Wednesday, May 25, 2016

School Holiday : Hip Hip Hoorayyyy!!!!!!!

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Yeayyyyy!!! Hari ni last day ke sekolah. Esok ponteng je lah, sebab waktu habis sekolah pukul 10.30am. Katanya ada sambutan hari guru peringkat daerah. So ada masa 2 minggu untuk berehat-rehat. Cuti ni tak ada plan nak kemana pon dan kebetulan masuk bulan puasa ni Cuma cuti sekolah ni, misi nak mencari baju raya kasual untuk Fasya je lah. Siap awal-awal senang sikit. 

Buka sekolah ni mesti berdebauuu menanti result exam. Macam biasa, mama tak pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk fasya. Cuma mama berharap, ada peningkatan itu pon dah OK dan pass semua subjek. Lagi pon, anak mama dah berusaha keras sebelum exam. Study & review balik apa yang dipelajari. Itu dah buat mama happy, sebab dia belajar dengan minat tanpa paksaan (sesekali je la kena ingatkan dia...hehe). Cuti sekolah ni mama belanja tengok wayang  ye...

Simpan sini pic sepanjang Mei ni
Lama tak snap pic pagi-pagi kan...
Bersiap awal boleh la posing-posing sikit.
Semoga anak mama sentiasa ceria & happy..
Sedih Fasya... sedih mama... Happy Fasya... happylah mama..

Peneman & pengacau waktu siapkan homework

Cuti 1 Mei baru-baru ni..
tunaikan permintaan kesayangan mamapapa nak makan KFC

#fasyafrina in action

posing khas untuk papa ni yang berkursus kat Kb time ni

Weekend lepas... 3 hari mereput kat rumah sebab papa berkursus kat Kota Bharu.
Plan asal nak join sekali, tapi cancel sebab kena time exam.

Ajak tok ma teman kat rumah semasa papa berkursus

Alahai anak mama....
Makin besar..makin meninggi rindu mama pada fasya....
sob..sob..sob...
always be my baby!
Love,
Lya Afrina

32 comments:

lieyalatif said...

tu la lya..same laa kat umah ni pun menghitung hari nak cuti sekolah jugak heheheeheh..enjoy lee leh tgk tv sesuka hati ...ye laa sebelum ni dah strugle ngan exam kan....so bagi la can....

kemain asya...makin lama makin pandai posing.....

el said...

hahahaha..cuti sekolah mmg best..tp mcm tu gak lah..penat pun cam tu gak wakakakaka..happy holiday asya

Syeeda said...

bestnya cuti..selamat bercuti ye Fasha =)

Qaseh Vee said...

seronoklah esok dah cuti . memang masa yg sesuai cari baju raya cuti sekolah ni . Tapi klu cari masa puasa lagi best sbb dgr lagu raya menanjang ... hehehee

Kakzakie Purvit said...

Dah nak cuti sekolah kan
Kakak tengok tinggi Fasya ni:)

Mommy Cici said...

cantiknya dress dia. hhheheh bebudak ni cepat je membesar kan.

Qhaifa Nur said...

Seronoknya cuti sekolah bole rehat2 kan fasya...
buka sekolah posa tgklah lya...ciannya rasa...smua keletihan huhuhu
ank dara lya mesti nak lawa2 punya...

salwana nordin @ che'wa said...

fasya dah start cuti ye? anak akak jumaat ni abis sek..

mereput gak kt umah cuti sek,makpak keje, abg hadi sibuk dgn kelas tambahan upsr..tak kemana pun lya..

baju raya pun smua dah settle..alhamdulillah..

babYpose said...

Comelnya meja ala mini restoran kan. Betul lega nak cuti yay!

norhidana miswan said...

cpt betul masa berlalu kan lya...
rasanya baru je tgk asya msk darjah satu tp tgk2... dh beso dh dia...
dh makin banyyak keletahnya

amirah said...

seronok kan liya nak cuti sekolah ni..akak kalo cuti sekolah seronoknya sbb tak terkejar2 pepagi tu..huhu...slmt cuti fasya...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bila cuti sekolah nak tiba. Semua suka. Terutamanya anak-anak sekolah.

AnneRaini said...

seronok budak2 nak cuti sekolha. anak sy pon xsabar nk balik kg. die dh ckp nk tinggal kat kg je. so weekend ni pos sume anak balik kg.. hehe

idzwa kamaruddin said...

amboiii kucing dia pun sama melepak..hehee..

adarnadzmie said...

hepi holiday buat Fasya....

cantik gaun fasya tu,... comel...

Diana Rashid said...

gambar memula tu nampak fasya dah besar sangat..heheh..macam terkejut dan taksangka sebab follow blog ni dari dia kecik hehehe...

Asha Lya said...

Dah bsr da ank dara sis..mcm baru lgi tgk fasya time kecik2 dulu

Bunda_nora said...

Cuti sekolah anak2 ceria.. mak ayah gembira... yeeyyh..

anis abdullah said...

2 minggu cuti..semoga dapat result baik2 Fasya.

NanyFadhly said...

Nampak sangat kasih sayang ibu terhadap anak nya. Semoga Fasya sentiasa dalam lindungan ALLAH S.W.T.

eima said...

semoga asya membesar dengan sihat

Nabila Syifa said...

syoikk la dia bercuti..

Puan Kutu said...

Bagusnye fasya rajin study..klu result ok Alhamdulillah.satu kelebihan.kurang sikit je dh puashati kan sbb dia nak belajar tanpa paksaan.kt rumah ni klu tak ketuk tak jalan..dia nak exam ibu yg pulun lebih.hehe

Ena said...

Happy Holiday fasya..

Sama la ngan anak2 kat rumah tu
duk umah je
tp kakak ada program mukhayam utk 3 hari
tinggal irfan je la nampaknya

wahida said...

cute fasya buat homework sambil ditemani si meow...
suka sangat kedua2 gambar tu...comel!!

aziekz said...

Ble dh nk semak result online SAPS

Yana Yani said...

assalamualaikum lya!
lamanya tak ke sini. maaf ye
wah seronok nampak si asya
apa plan cuti sekolah ni?

apapun selamat menyambut bulan posa untuk
lya sekeluarga =)

dear anies said...

mcm2 gaya ye asya ;-)

slmt bercuti

p/s lya pekabo?

Yati said...

Cute je gambar tepi pintu tu, Fasha, kawan ngan kucing. :)

Mummydearie said...

Anak-anak memang cepat membesar. Bila kita belek-belek gambar lama, mulalah terasa rindu dalam hati dengan kenangan zaman kecil mereka.

Akak dan keluarga pun tak ke mana cuti sekolah ni. Nak dekat sangat dengan puasa. Balik kampung ajelah makan-makan, jalan-jalan tengok kampung halaman!

Siqah Hussin said...

Cuti sekolah memang best! Budak2 best! Mak ayah pun seronok anak berada depan mata je. Hehe.

Comel je meja dan kerusi putih tu :)

n.i.n.a Mads TM said...

tak lama jd anak dara dh asya tu.. hehee
seronokkan kalau cuti sekolah. kucing lya tu comel la geram tgk