Monday, May 16, 2016

Projek Hadiah Hari Guru & Minggu Peperiksaan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Aucakkkk.. tenggelam timbul dah kat sini. Ntah nape mood merudum naw naw sekarang. Kadang tu eksited nak update, tapi blur.. Sekarang dah pertengahan tahun, kebanyakan sekolah dah start exam. Sekolah Fasya eskok (17.05.2016) baru mula. Kebetulan plok dia demam ni. Huhu.. harap-harap keadaan dia makin OK menjelang peperiksaan ni. Mama tak menaruh harapan tinggi untuk Fasya dapat "A", cuma berharap dia dilapangkan dada untuk menjawab exam & memahami setiap soalan yang bakal di jawab. Gud luck anak mama !

Berkaitan sambutan hari guru tahun ni, just sediakan hadiah yang simple-simple aje. Bagi saya hadiah tu biarlah boleh digunapakai oleh cikgu nanti. Ok lah, nak share sikit projek DIY untuk hadiah hari  guru tahun ni.  

 Tahun saya sediakan just 5 hadiah untuk cikgu.
Untuk sir, bagi pen & untuk cikgu perempuan bagi handmade brooch.
Nak bagi cederamata rasa macam dah banyak sangat, so bagi sesuatu yang akan digunakan.
Plan asal nak buat sendiri je kotak macam ni, tapi last-last beli kat MR Diy.

 Kad handmade dari Fasya untuk cikgu.
Mama bagi guidline je..lepas tu dia buat sendiri.

 And last, letak hadiah & kad tadi dalam paperbag ni. Mujur ada banyak balance dari goodies paper bag birthday Fasya 2 tahun lepas. Printout je doodle image & lekat kat paperbag.

Fasya pagi ni, alhamdulillah berkurang dah panas tu.
Eksited nak pergi jugak sekolah sebab nak bagi hadiah kat teacher.

Selamat Hari Guru
&
Selamat Menempuhi Peperiksaan
Love, 
Lya Afrina

34 comments:

salwana nordin @ che'wa said...

cute la lya DIY hadiah..mmg berbakat lya ni tau!

good luck asya utk exam..sama la dgn anak3 akak semua start exam minggu ni..

jaga kesihatan asya, musim demam jugak skang ni..banyak minum air :)

babYpose said...

Bagusnya good idea untuk pemberian hari guru, pandai Fasya ikut guideline mama, menarik dan cantik. Ikut mood ye Lya nak update , tak pa asal kan ada :)

aryan azra said...

cantik kad yang fazya buat tu nampak kemas je, akak pula bagi cenderamata dan kek je dekat cikgu

mama tisya said...

rajin lya DIY

Asha Lya said...

Wah comel2, best arr cikgu2 byk dpt gift ari ni hihi

Emarieys said...

kreatif.. anak-anak ema pun start esok ujiannya..

Eliss Mie said...

sama la.eliss pun letak dalam paper bag tu jugak hadiah untuk cikgu dia. kad dia buat sendiri. hehe.save zaman gawat2 ni. hahaha

norhidana miswan said...

kretif anak ngn mak...
akak hampir2 lupa hari guru... sempat beli coklat je...
jadi lah bt ingatan kan

Diana Rashid said...

Bila tiap kali hari guru ini yang best..boleh kita tengok betapa kreatif anak kita.kan?hahah..lukis kad la..tulis ucapan..diaorang kan jujur..heheh...suka buat benda2 gini dengan anak-anak..mujur ada hari guru...hehehh

Eca Dwinky Asha said...

untungnya cikgu sekolah dia...nak jd cikgu Fasya juga la.kot2 dpt brooch.hehehe

suhailah hamid said...

Lya rajin dan kreatif. Untung fasya tau. Cantik hadiah yang lya buat tu.

Qhaifa Nur said...

Dulu kak nur rajin buat DIY ni utk cikgu2 ank...skrg mcm malas lya...ank2 yg rajin buat

Sklh ank2 exam minggu ni smpai senin dpan...
Gu luck asya...

Mommy Cici said...

rindunya nak bagi hadiah untuk cikgu. selalu bagi pen je. takpun bunga. T_T

Husna Rahman said...

selamat hari guru..adk2 husna tgh exam minggu ni..

Mummydearie said...

Rajin Lya melayan kerenah Fasya. Cute DIY hadiah untuk guru-guru Fasya tu. Memang kreatif Lya ni tau. Akak ni tangan kejung, kalau suruh DIY, memang tahun depan punya Hari Gurulah baru siap!

Anak akak dah habis exam dua minggu lepas. Sekarang ni tengah bersenang-lenang sementara menunggu cuti sekolah menjelang!

CikNaa said...

alahai kreatifnya! suka tengok cikgu pakai spek hihi

el said...

ya Allah siyes comel betul goodies bag tuk cikgu2 tu..ketip metip lah lya ni

Saniah Ahmad said...

assalam,,, kretifnya mama asya ni hehe,,suka tengok orang pandai buat craftangan,, harap tangan sendiri memang tak de rupa lah huhuhu...

Ain Cho'in said...

Kreatif sangat mama fasha ni. (^_*) Macam officemate, dia beli dekat Instagram untuk anak dia ni. Zaman sekarang dunia d hujung jari jekan. Beli hadiah Hari Guru pun bole beli kat online. Mama fasha bole buat bisnes jugak ni. Hehe ! Kreatif. ^^

amirah said...

good luck asya...ahmad dah abis exam dah...

Norhayati Mohd Isa said...

Good luck fasya..
Semoga beroleh kejayaan..
Hadiah dgn hari guru bgi x boleh dipisahkan lya..😊

Puan Kutu said...

Cute hadiah fasya untuk hari guru..baguslah dr kecik dididik hargai jasa guru..patutlah fasya semangat nk ke sekolah..hadiah DIY cute nk bg cikgu

mun said...

seronoknya tgk....nak bagi hadiah kat teacher yer...

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Good luck fasha utk exam nnti.. Jaga kesihatan cuaca tak menentu skrg. Untung fasha, ada mama kreatif... hadiah blh DIY, kalau aina lg suka yg DIY. Sbb limited tu!. Hehehe. (^^,)

che mid said...

Selamat menjalani peperiksaan Fasya sayang. Do your best ok. Memag kreatif betul la mama dan anak ni, tentu cikgu suka sangata dapat hadiah ni.

TunSha Ayunie said...

Comelnyaaaaa.....
And fasya, masih kuat semangat seperti biasa...

Atie Yusof said...

Good fasya syg utk exam..moga di permudahkan menjawab soalan2..
kreatif nya hadiah utk teacher.. rajin fasya..
harap dah sembuh sepenuhnya ye...:)

Didie Kamila said...

Rajinnya lya..
Good luck fasya utk exam..

Fiza Rahman said...

Kretifnya lya. Cute sgt doodle image tu.

NzA said...

alolo...cutenya...mesti cikgu sukadpt brooch tu.
GUd luck fasya....moga dipermudahkan menjawab exam.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

comei2 hadiah hari guru..zara taun no nak bg hadiah kat 2 org cikgu jek..last year lagilah..sorang.
bile mama nak belikan utk.sume cikgu die nak merajuk plak..pelik anak dara tu..agagaga

Qaseh Vee said...

wah , rajinnya ya lya buat diy . buat sendiri tu lebih touching lah bila cikgu terima ...

dear anies said...

mesti cikgu teruja dpt hadiah drpd asya

n.i.n.a Mads TM said...

lawanya lya.. untung asya. rajin mama dia buat semua ni :)
kreatif