Thursday, April 21, 2016

Cerita Kau..Aku..Kita...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Aucakkkk.. bulan ni ter-rajin sikit update blog. Tak tahu nak citer pasal apa.. tapi rasa nak update jugak. Sekarang dah penghujung April… sikit lagi nak masuk bulan puasa. Cepatkan masa berjalan. Harapnya dipermudahkan urusan kita semua untuk menunaikan ibadah puasa tahun ni. Mungkin agak mencabar tahun ni sebab berpuasa dalam keadaan cuaca panas. Untuk diri sendiri pon, mudahan kesihatan maintain je, tapi berat turun 2KG. Sebab semangat nak memasak lauk berbuka puasa tahun ni. Yela, 1st time berpuasa kat rumah sendiri ni. Kalau n3 tanpa gambar tak best plok.. so simpan koleksi pic awal bulan 4 kat sini sebagai kenangan..

KISAH FASYA
Alhamdulillah …dah besar anak ajaib mama. Mama bersyukur sebab dikurniakan anak yang sangat lemah lembut. Harap kekal sampai bila-bila sikap macam tu. Bab pelajaran, Fasya dikategorikan sederhana atau biasa-biasa.. Tapi dia rajin buat latihan (ikut mood jugak kadang-kadang).. Haha.. Bab berkarya memang no.1 dia ni. Tak pe..perjalanan masih panjang..mama nak anak mama berjaya & cemerlang dalam kehidupan di masa hadapan.. kayuh perlahan-lahan… kejayaan tidak datang bergolek. Bab fasya di buli tu, ada kes terbaru berlaku. Daripada apa berlaku dapat disimpulkan kerana “cemburu” mungkin. Sebab sesiapa yang berkawan dengan Fasya akan dihalang. Memang sedih sangat rasa hati ni. In shaa Allah, minggu depan saya akan lakukan tindakan . Moga ada kekuatan. Sebenarnya bab budak-budak ni saya tak nak serius sangat (nama pun budak-budak), Cuma apa y berlaku pada Fasya ni dah melampau. Lagi pon sampai tahap Fasya menangis & bagitahu kalau minggu depan kena lagi, dia minta tukar sekolah. Mama tahu anak mama sangat kuat & tabah.. Sebab tu dia still bertahan & still semangat ke sekolah.

Tunaikan permintaan anak mama, nak spagethi special. Special maksud dia tu kena deko-dekolah makanan dia. Hehe.. Dah lama kan tak buat special untuk anak ajaib mama.

 Alhamdulillah.. Dah masuk Grade 3, so dapat TALI PINGGANG HIJAU lah lepas ni. Ni time grading Yellow to Green Belt.

 1st time makan pisang goreng. Selama ni kalo beli tak pernah makan. Tapi ni pisang goreng  cheese choc, paksa gak dia makan.. Haaa.. baru tahu sedap kan? Kesian, umur 8tahun baru makan pisang goreng. Haha

DUNIA KUCING
Sebenarnya tak terfikir pon nak bela kucing lepas pndah rumah baru. Sememangnya saya sangatttt sayangkan kucing sejak kecil.Membesar dikelilingi kucing-kucing.. Lepas kahwin duk menyewa, tak ada bela kucing..tapi banyak kucing angkat.. Bagi makan macam tu je. Lepas tu tahun 2010 , sakit teruk time tu.. Balik duk rumah mama,sebab masa tu Fasya kecik, xde org nak jaga. Rumah mama memang bela kucing. Sampailah beli rumah sendiri, baru pindah semula. Memang tak terfikir nak bela kucing, sebab papa Fasya memang kurang sikit. Tapi sejak sakit kebelakangan ni, saya selalu bagitau papa Fasya nak bela kucing untuk hilangkan stress. Sampailah kehadiran Caldina (Kucing Oren)… tetiba papa Fasya tersuka tanpa senjaga. Dia yang eksited sangat nak bela & dia jugak beli semua makanan tu. Caldina tu pon kucing yang dijumpai. Lepas tu kehadiran Passo Tek Tek, papa Fasya selamatkan dia dari longkang belakang ofis. Terus bawa balik & jaga. Dan terbaru, Audi… juga kucing yang diselamatkan dari jalanan. Sungguh… sejak adanya anak-anak bulu ni, saya rasa happy & tak fikir sangat apa yang menimpa pada diri. Dan…happy yang teramat bila papa Fasya tak pasal jadi cat lovers jugak. Syukur sebab dia juga suka apa yang saya suka & dia berjaya.. Sebagaimana saya jatuh hati dengan Filem Tamil, cuba suka apa yang papa Fasya suka. 

Pic atas tu Audi selepas diselamatkan (kena gomol kucing lain). Penuh kesan darah , luka & najis. Bawa balik terus mandikan dia. Bila dah bersih..Ya Allah..comeynya awak Audi ! Caldina dah ok dengan kehadiran Audi, Cuma Passo tek tek tak leh move on. Hahaha

Haha..menyampah tengok aksi manja Caldina & Passo Tek Tek ni..

MY LIFE
Kehidupan saya…macam nilah… Saya happy je dengan kehidupan ni walau diuji. Bagi saya, selagi diberi peluang meneruskan kehidupan.. kita harus nikmati.. Nak meratapi & bersedih sepanjang masa tak guna juga, sebab perkara tu tetap dah terjadi. Cuma kita kena ikhtiar & terus positifkan diri. Bekerja macam biasa, jalankan rutin dirumah seperti biasa. Sakit bukan penghalangnya. Selagi kudrat mampu…in shaa Allah, akan terus bekerja & tunaikan tanggungjawab. Saya juga sibuk memasak untuk papa Fasya…sibuk dengan urusan kerja…urusan rumahtangga.. jadi.. saya kurang berfikir tentang sakit. Hari tu, saya tak tahu macam mana nak hadapinya.. tp syukur… saya mampu lalui n teruskan hidup seperti biasa. Rawatan, terus follow up di hosp, ikut je apa kata dia.. Cuma juga ikhtiar cara tradisional..dan latest amalkan minuman Jus Durian Belanda yang dikatakan sangat bagus untuk pelbagai penyakit & sel kanser.. Mujur sedap air tu.. Haha..

With ofismate yang super duper best & awesome !

Ngetest The Box Coffee dengan officemate.. 
Pisang cheese dia terbaik !

BENTO
Walau tak serancak dulu sediakan bento...tapi still sediakan tiap-tiap hari. Bekal yang disediakan lak biasa-biasa sebab itu yang dia nak. Selain tu, sejak bulan 8 atau 9 tahun lepas saya istiqamah bawak bekal sendiri. Alang-alang emmang saya memasak tiap-tiap hari... baik terus bawak bekal. Sape yang duk di Kemaman ni tahu lah betapa mahalnya makanan kat sini. 

Antara koleksi bekal Fasya yang sempat disnap .
 Pagi yang selalu rushing.

Ni sebahagian bekal yang sempat saya snap. Memang kena istiqamah. Tapi hasilnya berbaloi.. Geng ofis pom majoriti pakat bawa bekal sendri. Zaman sekarang, selagi boleh berjimat.. berjimatlah.

Ok…bye…

Sampai bertemu ;-)

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

23 comments:

babYpose said...

Alhamdulillah berjalan dengan lancar, saya membaca pun macam membaca novel pula tak sabar nak tahu cerita seterusnya haha.. sebab life goes on nya prinsip tu ada tak tertekan pada sesuatu. Suka aktiviti Fasya, di sekolah ke tu atau hantar di pusat teakwando lain..aunty ni baca novel duk tanya pulak hehe.. betul kalau nak buat tindakkan pun bagus, inshaAllah dipermudahkan..

amirah said...

bagusnya liya bawak bekal hari2...akak ni pun masak gak hari2 tp kdg mcm boring dgn masakan sendri..hahaha,...

alaaaa...siannya asya kena buli ke liya?..kdg budak2 ni kan depan kita baik aje..ahmad pun sama kena buli maklumla dia tu pendiam aje..siap kena cubit2..tu babah ahmad satu sekolah tu..bila babah ahmad dtg jumpa takut..tp buat balik...ermmmm

el said...

ambooii meriahnye bekal uols
el pun masak awal2 pagi..jimat belanja
anak pun balik sekolah dah ada makanan nk dimakan seblum g skolah agama

wahida said...

gigih baca entry ni..seronok baca semuanya...dan rasa macam nak komen semua...huhu...

mmg kalau boleh kita takmo masuk campo hal budak2 ni, tapi kalau dah over, kita kena jumpa jugak cikgu budak2 ni...kalau tak, takut fasya takde mood nak gi sekolah...anyway, gud job fasya for ur taekwando...teruskan tau!!

kemain gedik caldina ngan passo...gerammm je tengok..hahaha...

teruskan berdoa dan jangan difikir sangat sakit tu ye...just enjoy your life bersama family tersayang...kami semua sayang u sis...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

waa..comelnya audi....untungla Lya jumpa semua kucing comel macam tu ..:) ...best kan bel a kucing walaupun penat .....kes Asya tu Lya kena pergi sekolah bagitahu cikgu takut benda ni jadi lebih serius..kesian princess tu

Didie Kamila said...

Wah rajinnnya buat bekal bwak pg ofis..
Kalau kje biasanya bwak bekal breakfast je..tu pn yg simple2 je mcm kueh, roti ke..

Ena said...

salam Jumaat Lya,
bagusnya.. sempat masak lauk pauk utk bekal sendiri ye Lya..
Alhamdulillah..
ina jarang makan heavy di ofis
jadi hanya buat bento utk anak2 je la
ptg baru ena makan heavy ngan dorang
dah terbalik dah
patutnya sesiang la makan heavy2 kan
tu yg ena rasa berat semakin naik
hukhuk..


Qhaifa Nur said...

specialnya spagetti tu fasya...kreatif betul mama fasya ni...

woww ada tali pinggang hijau...lps ni x de org berani usik dahh

Betul lya positifkn diri...

salwana nordin @ che'wa said...

hidup perlu diteruskan lya..alhamdulillah dikelilingi org yg sayangkn lieya dan org baik2 :)

semoga lya sihat hendaknya :)

ya Allah comel sgt kucing2 tu..inshaaAllah diaorg pasti mendoakan tuannya..akak dan gegurls suka sgt kucing sbb akak pun dr kecik dibesarkn dgn kucing, tp tu la boboi dlm umah ni bukan catlover..semua penggeli..

tringin nk bela seekor dua tp belum dpt greenlight lg..kdg2 apa yg asben kita suka, kita cuba utk get in, kdg2 apa yg kita suka susah pulak diaorg nk minat kan..sabar aje la..kalo tak ada tolak ansur mmg bergaduh aje hhhhaaa

rajin lya bawak bekal, ada masa memasak, terus memasak, kalo dah tak sempat nk buat camna kan..

Oh..fasya semoga awak kuat hadapi cabaran dekat sekolah..kdg2 bila jadi kes gini bukan sbb mereka bebudak2 tp sbb kita kenal anak kita camna..take action lya..mudah2an fasya lebih kuat lepas ni :)

Mummydearie said...

Laaa... Papa Fasya minat filem Tamil ke? Jenuh ni nak join suka sama-sama. Hahaha!

Belum berakhir lagilah kiranya kisah si Fasya dibuli ni ya. Semoga dapat jalan penyelesaian terbaik.

Baguslah kalau Lya sentiasa berfikiran positif. Sesuatu yang sangat membantu akak rasa untuk Lya berusaha untuk sembuh. Keep it up!

Bab kucing tu akak tak berapa suka sebenarnya tapi cute pulak nama-nama kucing yang awak ada ya!

Asha Lya said...

Kita tahu awak kuat..untung awak d kurniakn suami yg baik,ank yg comel pintar..x semua org dpt mrasainya..yap selagi blh brjimat baik brjimat, lgipun msk sndiri kebrsihn trjamin thumbss up

Qaseh Vee said...

bab buli tu , my anak buha pun pernah kena juga . ada satu hari tu , dia bagi kat budak tu RM5 just utk mkn rehat di kanteen . dia lak tak mkn apa2 . Bila kakak's nya tahu , berangin semuanya . sekolah kakak'snya sebelah je x de pagar lagi . blh je terjah cari budak tu klu nak . my kakak masih cool je . satu hari tu , masa my kakak ambik dia balik sekolah , kebetulan budak tu ada di situ , my kakak pandang je dgn gaya serius . Lepas tu , budak tu dah x buli lagi . my anak buah nu pun type yg lemah lembut dr segi pertuturan dan gaya berjalan ... tersuka tanpa sengaja dgn kucing ni bkn mudah . bestlah ... kat umah ni pun byk kucing . kutip kat jln . ada seekor tu jumpa dalam enjin kereta . sekarang ni dah besar n duk dalam bilik saya je . tak mua tpt lain n tak campur kucing lain . ekor kembang lah katakan ... hahahaaa ... betullah . menangisi apa yg berlaku mmg x merubah apa-apa . saya ada baca blog org putih . dr pengalaman pesakit kanser stage 4 . dia jadi sembuh sepenuhnya hanya dgn minum jus carrot sekurang2nya 4 auns sehari . mkn blh cuba ...

Ena said...

Kita selalu musykil
sbb tiap kali kita drop komen kat sini
x timbul pulak kat sini
hehhe..
mana agaknya pegi kan?
x apa lah.. moga semuanya baik2 aje
Mriah entry lya.. colorful
suka sangat..

abuikhwan said...

Assalamualaikum, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Roda kehidupan berputar dengan pantas, membawa kita ke hari ini. Kehidupan adalah anugerah Allah SWT. Ia nikmat yang tidak terperi. Tetapi perjalanannya tidak mudah diduga kerana bahasanya bisu. Adakalanya tampak mudah, seringkali pula kelihatan sulit dan sukar. Ia tidak bisa dilihat, apalagi mahu menyentuhnya. Namun, kita dapat merasai dan menikmatinya. Mudah-mudahan kehidupan ini membawa kita semakin dengan dengan hidayah-Nya...amiinn..

Puan Kutu said...

Kesian fasya..moga dpt penyelesain terbaik utk kes buli tu..comel2 anak bulus lya ni..memang terapi yg bagusembela kucing terhibur dengan telatah depa..

Harapnya lya terus tabah..nikmati hidup dengan sebaiknya..kita memang tak boleh merubah apa yg terjadi.tp kita boleh berubah jadi happy..sedih..ikit acuan kita..hati dan perasaan kita sendiri yg kontrol kan

Suka tgok org berbento..selain jimat lebih sihat ikut selera tekak plus pengikat kasih syg juga melalui air tangan

Kakzakie Purvit said...

Semoga Asya terus kuat. Jgn dok diam. Alang-alang ada taekwondo apa takut sayang.

Bawa bekal kalau dah selalu akan jadi kebiasaan Lya. Kakak dah berpuluh tahun rasanya bawa bekal. Anak-anak kakak pun dulu masa duduk dgn kakak tiap hari bawa bekal ke sekolah. Tapi duit bagi juga sebab budak kan takut dia teringin sesuatu kesian kan... bagilah juga

• Ain Cho'in • said...

Alahai comey nya hot dog Fasha berdeco-deco gitu. :) Bagusnya dah ada seni taekwando kan, lepas ni kalau ada kawan buli bole lawan balik. Heeee. Erm, rajin nya sis bawak bekal kan. Tapi memang la, zaman sekarang kena berjimat. Area tempat kerja saya pun mahal-mahal da makanan. Rasa-nya memang kena bawak bekal kalo gini gaya-nya.

arief Sigli said...

cerita yang sungguh campur aduk :D

aryan azra said...

hai kena buli ye, alang-alang ada taekwando tu boleh digunakan tu...hehehe tapi eloklah lya jumpa dulu dengan si pembuli tu. macam kakak akak pernah buat, bila anaknya dibuli, dia tak jumpa cikgu tapi jumpa dulu sipembuli tanya apa sebabnya dia membuli tu..alhamdulillah bila dah cakap baik2 akhirnya sipembuli tu dan tak membuli dan dah jadi baik. niat kita bukan nak marah tapi nak tahu hal sebenarkan. kalau masih berterusan mungkin tindakan yang lebih boleh diambil

Kopiolimauice said...

Ya Allah ksian nye fasya kcik2 dh d uji smga dia kuat utk trus bsekolah

Mommy Cici said...

wah semua nampak sedap. I pun bawak bekal sendiri. panaskan je lauk dinner semalam. cuma bersilat pepagi sebab nak bawak bekpes je lah. hehehe

dear anies said...

dah ada peneman...comelnyaaaa...


busy2 pun bekal mesti ada kan...ye laa... kalu itu cara yg plg bgs utk berjimat why not kite gagahkan jg wpn penat....

QasehnyaRania said...

alhai nape jadi mcm tu. sian fasya. smga fasya kuat utk lalui semua tu


cntik bento fasya. simple tp mama sedaya upaya sediakann utk anak

betul lya, selagi blh berjimat mmg kna jimat.

pppsstt:smlm lalu balik dr ganu lalu jln lama. lalu lah depan hospital kemaman.. rupayanya kemaman dkt dgn kuantan ye. maklum lah, bru kali pertama jejak kaki ke pantai timur

dlu pernah ke kuantan, tp dr johor..
itu yg tak tahu