh?

akak pun sekali sekala baru bawak2 anak3 ke library..seronok je depa :)

rajin lya membento bekal asya..akak kdg2 baru bekalkn depa bekal..tak bento pun, main letak je hhhaaaaaaaa

semoga lya diberi kesihatan yg baik dan sentiasa gembira dgn nikmat yg Allah berikan..inshaaAllah..

eima said...

manja betul gmbar sedih dia tu ....

lya kuat ..inshaaAllah dear

Jue said...

lama tak dtg sini
anak dara makin comel sekarang nie
moga lya diberi kesihatan yang baik..

kak jue nak jemput pergi rumah mak
12/3/2016
ada majlis kesyukuran adik kawin
klu free jemputlah datang tau..

70/2 felda kerteh 05
23300 ketengah jaya
dungun terengganu

Zee Suhaini said...

lya memang seorang yang positif dan kuat..

Mardiah Diana said...

Salam singgah sini mama Asya.....comelnya bento Fasya ke sekolah...rajin mama Saya buat....

Semoga sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik buat mama Asya sekeluarga..

- dieyana - said...

Alhamdulillah.... semoga terus diberi kesihatan yang baik...

amirah said...

betulla kan liya..sibuk teramat smp tak sedar peredaran masa tu...sekejap ajee masa brlalu ni

Puan Kutu said...

masa berlalu cepat sgt...sedar2 apa yg berlaku dh menjadi sejarah.lya mesti terus kuat untuk fasya..

owhh ni la ekk nasi goreng butternya..berkuah macam resepi sotong goreng butter sy tu..boleh nti cuba buat sndri kan

lieyalatif said...

lya antara org yg lieya kenal yg sgt2 kuat n tabah mengharungi dugaan...in sha Allah lieya, pengakhirannyer indah nanti...bykkan doa dan tawakal key....fain dan fasya itu lah kekuatan dan tunggak utk lya terus kuat....

Ena said...

ye lya
segalanya berubah

Kakzakie Purvit said...

Semakin kita redha akan setiap ujian semakin kuat kita mengharungi hidup. Bertabahlah Lya.

Siti Yang Menaip said...

alhamdulillah.. diberikan lagi peluang oleh-Nya..

+ e.z + said...

cepatnya masa berlalu kan
harap lya & asya sentiasa sihat. aamiin

Yati said...

Comeinya anak bulu. :)

Husna Rahman said...

sibuk2 pun sempat berbento...menarik plak tu..

nayfatimah rasyid said...

sesungguhnya Dia yang menguji sayang akan hambaNya ...redha- tawakal - dan usaha juga amat diperlukan dan Dia lah tempat mengadu bagi segala-gala nya;)

Nabila Syifa said...

comel kucing tuuu

Mummydearie said...

Bab tabah ni, akak memang respek dengan Lya. Walaupun usia muda, ketabahan yang Lya tunjukkan tatkala diduga Allah, memang menyentuh hati akak. Apa-apa pun, akak doakan segala yang baik aje untuk Lya dan semoga diberikan kesihatan yang baik untuk terus hidup bahagia bersama keluarga tersayang.

Dah besar anak dara Lya ni. Kejap betulkan masa berlalu sekarang.

Amanina Mads said...

alhamdulillah.. masih diberi kehidupan yg sweet dan bahagia. semoga Lya diberi kesihatan yg baik :) jaga pemakanan

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

Comelnya nak bulus lya..ada berapa.ekor.tu..^_^