Wednesday, June 15, 2016

Projek Meja Solek Budget : Simple, Moden & Jimat Ruang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sejak ditimba musibah banjir besar tahun 2013 dulu, semua perabot saya total lost.Memang tak beli terus perabot lepas tu.Cuma semangat nak membeli ni datang semula sejak pindah rumah sendiri. Tapi masih berfikir panjang... takut sejarah mungkin berulang. Yelah, nak kumpul dapat satu-satu barang tu makan masa... Jadi, masuk rumah baru ni saya memang beli perabot penting 

Ok lah... tak nak citer pasal ni... just nak share idea meja solek budget ni hanya dengan menggunakan para or nama omputihnya Wall Shelf. Ianya sangat praktikal , simple, menjimatkan ruang dan nampak cantik dimata saya. Saya dapat idea ni pom dari group deko-deko. Memang berkira-kira nak beli almari solek, tapi bila nampak idea yang di share kat group deko terus hati jatuh cinta. Paling penting sangat menjimatkan ruang & nampak moden gittew.. 

 So..inilah yang menjadi inspirasi saya... Tapi paling minat yang kanan sekali tu. Tapi para camtu agak mahal, so kita hold dulu. Maybe untuk bilik Fasya pasni. Cermin panjang camtu ada gak kat Giant.. Harga RM30++ camtu je. Tapi pic-pic kat atas ni semua produk dari Ikea. Saya just guna produk dari Giant aje.. Almaklumlah nak terjah Ikea jauh berjenak. Kebetulan produk Giant tu pon bagi saya sebijik design Ikea & harga pom lagi murah. Maybe harga murah sebab kualiti Ikea lagi tip top kot.

Kenangan 2013... Almari baju asya yang di potong bahagian drawer sebab rosak tenggelam banjir
so, sebelum ni saya just guna kan almari ni untuk letak peralatan berhias saya. Dah la besar gedabak Sekarang almari ni dah let go kat bilik wardrobe.

So, kebetulan ke Giant last month.. Tengok harga wall shelf ni murah. Terus borong..
Saiz panjang tu dalam harga RM33 & yang kecik sikit tu RM27. Last year saya beli kat Giant yang panjang tu harga dalam RM45 gitteww. Alang-alang murah terus beli 4pcs.. Yang paling panjang tu utk ruangan solek selebih nya, dua untuk ruang tamu & hitam tu guna untuk laundry area.
*
*
*
*
*
*
*
*
Dengan modal hanya RM57++.
(Wall shelf RM33-saiz panjang ni & Cermin RM24+)
So ...inilah hasilnya produk dari Giant..Dah sebijik Ikea punya kan..
Masa ni tak kemas betul-betul lagi..Semangat sangat nak snap gambar.
Lepas ni nak beli 1pcs lagi utk jadikan para tu 2 tingkat.

*
*
*
*
*
*

Meowwww...
Dah 10 Ramadhan ye kitew...
Puasa..jangan tak puasa ye...

L.o.v.e,
Lya Afrina

38 comments:

Mia Kassim said...

Nampak simple dan menarik

anis abdullah said...

cantik. suka tengok, tapi sebab menyewa tak boleh lebih2 deko. sedih.

Mama Balqis BluePinkBaby said...

Assalam...selamat berpuasa....kalu nak barang ikea boleh guna PS Ikea...boleh join grup FB IKEA AS IS&PRELOVED ITEM...

mama tisya said...

simple just nice

Qhaifa Nur said...

Salam ramadhan lya...

deco2 macam ni mmg kak nur minat...murah tp cantik
kreatif la lya n hubby ni...

Kakzakie Purvit said...

Jenis macam ini kena ada kesesuaian
Memang cantik.

adarnadzmie said...

comel nye... simple tapi menarik...:)

Baiduri said...

Comeyyyy.....simple tp nampak moden :-)

Baiduri said...

Comeyyyy.....simple tp nampak moden :-)

Mommy Cici said...

cantik Dan kemas. jimat space

Ibu Lala said...

Cantiknya. Kreatif lya ni. Salam ramadan lya.

Raihanah Ahmad said...

cunnya, memng kreatif

Raihanah Ahmad said...

cun dan kreatif

Myra Jay said...

Bila dah kreatif ni, DIY terus nampak 'mahal' kan :)
Good job

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

wow! awesome sangat Lya.. Simple but nice. Suka2!. (^^,) Bila kreatif smua blh jd.. Bila da lekat gini org tak tau pun produk ikea atau giant. Lg satu jimat ruang n cost pun murah. =)

salwana nordin @ che'wa said...

LYAAAAAAAAAAAA..cantik ya amat walau simple..

akak suka tp asben akak brg dia byk so kalo 1 shelf mmg tak muat..kami pun let go meja makeup, mkn space..sudahnya buat simple je guna pine..

serius lya, dah cantik sgt gini..simple dan bersih npk :)

tak sabar akak nk tgk fasya punya pulak :)

idzwa kamaruddin said...

nice deco ! cantik la lya

dear anies said...

cantik n simple laa lya ilooiiikkkeee

el said...

lya letak lampu lip lap kat tepi cermin tu lagi cantik lya..good job

ibuayu said...

cantik gak deco mcm tu..jimat ruang

norhidana miswan said...

lya n suami mmg kretif betul lah...
rajin n pandai bt diy utk perkakasan umah... pandai hias2 umah...

mmg hasilnya mabeles

Mummydearie said...

Yalah, sebiji macam dalam gambar. Tak payah susah-susah beli almari solek. Makan ruang pun ya juga. Tak pernah pulak akak terfikir hal macam ni. Maklumlah akak ni kalau DIY memanjang keras tangan. Beli barang IKEA pun blur nak pasang macamana!

Siqah Hussin said...

Lawalah! Nice deco camni. Simple dan nampak kemas!

Yati said...

Cantik!
Color dinding tu lawa, pastel purple gitu. Akak suka. :)

εïзmummyHazaεïз said...

Kreatiffff... Kak Haza teringin nak buat. Tapi x terbuat2. Niat dah ade kikiki

Mar Mansor said...

cantik..dan kemas

Maman Reen said...

Kreatif sis.. Reen ni jenis malas nak fikir perkara cam ni kecuali kalau tengah ada mood untuk berfikir ttg hiasan. Hehehee Reen singgah sini sambil komen dan follow.. :)

hainom OKje said...

Suka kaler dinding tu Lya....cantiknya...tenang jiwa tengok.

Cantik jugakkan guna shelf tu

CikNaa said...

cantiknya..suka tengok yg simple2 & jimatkan ruang camni

Chic Na said...

pandainya lya deco.. cantik & simple.. best kan ada rumah sendiri.. tak sabar pulak nak ada rumah sendiri.. :)

Qaseh Vee said...

rumah lya ni mesti dekonya cantik kan . Lya rajin buat DIY . Sis mmg x blh la sbb dok umah org . bilik pun dah penuh dgn mcm2 brg .

Fiza Rahman said...

Siyes...suka tengok deco2 yg lya buat nih. Simple but nice. Kita ni ntah bila nak mendeco.

Geram betul nengok kucing tu tau.

n.i.n.a Mads TM said...

semua lawa tp IKEA memang jauh kalau nk hantar pon makan masa.
mcm org utara tunggu 2018 bru buka branch. lambat lg tu

lepas ni rajin la deco rumah. hehee

Didie Kamila said...

Simple n nice je lya..

aryan azra said...

Simple dan cantik tu lya

nini said...

Wahhhh cantik

Rosmiza Ali said...

Cantik! Tak terfikir nak buat meja solek gini.. Jimat ruang & stylo gituuu.. Umoh sendiri nnti bulehla wat etek.. Hehe..

Qiya Saad said...

Nampak moden sangat...