Thursday, January 14, 2016

Pahit Di Dunia... Manis Disana..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Maybe pada saat & ketika entri ni dipublish, saya sudah berada dalam dewan bedah..atau sedang menunggu atau…. Saya pun tak tahu.Hari ini doc akan menjalani pembedahan open biopsi untuk mengambil sampel sel. Saya mengharapkan doa daripada sahabat saya semua semoga semuanya dipermudahkan & tinggi harapan saya mengharapkan apa yang saya hidapi hanyalah peringkat permulaan. Ya..amat pahit untuk dihadapinya.. Namun siapa kita??

Tak tahu nak mula macammana, sebenarnya antara nak dengan tak nak je tulis perkara yang jiwang-jiwang ni. Tapi itulah, sebagai manusia biasa…walau sekuat mana kita cuba memendam perasaan & menyembunyikan sesuatu..tapi akhirnya tertewas jua. Kita pasti mencari medan untuk meluahkan…  supaya agak kurang bebanan di hati.Tapi, jika bermasalah..bukan semua perkara kita boleh kongsi secara umum… atas kebijaksaan kita mengawal situasi. Terpanjang plok mukadimahnya.. Nerves pom  ada ni…

Bukannya tak pernah saya diuji sesuatu yang amat hebat dalam kehidupan… malah saya diuji sejak dari hari pertama dilahirkan. Membesar sebagai seorang yang kurang sempurna amat hebat perjalanannya. Namun, saya menepis segala kekurangan diri & cuba berdiri dan menjalani hari seperti orang sempurna yang lain.  Alhamdulillah, saya mampu hadapi kekurangan & kesidaksempurnaan itu.Terima kasih buat semua yang hadir disetiap sisi kehidupan dan menjadikan saya sempurna ;-)

Semua berjalan lancar…. Sehingga akhir tahun 1999 (14tahun), saya diuji dengan sesuatu yang amat hebat apabila disahkan mengalami masalah “Brain Tumor” dan sekaligus waktu tu doc kesan kelainan pada bunyi jantung & disahkan mempunyai masalah injap jantung berlubang. Pada tahun 2000(15Tahun), saya menjalani pembedahan membuang tumor.. Tapi saya bernasib baik, sewaktu dikesan ianya belum menjadi kanser, tapi selnya tak mustahil akan menular. Alhamdulillah.. saya sihat selepas pembedahan tu, malah sangat aktif sukan, badan beruniform & persatuan di sekolah sehingga saya lupa yang saya pernah sakit sebelum tu.

Sehingga tahun 2002, sewaktu menunggu keputusan SPM saya ambil kursus komputer di PTPL Shah Alam. Tiba-tiba saya diserang demam yang amat teruk. Asalnya ingat demam biasa, denggi pon negatif. Sehingga saya mengalami kekejangan/epilepsi (1st time) & apabila sedar seluruh badan lemah. Kalo nak cerita panjang lagi apa yang berlaku pada saya ketika ini… ya, ketika itu saya rasakan dunia saya berakhir. Saya lumpuh! Memang sebelum demam teruk, saya selalu rasa kebas-kebas badan. Hanya Allah SWT yang tahu perasaan saat tu. Terasa kehidupan saya amat tidak bererti & musnah. Kemusnahan tu berperingkat..sehingga ke tangan kanan & mata kanan saya semakin kabur . Punca semua ni??? Setelah menjalani ujian darah dan segala test termasuk peroses LP (pengambilan air tulang belakang), otak saya dijangkiti virus myelitis & enchepelitis yang berpunca dari pembedahan otak 2 tahun sebelum tu. Doc juga sahkan saya mengidap sejenis penyakit saraf, Transfer Myelitis yang peluang amat sembuh 1 dalam sejuta (kata doc pakar neuro waktu tu…kiranya saya harus terima akan lumpuh, tiada suara seumur hidup)Sampai satu tahap  saya kehilangan suara apabila peti suara separa lumpuh dan saya hilang deria untuk membuang air kecil/besar sehingga harus masukkan wayar untuk keluarkan. Bila diingatkan semula, saya tak sangka saya perlu melalui kehidupan yang amat dasyat waktu tu. Tapi….

Saya amat bersyukur dengan apa yang menimpa saya malah amat terharu kerana rupanya Allah SWT hadiahkan sesuatu yang amat hebat buat saya. Kerana saya sakit saya & dia bertemu. Ya, pertemuan pertama saya & papa Fasya sewaktu saya dikerusi roda tahun 2003. Semasa ni, suara saya semakin pulih. Saya dan papa Fasya tak pernah kenal antara satu sama lain. Ketika itu dia hanya menemani kawan dia (kawan sekolah saya dulu-lelaki) melawat saya sakit. Saya masih ingat waktu tu, memang dia terketar waktu tu… (maybe tulang rusuk dia bergetarrr.. hahahah). Saya ingat pertemuan yang bagi saya tidak bermakna tu berakhir disitu.. Rupanya, beberapa hari lepas tu saya terima panggilan dari dia. Memang terkejut..sebab tak pernah kenal dia melainkan tahu dia kawan kepada kawan sekolah saya. Selepas itu memang dia berusaha memenangi hati saya. Dan, kita orang berkawan. Dia menyaksikan jatuh bangun saya waktu tu. Dia yang melihat bagaimana saya mula boleh melangkah semula.. Setiap kali saya keluar & masuk hospital..dia sentiasa ada sebagai sahabat terbaik. Maybe, dari dia juga datangnya semangat & kekuatan tu. Sehingga akhirnya saya dapat berdiri semula…dia antara yang pertama disisi. Dan, bila saya sihat saya berazam untuk samb belajar… walaupun mendapat tentangan kerana kesihatan saya.. Tapi.. happy..dapat jugak samb belajar & segulung diploma aje..walaupon ada masa terpaksa tangguh sem/banyak cuti.. Heheh. Semasa belajar tu pun banyak kali saya sakit teruk, keluar masuk Icu.. Semasa sem 5, sahabat baik(papa Fasya) saya melamar saya. Katanya senang nak jaga bila saya sakit. Haha.. Ya, memang awalnya keluarga saya takut nak lepaskan..takut adik bongsu dia ni dipersiakan..lagipun saya sakit & awal-awal lagi doc sendiri tak galakkan saya berkahwin. Katanya, takut saya kecewa sebab saya penyakit saya tidak digalakkan saya mengandung & boleh membawa effect yang teruk untuk ibu & anak.

Mungkin memang dia ditakdirkan untuk saya… tahun 2006 kami sah sebagai suami isteri.. Saya baru berusia 21tahun & suami 22tahun. Kata orang muda jetik lagi. Ye lah, niat dia memang untuk memudahkan dia menjaga saya bila saya sakit. Alhamdulillah… dia betul-betul menjaga saya.. 2 minggu berkahwin, saya sakit teruk tak sedarkan diri.. Memang dia betul-betul menjaga saya dengan sebaiknya sehingga ke hari ini.. (Dah masuk tahun ke-10). Saya harap sampai tua awak tak bosan jaga saya. Walaupun begitu, kita happy je hidup bersama. Bila time saya sihat, kita keluar dating sama-sama. Sampaikan orang tak tahu kita sebenarnya suamisteri yang sah disebabkan nampak muda remaja lagi. Esspecially papa Fasya la, saya oklah..nampak jugak muka matured nya.. Hehe. Pernah orang pandang semacam bila naik motor berdua, padahal kitaorang sah. Masa tu papa Fasya ada motor je.. Menyewa pon rumah flat aje (sewa RM130 sebab tingkat 3). Tapi saya bangga dengan dia.. dengan gaji dalam 1200 camtu je waktu tu, dia mampu menjaga saya, membiayai pembelajaran saya sampai habis & dapat segulung Diploma. Ingat lagi, bila musim exam… time memasak, saya gantung nota-nota kat cermin tingkap. Papa Fasya pon selalu teman saya study & duduk kat Cyber Cafe sampai 3-4 pagi sebab temankan saya. , alhamdulillah..saya Grade dengan CGPA 3.5++ (dah lupa berapa..) Walaupun gaji papa fasya x besar, tapi alhamdulillah.. diberikan kecukupan rezeki buat kami.

Dua tahun hidup berdua…ditakdirkan saya mengandung. Saya masih ingat lagi waktu tu, betapa mengelabahnya doc pakar sewaktu menefon saya.. Terus suruh saya ke hosp bersama semua ubatan saya. Padahal, sepanjang usia perkahwinan waktu tu, doc yang bagi saya ubat perancang. Awal kandungan tu, saya maintain lagi..Maybe masuk kandungan 2 atau 3 bulan macam tu, kondisi saya makin teruk & akhirnya saya koma. Ya, kat situ bermulanya perjuangan Asya… dia memang perlu digugurkan waktu tu untuk selamatkan nyawa saya. Surat tu, memang sudah ditandatangani papa asya. Ya saya tahu, amat perit untuk papa asya apabila perlu memilih nyawa dua orang yang amat disayangi. Namun kuasa ilahi, akhirnya lahir juga baby ajaib ni. Semua tu kenangan, tak diakui..melaluinya amat perit, namun hasilnya kemanisan yang tiada tandingan. Walaupun peluang hidup ibu&anak 50/50 waktu tu, syukur alhamdulillah.. Allah hadirkan baby ajaib. Ya Allah, terima kasih kerana memberi peluang untuk diri ini memegang amanah-Mu. Selepas bersalin memang saya tak sedarkan diri & Fasya duk di wad khas sebab pra-matang. Selepas tu, alhamdulillah..sihat..  Ditakdirkan rezeki Fasya mungkin.. selepas pantangkan dia saya dapat tawaran kerja. Semasa interview…saya jujur & cerita masalah kesihatan saya sebab takut apa-apa hal dikemudian hari. Bagi saya, kalo ada rezeki…adalah..kalo tak ada.. tak apa. Tapi, alhamdulillah…saya sendiri tak sangka, memang rezeki saya & saya bekerja disitu sehingga disaat ini. Rezeki saya juga mendapat majikan dan ofismate yang amat memahami & prihatin . Walaupun saya sakit teruk, dulu kerap tak dapat kerja…tapi alhamdulillah, majikan masih terima saya.

Sepanjang tempoh itu keluar masuk wad/icu  perkara biasa..Sehingga tahun 2012, saya berazam untuk SIHAT. Perkara pertama, melawan dengan diri sendiri. Positifkan diri disamping ikhtiar berubat situ sini. Papa Fasya yang tak jemu bawa saya berubat. Bermula tahun 2002 saya ada makan 4 jenis ubat yang harus saya makan seumur hidup. Kiranya sehari dalam 15biji camtu kena telan. Bila tinggal ubat kondisi saya akan teruk. Masa ini bermula eksperimen diri…. Dengan keyakinan…saya cuba berhenti ubat perlahan-lahan, ikut saranan tempat saya berubat waktu tu. Alhamdulillah..setelah beberapa bulan saya berjaya. Tapi bila time nak ambik darah +appoitment, saya terpaksa makan..Kalau tak kantoi disitu. Tapi akhirnya saya mengaku pada doc & memang doc marah..katanya, boleh myebabkan keadaan saya makin teruk bila diserang. Tapi syukur alhamdulillah..saya sihat & dapat menikmati kehidupan sebenar. Saya dapat makan apa yang saya nak, gemuk mendadak waktu ni.

Sehingga Mac 2014, saya diuji sekali lagi apabila ditimpa kemalangan sewaktu balik dari kerja. Koma beberapa hari & lumpuh. Sekali lagi saya harus menghadapinya keperitan ini. Tulang belakang lari… Papa Fasya bawa saya berubat dimerata tempat. Akhirnya sekitar Julai 2014 saya boleh berjalan semula.. Tapi kesannya, hingga ke hari ini kalau saya duduk di lantai, saya tak boleh bangun sendiri.. Solat di kerusi.. Sakitnya masih terasa..dan kes di mahkamah pon masih belum selesai. Saya melalui hari-hari seperti biasa..

Sehingga April 2015, tiba-sakit sakit mengejut & di operate 2 bahagian perut & peranakan. Alhamdulillah.. keadaan sihat aje selepas itu… Sehingga Oktober 2015 sesuatu yang saya ingat biasa-biasa rupanya petanda yang amat menakutkan.  Sekitar November 2015, saya mengetahui kebenaran yang amat pahit. Memang saya akui, kehidupan seakan berakhir.. Bersedih sepanjang masa. Betapa susahnya nak menjalani kehidupan seperti tidak pernah berlaku apa-apa. Tapi sekarang, saya dah mula ok.. Mula redha & cuba menerimanya. Kata orang, apa bila kita semakin stress, sel-sel itu lagi cepat merebak. Saya tak pasti samaada, apa yang saya hadapi ni berakar dari “brain tumor” tahun 2002 dulu atau macamana.  Takpe… fight like jalil ! Tak nak sedih-sedih & nikmati kehidupan ini seperti biasa.. Takpelah sakit sikit, lagipun Allah dah hadiahkan saya seorang suami & seorang anak. Ya, saya sendiri tidak pernah terfikir yang saya akan memiliki suami & juga anak disebabkan saya sakit. Tapi kerana sakit itu, saya memiliki keduanya.

Point utamanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat yang sentiasa menjadi tulang belakang. Terutama mama saya yang terlalu banyak bekorban dari saya kecil hingga sekarang, abang-abang & kakak saya yang selalu disisi, anak saudara saya(Diyanah) yang selalu jaga saya sejak dia berumur 12tahun lagi..sekarang dah 20tahun. Tiap kali masuk wad dia akan menemani saya & jaga Fasya & tak lupa juga mak mertua, kerana turut menjaga saya sewaktu koma semasa mengandungkan Fasya. Terima kasih kerana menerima diri ini sebagai menantu seikhlasnya walaupun serba kekurangan diri. Dan buat insan terhebat dimata saya, papa Fasya.. terima kasih kerana korbankan usia remaja untuk menjaga saya…sekarang dah di alam dewasa menuju tua pom.Setiap kali saya jatuh sakit, saya selalu takut akan ditinggalkan. Tapi… saya selalu berdoa agar setiap kali saya jatuh sakit, dia akan memandang & jatuh cinta seperti kali pertama dia melihat saya . Terima kasih kerana tidak pernah tinggalkan saya.Dah 10tahun awak menjaga saya. Saya tahu, mesti penat sangat kan?? Saya tahu amat payah & pahit menjaga saya, tapi…saya dapat janjikan diatas setiap keikhlasan,kasih sayang, pengorbanan menjaga saya waktu sakit,akan menjadi saham di akhirat kelak. Insyallah..pahit di dunia…tapi manis di akhirat untuk dia. 


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

**Terpanjang tanpa sengaja....
7 Januari 2016

Monday, January 11, 2016

Idea Wall Deko : Deko Cermin Malma Ikea

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Arini just nak share idea deko-deko cermin Malma Ikea.. Nak share sebab saya sendiri pon asalnya buntu nak letak kat mana cermin ni.Saya pon google lah.. Tapi last-last guna idea sendiri jugak. Beli sebelum masuk rumah lagi.. punyalah semangat.. Tapi berbulan jugak peram. Bulan 12 masa cuti panjang baru-baru ni baru datang semangat tu. Kebetulan dinding dining area masih kosong, daripada membazir, suh papa Fasya letak kat situ. Saya tak tahu cara pasang sebenar cermin ni macam mana, tapi papa Fasya just guna paku simen yang saiz kecil untuk sangkut bahagian atas & bahagian tepi & bawah guna heavy duty double tape supaya cermin ni statik kat situ. Sebenarnya guna paku aje pon dah kemas... tapi ye la..untuk lebih safety guna juga doubletape heavy duty tu. Agak mencabar jugak..sebab nak seimbangkan kedudukan cermin ni dengan dinding biar betul-betul center. Semua ni kerja papa Fasya, saya just tolong sikit-sikit. Pic semasa proses memasang tak de ambik langsung..Memang tak terfikir nak snap..Hehe. So boleh share pic sesudah siap dipasang .

Susunan simple aje... Tapi...belum siap ni.
Sebab cermin ikea ni di transformasi menjadi frame gambar..
Sebab apa?? Disebabkan sudut meja makan dah ada cermin besar, so..
tambah lak dengan cermin Malma ni... dah jadi rumah cermin plok.
(pintu tu tak siap cat warna putih lagi)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
taraaaaaaaaa...
saya print pic hitam putih.. 
Guna Glossy Photo Paper untuk print pic
Kerusi meja makan tak sampai lagi time ni...
Botol kaca tu just RM5. Beli kat Daiso. Bunga RM8, beli kat Super Cowboy.
Tapi bunga ni sebenarnya bukan untuk meja makan, test ajer ni.
Bunga ni untuk kabinet TV, letak kiri-kanan antara TV tu.
Lampu gantung tu saya beli dengan harga RM60 di Romantica Homedecor Paka. Murah sangat kan?? Saya survey kedai lampu, kalo lampu macam ni harga RM200++. Masuk Romantica, memang berpinar bijik mata.. Frame poster pon murah-murah.. Adalah juga beli untuk deko-deko ruangtamu & dapur.

Finally jumpa bunga meja yang paling berkenan di hati.
Balang kaca ni memang dah beli 2 biji untuk letak atas kabinet TV.. 
Last-last beli botol kaca kat Daiso untuk kabinet TV tu.
Daripada membazir balang kaca ni, saya guna untuk bunga meja makan.
Bunga ni just RM10. Bunga dia cantik & berkualiti.

Sekian perkongsian idea deko low cost dari saya. Cermin Malma Ikea tu just RM3++ sebiji. Ada 6pcs lagi Cermin Malma warna hitam. Dah tak tau nak letak mana.. Simpan dulu..Rasanya saya akan guna untuk deko bilik Fasya nanti. Itulah..membeli jangan ikut nafsu. Mujur tak terlalu mahal. Insyallah...bila dah complete settle, nak share juga idea deko yang tak seberapa ni. Maybe boleh menjadi sumber inspirasi untuk yang nak deko-deko rumah teres kecik macam saya ni..

Bacaan Doa Untuk Orang Sakit
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُ وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
ALLAHUMMA RABBANNAASI ADZHIBIL BA'SA WASY FIHU. WA ANTAS SYAAFI, LAA SYIFAA-A ILLA SYIFAAUKA, SYIFAA-AN LAA YUGHAADIRU SAQOMAA 
Artinya: “Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain” (HR Bukhari dan Muslim).

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, January 7, 2016

“Cahaya Birai Tangga Café & Restaurant”

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Beberapa malam yang lepas papa Fasya bawak ngetest café baru iaitu “Cahaya Birai Tangga Café & Restaurant”. Memang unik namanya.  Konsep café ni ala-ala vintage gittu… Bagi saya harga yang ditawarkan untuk “western foods” lebih murah berbanding harga standard di kafe lain. Selain western, turut disediakan masakan panas. Jadi bagi yang kurang gemar makanan western, boleh juga ke sini.

Pic credit to FB Page : Cahaya Birai Tangga Cafe & Restaurant
Lokasi cafe ni bersebelahan bangunan TM & Pejabat Pos Malaysia, Jalan Masjid Jamek Kemaman.

Antara list harga yang saya snap..
Antara yang femes kat sini Roti Bakar Telur Meleleh.

List harga minuman

Posing skali...
Tunggu hidangan sampai

Fasya order ice ice baby chocolate (Ice Blended sebenarnya...) & Mee Rebus

Kiri : 
Spagethi Carbonara. Cuma RM9. Banyak... penuh sepinggan & sedap.. 
Cuma kena masin sikit je lagi. Minuman saya pili Root Beer Float

Kanan : 
Papa Fasya punya, Butter Rice + Chic Baked + Mashed Potato.. 
Harga dalam RM11 camtu. Yang pasti sodap

Total harga yang kita orang makan malam tu just RM38. 
Sangat berbaloi dah rasanya untuk hidangan macam ni.

Ni semasa tunggu makanan sampai... tiba-tiba Fasya jerit...
"alamakkkkkkk...malunyaaaaaaaaaaaaaa".. hahaha...
Punyalah x sedar pakai kasut lain sebelah.. 
Takpelah asya, trend jugak ni. Macam Nora Danish gittu
Mujur kereta depan kedai je, terus pergi tukar.

Pose dulu sebelum bertolak..
Sebenarnya masa ni hantar mengaji dulu...
Balik mengaji terus pergi isi perut...

Lepas ni nak makan Char Kuew Teow... dah lama mengidam ni char kuew teow tempat feberet saya tu. Kena pergi jugak, dalam masa terdekat ni, sebab lepas ni nak kena pantang makan dah...

Bacaan Doa Untuk Orang Sakit
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُ وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
ALLAHUMMA RABBANNAASI ADZHIBIL BA'SA WASY FIHU. WA ANTAS SYAAFI, LAA SYIFAA-A ILLA SYIFAAUKA, SYIFAA-AN LAA YUGHAADIRU SAQOMAA 
Artinya: “Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain” (HR Bukhari dan Muslim).

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, January 5, 2016

Yeayyy.. Saya dah Darjah 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Yeayy!!!! Entri pertama untuk tahun 2016. Syukur, tahun 2015, kawasan saya tak dilanda banjir seperti tahun-tahun sebelum ni.Kuasa Allah SWT.

 Sesi persekolahan pon dah bermula, jadi bermulah rutin kesibukan di pagi hari menyediakan bekal  untuk Fasya. Sebelah Terengganu ni, 3hb dah bermula sesi persekolahan, jadi bangun pagi tu bersemangat sungguh. Rindu kawan-kawan. Tapi hari pertama, walaupun bertolak awal.. tapi hampir 1 jam gak baru sampai sekolah disebabkan jalan jem yang amat.

Oklah..pembuka tahun baru berjalan lancar. Dan saya, menghitung detik-detik yang mendebarkan. Semoga dipermudahkan.. Saya mohon maaf, sebab apa yang berlaku pada diri saya masih menjadi tanda tanya. Cukuplah saya katakan, apa yang menimpa pada saya amat berat untuk dipikul. Saya akui..amat pahit untuk menerimanya. Simptom yang pada awalnya saya kira perkara biasa, rupanya penunjuk kepada masalah yang amat serius pada kesihatan diri. Ok..STOP…


 Hari pertama persekolahan… Kita snap untuk kenangan sepanjang zaman.
Syukur alhamdulillah.. dah masuk darjah 2 anak ajaib mama ni. Sebak sangat rasa. Kenapa cepat sangat besar???Mama doakan semoga sentiasa diterangkan hati untuk menerima setiap ilmu yang diajar. Belajar rajin-rajin ye sayang!


Sebelah malam belanja baby ajaib aiskerim

Bacaan Doa Untuk Orang Sakit
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُ وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
ALLAHUMMA RABBANNAASI ADZHIBIL BA'SA WASY FIHU. WA ANTAS SYAAFI, LAA SYIFAA-A ILLA SYIFAAUKA, SYIFAA-AN LAA YUGHAADIRU SAQOMAA 
Artinya: “Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain” (HR Bukhari dan Muslim).

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (112) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (72) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) mama+papa+fasya (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)