Saturday, September 24, 2016

Resepi Mudah Spaghetti Oglio Olio

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..
Hari ni terajin nak “save” resepi “Spaghetti Oglio Olio” plok kat blog..
Selama ni kalau nak makan, memang order kedai je..
Kadang request ofismate buatkan…
Tapi, beberapa menjak tengok ramai sangat orang share resepi ni kat FB..
Kite pon share jugak lah.. ehhhh..senang kacccanggg jah !!!
So dengan semangatnya nak mencuba..
Sebab bahannya sangat simple & cara membuatnya tak rumit.
Lepas ni boleh cuba buat Bolognese & Carbonara plok..

Bahan-Bahan :-
- 1 Paket Spaghetti
- Udang (boleh tambah sotong..or seafood..tp ofismate buat aritu msk ayam jugak)
- Chili Flakes
- Cili kering – potong kecik2
- Beberapa ulas bawang putih.. (saya letak 5 ulas)
- Sedikit minyak zaitun (saya guna minyak masak biasa je.. lupa beli)
- Serbuk Oregano
- Serbuk lada hitam (or biji lada hitam tu tumbuk hancur je)
- Serbuk lada Putih (lada sulah)
- Ketumbar -cincang halus
- Brokoli/kubis bunga (saya tak letak pom )
- Garam secukup raya

Cara-cara memasak :-

1. Didihkan air & masukkan sedikit garam+minyak. Rebus sampai Spageti lembut. Saya rebus dalam 15min camtu.. Lepas tu angkat & toskan.

2. Panaskan Minyak zaitun ..Tapi saya guna minyak masak biasa je. Masukkan bawang putih & tumis hingga naik bau.

3. Masukkan udang (atau seafood yang digunakan) & kacau hingga udang tu berubah warna.

4. Masukkan cili kering yang dipotong. Saya just gnaka 2 btg je cili kering ..takut pedas.

5. Masukkan sedikit cili flakes (ikut kepedasan yang nak). Letak sikit dulu xpe, sebab nnti kita boleh tabur time nak makan.

6. Masukkan sedikit serbuk oregano, lada hitam, lada sulah & garam. Masukkan brokoli/kubis bunga(kalau letak)

7. Masukkan spageti & gaul rata dan boleh angkat,

8. Semasa dihidangkan, tabur daun ketumbar+serbuk oregano (saya suka letak banyak) & cili flakes (ikut pedas yang nak). 

9. Sedia untuk di ngappppp!

Bawak bekal kat opis.. aummm..aummm
Alhamdulillah…mudahnya cara membuatnya… 
Eh..nak buat lagilah lepas ni. Kalau mende yang simple camni, rajin sikit nak membuatnya..


L.O.V.E,
Lya Afrina

24 comments:

lokman amirul said...

nmpak sedap n simple

hainom OKje said...

Hihi.... sama le nak makan benda gini selalunya order jer. Buat sendiri tak reti weyh. Nampak simple je ek buatnya Lya. Ni kalau buh sotong, kupang lagi menarik kan Lya....

NanyFadhly said...

Nyumsss..senang kan oglio olio? Nany pun suka buat ni. Sebab simple yet the taste was off the roof! Hehehe...

Nooriah Abdullah said...

Salam singah Lya
Nampak sedap lah spaghetti oglio olio tu
Memgancam jiwa kaknoor yg sdg lapar ni haha

norhidana miswan said...

sedap pun sedap... mudah pun mudah kan aglio olio nih

mama tisya said...

mudah tu..tp tk pernah try sbb ank suka bolognese or carbonara

mamabeauty said...

nampak sedap Liya..

Kakzakie Purvit said...

Betul Lya kalau cepat, mudah dan sedap itu yg suka buat.

el said...

lama x masak olio molio ni hahaha
sedap kan..lgpun org diet boleh je mkn sbb pasta ni less carbo ahaks

MisDiarios said...

time lapar ni mengidam la pula

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

sedapppp..kite pon suke aglio olio tp mmg biasa oder kedai..kat umh wat bolognese n kdg2 carbonara sbb budak2 suke..npk lya share ni smgt plak nk try sesekali..hihi

suhailah hamid said...

Anak2 suka spaggeti. Nyum..nyum..

Mummydearie said...

Favorite akak ni, Lya. Biasanya memang belilah, orang masakkan sedap. Tapi banyak kali jugalah buat sendiri di rumah. Dah katanya senang, favorite lagi gitukan ^_^

Zee Suhaini said...

aglio olio memang sedap lya..

Qaseh Vee said...

My anak buah rajin buat . mak usunya rajin makan je ... Hehehe

Nina Mads said...

tq lya.. hehe boleh buat ni

Kopiolimauice said...

Sedappp nye

dear anies said...

hntr laa setapawe ke sini lya ;-)

LydSunshine said...

Penah juga makan Olio Oglio ni. Tapi tak berapa berselera sgt nak makan. Suka lagi bolognese.

Cikna said...

Mmg mudah nk buat, tp yg xbestnye bila buat mesti xde yg mkn masing2 tekak melayu...

Rosmiza Ali said...

Kegemaran kite nih.. Nk try buat etek la bila2.. Hehe.. Tq share resepi!^_^

- dieyana - said...

kite pun suke spageti olio olio ni (hahha, kite mmng suka nk sebut olio-olio ;-))

rindunya nk bawak bekal..dh lama kita malas2 bawak bekal :-((

Nina Mads said...

laaa baca entri ni teringat. xtry bt lg. aduhhh hehehe terliur

Qiya Saad said...

Wah...sedapnya spaghetti ni...rajinnya awak masak...