Monday, July 18, 2016

#teamrayaterengganu : 2 - 5 Syawal 1437H/2016

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Kita sambung lagi kisah raya... Last ni.. Kalo ada pon lepas ni random-random camtu aje. Rayakan sebulan. Haruslah abadikan kenangan kat blog ni untuk kenangan masa hadapan. Harap blogspot ni kekallah sampai bila-bila. Biasa time raya saya akan sediakan 3 pasang baju, sebab setahun sekali je buat baju baru ni. Bukan untuk pakai raya semata, tapi untuk pakai bekerja sebenarnya. Kain pon bukannya beli sekaligus, kebiasaannya time dapat elaun baju awal tahun dari company tu saya beli kain untuk diri sendiri & saya simpan kain tu untuk raya terus. Jimat & berbaloi-baloi. Eyh..korang dah start puasa sunat?? Alhamdulillah.. esok completelah puasa sunat 6 untuk tahun ni.Pakej sekali ganti puasa Rmadhan.. Lega settle awal-awal ni.

2 Syawal 
Theme : Maroon
Tak plan pom nak sedondon bagai.. Cuma lebihan kain baju saya, tailor buatkan baju untuk Fasya terus. Time nak ambik baju saya tu tailor bagitahu, lebihan kain dia buat baju Fasya. Kain bidang 60 banyak lebih. Eyh..kebetulan cantik jugak.. terus suh simpan raya.

 Selepas bersiap terus ke rumah nek ma Fasya. 
Plannya nak konvoi beraya rumah family sebelah mak mertua plok.

 Macam biasa..makan-makan kita bedal kat sini jelah.. Ngehhhh...
Time tu jugak, emak saudara & sepupu-sepapat sampai.

Kita buat family photoshoot dulu..

Dekat rumah sedara sebelah papa Fasya. Selepas settle kat sini, kita orang terjah family sebelah saya plok.. Tapi camtulah..letih jugak sebenarnya gi mari gi mari ni. Kalo balik kampung, bolehlah fokus satu family sampai habis.. 

3 Syawal
Theme : Turqoise + Hitam
Pom tak de nak plan-plan pom.. kebetulan saje same ni. Tahun ni trending sungguh peplum tutu ni. Owh, baju peplum tutu ni saya beli dari koleksi anak kita iaitu blogger Naa Mama Iqy (Kita promote dulu) ... Yang pasti kualiti kain dia tip top.. Rupanya, design yang sama, tapi kualiti kain berbeza setiap supplier.. Ada yang material kain macam t-shirt. Yang ni tak tahu material apa nama dia.. Tapi lembut n cantik sangat kain dia.. 

Plan nak beraya ke Kerteh. Tapi lepas Jumaat baru boleh keluar rumah, sebab pagi tu kawan papa Fasya datang beraya & ramai budak-budak sekitar taman ni beraya. Haaaa.. baru nampak meriah macam raya sikit. 


Pic kena bommmm dengan Fasya.. 
Tak bagi peluang mamapapa nak bergambar.

Ok..meh la kita berdua je..

Sepupu papa Fasya dari Kelate.. 
Lepas tu kita orang konvoi ke rumah sedara sebelah papa Fasya dekat Kerteh. 

4 Syawal
Kali ni kita duk rumah diam-diam pakai t-shirt & kain batik je.. Sebab 3 hari dah beraya sakan sampai bawak ke malam. Penattt... Tapi kebetulan sepupu papa fasya dari kelate tu nak datang beraya.. So kita masak-masak sikit. Asalnya nak masak sikit je..last-last masak banyak sebab kebetulan staff ofis papa Fasya & kawan saya pom ramai nak datang.. Alhamdulillah, full house! Hampir 50 orang atau lebih jugak kot yang datang. Licin... tak sempat nak snap pic-pic time tetamu datang. Tuan rumah tak sempat nak duduk diam. Terkejar sana sini,,, Nak layan tetamu lagi.

Kita buat menu rare gittu... dah sepanjang raya ni tak jumpa lagi nasi putih tau.
Memang licin la... Menu yang saya masak, Tom Yam, Singgang Ikan Aye, Sayur Kobis, Daging Goreng, Ikan Goreng , Nasi Putih, Ulam-ulaman... Dan yang penting ada buduuuuu.. Fuhh,.. nikmatmatnya. Rasa puas hati sangat, sebab 1st time masak sebanyak ni.  Letih memang letih.. Tapi seronok.

Ni time kat Mr Diy... cari barang untuk majlis yang tak terancang ni...

5 Syawal 
Last day cuti raya baru-baru ni bawa Fasya tengok cerita Alice. Esoknya kembali ke pangkal jalan... Sebab dah pernah tengok sekuel pertama..jadi mestilah kena tengok jugak cerita kali ni. Memang best sangat citer ni. Recommended!

 Pose dulu skali...

 Alice Through The Looking Glass Best Sangat !

Sekian kisah raya Fasyafrina & Co untuk tahun ni... 
Lepas ni kalo ada pom kita up random je.. 

L.o.v.e,
Lya Afrina

32 comments:

Maman Reen said...

Comel Fasha pakai tudung dan dress turquoise.. :D

dear anies said...

fasha geng dgn anak sedara sy jg laa..peplum tutu.. memula sy tgk pelik gak tp pastu tgk diorg happy sy pun tumpang happy..


tu dia.... 50 org mmg bersilat laa tuan rumah ;-)

norhidana miswan said...

suke tgk family lya nih, kalau suh bergambar mmg betul2 bg kerjasama sume hehehe...
mcm2 aksi ada...

teringin btl akak nk jumpa lya n asya... time blik raya pun asik takde rezeki je nk jumpa kan...

shark said...

selamat hari raya dari saya sekeluarga :)

Ena said...

Wow!!
Meriahnya..
tp best kan lya if masak sendiri dan abis semuanya
berbaloi2 gitu

ena kat rumah sendiri blm raya lg.. kuih raya je dah masuk balang tu pun kami jugak yg ngap.. heheh

cantik baju raya lya dan fasya.. color dan design menarik sangat
baju fasya tu ramai tgk yg up anak2 memasing pakai..

lieyalatif said...

tu diaaaa..sakan dan meriah raya lya...part sedondon tu best..sampai raya ke 2 hah....bagus laa tailor lya, pandai die jahit...cantik tgk baju asya .... baju tutu pun comel..kemain hah ropol2 di pinggang heehehehehe...budak2 ni dpt pakai baju lawa hepi laa dieorg kan lya.....

oo untung la lya siap dpt peruntukan utk kain...mmg jimat tuh.... kalo lieya pun akan buat mcm lya, beli utk raya je terus heheeheh...

AnneRaini said...

raya mmg penat tp seronok tu yg yg kite suka.. setahun skli jumpa sedara mara hingar bingar sume tu,,, seronok sgtlah..

idzwa kamaruddin said...

Amboiiii meriah nyer raya diaaa !

Fazleyatul Aini said...

pandai posing btol si kecik ni kan comel je

mommychaa said...

Hi awak. Selamat Hari Raya.
Jom follow blog kite awak…
http://mommychaa.blogspot.my/

Chekgu Azrine said...

meriahnya...baju pun meriah...

nini said...

Best kan ada anak gegel...ada geng nak sedondon...cantik theme maarroon tu tau

jaja_NorLiza said...

Waaaa...menu mmg rare.!!! Hari raya pekene budu seh!!! Baru bijok lya....org puah tekpong duk hadap lemang rendang bagai!!!

Yana Libra said...

cantik2 baju fasya..

selamat hari raya :)

Aisy Nasiha said...

Wah, hebatla Lya masak banyak menu utk ramai org tu. Ini baru yg datang mengejut, ,kalau yang dah bagitahu lama, agaknya lagi banyak menu yang Lya sediakan tu. Hebat btl la.

Qhaifa Nur said...

Bestnya puas beraya...lps tu sudahnya pakai t-shirt aja kan...

Masa raya mood nk mkn nasi putih kurang kan..asyik nmpk ketupat rendang aja

Cantik baju2 raya Fasya...

mama ila said...

sakan ye Fasya beraya..cantik2 baju Fasya mama tempah...selamat hari raya Lya n family =)

Mar Mansor said...

salam aidilfitri...model cilik pandai posing

dya bunga said...

pandainya fashsa posing.hehe

Puan Kutu said...

Wow menu lya masak memang rare..teror ye masak jamu smp 50org..klu sy ntah apa jadi..hehe

Cantik2 bju raya lya n fasya.Setiap tahun dok perati je macam2 design.memang lawa.haha

el said...

mmg raya x sabar nak tgk uols melaram nak tgk baju2 uols tu hehe

nayfatimah rasyid said...

wahhh sweet nyer ;)

Emarieys said...

bukan main sporting dengan pelbagai posing.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

waa..pndai.lya.masak byk2 gitu..kite tk.pernh.lg masak byk2 sendri..wuwu..nway..sonok tgk.akt raya org..kiteorng.mcm.tak puas beraya thn ni.
hahaha

Qaseh Vee said...

Nak rasa meriah raya , memang kena bertandang umah orang ... Klu dah lbh 50 org ,dah sama dgn open house tu ...

n.i.n.a Mads TM said...

sukanyaaa fasha.. lya pun pandai selfie2. hehehe. smoga meriah lg raya thn dpan kan. kalau raya tak sah tak makan mcm2

n.i.n.a Mads TM said...

sukanyaaa fasha.. lya pun pandai selfie2. hehehe. smoga meriah lg raya thn dpan kan. kalau raya tak sah tak makan mcm2

Blog Akak Kembang said...

lawo betul baju frozen fasya tu ...

hainom OKje said...

Kalau mak tak tahan nak simpan simpan kain ni Lya. Rasa tak sabo nak buat lepas tu nak pakai hihi...
Sukalah tengok pic baju pink tu. Org slim pakai baju apa pun cantikkan...

Lepas Raya dpt makan yg tak bersantan gitu mmg mabeles sangat

sal ya said...

Dah lama lya x update blog ye...

Yati said...

Terer Lya boleh masak banyak untuk tetamu ramai. Akak ni, pikir yang simple-simple je, bihun, mee, spagetti. Apa pun, nampak meriah raya Lya sekeluarga. :)

Mummydearie said...

Cantik sangat pilihan warna maroon tu, Lya. Suka akak tengok warnanya. Walaupun tak plan, memang memanjang sedondon ya ~_^