Monday, July 25, 2016

Random : Aidilfitri 2016

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Salam 20 Syawal... sekejap je kan masa berlalu..Kita dah hampir ke penghujung Syawal. Selagi tak habis raya, selagi tu ada jemputan makan-makan. Saya sendiri pon tak ada buat "open house" sebab rumah saya sentiasa terbuka. Sape nak datang... bagitahu je..in shaa Allah, saya masaklah sikit-sikit yang simple. Tahun ni 1st time beraya n buat makan-makan ka trumah sendiri, Memang eksited sikit. Bab puasa sunat Syawal, alhamdulillah dah settle complete dengan puasa ganti. Lega selesai awal-awal ni sementara badan sihat. 

Alhamdulillah..sebahagian daripada rezeki Fasya tahun ni.
Habis raya ni kita simpan bank ye

9 Syawal / 14.07.2016


 Hari yang dinantikan Fasya ,,, 
Beraya dekat sekolah dengan kawan-kawan.

Time wedding cousin sebelum puasa aritu.

Recycle pakai baju yang kain di sponsor time wedding cousin papa Fasya.
Lagi pon baru pakai sekali. Sekali lagi mama suruh tailor  copypaste design Minimalace. Tapi kalau kaler pastel mesti cantik kan.

Sebelah malam pergi open house rumah kawan mama.. 
Merangkap classmate Fasya. Memang meriah.. 

10 Syawal / 15.07.2016
Beraya rumah abang.. 
Baru jumpa ni..sebab tahun ni balik kampung mertua dia

11 Syawal / 16.07.2016
Penat sikit sebab ada 3 majlis.. Sebelah pagi ke jamuan raya ofis papa Fasya, lepas tu gerak ke majlis perkahwinan kawan sekolah mama & last... ke rumah mertua ada rumah terbuka.. 

Ke majlis kahwin x-schoolmate mama

Open house rumah nekma Fasya.. Buat sekali birthday sepupu Fasya.
Tapi pic ni snap malam ..dah salin baju.. Time majlis tu sibuk bebenar.. Tetamu ramai.

14 Syawal / 19.07.2016
Geng zaman sekolah menengah.Kiranya mini reunionlah..Last minute baru tahu nak datang..Saya just buat menu Mee Rebus Terengganu. Menu simple & mudah. Happy kot boleh sembang lama-lama. Terus terimbau zaman muda-muda remaja dulu.

*
*
*
*
Adalah beberapa kali jugak memasak sebab tetamu nak datang. Just mampu masak yang simple. Balik kerja, terus ketung ketang kat dapur. Kebetulan berpuasa... jadi dapat sediakan yang simple-simpe ajelah.. Selama tetamu datang ni, just 2 menu ni aje yang saya buat. Kalau hari cuti in shaa Allah boleh buat "beradong" sikit orang teganu kata.

Mee Rebus teganung lagi.. 
Time ni adik beradik papa Fasya nak datang

1st time buat mee goreng, time ni kawan nak datang jugak. Haha..10 tahun kawen baru ade keberanian gittu..Tapi lepas cuba kali pertama ni, berkali-kali lah jugak buat. Hoyehhh..misi berjaya!

Oklah..sekian coretan aidilfitri. Mudahan ada kesempatan lagi untuk menunaikan ibadah puasa untuk tahun depan & berhari raya bersama insan tersayang. Saya pon nak ambil semula appoitment baru dengan pakar bedah sebab ter'skip tanpa sengaja app time puasa hari tu. 2 x plok skip.. sebenarnya bulan-bulan puasa ni malas nak terkejar... Tahan telinga jelah dengar bebelan doc nanti. Hehe. Papa Fasya pom membebel..sebab mende serius buat main-main. Eh.... bukan main-main, cuma minta rehat je bulan puasa.. Penat . 

L.o.v.e,


Lya Afrina

37 comments:

Qhaifa Nur said...

Alhamdulillah...rezeki ank2 collect duit raya...setahun sekali kan lya

Seronok ank sambut raya kat sekul dgn baju raya memasing..

Moga bertemu diramadhan n syawal akan dtg lya...

Sedapnya mee rebus tu

mama tisya said...

bdk2 bila ada majlis raya kt sekolah sronok la..sbb pki bj raya sama kwn2

Diana Rashid said...

beraya sakan la Asya..heheh

Zee Suhaini said...

banyaknya jemputan open house..syiok makan..time ni la nak jumpa member pon lya..

Siti Asiah said...

Meriah raya Lya & asya. Mee tu nampak sedap, xnpk mee...pnh ngan lauk :)

eima said...

cantik bj .. terer tailor tu ...

adarnadzmie said...

meriah raya lya.. lagi2 si fasya dpt jumpa ramai kawan2...

menu simple pun sedap nampaknya...hehe

CikNaa said...

meriahnya raya lya..gambar banyak pulak tu..

Kakzakie Purvit said...

Moment indah ini pasti akan terpahat sampai bila-bila especially bila Fasya besar kelak.

anis abdullah said...

Senang ek wrap terus cerita. Tapi kita suka cerita hari2. Konon cam diary walaupun publish nya hari lain tapi date boleh pilih hari gambar diambil..nak buat kenangan katanya.

NanyFadhly said...

Cantik fesyen baju tuh. SImple tapi elegant gitu. Budak2 memang seronok kan kalau dapat beraya ngan kawan-kawan. Happyyy jer derang. Bestnya dah habis pose Syawal. Alhamdulillah... jangan lupa appointment ngan doktor tuh yer. Semoga dipermudahkan segala urusan. Take care and terima kasih sudi approve jadi kawan kat FB. Muahss!

amirah said...

waa....cantik2 baju mama dan fasya...

jaja_NorLiza said...

Best nya kalau org dtg umah kan...tambah2 kwn2 lama...masak simple2 pon xpe...yg.penting ukhwah persahabatan tu...hihi...
tgk mee rebus teganu lya....terus ting!! Nyala lampu kat kpale...ada org nok mari rumoh mlm ni...mee rebus je la...hihi...senang...simple dan sedap...

# hopefully lya diberi kesihatan berpanjangan olehNya....jaga diri ye lya...

norhidana miswan said...

lya tiap thn mcm2 fesyen baju raya... suke akka tgk...
bdn mcm lya mudah nk beli baju yg dh siap... mcm2 gaya buleh cari

time bdk2 nih mmg seronok kumpul duit raya... bestla asya, dh kira blm duit raya nya...

menggoda nengok mee grg tuh, penuh lauk... compom sedap

wahida said...

comel fasya dengan kawan dia yg pakai spek tu...

ibuayu said...

cantik2 bj lya..pandai tailor tu tiru ya..

Nooriah Abdullah said...

salam aidilfitri dari kaknoor ya
cantik semua gambar2 raya tu
orangnya manis menawan dan comey2 belaka

mamaarifakeem said...

salam syawal lya.maaf zahir batin..

singgah express.. hu..
ceria dan meriahnya raya .. cantik baju baju lya.. ^_^

Nad MamaZN said...

suka tgk baju raya lya n fasya.. btul gak tu ek, dr beli ratus2 dgn jenama tu, baik tempah sendiri. ikut saiz sendiri takde nak alter2 dah hehe

AnneRaini said...

meriah lg raya ye.. sy thn ni langsung xpergi open house. sume terpksa skip sbb weekend je balik kg jenguk anak.. orang pon xdpt dtg raya.. kite close house thn ni.. haha

TunSha Ayunie said...

Suka sangat tengok muka Fasya, ceria je di hari raya. Bestnya bila orang datang rumah kan? Auni takde rezeki lagi nak menjemput orang datang ke apa sebab takde rumah sendiri. Hihi. Selamat Hari Raya kak :)

Yati said...

Wah.. meriah sambutan hari raya. Cantik rumah Lya. :)
Betul cakap husband tu, sila jangan amalkan skip appoinment spital ye. Take care, Lya.

Emarieys said...

wah meriah dengan sambutan raya sana sini kan. design baju cantik. moga Lya diberi kesihatan yang berpanjangan.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

cantik.baju fasya.n mama..sedondon..hihih

apepon..slamat hari raya lya..moga diberi.kesihatan sentiasa..☺

Bunda_nora said...

Ada juga juadah spesial yang dijamukan...sedap nampak mee rebus ganu tu... share lah resipi...hehe...

dear anies said...

time sekolah dulu mmg seronok dpt pakai baju raya then beraya kat sekolah...agk nyer cm tu laa fasya rs kan? hehehe

barakallahulakuma utk mempelai...

LadyBird said...

Selamat hari raya Aidilfitri.. 😍😍😍
Cantik2 gambarnya.. Meriah.. Lya orang Terengganu ke? Lya tinggal d mn? Lady org Terengganu juga.. 😃

Qaseh Vee said...

Rajinnya maaukkan gambar satu persatu . seronok kan bila Ada tetamu bertandang ...

n.i.n.a Mads TM said...

meriahnyaaaa raya lya dgn fasha.. baju minimalace mmg lawa. mkanan pun sedap.

Blog Akak Kembang said...

cantik baju raya lya ngan fasya

Nafira usof said...

meriahnye Raya Lya.
Asya pon happy beraya.
baju raya semua cantek2.

bulan syawal mmg sonok kan~
ade jer jemputan makan2. hehehe

hainom OKje said...

Kiranya ni mcm sesai penggulunganlah ye Lya....hihi
Mmg seronok dpt beraya dgn insan insan tersayang. Puasa pun dah habis ganti. Wah mmg seronok sangat tu.

::EIDA:: said...

Selamat Hari Rayaaaaaaaaaaa .. hehhe baru nk wish padahal raya pun dah habis kehkehkeh

sal ya said...

Yg plg seronok beraya tu anak2 la.

n.i.n.a Mads TM said...

tq lya sbb boom blog :)

Mummydearie said...

Dari gambar nampak meriahnya raya tahun ni buat Lya sekeluarga apatahlagi kali ni first time beraya di rumah barukan!

Alhamdulillah, dapat juga selesaikan puasa ganti dan sunat Syawal ya! Terbaiklah Lya ~_^

Aini Shah said...


Hi Lya, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)