Thursday, March 24, 2016

3D Gallery Art Sg. Lembing

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sambung dengan lebih detail sikit kisah cuti-cuti ke Sg Lembing baru-baru ni. Dalam entri sebelum ni saya terlupa nak bagitahu jalan yang saya lalu dari Kemaman untuk ke Sg Lembing. Dengan teknologi yang ada, guna waze je untuk guide ke sana. Saya pon baru pertama kali jejak kaki kat sana. Tapi adalah kawan papa Fasya bagi tahu jalan pintas ke Sg Lembing melalui Jalan Mak Lagam-Cheneh, so kami melalui jalan ni. Adalah masuk kawasan ladang kelapa sawit, perkampungan felda. Bestlah cuci mata, sejuk je mata tengok suasana menghijau. Lalu jalan ni ke Sg Lembing lebih kurang 1 jam++ aje. Jimat 1 jam jugak tu daripada melalui jalan dari Bandar Kuantan-Sg Lembing. Kami bertolak dalam pukul 9.45am++ , sampai sana dalam pukul 11am camtu. Sebab sampai awal, kita orang terus ke 3D Gallery Art..

3D GALLERY ART SG.LEMBING
Jalan nak ke Gallery art sangat mudah.. ada banyak penunjuk arah & confirm tak akan sesat. Lagipun pekan Sg Lembing kecik je..pi mai pi mai tang tu jugak.. hehe.. confirm tak sesat. Harga tiket untuk masuk ke sini RM16 (dewasa) & RM12 (kanak-kanak). Apa yang best, ownernya peramah giler. Siap condult setiap pelanggan yang masuk & ajar cara nak dapatkan pic terbaik. Dan kalo nak ambik pic family pom, memang ada asissatant yang akan tolong ambilkan gambar & mereka sangat sporting. Siap ajar cara nak posing. Hehe. Time saya sampai tak ada orang lagi, tapi tak lama lepas tu berpusu-pusu datang bawa family.

Ni dia bangunan 3D Gallery Art Sg. Lembing daripada luar.

Lepas dah bayar tiket, masuk melalui pintu ni.

Atau kalo nak senang, cari pokok ni..
3D Gallery Art Sg. Lembing betul-betul berhadapan pokok besar ni.
Kedudukan ni di bahagian jalan belakang sikit. Tapi takpe, mudah sangat nak jumpa.

3D Gallery Art Sg. Lembing ni ada dua tingkat. 
Tingkat atas best-best. So, kita orang start posing dari tingkat bawah dibantu oleh owner 3D art tu. Sangat sporting n siap jadi photographer kita orang lagi. Bahagian atas pon dah ada staff yang menunggu & dia orang y guide serta tolong snapkan pic family. Tapi disebabkan saya kurang sihat, memang mood nak bergambar agak kelaut.. Tapi adalah jugak bergambar.

Lets picture talk...

Tu diaa...berlambak pic.. Kalo dah masuk tempat art-art camni kena la snap gambar puas-puas. So, kalau ke Sg Lembing, kat sini salah satu tempat yang wajib singgah. Lagipon, segala art kat sini semuanya berkaitan dengan bandar Sg Lembing. Selepas dah siap, kami terus ke Time Capsule Retreat untuk check in. In shaa Allah saya akan share di lain n3, Sebenarnya selain capsule/kolong macam yang saya check in tu, ada juga white cottage (sesuai untuk family ramai) & kontena. Kontena ni serius cun giler..full glasses.. Cantik sangat. Saya asalnya nak sewa kontena ni, tapi time booking tu dah full.. tu yang pilih capsule akhirnya. Padahal masa booking tu pertengahan bulan 2, punyalah ramai yang plan bercuti ke sini rupanya. Capsule yang saya sewa tu harganya RM139. Nantilah cerita lagi detail. Selepas check in, plan seterusnya ke Terowong Bijih Timah Sg Lembing. Ingat nak sekali harung kat sini , tapi cam banyak giler pic.. So seperatekanlah.. Hadam je lah nanti. Hehe..

**Next week jumpa pakar bedah lagi. Besar kemungkinan akan lakukan lagi pembedahan lagi sebab sekarang timbul prob baru pada usus ;-(. Ntah camner boleh merebak ke situ. Memang saya sakit teruk..sampai tahap nak berjalan sakit & nak makan x boleh sebab bila makanan masuk, perut akan sakit yang teramat. Tapi 29.03.16 doc pakar bedah akan confirmkan semula. Harapnya ada solution lain, sebab rasanya mcm dah tak larat sangat. Baru je lepas operate bulan 1 aritu. Huhu. Tu semasa bercuti ni xleh enjoy sangat, sebab menahan kesakitan..Belum pon selesai kes sebelum ni, timbul masalah baru. Ujian sungguh kehidupan ni. Mohon hati terus tabah & sabar**

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

23 comments:

aryan azra said...

Best rupanta 3d art gallery ni, hari tu akk x singgah pun.

Ya Allah lya..akk doakan moga Allah berikan yg terbaik buat lya, moga lya sembuh ya, Allah sayang lya

Nafira usof said...

Waahhhh... paus tengok gambar yang Lya tempek nih. macam2 aksi ade. semua pon cantek2.

Zura doakan semoga Lya tabah hadapi ujian sakit ini. Allah hanya menguji hambaNya yang DIA sayang. tabah ye.

Zee Suhaini said...

memang pon..tempat camni rugi kalo tak pulun bergambar lya..gambar cantik..yang gambar bertiga tu sape ambilkan?

hope lya tabah..banyak sungguh dugaan..moga semuanya selamat dah dipermudahkan..

suhailah hamid said...

wah sekarang ni hampir setiap negeri dah ada museum 3d art. Bestnye.
Semoga segala urusan Lya dipermudahkan dan diberikan sebaik2 kesembuhan dari Allah swt. InshaaAllah. Stay strong :)

Qhaifa Nur said...

Puas tgk gmbr lya ni...cantik

Adik lelaki kak nur bru ni penang..msk tmpt cam gini la...seronok tgk gambr mereka anak beranak..tak sabor nk pergi

Chekgu Azrine said...

Bestya aisya posing2 ek..
Banyak btul gambar dia...

salwana nordin @ che'wa said...

amboiiii kemain asya berpossing, mama papa pun tak nak kalah hhheeee..

bestnya jln2 kan :)

che mid said...

Ooo.. tak tau pulak ada art gallery di sg lembing.. hebat ya!!

Take care adikku.. Allah always loves you soooo much..

amirah said...

hahaha...seronok tengok semua gambar..memang menjadi!

pape pun akak doakan semoga urusan liya dipermudahkan ye..senang hadap semua prosedur doktor..insyaAllah...

Puan Kutu said...

bagusnya 3d art museum ni siap ada photographer tolong ambikkan pic n guide lg..smp sini memang wajib la kan bergambar byk2..memang itu je pun tarikannya..

semoga yerus tabah lya..bykkan sabar


Amy Hilmirda Daud said...

cantiknya... rupanya kat sana pun ada 3D gallery.
semoga cepat sembuh.

NzA said...

lamanyaaaaa xjejln2 kt blog kwn2.....
wah semua pic tu menarik.....suka3x

mun said...

wahhh menarik ni....

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

best nya...sume sporting..Asya mama papa semua nampak comel dan cool :)

Yati said...

Kena kreatif juga yek, ambik pic kat gambor 3D ni.
Semoga Lya cepat-cepat sihat, aminn...

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

Wahh..sakan posing ye..hihi..anak2 kite fail sket bab2 posing tpt gini..agagaga..nway.moga lya terus diberikan kekuatan utk.melawan kesakitan ye..all the best lya..

Lya Amie said...

Waah bestnya puas tengok gambar gambar tu.

Ena said...

Menariknya..
jalan2 tempat2 mcm ni
kene la xtra berposing kan lya
bkn sellau nak pegi kan..

Mrs Velentine said...

bestnya lya...

• Ain Cho'in • said...

Wahhh siap ade tempat 3D ey dekat sungai lembing. Terbaik la. Kenape la sy xpernah tau. Hukhuk !

Mummydearie said...

Ada 3D Art Museum lagi kat Sg Lembing ni ya! Wah, ohsemlah! Menarik gambar-gambar yang Lya sekeluarga ambil kat dalam 3D Art Museum ni.

Masa asyik membaca entri ni tak tahu pun Lya dalam kesakitan. Tak dapat sense langsung sampailah Lya beritahu.

Semoga ada solution lain dan Lya sihat-sihat selalu ya. Take care tau!

Qaseh Vee said...

byk juga gambarnya . mcm2 aksi ada ... heheheee

dear anies said...

kreatif n cantik2 gmbr2 3D nyer...lain drpd yg lain