Friday, August 19, 2016

La Tahzan InnAllaha Ma'ana

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

La Tahzan InnAllaha Ma'ana
Jangan Bersedih sesungguhnya Allah bersama kita

Harini saya nak share sikit berkaitan salah seorang pekerja ayah mertua saya.
Saya kenal dia sejak kecil lagi (sek rendah) ... 
Merupakan anak yatim piatu ...
Segala tanggungjawab perbelanjaan adik-adik , belanja & sewa rumah dia yang tanggung.
Seorang yang sangat ceria, peramah & kelakar...
Hingga...... takdir merubah segalanya..
06.08.2016...beliau terlibat dalam kemalangan sewaktu membeli makanan kucing.
Mengalami kecederaan yang sangat parah & pendarahan pada bahagian kepala.
Bertarung nyawa di ICU... tidak sedarkan diri dan sekarang beliau masih cuba untuk survive..
Ya Allah.... luluh hati sewaktu melihat keadaan dia.. 

Sepatutnya..... hari ini....
19.08.2016 merupakan hari bahagia beliau.
Namun takdir Allah SWT menentukan segalanya..
Kita hanya mampu merancang... tapi Allah jua yang menentukan segalanya.
Mudahan Allah SWT memberi kesembuhan agar dapat merealisasikan impian beliau & pasangannya.
Sama-sama kita doakan.

Besar ujian yang menimpa pasangan ni.
Betapa hancur berkecai impian yang ingin dibina..
Namun...Allah itu sebaik-baik perancangan...
Pasti dia sedang aturkan sesuatu yang lebih indah.
Semoga tunangnya tabah & redha dengan ujian yang menimpa...
Semoga Jefri terus kuat semangat & melawan kesakitan itu.

Jefri paling kiri... Kenangan sewaktu raya hari itu

Ya Allah... kau berikanlah kesembuhan buat beliau...
Kerana beliaulah tempat adik-adik bergantung...
Semoga beliau cepat sedar & diringankan kesakitan itu..
Mudahan, berkat doa semua..
Salah satunya diperkenankan & dimakbulkan Allah SWT

Kepada sesiapa yang ingin membantu & 
memberi sumbangan boleh salurkan sumbangan anda ke:-
Accn Maybank : 1630 2878 5525/ Muhammad Zulkifle Said

لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

La haula wa la quwwata illa billah
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

L.O.V.E,
Lya Afrina

20 comments:

Fazleyatul Aini said...

Allah itu sebaik2 perancang. Semoga tunangannya tabah. Sama2 kita doakan beliau segera sembuh

lia ummiirfan said...

cantiknya baju raya..semua sedondon.. kaler baju pun menarik :)

dear anies said...

syafakallah jefri...

ummi_khalish said...

salam lya..semoga Allah menyembuhkannya... ameen ya rabb

anis abdullah said...

Semoga beliau cepat sembuh. Tidak dikatakan cukup beriman seseorang itu sehingga didatangkan ujian untuknya. Allah tahu setakat mana kekuatan hamba2Nya..

Ena said...

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin..

idzwa kamaruddin said...

Innalilla..moga-moga beliau diberi kesembuhan dengan segera :(

Nad MamaZN said...

moga diberi kesembuhan pada beliau..

Yana Libra said...

moga jef cepat sembuh..sedihnya jadi camtu..

Chekgu Azrine said...

semoga dipermudahkan urusan beliau
dan semoga cepat sembuh

Norhayati Mohd Isa said...

Semoga cepat sembuh pada jeff..
dan tunangnya tabah dengan ujian ni..
Kebahagian akan menanti selepas kesedihan..

Qhaifa Nur said...

Ya Allah, besarnya dugaan buatnya Lya..
Semoga diberi kesembuhan buatnya...dan semoga dpt bersama insan2 tersayang

Qaseh Vee said...

Dia insan terpilih utk melalui ujian sebegitu rupa . semoga dia Dan tunangnya redha Dan tabah ... In sha Allah , ramai yang akan membantu nanti ...

LZ - The Blog Owner said...

W'salam LYAfrina,

Sedih dengan nasib Jeff & besar sungguh dugaan yang ditanggung. Namun Allah lebih mengetahui..

adarnadzmie said...

Ya Allah.. kau berikan lah kesembuhan kepada hamba mu itu ya Allah... semoga dipermudahkan segala urusannya...

Mummydearie said...

Semoga insan-insan terdekat akan terus berdoa dan tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Jefry akan cepat sembuh dan meneruskan kehidupan yang panjang!

hainom OKje said...

Ya Allah....kesiannya Lya. Dah takdir diakan. Tak dapat bayangkan macamanalah perasaan tunang dia dan nasib adik adik dia tu Lya... mesti dah buat persiapankan.





Fiza Rahman said...

Allah... Kesiannya. Smoga cepat sembuh. Dugaan dariNYA. Smoga tunang dia tabah.

n.i.n.a Mads TM said...

semoga adik2nya bertabah.. allah kesian tunang tu. harap Allah permudahkan urusan mereka. aminnn

Kopiolimauice said...

Ya Allah sedihhh nye smga ada keajaiban yg Tuhan berikan