Monday, August 29, 2016

Ohh My Weekend : Grading Green Belt & Ngetest di D'Beteng Cafe

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Ehh..eh..ehh.. tetibe terajin plok update blog...
Kebetulan ada pic xtvt, so bolehlah simpan sini untuk kenangan..
Kebiasaan kalo rushing, memang tak dan nak snap-snap pic nyer..

Biasalah, bila hujung minggu.. memang penuh dengan task.
Task wajib bila jadi weekend housewife ni --> 
Setel kain baju (basuh, jemur,lipat & iron baju sekolah & baju kerja untuk seminggu ni).
Sedar-sedar sehari suntuk tu masa nak buat semua ni.. 
Mujurlah part vakum  & bersih rumah papa dia take over.

Kebiasaan hujung minggu, pergi memancing ikan di pasar & breakfast sekali.
Biasanya, sebelum keluar pagi tu, saya dah siap basuh baju, setting 2jam..kiranya balik terus jemur je.
Tapi penat... sebab saya punya cuti weekend hanya sehari (Jumaat)... Sabtu-Khamis kerjaaaa ;-(
Cuma saya dapat cuti weekend sabtu setiap minggu ke-3 untuk tahun ni. 
Next year, minggu ke-4. Rotate begitulah sampai bila-bila.. .
Jadi, sehari tulah nak settle segalanya. Dengan nak bermanja dengan anak lagi.
Bestnyer kalo boleh keje gov.. Sebab bukan semua comp swasta ambil weekend jumaat-sabtu.. 

wefie sekali..

Pagi.. Keluar breakfast & pancing ikan kat pasar...
hehehe

Sebelah petang, bawa fasyarina jalan-jalan..
Kebetulan, kerja rumah settle awal so boleh la bawa dia ambik angin..
Kalo tak, sekadar round naik motor jelah dengan papa pusing taman.. (best aper!)
Tak tau nak kemana... Pergi ambik sepupu Fasya buat teman dia...
Last-last pergi beli barang dapur je.. Haa... dah tercuci poket .
Nak bawak ke taman, hujan lah plok.. 

 o-o-ti-di lah sekaliiiii...sebelum gerak


Haa..pilih-pilih... pic papa Fasya snap. 
Kalo saya xde masanya nak snap2 time beli ni..sibuk duk mencari barang je.hehe

Dah settle beli barang..pokemon menuju ke sini ---> D'Beteng Cafe
Salah satu kafe hipster kat kemaman ni.
Baru berkesempatan nak test ni...
Apa yang menarik, kafe ni bukan sekadar western food.
Ada juga nasi lemak, nasi minyak, mee kari dll..
So sesuai sangat , sebab saya laki bini, prefer makan nasi..
Perut orang melayu haaa.. nak nasi jugak.
Mamapapa just order nasi lemak & nasi minyak..
Cuma Fasya nak spagethi carbonara... & lamb chop tu saje nak test rasa.

tapau Manggo Cheese Cake femes amos dari Kula Cake Kuantan..
Memang feberet ni... Terasa nak makan tak yoh nak tunggu di Kuantan dah..
Boleh dapatkan kat D'Beteng Cafe

Sabtunya... 
Saya bekerja macam biasa... 
Tapi Fasya ade ujian kenaikan pangkat (grading) taekwando..
So mohon pelepasan keluar awal sikit, untuk hadir ke majlis tu..
Mujurlah sesi untuk gred Fasya bermula kul 3.15pm..
Alhamdulillah... semua berjalan lancar.
Macam biasa mamapapa kena menyorok jangan kasi dia nampak..
Kalo tak mulalah tak fokus & terkiput-kiput tersenyum malu...
Let's picture talk la....


Sekian coretan kenangan untuk minggu lalu..
Semoga permulaan minggu ni bermula dengan baik hendaknya..

L.O.V.E,
Lya Afrina

Thursday, August 25, 2016

Masakan Rare Dari Terengganu : Sayur Kolok Versi Moden

Asssalammualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni nak tunjuk skill memasak sikit..
Dah lama tak share resepi kat sini.
Kali ni resepi special & sangat rare dari ganu kiter!

Pernah dengar sayur lemak atau sayur kolok??
Kebiasaan sayur utama kolok ni bahan utama dia mesti guna kulit buah rambai atau
 kulit buah setor atau paling sedap jambu golok..
Fuhh… perlu digabungkan dengan petai jeruk & sotong…
Dalam menu ni boleh pelbagaikan lagi sayuran lain seperti terung, kacang panjang, lobak merah dll.
Memang meletopsss lah!

Tapi kali ni sayur kolok versi moden…
Just gunakan sayuran yang sediaada dalam peti ais…
Let’s try it! Confirm sedap ni…
Makan dengan nasi panas + sambal belacan..
Fuhhhhhh

Bahan-Bahan :-

·         Ikan Yang Direbus. Berapa ekor nak guna ikut kesuaian kuah yang nak buat tu (Air jangan buang)
·         Sayuran. Kali ni saya just gunakan sawi, carrot, cili merah, Bawang Besar & kobis bunga… ( Boleh guna kobis, terung, kacang panjang-campurkan aje semua)
·         Petai Jeruk (Kali ni tak letak..sebab tak ada)
·         Sotong
·         Santan

Cara-Cara Memasak :-

·         Ikan yang direbus tadi.. tumbuk hancur… (buang kepala& tulang)
·         Masukkan dalam air rebusan ikan tadi & tambah air sikit..
·         Masukkan santan & biarkan kuah mendidih.. (kuah biar pekat.. baru sedap)
·         Masukkan sotong..
·         Last, masukkan segala sayuran yang digunakan tu. Masuk sekali petai jeruk. Kalo tak nak guna pom takpe.. Menu ni wajib letak ye bawang besar (potong dua atau 4)
·         Perasakan dengan garam & serbuk perasa..
·         Sedia untuk dihidangkan



Fuh…..
Memang bertambah makan nasi dengan ikan goreng panas-panas..
Cicah sambal belacan…

Psst : 
Kalo tak makan petai...x perlu letak petai ye.. Kalo letak, guna petai jeruk.. Macam saya kalo buat tak letak petai, sebab papa Fasya tak makan petai..huhu..tak syokk!
L.O.V.E,
Lya Afrina

Tuesday, August 23, 2016

Random : Cerita Santai-Santai

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Tak nak update.. rasa nak update..
So, update sempoi-sempoi sudah la..

Projek D.I.Y (Do It Yourself )
Hasil kerja tangan papa Fasya..
Just gunakan lebihan mounting board projek sekolah Fasya.
Hehe.. konon-konon bagi semangat kat bini suh rajin masak.
Dah selamat tampal dekat ruangan memasak saya.

Banner stick untuk kek birthday.
Tolong buat je untuk kawan.

My Bestie

Throwback raya aritu…
BFF zaman study dulu datang beraya kat rumah

Jalan-Jalan Isi Perut


Late Dinner kat White House & Grill..
Sebenarnya kafe ni baru beroperasi semula..
Sebelum ni just menu western food sahaja yang ada..
Sekarang dah ada “Nasi lemak Kampung”


Kebiasaan malam Khamis, memang tak larat nak masak..
Sebab sampai rumah dah lewat sangat.
Balik kerja, terus ke kelas Taekwando Fasya sampai kul 6.30pm..
So, makan luar jelah..
Nasi lemak kat sini just RM3 sahaja..
Rezeki Fasya, owner kafe belanja dia Mushroom Soup & Garlic Bread.

Balik mengaji , pekena Meatball & Black papper kat Kafe Birai Tangga.
Makanan feberet Fasya lah tu..

Jalan-jalan Cuci Mata

SSF Homedeco..
Port feberet untuk cuci-cuci mata..
Setiap kali ke Kuantan wajib singgah..
Tak beli pom xpe.. boleh tengok pom dah happy kan
Dasar perempuan! Haha
L.O.V.E,
Lya Afrina

Friday, August 19, 2016

La Tahzan InnAllaha Ma'ana

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

La Tahzan InnAllaha Ma'ana
Jangan Bersedih sesungguhnya Allah bersama kita

Harini saya nak share sikit berkaitan salah seorang pekerja ayah mertua saya.
Saya kenal dia sejak kecil lagi (sek rendah) ... 
Merupakan anak yatim piatu ...
Segala tanggungjawab perbelanjaan adik-adik , belanja & sewa rumah dia yang tanggung.
Seorang yang sangat ceria, peramah & kelakar...
Hingga...... takdir merubah segalanya..
06.08.2016...beliau terlibat dalam kemalangan sewaktu membeli makanan kucing.
Mengalami kecederaan yang sangat parah & pendarahan pada bahagian kepala.
Bertarung nyawa di ICU... tidak sedarkan diri dan sekarang beliau masih cuba untuk survive..
Ya Allah.... luluh hati sewaktu melihat keadaan dia.. 

Sepatutnya..... hari ini....
19.08.2016 merupakan hari bahagia beliau.
Namun takdir Allah SWT menentukan segalanya..
Kita hanya mampu merancang... tapi Allah jua yang menentukan segalanya.
Mudahan Allah SWT memberi kesembuhan agar dapat merealisasikan impian beliau & pasangannya.
Sama-sama kita doakan.

Besar ujian yang menimpa pasangan ni.
Betapa hancur berkecai impian yang ingin dibina..
Namun...Allah itu sebaik-baik perancangan...
Pasti dia sedang aturkan sesuatu yang lebih indah.
Semoga tunangnya tabah & redha dengan ujian yang menimpa...
Semoga Jefri terus kuat semangat & melawan kesakitan itu.

Jefri paling kiri... Kenangan sewaktu raya hari itu

Ya Allah... kau berikanlah kesembuhan buat beliau...
Kerana beliaulah tempat adik-adik bergantung...
Semoga beliau cepat sedar & diringankan kesakitan itu..
Mudahan, berkat doa semua..
Salah satunya diperkenankan & dimakbulkan Allah SWT

Kepada sesiapa yang ingin membantu & 
memberi sumbangan boleh salurkan sumbangan anda ke:-
Accn Maybank : 1630 2878 5525/ Muhammad Zulkifle Said

لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

La haula wa la quwwata illa billah
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

L.O.V.E,
Lya Afrina

Tuesday, August 16, 2016

13 Years....Its Our Friendship Anniversary!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Aucakkkkkk! Mood berblog makin merudum, sampai rasa tahap nak bersara terus haaa.
Lepas ni saya tenggelam timbul macam ni je lah.
Tapi....saya sayang blog ni! Banyak simpan kenangan Fasya waktu kecik...
Bila bosan, suka baca entri-entri lama...
Kadang tersenyum... kadang termenangis.. Rindunya kat baby mama!
Ehhhhhh..... Mukadimah dah mengarut ni.


16.08.2003 - 16.08.2016
Syukur alhamdulillah.... dah masuk tahun ke-13 !
Tarikh ni penting kot...
Sebab tarikh ni kita orang mula berkawan..
Pertemuan kita unik!
Sakit...yang menemukan saya dengan papa Fasya.
Kita tak pernah kenal.... Kata orang JODOH itu rahsia Allah.

Kali pertama berjumpa....
Dia hanya temankan kawan dia melawat saya yang sakit waktu tu.
Waktu tu saya lumpuh... memang tak ada apa-apa...
Selepas beberapa hari dari masa dia ziarahi saya...
Terima panggilan telefon , katanya ingin berkawan.
Ehhhhh?? Kenal pom tak ... Saya pom Ok jer.

Dan tak sangka...dalam waktu sesingkat itu..
Dia beria nak berkawan dengan serius..
Betul ke dia ni? Saya macam biasa... lelaki itu menyakitkan !
Telah ditinggalkan setelah lumpuh.. Tertutup sudah pintu hati..
16.08.2003.. saya terima sebagai kawan..

Terima kasih sahabat...
Kerana sentiasa bersama..
Sentiasa memberi kekuatan..
Tidak pernah  tinggalkan saya...
Walau... saya tiada apa-apa...

Terima kasih kerana berusaha mengubati saya sehingga sembuh..
Terima kasih kerana keikhlasan menyayangi saya..
Tanpa sebarang syarat..
Dan.....
Terima kasih kerana sudi mengambil saya sebagai isteri..
Dan..menjadikan saya wanita sempurna..

Kerana....
Berkahwin & memiliki anak sesuatu yang tidak pernah saya impikan..
Sejak saya sakit & sejak diberitahu saya tidak dibenarkan mengandung..
Berkahwin & Memiliki anak sesuatu yang tidak pernah diimpikan.

Namun....
Jodoh itu rahsia Allah SWT...
Dibukakan semula pintu hati..
Syukur alhamdulillah...
Hikmah diuji dengan sakit...
Rupanya Allah SWT ingin memberikan nikmat yang lebih besar...
Suami & Anak... Itulah anugerah terindah.

Aamin...
Moga sahabat saya akan terus bersabar 
& tabah menjaga saya sampai akhir nyawa...

 
Saya pernah tanya….sejak bila dia ada perasaan tu?

Katanya… sejak kali pertama dia tengok saya..Dia dah rasakan sesuatu & bersungguh ingin berkawan walau tak pernah kenal. Kali pertama tengok..terus berdebar katanya.. Haha..Memang..bila ingat semula time tu, tangan dia mengigil masa minum teh yang mama saya buat. Macam kelakar bila diingatkan semula..



L.O.V.E,
Lya Afrina

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) H.O.L.I.D.A.Y (30) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) mama+papa+fasya (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) fasyafrinatraveltales (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)