Tuesday, February 23, 2016

Wall Sticker Deco : Kamar Beradu Anak Gadis

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Just nak share wall sticker deco yang beli kat Mr Diy bulan lepas. Sebenarnya saya bukan jenis suka tempek sticker kat dinding sebab takut kotor kesan sticker ni bila kita cabut. Tapi yang ni sticker y jenis macam plastik, jadi bila dah bosan & tak nak pakai boleh cabut tanpa meninggalkan kesan gam sticker kat dinding. Harga sticker ni 1 box dalam RM5-6. Baru 20% kot complete deko bilik fasya..banyak benda lagi yang diimpikan untuk bilik impian Fasya ni. Tapi slow-slow lah.. 

Dinding bilik Fasya baru je cat sebelah. Warna pilihan soft Yellow gittu.. No more pink-pink.. Haha. Lari dari kebiasaan anak gegirl kaler pink @ purple. Pilih kaler kuning pon sebab nak bagi effect bila pasang kanopi tu. Sebahagian lagi masih bewarna putih, maybe akan di cat warna soft blue.


Katil lak saya berangan nak beli katil besi Ikea yang warna putih yang macam ni. Tapi ntah bila nak ke Ikea. Maybe beli melalui personal shopper je la kot. Tapi kena bayar mahal sikitlah dari harga barang, Sementara pakai katil besi turun temurun dari zaman papa dia remaja dulu.


Study Table & Study Station. Plan nak buat simple-simple macam ni. Sesuai sepanjang zaman & untuk jangka masa panjang. Buat masa ni just guna je meja tulis lama yang corak kartun-kartun tu. Berangan tak habis... ntah bila baru menjadi kenyataan tak tahu. 

Semasa proses menampal sticker. 

Hasil yang tak seberapa. Oklah tu buat sementara ni , just untuk ceriakan bilik Fasya. Just nak share, kanopi tu produk dari Ikea harga RM35++ tak silap. Art Deco Photo Frame (aice cream + lolipop) tu dari Romantica Homedecor beharga RM5++/pcs. Sekian perkongsian deko-deko budget mama Asya.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

31 comments:

Akak Kembang said...

cantik...sweet sangat

Asha Lya said...

Cntik n kreatif...lbh lena fasya tdur bilik da cntik

nayfatimah rasyid said...

catik dan kreatif nya;)

Qhaifa Nur said...

Budget mmg brpatutan lya..cantik dah bilik gegurl ni..
Teringin nk bt kat aeish pulak..gegurl akak yg sorang tu..mesti suka

amirah said...

cantikla kanopi asya..nnt nak usha la satu tuk bilik bebudak ni..kalo bab tampal ni mmng mcm dah nak penuh dah satu dinding..masing2 sibuk nak menampal..aduyaii

cik hani said...

sticker macam tu memang comey2..tak lekat kat dinding kesan kotor lepas kita tanggalkan..

AnneRaini said...

sy pon ada buat bilik anak tp smpi skrg xshare pon.. yg tak bestnye dah buat bilik cantik2 tetap nak tido dgn mama papa jugak.. hadoiii.. hehe

Fazleyatul Aini said...

wah comel betol bilik tido dia

- dieyana - said...

cantik, ok juga kuning kan...pink dh biasa...kuning+biru cadar tu nmpk ceria bilik ank dara..;-))

Bbwana adienia said...

Alooi comelnya bilik fasya..beruntung la dapat mak yang sporting..:)

Yana Libra said...

comel je tengok...rajinnyeee

lieyalatif said...

asya dah nak tdo sorang2 yeak lya...bagus laaa die..berani.... big claps tuk asya....

tu laa, barang2 ikea mmg lawo2...lieya mase beli katil tu harga rm299 jek...skrang tak silap dah rm399 kan....tgu jek nanti sales kompom turun balik ......

Mama Myja said...

simple but cantik. demi anak sorang nih.

Diapercakes by Arissa said...

Simple but nice.:)

suhailah hamid said...

cantiknya bilik Fasya..warna kuning pun nampak cantik. lari sedikit dari kebiasaan. rare gitu..

nini said...

Comel bilik anak dara.......mesti dia seronok kannn

syawalsimpsons said...

cantiknya bilik asya dah hias yee

el said...

alahaiii kiut bilik asya..pandai mama babah dia deko2..nti dh dpt katil putih tu lagilah meriah bilik asya..jeles aunty

salwana nordin @ che'wa said...

tak sabar nk tunggu deco2 lya lg :)

btw nice and simple bilik asya :)

Mrs Velentine said...

cantiknya lya...kan bagus klo kat sabah ada ikea

Puan Kutu said...

walaupun simple deconya tp comel..mesti fasya suka kan..waktu proses tampal tu pun fasya join sekali

mula2 memang la kena berangan dulu lya..slow2 la kita jadikan kenyataan.hehe.

Eintan Nurfuzie said...

rajinnya dia decorate

::NureeN:: said...

suka la bila mai bab nk deko2 cam ni...

adarnadzmie said...

alahai comelnya deko bilik tido princess Asya...hehee

kanopi tu comel...)

Mar Mansor said...

menarik juga

Cik Aini said...

wahhh..even dr DIY pun bole nmpk cantik kan asalkan pandai deko.kira skrg Asha dah privacy room lah eh,mesti excited dia :)

Asha skrg dh x minat pink2 colour ke Lya?lama betul katil bujang tu bkhidmat kan.hihi

Eliss Mie said...

rajin deko2 yer.. bilik my nuha tu tak buat deko2 pun lagi.huhuhu..ingt nk beli wallpaper..sapa sudah x beli. lampu ikea beli dok pasang2..adoila..

Siti Yang Menaip said...

wow comelnya.. tayah susah2 nak ngecat ke lukis ke kan.. tampal je.. 5min siap =)

Yati said...

Ok tu. Comei and simple deco. :)

Mummydearie said...

Kalau tengok bilik pameran kat IKEA memang rasa macam nak gila aje tau tapi itulah, ada barang-barang IKEA ni yang a bit expensive berbanding di luar sana.

Perlahan-perlahan buat Lya, lama-lama nanti tercapailah impian nak deko sepenuhnya bilik anak dara cilik Lya ni!

Amanina Mads said...

untungnya asha dpt bilik baru. hehee
memang kreatif lya dgn hubby. nampak lawa