Thursday, April 14, 2016

The Jungle Book & Kisah Anak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dah banyak kali tertangguh nak bawa Fasya tengok wayang cerita-cerita sebelum ni. Tapi sebab kesibukan & masalah kesiahtan semua tertangguh. So, akhirnya boleh juga happykan hati anak mama. 1st time tengok wayang sebelah malam ni. So movie pilihan Fasya semestinya The Jungle Book. Macam kebiasaan saya booking on9 je tiket. Salah satu sebab saya & papa asya bawa juga , sebab nak happykan hati dia yang sedang sedih. Ya, mamapapa pon sedih sangat dengan apa yang menimpa.. Tapi mama tahu anak mama kuat orangnya. Best tak cerita The Jungle Book??? Fasya kata dia bagi 5*****. Hehehe.. Ssesuai sangat bawa anak-anak layan movie ni, confirm dia orang suka. Sebenarnya mama teringin nak tengok The Huntsman... tapi takut ada adegan "gitu-gitu"...cam tak sesuai plok. Hehe.

Budak happy leh tengok citer feberet dia

Lepas tengok movie, isi perut ..

KISAH ANAK

Anak kesayangan mama. Ya Allah lindungilah anakku walau dimanapun berada. Tabahkan hatinya untuk menghadapi setiap ujian kehidupan. Saya dalam mood sedih bila memikirkan tentang asya ni. Ntah lah, diluah mati emak...ditelan mati bapa. Fasya memang memang lembut sikit orangnya.. sebab sikap dia tu orang ambil kesempatan & buli dia. Tapi apa yang dia kena dah rasa agak melampau, sampai tahap kena sepak terajang, cekam dengan kuku sampai berparut & banyak lagi. Saya tak sangka ianya berlarutan. Tapi satu yang mama salute, walaupun dia menangis & sedih dengan apa yang terjadi, tapi setiap pagi dia tetap bersemangat nak pergi sekolah demi menimba ilmu & saya dah pesan setiap perbuatan orang jangan balas, biar Allah je balas.. Saya sendiri pon yakinkan dia, Allah akan sayangkan Asya sebab tu mesti banyak bersabar. Apa patut saya buat??? Sebab kes ni berlarutan dari pertengahan tahun lepas. Pada asalnya saya ingat maybe mereka bergurau je...tapi sampailah ada salah seorang budak kelas menyampaikan. Ye..mamapapa terpaksa menjadi penyiasat misteri demi mencari kebenaran. Maybe terpaksa laporkan pada cikgu untuk selesaikan. Sebelum ni saya nak biarkan, sebab anggap budak-budak.. tapi rasanya apa yang terjadi dah melampau & perlu bertindak sebelum keadaan menjadi parah.Selama ni baca kisah anak kawan2 kena buli, kali ni terkena anak sendiri ;-(.  Apa saya patut buat?? Betulkah tindakan saya??

Anak mama yang kuat & tabah

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

36 comments:

babYpose said...

Baru aunty nak komen teringin nak tengok jungle book, ada kisah sedih rupanya.. itu la. Nauzubila.. hal-hal ni berlaku. Kena sepak bagaimana mulanya pasti tertanya-tanyakan.. berbanyak berdoa, harap Fasya main dekat dengan cikgu-cikgu biar dekat dengan pekerja sekolah aunty nak nasihat pun tak pasti sekitar sekolah sekarang ni. Biar berada kawasan cikgu nampak. InshaAllah.

mamaarifakeem said...

bestkan citer tu.. anak anak suka, emak bapak pun suka.. cik eina pun bg 5***** hii..

Allahuakhbar.. benda camni paling merisaukan...sedihnya.. baik lya p jumpa cikgu dan bagitau, budak sekarang luar batas akal fikiran kita diorang mampu buat.. risau takut jd lg parah..

*eina pun risaukan si arif tu, maklum dengan saiz dia camtu, kadang budak kan suka ejek mengejek.. huu.. apapun sentiasa doakan semoga anak anak kita dalam peliharaanNya..

Kakzakie Purvit said...

Kakak pulak ajar anak kakak kalau kawan pukul balas jgn dok diam aje. Siap kakak bagi payung utk jadi senjata. Teringat dulu anak kakak tak ingat yg mana satu kena tumbuk dada sampai akak bawa klinik sebab bila bernafas sakit. Kakak tak jumpa pun cikgu. Tapi abang tunggu bas yg budak itu naik. Jumpa terus budak itu. Bagi last warning terus. Katakan padanya "pakcik akan repot polis terus kalau buat lagi anak pakcik" Tapi yg bagusnya ayah-ibu budak ini baik jadi lepas itu mak-ayahnya jumpa abang minta maaf..

Tunggu nak dpt anak punya lama alih-alih ada org nak buat anak kita mana boleh tahan Lya..

Maaf kakak emosi sikit bab anak kena buli ni Lya. Harap Asya kuat ye sayang. Lawan jgn tak lawan. Lepas tu inform cikgu kalau di sekolah sebab mama/papa tak ada.

lia ummiirfan said...

jangan biarkan kes ini berlarutan.. laporkan sahaja kepada cikgu bersama buktinya.. kesiyan Asya.. :))

Qhaifa Nur said...

Bestnya asya tgk wayang...5 bintang ya..sure terhibur

betul lya..selalu dgr citer ank org tak sangka ank kita pun kena gak..
mcm aida aeish ad gak citer bdk tu usik dia tp skrg dh senyap
kes asya ni mcm berat sikit...jumpa terus bdk tu or cikgu displin or guru besar...sblm melarat lya..smpai berparut ni

Qaseh Vee said...

jungle book ni lawak kan . memang tak jemu tgk movie mcm ni ...

syawalsimpsons said...

sue tak berkesempatan lagi nak tgk citer ni

salwana nordin @ che'wa said...

BEST EK CITER NI? AKAK BARU INGAT NK BAWAK ANAK2 LAYAN ANGRY BIRD HHHOOOOOHHOOO

ya Allah..asya kena buli ke? serius akak rasa nk nangis baca pasal asya ni sbb duk tringat alya kt sekolah jugak :(

buat report kt sek lya, takut perkara ni berterusan..serius kesiannya asya sampai dah kena cakar segala ni dah melampau..

mudah2an asya tak trauma dgn apa yg jadi..asya kuat mcm mama kan? :)..inshaaAllah pasti ada penyelesaiannya..akak doakan :)

eita said...

nape lah budak zaman sekarang ni sibuk nak membuli orang..sian asya...

sekurang2 nyer terhibur jugak hati asya tengok wayang..

Rozy said...

Ya beritahu cikgu, tujuan untuk protect anak kita. jangan biarkan orang mengambil kesempatan.
Bagus apa yg Lya suruh supaya bersabar, biar Allah yang balasNya. Namun kalau dah sampai sepak terajang, itu tidak boleh dibiarkan ianya melibatkan fizikal. Mesti lapor kepada guru

norhidana miswan said...

idaklah akak nk tgk cite jungle book tuh ada ular beso... seram lah

sian nya asya... lya ptt kene tanya pd guru kelas dia... kene bt sesuatu, mana yg parut2 kesan2 kene buli tuh amik gambar sebagai bukti... kalau tanya cikgu kelas tak berkesan cuba risik pd pengetua...

bkn kita nk melebih2 tp cuma nk bdk2 tuh sedar, apa yg diaorang bt tu salah,.. sampai buli org lain

Chekgu Azrine said...

sis..laporkan pada guru kelas dia..akk rasa kes ni dah jdi besar sebab nanti akn jd lagi teruk kalau dibiarkan...kalau guru kelas bt xthu sis terus jumpa dengan HEM...

lenny Boniface Jubilee said...

jangan diamkan kes buli... demi anak sendiri juga anak-anak yang lain..

el said...

better slow talk ngan cikgu atau cikgu besar
mcam teruk je kes asya ni..sian lah kat asya
kalo x jalan jugak..p jumpa budak yg buat tu sekali ngan jumpa parents tu...kalo dibiarkan naik lemak budak yg buli asya tu..better lya cepat bertindak..huhu stay strong asya..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

eh sakit pulak hati kita...dah kenapa kecik-kecik pandai nak buli orang ni? jangan biarkan Lya...kesian Asya, maklumkan pada cikgu minta cikgu tolong pantau ..kalau kita yang marah nanti takut berpanjangan sampai ke mak ayah budak tu pulak..biar cikgu siasat dan bagi amaran kat budak tu .....sabar ye Asya ...Asya kuat macam mamapapa dia...

Emarieys said...

kat sekolah ada group pibg tak? kalau ada boleh majukan dalam group permasalahan yang berlaku..dan guru kelas akan siasat dan take action.

Ummi Khalif said...

Ya Allah tak terbayang perasaan kan bila anak dibuli..dah buat report ke? Semoga anak ini sentiasa dilindungi Allah.

E'in said...

ya Allah.. bdk2 skrg.. kesian asya.. hmmmm

Eintan Nurfuzie said...

ya allah... skrg buli mmg kes hangat.. kena kuatkan smgt si anak dan laporkan kepada yang bertanggungjawab.. boleh mereka memikirkan sesuatu dan jangan lah dah terkena baru nk ambik tndakan

odah said...

salam
akak ni ckgu, dah byk kali tgk dn dgr kes buli ni, walaupun sek rendah. Apa yg penting jumpa cikgu n guru besar, jgn jumpa parent nanti dia akan jd cite luar sek plak ..bkn sume parent boleh time anak dia nakal...biar sek settle n kita sentiasa buat follow up tanya selalu... kalu berulang buat lg...
Guru besar dan cikgu yg bagus akan pggil budak tu dan panggil parent budak tu...InsyaAllah akan selesai. Akak doakan perkara ni tak berlanjutan yang penting jgn diamkan nanti anak kita akan down ...ksian dia

Yati said...

Anak kak Yati pun ada ajak tengok jungle book, tapi tak pi tengok pun lagi.
Hal buli ni kena bawak bincang ngan cikgu, pada pendapat akak, Lya. Semoga segala urusan dipermudahkan.

SalbiahM said...

tu dah masuk kes buli dah tu, mana boleh dibiarkan..kesian Fasya.saya doa urusan akak dipermudahkan ye

Diana Rashid said...

Bila anak di buli ,jangan tangguh2 kan untuk bertindak..kena cepat Lya...jumpa pihak sekolah dan ajak budak tu berbincang.

Diana Rashid said...

satu lagi..jangan ajar anak tak balas kalau ada kawan buli..heheh...itu saya pesan pada anak saya.budak2 sekaarang bukan macam kita dulu.budak sekarang lagi diam lagi dia buat.jadi kena ajar anak melawan sama..

Nad MamaZN said...

nnt nak bawak zakwan n nayli tgk cite ni la :)

lya, moga tabah dgn dugaan. moga asya kuat hadapi ujian. betul la tindakan lya pasang penyiasat tu hehe. pasni try diskus dgn cikgu. tgk apa cikgu bleh buat. asya ada bgtau x kenapa budak tu buli?
mcm zakwan, masa mula2 sekolah dulu ada gak kene buli. apa yg kami ajar, biae dia sabar je. jangan balas. bgtau Allah biar Allah je yg balas. lagipun takde org akan kawan dgn pembuli. at last dorang berkawan. sebabnya budak tu tak pandai nak berkawan. sebab zakwan diam tak balas perbuatan dia, dia jadi baik plak. elok dah berkawan sama2
tu nak tau, asya ada bgtau x nape budak tu buli asya?

idzwa kamaruddin said...

tindakan yang betul..report dekat cikgu cikgu besar dan minta respon apa tindakan sekolah selepas aduan dibuat. kalau tak sekolah akan pandang enteng je.

Puan Kutu said...

best sgt ye fasya cerita ni..klu bawak aiman afia mesti suka ni..tp bapaknya la pulak tak berapa suka.hehe

kes buli ni klu berlarutan kena amik tindakan lya.kesian fasya klu terus dibuli..harap dpt penyelesaian terbaik.klu perlu kena jumpa cikgu bincang elok2

Aisy Nasiha said...

Kena bgtau cikgu, Lya.. kes gitu nanti berlarutan susah pulak jadinya..takut budak tu akan lg melampau lepas ni.. fasya nampak kecil je, sian la dia kena buli. Area kami ni studentsnya refer cikgu terus.. budak sini mmg jenis suka melapor kalau ada apa2. Dari satu segi bagus la perangai mcm tu..

• Ain Cho'in • said...

Semoga Fasya kuat yer. Kalau saya jadi akak, saya akan jumpa mak bapak budak tu. :( Sebab adik saya pernah kena macam fasya. Kena pukul apa semua, balik sekolah menangis. Sampai 1 hari mak saya and saya pergi rumah mak bapak diorang. Start dari situ, Alhamdulillah budak tu tak buat apa-apa dah dekat adik saya and sekarang diorang berkawan baik.

Mummydearie said...

Tak boleh dibiarkan tu, Lya. Kalau sikit-sikit takpalah. Kalau gurau dah jadi kasar dan boleh diklasifikasikan sebagai membuli, kenalah ibubapa masuk campur.

Laporkan aje pada guru Fasya dan tengok apa tindakan selanjutnya. Kalau budak tu masih buat juga, kena lapor pada pihak atasan sekolah pulak.

Kita nak berhati-hati aje jangan sampai terjadi kejadian yang lebih teruk. Mungkin budak tu tengok Fasya ni tak melawan dan nampak takut-takut, itu yang dia lagi menjadi-jadi.

Kasihan Fasya tapi yang akak salute, dia tetap nak juga pergi sekolah. Kalau sesetengah budak tu, mahu dah fobia tak mahu pergi sekolah takut kena buli!

rezeki mdm said...

first..kena bgtau cikgu dulu lya....moga cikgu amik tindakan dan siasatan jugak...

Mrs Velentine said...

Ya Allah kesian fasya.ni mcm kes anak MV dulu lah..tak melawan...org pukul orang tumbuk diam jer..org minta duit bagi.Tindakan lya betul sebab MV pun dulu buat tindakan yang sama

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Advance sangat budak budak zaman skrg ni sis... Tak boleh di biarkan. makin menjadi kes buli.. seriau baca kes lidah budak kena gunting tak hilang lagi. Allah...Pandangan aina, kes ni kena laporkan pada guru sekolah n mak ayah budak tu.. bukan apa kak.. takut trauma bila da besar nanti.. Kesian Fasya, respect msh kuat dan bersemangat ke sekolah.. =)

Kopiolimauice said...

Ya Allah sian nye asya...btul la bdak2 skrg bukn mcm dulu tahap takut mereka dh mkin kurang

aryan azra said...

teruk tu kalau dah sampai kena pukul macam tu lya, jumpa saja dengan cikgu bagitahu perkara ni, haish kalau akak biar je fasya balas balik, tapi risau juga takut mereka ramai fasya sorang2. akak pun selalu pesan pada anak, kalau ada yang pukul bals balik jangan diam, takpun beritahu saja pada cikgu, risaulah bab2 macam nih

dear anies said...

ishhhh... kecik2 lg da pandai membuli... tp x boleh biarkan lya...mungkin asya tak membalas tp ktk kesannya pada ms hadapan... harus ambil tindakan agr perkara yg sama tak berulang atau terkena pd anak2 yg lain... bdk2 zaman skrg lain bebenor perangainya...ada kala menakutkan!

sabar ya asya...