Thursday, June 30, 2016

Keep Calm... Raya Dah Nak Dekat

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Pejam celik pejam celik dah di penghujung Ramadhan pom kita. Mood kerja pom dah suam-suam kuku.. Haha.. Tapi..... still xleh layan mood nak beraya sebab bz dengan kerja pejabat. Tak tahu nak bebel apa..just nak simpan antara moment yang sempat di snap-snap sepanjang Ramadhan ni.

Asya's Story
Puasa Fasya alhamdulillah setakat ni. 
Tapi dah ada tinggal beberapa hari sebab demam+lelah.
So far..so good lah... hehe

 Finally... setelah sekian lama menanti dapat jugak Tali Hijau minggu ke-2 puasa aritu. Grading untuk kenaikan pangkat Gred 3 ni dalam bulan 1-2 camtu... Kita tengok, sampai tali pinggang apa Fasya bertahan. Hehe

 Ni kisah minggu pertama puasa aritu (time cuti sekolah). Bawak Fasya ke pet's house ni. Leh main-main dengan kucing. Alahai sekor tu...sado sungguh! Regenya ribu-riban tuh!

Deko-Deko
Rupanya dah 10 bulan saya masuk rumah ni, 3-4 bulan pertama rumah kosong je. Beli barang sikit-sikit. Alhamdulillah, tahun ni 1st time beraya kat rumah sendiri. Semangatlah jugak deko-deko. Tapi sekadar deko budget & simple aje. Simple is my way ;-)

Nak sedikit tips yang saya save dari salah satu group deko.
 Nak raya ni, boleh la cuba-cuba ye..Hehe

Nak share jugak, antara deko wall shelf yang saya borong kat Giant aritu.. Sebelum ni dah share shelf untuk Projek Meja Solek Budget .. Shelf/para ni saya beli kat Giant. Yang ni beharga RM27++, pendek sikit daripada yang saya guna untuk projek meja solek tu.

Ruang tamu... deko atas kabinet TV. Sebelum ni ruang ni memang kosong je. Cuma satu je yang nampak cacat, jam dinding kaler hitam merah. Maybe next time nak tukar kaler hitam+putih jugak. Rumah saya ni tak de bertema bagai. Asal sedap mata memandang sudah. Segala eksesori atas shelf ni , pokok hijau tu dari Ikea... Font Home & Paris dari Kaison Dan... botol kaca coklat, vase putih & yang macam buai tu dari Daiso. Kat daiso pom banyak sangat eksesori camni tau.

Satu lagi para saya beli kaler hitam & letak kat "Laundry Area". Segala stok sabun & seumpamanya saya letak dalam bilik stor. Just letak sini apa yang nak guna. Sticker tu dari Lazada. Botol-botol kaca & pokok tu dari SSF. Tak de idea lagi nak deko bahagian ni.. Cukup lah simple camni kot.

Para Laiva dari Ikea ni saya gunakan untuk letak rempah-ratus+teh,milo& gula pada ruangan dapur basah.

Pic ulang tayang.... 1 lagi shelf saya guna untuk letak stok jajan/kacang/biskut. Yang ni saya dah pasang masa awal-awal masuk rumah ni lagi (tahun lepas). Beli kat Giant jugak... tapi time ni rege dia RM45++ kot. Jauh beza tu!

Quote simple yang saya DIY sendiri. Printout & letakkan dalam frame ni. Frame ni beli kat MR DIY Frame ni klon ikea punye nih..hehe

Deko dinding satu lagi... tak de idea nak letak apa.. Just letak quote camni. Kesemua ni beli kat Romantika. Bukan beli skaligus.. Beli sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Range harga setiap frame tu antara RM12-RM25 camtu.. Dah lupa..

Meow...Meowww
 27.06.2016.. Alhamdulillah, Caldina dah selamat bersalin. Sekali keluar 4 ekor tu. Haha.. Dah dapat cucu raya nih...

with love.... mama&fasya

Dan...sebelum tu nak bagi ucapan raya siap-siap.. Sebab rasanya ni last entri untuk kali ni. Isnin depan (04.07.2016) saya dah start cuti raya. Last kerja ari Ahad tu.. So, dikesempatan ini saya ingin memohon ampun maaf andai ada penulisan/komen saya di blog kawan2 yang mengguris hati & perasaan tanpa saya sedar . Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa. Hehe. Jadi, pada sesiapa yang balik kampung tu, semoga selamat sampai di kampung halaman.. Berhati-hati dijalan raya ye. Saya biasalah.. duduk/bekerja di kampung halaman... xde rasa feel balik kampung. Haha. 

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
L.o.v.e,
Lya Afrina

37 comments:

mama tisya said...

salam aidilfitri..meriah color tema lain2 stiap thn..

Lynda Che Lah said...

cantiknya deco Lya..
Lynda tak pandai nak deco..hehe
Selamat Hari Raya utk Lya sekeluarga..
Maaf zahir batin

Fiza Rahman said...

Tahniah asya, dapat tukar tali pinggang...☺☺

Cantiknya deco2 rumah lya. Berkenan kita nengok. Kejap jer dah nak raya kan.

eima said...

tahniah asya ... cantiknye rumah....

Nad MamaZN said...

bestnya raya kt umah sendiri kan :)

salam aidilfitri lya & fasya!

dear anies said...

yg simple tu laa yg nmpk mengancam kata org less is more

dear anies said...

slmt hari raya utk lya sekeluarga...

anis abdullah said...

Selamat hari raya..cantik rumah dideko sendiri..puas hati kan..

Yati said...

Hebat Asya, dah tali pinggang hijau. Tak silap, Amirul dulu, sampai merah je kot, dia takut grading kena sepak kayu tu, terus stop.
Pandai Lya mendeko rumah. Sedap mata memandang.
Comei anak-anak bulus.. :D
Selamat hari raya dari akak, Lya. Maap ye. ^_^

Hairul Hissam said...

wow.. mmg cantik laa hiasan wall shelf kat ruang tamu mcm tu...
kena carik kat giant niee... heee

adarnadzmie said...

cantik lya deco rumah... akak pun tgh cari idea nk deko rumah akak...

Slmt hari Raya aidilfitri dr akak sekeluarga...

Siqah Hussin said...

Tahniah asya, dah bertukar warna tali pinggang..

Lawa rumah Lya. Biasalah tu sikit2 nak hiaskan rumah kan. Happy bila rumah kemas dan cantik :)

Selamat hari raya lya dan keluarga 😊

Kakzakie Purvit said...

Waah... semua dah ready utk raya
Selamat hari raya, maaf zahir batin dari kakak ye Lya:)

babYpose said...

Maaf zahir batin Lya.. aunty suka tengok aktiviti Fasya..dah tambah gred ye.. cantik deco umah Fasya warna cerah.. teringin jugak nak mengecat tak tahu la bila. Selamat hari raya.

Puan Kutu said...

Cantik lya diy deco2 rumah tu..menarik sgt..klu rajin dan kreatif macam2 hasil menarik kan..sekarang ni pun byk tmpt kita boleh cari idea deko..tak susah janji ada minat

Selamat hari raya juga buat lya sekeluarga..syok la lya tak payah bersesak2 dengan jam balik kmpg.hehe

hainom OKje said...

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin jugak ye Lya....
Sukalah warna dinding rumah Lya tu....putih bersih....soft je . Lya guna cat apa ye

n.i.n.a Mads TM said...

lama tak singgah sini.. apa khabar lya?
lawanya rumah, deco raya ye. hehe

lepas ni pandai taekwando dh asya tu. selamat hari raya bt lya sekeluarga. wish sesiap :)

Qhaifa Nur said...

Cantik deco2 tu, mmg kreatif..
Seronoknya raya tahun ni semua serba baru..

Selamat hari raya
Maaf jika ada terkasar bahasa

Eliss Mie said...

Nuha dah tali pinggang biru dua. lepas ni merah la pulak. tak silap bulan 8 ni grading lagi.cantiknya deko rumah lya, simple n sweet. lama dah tak mendeko ni. dah kena touch up balik ni.

NanyFadhly said...

Firstly, tahniah untuk si comel! teruskan usaha gigih mu yer nak~~ watchaaa~~ secondly..I is ter inspired dengan frame klon Ikea tu. Heheh..Pandai sangat hias rumah. Finally..

Selamat Hari Raya dear..Maaf Zahir Batin.Walau tak pernah bersua muka tapi tetap terasa sebagai seorang kawan yg baik. Apa yang Lyana tulis di blog kadang2 meresap juga di dalam diri ini. Take care dear..semoga berjumpa lagi di Ramadhan tahun2 yang akan datang. :)

adarnadzmie said...

pandai lya deco2 rumah...cantik

Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir Batin dari keluarga AdArNadzMieLyssa..

Didie Kamila said...

Wah rjinya deko rmh baru..mesti semangat je kn..

abuikhwan said...

Assalamualaikum,
Cantik sangat deco tu...suka.
Selamat menyambut aidifitri dengan kemeriahan dan kegembiraan...Mhn maaf andai ada yang mengguris dalam berkomentar...

aryan azra said...

Cantik deko2 lya tu walapun simple, suka akk tengok, akk suka tengok deko2 ni, teringin nk mendeko juga nti.

Tahniah fasya dah dapat belt hijau.

Selamat hari raya juga lya,maaf andai ada terkasar bahasa semasa akk komen2 disini ye

Qaseh Vee said...

mmg rajin mendeko ni . sis pun suka yg simple . tak sesak mata memandang ... amboi kucing tu , bersantai sakan ...

LadyBird said...

Cantiknye rumah.. Simple tapi cantik.. Alhamdulillah, tenang jer tengok.. 😍😍😍

nini said...

Salam aidilfitri....fasya umur berapa yer...aih kita pon dok rasa nak bawak ammara taek won do...hehehehe

AnneRaini said...

selamat hari raya lya sekeluarga.. samalah kite ye nk minta maaf kalo ade terkasar ayat ke perkataan ke.

mama 3farhanah said...

Cantiknya deko rumah Lya.

Selamat hari raya
Maaf zahir & batin

Ibu Lala said...

Cantik deco deco. Pandai lya ambik gmbr

Ahmad Hasif said...

pergh.. cantik betul deko nye tu... pandai menghias deko tu yer..

selamat hari raya.. mohon maaf salah silap ye..


Blogwalking sini, jom share apakah penglaaman anda tentang :-

Pengalaman Beli Telefon Baru article..

Norhayati Mohd Isa said...

Selamat hari raya Lya..

dya bunga said...

cantiknya kak lya deco..

Siti Yang Menaip said...

wow suka deco2.. cantik2.. still simple and simplicity is the best =)

~Aida@MommyJauhari'sMedina~ said...

Cantiknyaa rumah Lya..rajin betul mendeco..aida kena ikut mood...hahaha..Tapi tips tu memang menbantu..nanti nak cuba buat..thanks lya atas perkongsian..

Khairul Bariah said...

akak suka lah tengok lya mendeco
simple ajer...sejuk mata memandang
bajet kecik pun boleh jadi cantik

Rosmiza Ali said...

Pandai lya mendeco rumah.. Simple yet nice! Kite ni slalu dilema klu nak deco rumah.. Sbb taste laki bini umpama langit & bumi.. Last2 tak berdeco manela jawabnya.. Hahahah!