Thursday, March 31, 2016

Projek Deko & Sticker Wall Decal + Ceritera Mac

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Demam deko-deko rumah tak habis lagi. Deko ikut poket sendiri aje. Topup sikit-sikit sampai puas hati. Lagi-lagi bila join group deko kat FB, lagi berkobar-kobar semangat nak cantikkan rumah. Asal rumah kemas & sedap masa memandang sudah. Tak suka jugak kalo deko yang terlalu crowded2 ni..nak simple-simple aje. Sekarang buat giler beli sticker walldeco kat LAZADA. Tapi beli yang biasa-biasa aje..untuk ruang dapur basah & laundry area. Selain tu beli jugak sticker untuk tagging botol-botol tu. Ada juga sticker ayat kufi, in shaa Allah nak beli jugak lepas ni untuk deko dalam bilik. Cuma sebelum beli kena perati betul-betul size sticker, takut terbeli yang kecil... jangan percaya sangat pada sampel gambar yang ditunjukkan.. memang kena rujuk size kat details tu.Selain LAZADA, sticker cantik & lagi berkualiti boleh dapat di Wall Decal World https://www.walldecalworld.com/ . Memang cun-cun sangat.

Sticker untuk melabel botol ni saya beli dengan harga RM9+ dapat 40pcs. Share dengan ofismate, dapat 20pcs sorang. Berbaloi-baloi.. Orang panggil chalkboard sticker.. Untuk tulisan ni saya tak guna pom kapur pom untuk menulis, terus guna liquidpaper. Lepas ni senang, nak masak je terus ambik..xyah nak belek-belek cari rempah ratus. Cuma sekarang nak label botol liquid detergent & softener je lagi.. tapi x jumpa lagi botol kaca atau plastik yang nampak ala-ala kaca yang sesuai. Botol kaca rempah ratus tu saya beli kat kedai RM2 aje.

Ni jelah hasilnya... 
just susun atas wall shelf ikea yang mampu milik.

Sebenarnya berangan nak buat camni, lagi kemas & efisyen kan??
Tapi takpe.. buat ikut budget duu..

Nak jugak berkitchen rules tu.. Saje letak kat ruang dapur basah daripada dinding tu kosong. Ok lah deko sementara. Sticker ni saya beli dalam harga Rm14 camtu. Jangan bimbang, jenis vinyls ni tak kotorkan dinding.

Sebab tak jumpa lagi board laundry room yang berkenan di mata, jadi guna je sticker ni sementara. Sebenarnya just laundry area je ni, dekat dengan dapur basah...xde pon bilik khas untuk laundry. Kawasan seciput. Tapi idea nak deko-deko ruangan ni dah ada... Cuma slow-slow.
Ni la laundry area yang sekankang kera..
Lepas ni akan kemaskini kawasan ni dengan lebih baik. 
Nak tukar wall shelf kaler hitam & maybe penyapu tu alih kelain lah..
semak sangat nampak.

Yang ni corner untuk Fasya. Ni pic lama, sebab rumah saya tak ada almar lagi, so just gunakan wall shelf ni untuk letak segala bijirin , biskut dll .
Ni pon pic 2-3 bulan lepas...
Dining area.. setakat ni masih sama & tak berubah. Still nampak kosong..
Just berangan nak tambahkan console table atau almari putih bawah cermin tu.

Tamat cerita deko-deko budget tu.. Just nak save memory sepanjang Mac kat sini. Apa-apa kenangan saya memang suka simpan kat blog, sebab lama-lama bila baca semula entri lama-lama kita akan terimbau kenangan lalu..

Antara bento Fasya yang sempat saya snap bulan Mac ni. Makin parah, banyak yang segera-segera je. Huhu..sedih mama. Dah nak buat camner, Fasya ni jenis yang tak makan makanan berat. Nasi kunyit tu paling win, Fasya request berhari nak bekal nasi kunyit (orang luar panggil pulut kuning kott), tapi malangnya mama tak reti..last-last odwy ke sekolah, beli tepi jalan je..Masuk kete guna acuan bentukkan nasi kunyit. Haha.. jadilah.

WWF Smackdown....
Hihi.. gelagat Caldina (Oren) & Passo (Kelabu) . Tapi Passo tu bila panggil Tek Tek baru bagi respon.. Adoi... so officially nama saya Tek Tek, sebab saya kuat metekk.

Tek tek yang notti

Bagi sokongan pada ank gadis dengan projek nilam.. Sebulan sekali ke library & pinjam buku library.Khatam betol-betol ye..

Ginilah dia petang-petang... xde geng.
Main je sorang-sorang layan perasaan.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, March 28, 2016

Lombong Bijih Timah Sg.Lembing / Sg. Lembing Tin Mines

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selepas ke 3D Gallery Art, terus check in dulu. Rehat & mandi-mandi dulu. Selepas Zuhur, terus ke Terowong Bijih Timah Sg Lembing. Kedudukan terowong bijih timah ni atas bukit ye... Naik melalui jalan sebelan Muzium Sg.Lembing. Tapi jangan risau, jalan mudah sangat. Dimana-mana penuh signboard, confirm takkan sesat. Lagipon kawasan dia kecik je. Musim cuti sekolah ni, ramailah sikit pelawat..

Tiket masuk ke Terowong Sg Lembing ialah RM15.90 bagi dewasa. Untuk kanak-kanak FOC je. Tak pasti sampai umur berapa baru kena bayar. Tapi saya dapat harga tiket just RM14.00. Saya beli tiket direct di 3D Gallery Art tu, katanya kalo beli direct dekat terowong tu harga tetap, beli dengan dia dapat murah sikit. Terowng ni juga dikenali sebagai ”Terowong Sejuta Ringgit” .

Sebelum masuk ke terowong staff akan terangkan sikit tentang keadaan didalam. Untuk masuk, kita akan menaiki keretapi bijih timah kira-kira 300 mtr. Tak jauh mana pon, tapi oklah untuk merasai pengalaman tu. Selepas tu, kena jalan kaki masuk dalam terowong tu. Memang panjang & banyak cabang jugak. Kat dalam tu pon banyak monumen n tayangan video tentang sejarah lombong bijih timah ni. Selain tu, ada staff kat dalam yang akan guide & cerita sedikit sebanyak sejarahnya. Katanya terowong bijih timah ni ada sebanyak 22 tingkat lagi ke dalam tanah. Hanya 1 tingkat dibuka untuk lawatan, itu pon terowong telah direnovate agar sesuai untuk laluan semua orang.

Yang pasti, masuk dalam terowong ni agak sejuk...macam pasang aircond. Pada asalnya memang saya ingat pasang penghawa dingin, rupanya tu angin semulajadi masuk dari atas bukit. Keadaan dalam tu sangat nyaman & sejuk jer.. Ada satu bahagian dalam tu tempat tadahan air mineral semulajadi.

Let’s picture talk

Tiket masuk, saya beli dekat 3D Gallery Art dapat harga RM14 sekeping.
Untuk Fasya, FOC je masuk dalam ni.

Pintu masuk Terowong Bijih Timah

Sementara tunggu trip keretapi sampai,
 kita pose dengan abag sado bijih timah dulu.

Keretapi bijih timah yang akan bawa kita masuk ke dalam terowong.
Masa sampai sini ingatkan kitaorang je time ni..rupanya dah penuh orang kat dalam terowong tu.

Semasa naik keretapi

Keretapi stop sampai sini je... 

so.. kita explore....

Ada banyak jugak replika patung-patung ni dan segala bahan-bahan sejarah yang digunakan untuk kerja melombong bijih timah ni. Kita juga boleh try & error.

Ada juga slot video yang menceritakan tentang sejarah lombong bijih timah. Student bagus masuk sini, untuk subjek sejarah. Rasanya zaman sekolah dulu-dulu memang belajar pasal ni.

Cubaan wefie bertiga

Time keluar kita orang pilih nak keluar melalui terowong ni jer,, ada yang pilih untuk naik keretapi semula. Malas nak menuggu turn, sebab queue dah ramai.

Time keluar tu boleh ke galeri ni. 
Boleh tengok pelbagai alatan sejarah yang digunakan untuk melombong bijih timah.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, March 24, 2016

3D Gallery Art Sg. Lembing

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sambung dengan lebih detail sikit kisah cuti-cuti ke Sg Lembing baru-baru ni. Dalam entri sebelum ni saya terlupa nak bagitahu jalan yang saya lalu dari Kemaman untuk ke Sg Lembing. Dengan teknologi yang ada, guna waze je untuk guide ke sana. Saya pon baru pertama kali jejak kaki kat sana. Tapi adalah kawan papa Fasya bagi tahu jalan pintas ke Sg Lembing melalui Jalan Mak Lagam-Cheneh, so kami melalui jalan ni. Adalah masuk kawasan ladang kelapa sawit, perkampungan felda. Bestlah cuci mata, sejuk je mata tengok suasana menghijau. Lalu jalan ni ke Sg Lembing lebih kurang 1 jam++ aje. Jimat 1 jam jugak tu daripada melalui jalan dari Bandar Kuantan-Sg Lembing. Kami bertolak dalam pukul 9.45am++ , sampai sana dalam pukul 11am camtu. Sebab sampai awal, kita orang terus ke 3D Gallery Art..

3D GALLERY ART SG.LEMBING
Jalan nak ke Gallery art sangat mudah.. ada banyak penunjuk arah & confirm tak akan sesat. Lagipun pekan Sg Lembing kecik je..pi mai pi mai tang tu jugak.. hehe.. confirm tak sesat. Harga tiket untuk masuk ke sini RM16 (dewasa) & RM12 (kanak-kanak). Apa yang best, ownernya peramah giler. Siap condult setiap pelanggan yang masuk & ajar cara nak dapatkan pic terbaik. Dan kalo nak ambik pic family pom, memang ada asissatant yang akan tolong ambilkan gambar & mereka sangat sporting. Siap ajar cara nak posing. Hehe. Time saya sampai tak ada orang lagi, tapi tak lama lepas tu berpusu-pusu datang bawa family.

Ni dia bangunan 3D Gallery Art Sg. Lembing daripada luar.

Lepas dah bayar tiket, masuk melalui pintu ni.

Atau kalo nak senang, cari pokok ni..
3D Gallery Art Sg. Lembing betul-betul berhadapan pokok besar ni.
Kedudukan ni di bahagian jalan belakang sikit. Tapi takpe, mudah sangat nak jumpa.

3D Gallery Art Sg. Lembing ni ada dua tingkat. 
Tingkat atas best-best. So, kita orang start posing dari tingkat bawah dibantu oleh owner 3D art tu. Sangat sporting n siap jadi photographer kita orang lagi. Bahagian atas pon dah ada staff yang menunggu & dia orang y guide serta tolong snapkan pic family. Tapi disebabkan saya kurang sihat, memang mood nak bergambar agak kelaut.. Tapi adalah jugak bergambar.

Lets picture talk...

Tu diaa...berlambak pic.. Kalo dah masuk tempat art-art camni kena la snap gambar puas-puas. So, kalau ke Sg Lembing, kat sini salah satu tempat yang wajib singgah. Lagipon, segala art kat sini semuanya berkaitan dengan bandar Sg Lembing. Selepas dah siap, kami terus ke Time Capsule Retreat untuk check in. In shaa Allah saya akan share di lain n3, Sebenarnya selain capsule/kolong macam yang saya check in tu, ada juga white cottage (sesuai untuk family ramai) & kontena. Kontena ni serius cun giler..full glasses.. Cantik sangat. Saya asalnya nak sewa kontena ni, tapi time booking tu dah full.. tu yang pilih capsule akhirnya. Padahal masa booking tu pertengahan bulan 2, punyalah ramai yang plan bercuti ke sini rupanya. Capsule yang saya sewa tu harganya RM139. Nantilah cerita lagi detail. Selepas check in, plan seterusnya ke Terowong Bijih Timah Sg Lembing. Ingat nak sekali harung kat sini , tapi cam banyak giler pic.. So seperatekanlah.. Hadam je lah nanti. Hehe..

**Next week jumpa pakar bedah lagi. Besar kemungkinan akan lakukan lagi pembedahan lagi sebab sekarang timbul prob baru pada usus ;-(. Ntah camner boleh merebak ke situ. Memang saya sakit teruk..sampai tahap nak berjalan sakit & nak makan x boleh sebab bila makanan masuk, perut akan sakit yang teramat. Tapi 29.03.16 doc pakar bedah akan confirmkan semula. Harapnya ada solution lain, sebab rasanya mcm dah tak larat sangat. Baru je lepas operate bulan 1 aritu. Huhu. Tu semasa bercuti ni xleh enjoy sangat, sebab menahan kesakitan..Belum pon selesai kes sebelum ni, timbul masalah baru. Ujian sungguh kehidupan ni. Mohon hati terus tabah & sabar**

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (136) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (97) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Ramadhan (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (27) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (21) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) Mamalovefasyafrina (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)