Monday, April 11, 2016

Muzium Sg.Lembing & Jambatan Gantung Sg.Lembing

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MUZIUM SG.LEMBING

Sambung balik kisah cuti-cuti ke Sg.Lembing baru-baru ni. Selepas ke Terowong Bijih Timah Sg Lembing, terus menuju ke Muzium Sg Lembing. Sebenarnya muzium ni tak ada dalam list pon tempat yang nak masuk. Hahaha,,, punyalah tak minat sejarah. Tapi tetap nak pergi sebab view & laman muzium ni cun giler. Kedudukannya gah di atas bukit. . Konon-konon nak photoshoot kawasan sekitar dia aje.  Tapi bila dah sampai lain jadinya, dipujuk rayu Fasya nak masuk jugak. So, masuklah jugak akhirnya. Dah la ada masa 30 minit lagi sebelum muzium ditutup. Terus ke kaunter beli tiket. Just bayar harga tiket orang dewasa sebanyak RM2/orang.

Nak citer panjang tak reti….
Let’s Pic Talk

Kena mendaki sikit nak naik ke muzium,
Memang letihlah kaki..

Depan bangunan Muzium. 
Memang antik giler bangunan.

Masuk dalam pusing-pusing. Kebanyakan tentang sejarah perlombongan bijih timah. Selain tu ada juga peralatan lama yang dipamerkan.

Permandangan dari atas muzium.
 Memang cantik sangat view dia.

Muka budak happy..

JAMBATAN GANTUNG SG.LEMBING

 Selepas ke Muzium, terus ke Jambatan Gantung Sg Lembing. Rugilah kalau dah sampai tapi tak naik kan. Saya difahamkan ada 7 jambatan gantung kat sini. Jambatan gantung ni menghubungkan kampong seberang dengan pecan Sg Lembing. Jangan bimbang jambatan gantung ni tak menakutkan , siap penduduk kat situ selumber badak je naik motor untuk menyeberang. Sungai kat bahagian bawah pon jernih & boleh mandi manda. Memang tak dalam tapi luas giler. Plan nak seberang ke kampong sana, tapi patah balik sebab Nampak anjing. Hahah. Padahal anjing tu wak derkkk je. Tapi view dia sungguh cantik ! Bagi saya, perkampungan ni agak antik & klasik.

Lets Pic Talk

Selepas ambik gambar sekeping dua atas jambatan gantung ni, terus pusing kampung dia. Plan nak ke Kristal House.. Bila sampai tengok ramai sangat orang, so tak jadi masuk. Kalau nak lagi best, boleh sewa scooter, basikal atau ATV keliling Sg.Lembing. Memang cun kampung dia, berbukit-bukit & sejuk je suasana.

Bersepah tempat untuk menyewa basikal/atv/scooter kat sini.
Harga dia, saya tak pasti... Tapi saya tertarik basikal kaler biru tu, leh kayuh 2 orang.

Selepas tu, terus gerak ke rumah hobbit. Hehe. Sepanjang perjalanan dalam perkampungan Sg Lembing, bermacam tinggalan sejarah kita boleh tengok. Antaranya tapak kilang lama bijih timah, rumah tumpang/pekerja pelombong bijih timah dan banyak lagi. Pasal makanan juga jangan risau, sebab ada warung/restoran milik Islam kat sana. Banyak jugak. Tapi, malam tu saya dinner dekat warung betul-betul mengadap Pos Malaysia Sg.Lembing, berdekatan dengan Muzium. Apa yang pasti , harga makanan dekat Sg Lembing berganda murah ! Kuantiti pon banyak giler.

Tamat sudah episode penjelajahan di Sg Lembing. In shaa Allah, lepas ni nak share tentang tempat penginapan saya di  Time Capsule Retreat. Sebenarnya banyak giler pilihan tempat penginapan yang super duper best kat sana. Kalau ada kesempatan lagi & sihat tubuh badan saya nak ke sini lagi tapi just nak ke Rainbow Waterfall.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

27 comments:

babYpose said...

Memang betul cantik Lya, kan sekarang trend menghargai vintage tambahan bangunan yang sememang klasik bukan dibuat buat, patut singgah .. tapi tu anjing tak buat apa pun
dah takut hehe sama la dengan aunty..

eima said...

ada rumah sedara enPanjang kat sini ... dulu tiap kali raya kami rajin beraya kat sana .... tp arwah dah tak de dah

Qhaifa Nur said...

Dpt sewa basikal seronoknya lya..
panjang jalannya...
mmg seronok dtg sini...

mamabeauty said...

selalu lalu jer sungai lembing ni hehe tak pernah tahu ada macam2 lagi yang boleh diterokai Ana

Kakzakie Purvit said...

Menarik dan cantiklah lokasinya Lya
Asya mesti suka ni. Boleh pergi selalu sebab mendamaikan.

Nafira usof said...

seronoknyeeeee.. tak sangka banyak tempat menarik jugak kat sana yer. masa neni bawa haitu, kami singgah sekejap jer. sebab sebelom tuh gi mandi kat sungai dia. sungai dia memang jernih kan airnye. lepas mandi neni ajak singgah kat pekan tuh kejap. jadiknye x de lah betol2 pusing. bila baca n3 Lya nih rasa nak ajak neni gi sana skali lagi jer. hihihihi

wahida said...

bagus fasya tak gayat pun naik jambatan gantung tu...sesetangah budak mmg gayat tau...huhu..

eh muzium tu mmg antik betul...cantik n unik!

suhailah hamid said...

rupanya banyak tempat yang best diterokai di sungai lembing ye. seronok ni kalau bawa anak2 berjalan sambil belajar sejarah.

Cho Zila said...

akak memang keinginan untuk smp ke sini. kononnyer gi kuala gandah dulu terus ke sini belum lagi sampainya... mungkin satu hari tapi suatu hari nanti... cuma kena cepat sebab kalau anak dah besar sangat tak gemar diaorang pergi ke tpt ginikan..

Salina@IbuAqil said...

Bestnya Lya...
Titi gantung tu x gayat ke?
Lya sihat?!
Take care Lya..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

yeke makanan murah? bagus lah tempat perlancongan biasanya mahal..ni murah bagus sgt !

Puan Kutu said...

betul nmpk cantik n klasik view kampung.memang tempat wajib dikunjungi buat pencinta alam sekitar..

apa la lya ni..ada plak tak minat sejarah.RM2 je kot masuk je la.hehe

Asha Lya said...

Byk tmpt besejarah yg msh lya x taw..good info lya
Mnataw da kesemptn nnt sy blh dtg cne

Raihanah Ahmad said...

dulu saya kecik parents selalu bawa ke muzium. skrg anak2 saya belum pernah bawa lagi

Ummi Khalif said...

Bestnyaa. Tengok gambar pun dah rasa seronok. View sangat calming dan classic.

Cikna said...

Sg. lembing ni bkn kat pahang ke, cikna yg duk pahang ni pun xsmpi lg kt sana,huhuu...

NzA said...

tengok gambar ni nmpk macam best je dgn pemandangan yg cantik.....

Aty_Fared said...

lama sangat tak singgah sini.. Ya Allah...anak pon dah besar.. :)

eerr.. just nak komen..ada gak upernya tempat besh eh kat neg sembilan nih..

• Ain Cho'in • said...

Nak bawak si cinonet la nanti. Hihihi !

abuikhwan said...

Assalamualaikum, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Selamat berjalan-jalan. Sungai lembing ni tak jauh dari tempat saya. Selalu juga saya bawa keluarga berjalan-jalan ke sana. maklumlah keadaan hutan hijau yang masih ada amat sesuai dengan jiwa saya...Insya-Allah, ingat nak pergi sekali lagi, tunggu anak-anak balik dari asrama...

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

cntik kan kaw mzium tu..kite pon nk repeat gi lagi..jmbatan gntung tk tgk lagi..rumah kristal tu ada ape eh..best ye..hihi

Husna Rahman said...

best ye jenjalan..

el said...

bangunan muzium tu tersgtlah unik...

Qaseh Vee said...

indah view pergunungan mcm tu . ada basikal tu . blh lah regangkan otot .

Yati said...

Cantik pemandangan dari muzium tu. Macam aman damai je Sg Lembing tu yek.

Mummydearie said...

Akak tengok gambar jambatan gantung aje dah gayat! Tengok sungai yang lebar dan luas terbentang kat bawah tu lagi gayat! Tengok air sungai mengalir pun gayat! Memang tak naiklah gamaknya kalau sampai ke Sg Lembing ni.

Tapi, tapi, tapi...cantik kawasan sekitar ni. Time capsule retreat tu macam pernah baca tapi akak tersangat curious tentang rainbow waterfall, kristal house bagai tu. Macam nak menggoogle aje!

dear anies said...

penah dgr nama muzium je n nama tmpt ni sbb ada dlm buku sejarah hehehehe pegi x tau bila ;-)