Thursday, June 30, 2016

Keep Calm... Raya Dah Nak Dekat

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Pejam celik pejam celik dah di penghujung Ramadhan pom kita. Mood kerja pom dah suam-suam kuku.. Haha.. Tapi..... still xleh layan mood nak beraya sebab bz dengan kerja pejabat. Tak tahu nak bebel apa..just nak simpan antara moment yang sempat di snap-snap sepanjang Ramadhan ni.

Asya's Story
Puasa Fasya alhamdulillah setakat ni. 
Tapi dah ada tinggal beberapa hari sebab demam+lelah.
So far..so good lah... hehe

 Finally... setelah sekian lama menanti dapat jugak Tali Hijau minggu ke-2 puasa aritu. Grading untuk kenaikan pangkat Gred 3 ni dalam bulan 1-2 camtu... Kita tengok, sampai tali pinggang apa Fasya bertahan. Hehe

 Ni kisah minggu pertama puasa aritu (time cuti sekolah). Bawak Fasya ke pet's house ni. Leh main-main dengan kucing. Alahai sekor tu...sado sungguh! Regenya ribu-riban tuh!

Deko-Deko
Rupanya dah 10 bulan saya masuk rumah ni, 3-4 bulan pertama rumah kosong je. Beli barang sikit-sikit. Alhamdulillah, tahun ni 1st time beraya kat rumah sendiri. Semangatlah jugak deko-deko. Tapi sekadar deko budget & simple aje. Simple is my way ;-)

Nak sedikit tips yang saya save dari salah satu group deko.
 Nak raya ni, boleh la cuba-cuba ye..Hehe

Nak share jugak, antara deko wall shelf yang saya borong kat Giant aritu.. Sebelum ni dah share shelf untuk Projek Meja Solek Budget .. Shelf/para ni saya beli kat Giant. Yang ni beharga RM27++, pendek sikit daripada yang saya guna untuk projek meja solek tu.

Ruang tamu... deko atas kabinet TV. Sebelum ni ruang ni memang kosong je. Cuma satu je yang nampak cacat, jam dinding kaler hitam merah. Maybe next time nak tukar kaler hitam+putih jugak. Rumah saya ni tak de bertema bagai. Asal sedap mata memandang sudah. Segala eksesori atas shelf ni , pokok hijau tu dari Ikea... Font Home & Paris dari Kaison Dan... botol kaca coklat, vase putih & yang macam buai tu dari Daiso. Kat daiso pom banyak sangat eksesori camni tau.

Satu lagi para saya beli kaler hitam & letak kat "Laundry Area". Segala stok sabun & seumpamanya saya letak dalam bilik stor. Just letak sini apa yang nak guna. Sticker tu dari Lazada. Botol-botol kaca & pokok tu dari SSF. Tak de idea lagi nak deko bahagian ni.. Cukup lah simple camni kot.

Para Laiva dari Ikea ni saya gunakan untuk letak rempah-ratus+teh,milo& gula pada ruangan dapur basah.

Pic ulang tayang.... 1 lagi shelf saya guna untuk letak stok jajan/kacang/biskut. Yang ni saya dah pasang masa awal-awal masuk rumah ni lagi (tahun lepas). Beli kat Giant jugak... tapi time ni rege dia RM45++ kot. Jauh beza tu!

Quote simple yang saya DIY sendiri. Printout & letakkan dalam frame ni. Frame ni beli kat MR DIY Frame ni klon ikea punye nih..hehe

Deko dinding satu lagi... tak de idea nak letak apa.. Just letak quote camni. Kesemua ni beli kat Romantika. Bukan beli skaligus.. Beli sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Range harga setiap frame tu antara RM12-RM25 camtu.. Dah lupa..

Meow...Meowww
 27.06.2016.. Alhamdulillah, Caldina dah selamat bersalin. Sekali keluar 4 ekor tu. Haha.. Dah dapat cucu raya nih...

with love.... mama&fasya

Dan...sebelum tu nak bagi ucapan raya siap-siap.. Sebab rasanya ni last entri untuk kali ni. Isnin depan (04.07.2016) saya dah start cuti raya. Last kerja ari Ahad tu.. So, dikesempatan ini saya ingin memohon ampun maaf andai ada penulisan/komen saya di blog kawan2 yang mengguris hati & perasaan tanpa saya sedar . Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa. Hehe. Jadi, pada sesiapa yang balik kampung tu, semoga selamat sampai di kampung halaman.. Berhati-hati dijalan raya ye. Saya biasalah.. duduk/bekerja di kampung halaman... xde rasa feel balik kampung. Haha. 

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
L.o.v.e,
Lya Afrina

Thursday, June 23, 2016

Finding Dory & Persiapan Raya

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Aucakkkk... tenggelam timbul dah mama Fasya ni. Harap semuanya sihat-sihat belaka hendaknya. Last wekend, surprisekan Fasya bawa tengok wayang cerita Finding Dory. Happy sangat dia. Cerita ni memang bestlah, sebagaimana Finding Nemo... Ada part happy, kelakar & sedih. Teringat dulu, masa filem Finding Nemo keluar, saya umur 18 atau 19tahun gitu... So, sekarang turn Fasya lak.

Fasya mencari Dory ;-)

Testing..testing... badan kecik.. susah cari baju.

Alang-alang keluar tu, teruskan misi mencari kasut raya & sedikit pakaian kasual untuk Fasya. Tahun ni simple-simple aje. Lebih kepada berjimat cermat. Cuma, tetap nak sediakan baju baru untuk anak. Apa-apa hal pom, lebih utamakan anak sahaja. Ahhaiii... mak-mak sangatkan.. apa-apa hal...semuanya anak.. Anak happy.. mak pun gembira ;-) Yelah, time kita kecik-kecik dulu happy sangat time nak test baju & kasut raya tu. Kalo mama Fasya time kecik dulu, selagi tak raya, hari-hari test kasut+baju raya. Ha ha..

Yeayyyy...jumpa kasut raya Fasya kat Little Ninos ni.
Dah la dapat banyak free gift. Dapat perfume rumah + angpau raya yang sangat cantik.

Eyhhh... jadi model Little Ninos sekejap.
Kebetulan jumpa plok blouse yang sangat cantik kat sini. Kain memang tiptop.
Harga pom sangat cantik.. just RM30++ blouse ni. So, rugi kalau tak ambik.

Nah detail outlet Little Ninos.

Berbuka time.... bawak Fasya makan nasi ayam feberet dia.

Caldina pom nak baju raya!!! 
Dah lama nak beli baju kat Daiso ni, tapi tiap kali pergi asyik lupa je. 
Hehe. Cerianya baju raya adik manihhhh!

L.o.v.e,
Lya Afrina

Wednesday, June 15, 2016

Projek Meja Solek Budget : Simple, Moden & Jimat Ruang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sejak ditimba musibah banjir besar tahun 2013 dulu, semua perabot saya total lost.Memang tak beli terus perabot lepas tu.Cuma semangat nak membeli ni datang semula sejak pindah rumah sendiri. Tapi masih berfikir panjang... takut sejarah mungkin berulang. Yelah, nak kumpul dapat satu-satu barang tu makan masa... Jadi, masuk rumah baru ni saya memang beli perabot penting 

Ok lah... tak nak citer pasal ni... just nak share idea meja solek budget ni hanya dengan menggunakan para or nama omputihnya Wall Shelf. Ianya sangat praktikal , simple, menjimatkan ruang dan nampak cantik dimata saya. Saya dapat idea ni pom dari group deko-deko. Memang berkira-kira nak beli almari solek, tapi bila nampak idea yang di share kat group deko terus hati jatuh cinta. Paling penting sangat menjimatkan ruang & nampak moden gittew.. 

 So..inilah yang menjadi inspirasi saya... Tapi paling minat yang kanan sekali tu. Tapi para camtu agak mahal, so kita hold dulu. Maybe untuk bilik Fasya pasni. Cermin panjang camtu ada gak kat Giant.. Harga RM30++ camtu je. Tapi pic-pic kat atas ni semua produk dari Ikea. Saya just guna produk dari Giant aje.. Almaklumlah nak terjah Ikea jauh berjenak. Kebetulan produk Giant tu pon bagi saya sebijik design Ikea & harga pom lagi murah. Maybe harga murah sebab kualiti Ikea lagi tip top kot.

Kenangan 2013... Almari baju asya yang di potong bahagian drawer sebab rosak tenggelam banjir
so, sebelum ni saya just guna kan almari ni untuk letak peralatan berhias saya. Dah la besar gedabak Sekarang almari ni dah let go kat bilik wardrobe.

So, kebetulan ke Giant last month.. Tengok harga wall shelf ni murah. Terus borong..
Saiz panjang tu dalam harga RM33 & yang kecik sikit tu RM27. Last year saya beli kat Giant yang panjang tu harga dalam RM45 gitteww. Alang-alang murah terus beli 4pcs.. Yang paling panjang tu utk ruangan solek selebih nya, dua untuk ruang tamu & hitam tu guna untuk laundry area.
*
*
*
*
*
*
*
*
Dengan modal hanya RM57++.
(Wall shelf RM33-saiz panjang ni & Cermin RM24+)
So ...inilah hasilnya produk dari Giant..Dah sebijik Ikea punya kan..
Masa ni tak kemas betul-betul lagi..Semangat sangat nak snap gambar.
Lepas ni nak beli 1pcs lagi utk jadikan para tu 2 tingkat.

*
*
*
*
*
*

Meowwww...
Dah 10 Ramadhan ye kitew...
Puasa..jangan tak puasa ye...

L.o.v.e,
Lya Afrina

Friday, June 10, 2016

Salam Ramadhan 1437H/2016


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Aucakkkkkkk... baru sempat memunculkan diri. Entah apa tak kena... sekejap mood berkobar nak update. Sekejap hilang entah kemana.. Kadang login blog... tapi blur. Makin dilayan..makin menjadi... Usah dilayan dengan perasaan itu.... hahaha...

Sedar tak sedar hari ni dah 5 hari di bulan Ramadhan. Harap masih belum terlewat untuk ucapkan "Selamat Menunaikan Ibadah Puasa" buat semua rakan-rakan blog & sesiapa pom yang membaca n3 ni. Moga kalian dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa ini.

Tahun ni eksited sikit sebab 1st time berpuasa kat rumah sendiri & semestinya saya memasak menu berbuka. Masak yang simple-simple aje. Fasya lak setakat ni alhamdulillah , still bertahan & tak banyak songeh. Tapi tak tahu lah camner rupanya bila dah buka sekolah. Takut kepenatan.

Persiapan raya plak, rasanya dah ramai yang settlekan dari segi baju kasual/baju sedondon. Alhamdulillah baju sedondon semuanya dah settle & dah selamat ambik kat tailor. Tahun ni simple-simple aje. Cuma baju kasual Fasya aje nak settlekan sikit lagi. Eksited jugak nak beraya kat rumah sendiri tahun ni.

Oklah... sampai ketemu lagi ye..
Nak terobek sikit majlis kahwin sepupu papa Fasya 2 hari sebelum puasa baru-baru ni. 

04.06.2016


My small family

Me & mini me

Bersama ibu mertuaku & anak-anak fruity

Okayy... adiossssss..

Love,
Lya Afrina 

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (136) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (97) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Ramadhan (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (27) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (21) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) Mamalovefasyafrina (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)