Monday, March 28, 2016

Lombong Bijih Timah Sg.Lembing / Sg. Lembing Tin Mines

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selepas ke 3D Gallery Art, terus check in dulu. Rehat & mandi-mandi dulu. Selepas Zuhur, terus ke Terowong Bijih Timah Sg Lembing. Kedudukan terowong bijih timah ni atas bukit ye... Naik melalui jalan sebelan Muzium Sg.Lembing. Tapi jangan risau, jalan mudah sangat. Dimana-mana penuh signboard, confirm takkan sesat. Lagipon kawasan dia kecik je. Musim cuti sekolah ni, ramailah sikit pelawat..

Tiket masuk ke Terowong Sg Lembing ialah RM15.90 bagi dewasa. Untuk kanak-kanak FOC je. Tak pasti sampai umur berapa baru kena bayar. Tapi saya dapat harga tiket just RM14.00. Saya beli tiket direct di 3D Gallery Art tu, katanya kalo beli direct dekat terowong tu harga tetap, beli dengan dia dapat murah sikit. Terowng ni juga dikenali sebagai ”Terowong Sejuta Ringgit” .

Sebelum masuk ke terowong staff akan terangkan sikit tentang keadaan didalam. Untuk masuk, kita akan menaiki keretapi bijih timah kira-kira 300 mtr. Tak jauh mana pon, tapi oklah untuk merasai pengalaman tu. Selepas tu, kena jalan kaki masuk dalam terowong tu. Memang panjang & banyak cabang jugak. Kat dalam tu pon banyak monumen n tayangan video tentang sejarah lombong bijih timah ni. Selain tu, ada staff kat dalam yang akan guide & cerita sedikit sebanyak sejarahnya. Katanya terowong bijih timah ni ada sebanyak 22 tingkat lagi ke dalam tanah. Hanya 1 tingkat dibuka untuk lawatan, itu pon terowong telah direnovate agar sesuai untuk laluan semua orang.

Yang pasti, masuk dalam terowong ni agak sejuk...macam pasang aircond. Pada asalnya memang saya ingat pasang penghawa dingin, rupanya tu angin semulajadi masuk dari atas bukit. Keadaan dalam tu sangat nyaman & sejuk jer.. Ada satu bahagian dalam tu tempat tadahan air mineral semulajadi.

Let’s picture talk

Tiket masuk, saya beli dekat 3D Gallery Art dapat harga RM14 sekeping.
Untuk Fasya, FOC je masuk dalam ni.

Pintu masuk Terowong Bijih Timah

Sementara tunggu trip keretapi sampai,
 kita pose dengan abag sado bijih timah dulu.

Keretapi bijih timah yang akan bawa kita masuk ke dalam terowong.
Masa sampai sini ingatkan kitaorang je time ni..rupanya dah penuh orang kat dalam terowong tu.

Semasa naik keretapi

Keretapi stop sampai sini je... 

so.. kita explore....

Ada banyak jugak replika patung-patung ni dan segala bahan-bahan sejarah yang digunakan untuk kerja melombong bijih timah ni. Kita juga boleh try & error.

Ada juga slot video yang menceritakan tentang sejarah lombong bijih timah. Student bagus masuk sini, untuk subjek sejarah. Rasanya zaman sekolah dulu-dulu memang belajar pasal ni.

Cubaan wefie bertiga

Time keluar kita orang pilih nak keluar melalui terowong ni jer,, ada yang pilih untuk naik keretapi semula. Malas nak menuggu turn, sebab queue dah ramai.

Time keluar tu boleh ke galeri ni. 
Boleh tengok pelbagai alatan sejarah yang digunakan untuk melombong bijih timah.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

22 comments:

suhailah hamid said...

Wah seronoknya. Kalo bawa anak2 tempat macam ni bagus kan. Cerita sejarah lombong biji timah.

Dapat naik keretapi tu pun dah syok.

babYpose said...

Assalamualaikum Lya, dah besar Fasya. Menarik dan informatif tempat ni, elok bawa budak-budak lawatan sambil belajar kan..comel Fasya posing dengan abang sado :)

salwana nordin @ che'wa said...

wehhhhh..seronok la lawat tempat2 camni..siapa peminat sejarah sure lagi seronok kan :)

fasya ok je ke masuk dlm tu?tak boring dia?

Kakzakie Purvit said...

Menariklah Lya.
Kenapa Asya tak duduk aje kat riba abang sado tu hihi...

Cik Puan Eka said...

menarik gak la kak lya tempat ni.

Penah tgok kt dlm tv dulu. Next time bole masuk dlm list hehehe

idzwa kamaruddin said...

kat labuan ade tempat mcm ni tapi abah tak bagi pegi sebab anak kami kecik lagi. best jugak tau sekali sekala pegi tempat mcm nie lagi pulak bawak anak lagi best!

Qhaifa Nur said...

Seronoknya dpt masuk sini...
Naik keretapi tuh yg best lya..
bagus bawa ank2 dtg sini byk ilmu pengetahuan...

Nafira usof said...

menarik jugak terowong nih. teringin plak nak gi sana lagi sekali. mcm byk jer tempat boleh singgah. ade pic ketapi x? hehehehe

Yana Libra said...

mcm seronok je :)

Husna Rahman said...

macam menarik la..budak2 mesti teruja..

NanyFadhly said...

Serius tak sangka ade tempat macam ni. Sangat menarik untuk pengetahuan dan pembelajaran dewasa dan kanak-kanak. Baru la tau cane proses nak dapatkan bijih timah tu kan.

Ena said...

Best juga ye lya sesekali pegi tempat mcm ni

LydSunshine said...

Kuatnya Lya boleh jalan2 round sg lembing dalam keadaan tak berapa sihat. Try makanan kat sana tak? Makan kat mana masa kat sana?

Suriaamanda said...

Dania suka la tempat macam ni..x sangka kat sana banyak tempat best untuk melawat erk...

CikNaa said...

macam-macam ada rupanya sg lembing ni yer.. sedara mara ramai kt sana.. kalau ada masa nak pg lah..baca entry ni menarik sgt!

wahida said...

lya, bestnya tempat ni...baru tahu kewujudan tempat ni...huhu...
anak aku si abang tu suka sangat sejarah, kalau bawak dia kat sini, mesti dia suka...

• Ain Cho'in • said...

Pernah dengar pasal lombong kat sungai lembing ni. Tak pernah sampai lagi. Padahal dekat jerk nak gi situ. Macam menarik jerk. Nak g la nantiiiiiiiiii. ☺

Puteri Izzati said...

blogwalking kat sini =)

el said...

menarik tempat ni!

Mrs Velentine said...

serius menarik ni untuk anak2 supaya mereka tahu dulu kehidupan mcm mn

Mummydearie said...

Seronok juga ya berjalan-jalan di Sg Lembing ni. Gambar-gambar yang ada memang menarik minat akak pulak untuk datang ke sini. Macam best aje tempat ni.

Dulu masa sekolah subjek Sejarah paling tak suka. Sekarang ni barulah terkial-kial nak tahu sejarah satu-satu tempat tu. Apa taknya, dah anak tanya jawabnya memanjang aje tak ingat ^_^

dear anies said...

ada jumpa bijih x ms msk terowong tu? ;-)