Tuesday, August 16, 2016

13 Years....Its Our Friendship Anniversary!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Aucakkkkkk! Mood berblog makin merudum, sampai rasa tahap nak bersara terus haaa.
Lepas ni saya tenggelam timbul macam ni je lah.
Tapi....saya sayang blog ni! Banyak simpan kenangan Fasya waktu kecik...
Bila bosan, suka baca entri-entri lama...
Kadang tersenyum... kadang termenangis.. Rindunya kat baby mama!
Ehhhhhh..... Mukadimah dah mengarut ni.


16.08.2003 - 16.08.2016
Syukur alhamdulillah.... dah masuk tahun ke-13 !
Tarikh ni penting kot...
Sebab tarikh ni kita orang mula berkawan..
Pertemuan kita unik!
Sakit...yang menemukan saya dengan papa Fasya.
Kita tak pernah kenal.... Kata orang JODOH itu rahsia Allah.

Kali pertama berjumpa....
Dia hanya temankan kawan dia melawat saya yang sakit waktu tu.
Waktu tu saya lumpuh... memang tak ada apa-apa...
Selepas beberapa hari dari masa dia ziarahi saya...
Terima panggilan telefon , katanya ingin berkawan.
Ehhhhh?? Kenal pom tak ... Saya pom Ok jer.

Dan tak sangka...dalam waktu sesingkat itu..
Dia beria nak berkawan dengan serius..
Betul ke dia ni? Saya macam biasa... lelaki itu menyakitkan !
Telah ditinggalkan setelah lumpuh.. Tertutup sudah pintu hati..
16.08.2003.. saya terima sebagai kawan..

Terima kasih sahabat...
Kerana sentiasa bersama..
Sentiasa memberi kekuatan..
Tidak pernah  tinggalkan saya...
Walau... saya tiada apa-apa...

Terima kasih kerana berusaha mengubati saya sehingga sembuh..
Terima kasih kerana keikhlasan menyayangi saya..
Tanpa sebarang syarat..
Dan.....
Terima kasih kerana sudi mengambil saya sebagai isteri..
Dan..menjadikan saya wanita sempurna..

Kerana....
Berkahwin & memiliki anak sesuatu yang tidak pernah saya impikan..
Sejak saya sakit & sejak diberitahu saya tidak dibenarkan mengandung..
Berkahwin & Memiliki anak sesuatu yang tidak pernah diimpikan.

Namun....
Jodoh itu rahsia Allah SWT...
Dibukakan semula pintu hati..
Syukur alhamdulillah...
Hikmah diuji dengan sakit...
Rupanya Allah SWT ingin memberikan nikmat yang lebih besar...
Suami & Anak... Itulah anugerah terindah.

Aamin...
Moga sahabat saya akan terus bersabar 
& tabah menjaga saya sampai akhir nyawa...

 
Saya pernah tanya….sejak bila dia ada perasaan tu?

Katanya… sejak kali pertama dia tengok saya..Dia dah rasakan sesuatu & bersungguh ingin berkawan walau tak pernah kenal. Kali pertama tengok..terus berdebar katanya.. Haha..Memang..bila ingat semula time tu, tangan dia mengigil masa minum teh yang mama saya buat. Macam kelakar bila diingatkan semula..



L.O.V.E,
Lya Afrina

23 comments:

Bunda_nora said...

Tersentuh dan bergenang mata bunda membacanya...
Rahsia Allah tak siapa jangka..

Allahuakbar..

Kakzakie Purvit said...

Sungguh kita tak mampu apa pun tanpa DIA
Alhamdulillah dikurniakan 'sahabat' yg menjadi imam dlm keluarga akhirnya
Moga terus berbahagia

adarnadzmie said...

pertemuan yg Allah telah aturkan... x kira di waktu sedih atau gembira... dah dinamakan jodoh x kemana... insyaAllah doakan jodoh lya dan Suami kekal ke Jannah...Aamiin...

dear anies said...

yap-jodoh dan pertemuan...rahsia-Nya...semoga berkekalan hgga ke syuga lya & fain... aminnn

Eliss Mie said...

gambar berebut suami yang last tu paling win..hehe..semoga bahagia sampai syurga korang berdua :)

Nad MamaZN said...

auwww.. sweet sangat! :)

anis abdullah said...

Ya Allah sedihnya, you pernah lumpuh dan ditinggalkan seseorang. Lihat Allah dah gantikan 10x bukan 100x ganda lebih baik kan..

Mummydearie said...

Jodoh memang rahsia Allah! Manalah tahu sekadar menemani kawan tetiba boleh jatuh hati, berkawan dan akhirnya berkahwin. Bahagia hingga ada satu anak. Memang besar nikmatnya Lya di sebalik segala dugaan yang harus Lya tempuhi.

Selamat ulangtahun yang ke-13 untuk Lya suami isteri!

Qhaifa Nur said...

Apa yg berlaku pasti ada hikmahnya Lya...semoga kehidupan disinari kebahagiaan selamanya

Hepi anniversary Lya n suami..

norhidana miswan said...

moga trs jd sahabat hingga ke syurga lya n suami

Fazleyatul Aini said...

sebak rasa baca entry ni
saya doakan semoga lya sekeluarga bahagia selamanya insyaAllah

Chekgu Azrine said...

Semoga berkekalan hingga akhir hayat...

lizz said...

Lya sangat kuat..sangat beruntung lya..apepun lizz doakan lya bahagia hingga ke jannah

Norhayati Mohd Isa said...

Tersentuh hati akak membaca coretan..
Sesungguhnya hubby lya seorg yg hebat..
Benar firman Allah
"Setiap kesulitan akan diakhiri dgn kesenangan"
2 kali diulang ayat itu..

Barakallahu lakuma fii khair buat lya dan pasangan..
Moga bahagia hingga ke syurga..

Siti Asiah said...

Tahniah Lya dah 13 tahun dah, moga bahagia hingga ke akhir usia & sentiasa diberi kesihatan yg baik ;)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

semoga kalian bahagia sampai syurga

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

tahniah lya..dikurniakan sahabat yg begitu baik dan menyayangi..^_^..

*kite tk ingat dh tarikh kenal ngn hubby.hhaha..kronik kan.

hainom OKje said...

Kira Anniversary jugaklah ni kan hihi...Happy Anniversary Lya....moga jodoh kalian kekal bahagia hingga ke syurga. Beruntung sebab memiliki lelaki dan suami yg menyayangi tanpa syarat ni....

Kakak said...

Sungguh menyentuh perasaan. Semoga persahabatan yang telah dimaterikan dengan hubungan yang bermakna itu berkekalan ke Jannah.

idzwa kamaruddin said...

sebak pulak kita wak :( semoga erus kekal bahagia sehingga ke jannahNYA Lya.

Qaseh Vee said...

Kamu beruntung sebenarnya . bkn mdh nak dpt jodoh mcm tu ... Semoga terus bahagia hingga akhirnya ...

hainom OKje said...

Rasa mcm dah baca tp belum komen rupanya. Happy Anneversary persahabatan Lya. Semua tu aturan Allah kan. Beruntung Lya ada suami yg baik dan sanggup jaga Lya mcm En Suami tu.
Semoga Lya dan suami bahagia hingga akhir hayat

n.i.n.a Mads TM said...

selamat ulang tahun lya !! rahsia Allah takde org yg tahu. semoga kekal bahagia hingga akhir hayat