Wednesday, March 23, 2016

Short Trip To Sg.Lembing, Pahang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Syukur alhamdulillah, perancangan nak bawa Fasya bercuti time "school break" berjalan lancar walaupon hampir-hampir nak cancelkan disebabkan masalah kesihatan. Tapi, keras hati pergi jugak sebab dah booking bulan Feb aritu lagi, kalo tak pergi memang burn la. Kalo ikut perancangan dulu-dulu, nak bawa Fasya ke Cameron sebab dah lama sangat dia nak pergi, tapi trip tu jauh sikit & tak berapa sesuai dengan keadaan sekarang so cari alternatif tempat yang dekat. Kononnya, nak bawa ke Gambang Safari je, tup tup bertukar ke Sg Lembing. Serius tak pernah tahu rupanya banyak tempat menarik kat Sg Lembing. Saya tahu pon selepas baca dalam website Oh Bulan yang share tentang penginapan awesome di Time Capsule Retreat. Tengok pic je aritu dah jatuh hati, dari situlah saya mula google pasal sg lembing & baca review percutian ke sana. Bagi yang sukakan keindahan alam semulajadi & jauh dari kesesakan, memang sesuai sangat ke sini. Amat menenangkan & cuaca malam dia sangat sejuk. Dan baru saya tahu juga, rupanya kedudukan sg lembing atas bukit. Kiranya perjalanan nak ke sana kita akan naik bukit , tapi jalan sangat-sangat ok & luas.. Ala-ala ke Cameron gittu.. Odwy ke Sg Lembing akan jumpa Gua Charas, cun giler ! Dan apa yang saya rasa paling seronok sebab percutian kali ni tak guna duit simpanan/gaji/bonus or apa-apa.. tapi guna setiap duit RM1 yang kami kumpul khas untuk jalan-jalan. Start kumpul sekitar Sept or Oct tahun lepas (lepas balik bawa Fasya ke I City). Kiranya, jika ada lebihan membeli note RM1, terus simpan masuk tabung.. kalo ada 5 keping, 5keping lah simpan. Saya overnight di Sg Lembing just semalam.. Silap saya pilih tarikh penghujung cuti sekolah, jadi masa terhad. Tapi yang tak bestnya berjalan kali ni sebab keadaan saya yang sangat-sangat tak sihat, Tapi tebeng jugak demi anok terchenta. 

Pintu gerbang masuk ke perkampungan Sg Lembing..
Bulat-bulat besar tu bijih timah. Sg lembing kan terkenal dengan bijih timah.
Tapi pic Fasya ni odwy balik dah...

Bandar Sg Lembing. Ada yang kata bandar mati  or koboi . Tapi bagi saya bandar dia antik giler, memang 100% bangunan lama & asal. Kalo malam tu sunyi je. Bandar kecik je, tapi bersih. Majoriti penduduk kat sini Cina, tapi still ada kedai melayu jugak. Harga makanan kat sini murah giler.

Pokok besor ... maybe berusia beratus tahun dah.

Apa yang best kat Sg Lembing??? Banyak kot xtvt best kat sana. Kalau nak tahu, kat sana banyak buat sewa basikal/skuter untuk round-round Sg Lembing. Sebab kaw dia kecik je, so memang enjoy la jelajah naik basikal sambil hirup udara segar. Tapi saya tak sewa pon beskal, pusing naik kete je. Maybe next time in shaa Allah. Time cuti sekolah memang ramai pelancong luar masuk Sg Lembing..

Antara tarikan femes dekat Sg Lembing.

3D Gallery Art
3D Gallery Art. Baru je dibuka sekitar Dec, 

Terowong Bijih Timah

Muzium Sg Lembing

Jambatan Gantung Sg Lembing.
Memang panjang giler.. Ada 7 jambatan gantung kat sini. 
Pilih je nak yang mana. 

Pelangi Waterfall.. Ini paling femes. Tapi saya tak pergi sebab badan tak sihat & just sehari kat sana. Nak ke sini kena bertolak awal pagi dengan menaiki 4WD. Kat sana memang ada guide yang akan bawa ke sini. Bayaran tak silap RM50 sekepala. Perjalanan ke sini memang advanture. Tapi best!Satu lagi tempat femes, panorama hill.. yang ni FOC je.  Kena daki awal pagi juga untuk tengok matahari terbit.


Penginapan awesome di Time Capsule Retreat. Tidur dalam capsule, ala-ala rumah Hobbit gittu.
Kat sana memang banyak giler tempat penginapan ohsem. Antaranya T Box dan banyak lagi.

Ok lah... sekian n3 ala-ala teaser gittu.. Kalo rajin akan cerita detail pasal tempat ni. 
Kalau rajin lah. Hehe.. 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

24 comments:

Blog Akak Kembang said...

best jugak tempat ni...wishlist gak ni nak pi stu hari nanti..hehehe
akak harap lya sihat hendaknya.

Asha Lya said...

Kiranya pekan lama yg d beri nafas baru sbb da d buat tmpt pelancongan kan

Didie Kamila said...

Best nye lya jln2..
Dulu ktorg ad plan nk gathering dkt sini..
Tapi tak jd pn lg..
Plus sekarang kwn tgh ad baby..
Tak sesuai nk g jln2 lg..
Kne jln2 pg rumah je..

Qhaifa Nur said...

Gallery art mmg femes sekarang kan...
menarik juga datang sini..

Gieyana said...

bestnyer..terpaksa hold g cuti mana2 pon psl baby still kecik..x sesuai ag bw jenjalan..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

Kan...kite pon suke gilerrr sg lemhing..aman damai tpt die..gi bln 1 aritu tk terupdate lg dlm blog..haahaa

Mrs Velentine said...

wah bestnya lya....kalau nak buat saving gitu kena displin tinggi

Yati said...

Macam menarik je. Dah bertahun tak ke Pahang. Last sekali tahun 2001 kot, sebab akak dulu itm jengka. :)

Puan Wawa said...

uniknya tempat tidur..")

idzwa kamaruddin said...

wahhh best nyer!~

Nafira usof said...

Zura pon pernah gi sana. Neni yang bawakkan. tapi pergi balik hari jer. pekan dia kecik jer.. sekejap jer dah habes pusing kan. cuma kalo dpt bermalam sonok jugak.

Ena said...

Menariknya tempat ni..

Lya, klu CH seelok2ya jgn pegi time cuti sek or curi umum
Confirm jem teramaat kat sana.

Adik Ena ada sornag ddk sana
Dia memg pesan sgt2 nak naik CH dtg la ari biasa..
klu x rugi masa je katanya..

eima said...

klu raya dulu2 waktu mak sedara enPanjang ada lg kami rajin beraya rumah die ... last aku pi time mengandungkan icha lama dah ...

muzium tu pernah masuk dulu dan kami pernah jungle tracking dan mandi air terjun ...syok zaman study time tu

LydSunshine said...

Bangga plok rase bila Lya review kampung halaman saya. Saya mmg takkn mungkin dpt review sebab kampung sendiri kalau balik kampung pun hanya spend time dgn parent je. Nak sewa chalet ke hotel ke memang kena boikot la dengan mak ayah lepas tu. Nnt dah sihat, dtg la lagi ye.

Eintan Nurfuzie said...

awesome gak tmpt dia ye.. capsule tu nmpk comel je

Puan Kutu said...

ada pernah juga terbaca pasal sg lembing ni..org yg sukakan antik dan kedamaian sesuai sgt..anak dh besar nti boleh kot..kecik n baby tak sesuai sgt aktiviti adventures camni
.tp betul menarik la tempatnya..macam2 ada

~aSHa~ said...

Lya...brapa rm sewa tmpt tinggal tu..

asha zida

lieyalatif said...

ehh menarik laa lya...penah tgk org viral kan kat fb.... lieya bekenan dgn tempat tdo tu....mcm best je...tapi kalo ade anak kecik yg jenis tgh suke explore mmg tak sesuai le...bilik sempit hahaahahaha...

Chekgu Azrine said...

bestnya dapat pergi tempat bersejarah camni..
dulu masa zaman akk belajar kat UPSI akk terlepas lawatan ke sini..
so tk pernah sampai lg sini

el said...

xsabar nak tau cite pasal rumah capsule tu..cepat sikit update ok

aryan azra said...

Best kt sini tenang je, akk sempat masuk muzium sg.lrmbing & terowong tu, pengalzman yg sgt best

Kakzakie Purvit said...

Sekarang kan ramai suka berposing
Jadi sana-sini ada jg buat tempat 3D macam ini

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

wah, sis...cantiknya..teringin nak tidur kat rumah hobbit tu..sg. lembing akan dipertimbangkan untuk next percutian!

Mummydearie said...

T-Box Sg Lembing tu pun ada baca juga, Lya tapi biasalah Sg Lembing ni akak pun belum pernah sampai. Kalau adventurous sangat, not really my type sejak dah tua-tua ni, Lya.

Bagus tau Lya ni. Tak ikutkan sangat kata hati yang sedang sakit tu. Keluar juga berjalan-jalan dengan family. Positive attitude ni!