Thursday, September 29, 2016

Time flies... but not memories

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Dah di penghujung bulan September..
Jadi nak selit sikit cerita pasal satu-satunya anak gadis mama..
Dah lama tak simpan cerita pasal anak ajaib mama ni..
Sebenarnya tak tahu nak cerita pasal apa.. haha..
Sebab semuanya berjalan seperti biasa.. rutin yang sama..
Budak sedang membesar adakalanya menguji keimanan jugak melayannya..
Haha... Tapi alhamdulillah masih boleh dikawal...
Kiranya masih senang melayan kerenah anak ni.
Bab pelajaran pom alhamdulillah... dia boleh catch up dengan ilmu yang diterima..


Tetiba terasa sebak!
Pasti mama akan merindui sangat saat dia masa kecil.,
In shaa Allah, dalam meniti alam dewasa...
Mama akan menemani & memberikan kenangan yang terbaik untuk Fasya.
Saya sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik untuk dia..
Memberi kasih sayang sepenuhnya & selalu ingin melihat dia "happy"..
Terasa dah besar sangat anak mama..Bila dia dah pandai berdikari...
Semua perkara boleh buat sendiri,,

Saya nak cover balik masa beberapa tahun bermula dari awal kelahirannya ...
Dimana saya tak berpeluang untuk menjaga dia..
Melihat dia membesar sepenuhnya dimata saya..
Waktu kali pertama dia pandai menyebut "mama..papa" pom saya tak berpeluang dengar..
Tapi mujurlah papa Fasya ada rakam video tu..
Ya Allah.. sedih sangat time tu..
Tapi sayang video tu dah hilang dalam hp papa zaman dodulu..


Yelah.. dulu saya sentiasa berumah di hospital..
Keluar masuk ICU dah perkara biasa,.
Bila balik di rumah pom, saya tak kuat sangat...
Semua papa yang handle.. tiap-tiap malam pom semua papa yang handle..
Bagi Susu..pampers..dan segalanya...
Bila ingat saat mengandung & bersalinkan dia…
Sedih pom ada.. terkilan pom ada…
Sepanjang mengandung koma…
Selepas bersalin boleh tengok sekejap je..
Lepas tu Fasya diasingkan wad & saya tak sedar diri..
Tapi takpelah.. semua tu kenangan terindah..
Walau tak berpeluang rasa pengalaman pakai baju mengandung..
Merasai pengalaman beli barang persiapan baby..


Lahirnya satu-satunya anugerah terindah ni dah membuatkan hati ini terlalu bersyukur.. 
Anugerah yang tidak pernah dibayangkan atau difikirkan..
Dari awal lagi.. saya tidak dibolehkan mengandung..
Bukan sebab masalah kesuburan atau apa-apa berkaitan..
Hanya kerana saya mengidap beberapa jenis penyakit kronik..
Yang boleh bagi effect yang teruk pada baby & diri saya..
Walaupon saya ni dijaga doc pakar… diberi pelbagai ubatan pencegah kehamilan..
Tapi.. Kuasa Allah.. kalau dia nak bagi rezeki..
Walau dalam keadaan apa sekali pom.. tetap jadi..
Itulah kebesaranNya.. Syukur Alhamdulillah..


Sekarang…
Pejam celik..pejam celik…
Dah makin membesar anak dara mama..
Banyak perkara waktu dia baby & membesar yang saya terlepas..
Tapi doa mama & kasih sayang sentiasa bersama..
Syukur… beberapa tahun kebelakangan ni..
Banyak perkara kita boleh lakukan bersama kini..
Banyaklah juga saya cover untuk masa-masa tenat yang tak dapat saya lakukan dulu untuk dia... Walau apapun yang saya lakukan..tetap tak mampu kembali ke masa lalu. 
Cuma sedikit sebanyak bolehlah hilangkan sedikit rasa terkilan tu..

Dalam kehidupan ni.. Kita harus sentiasa bersyukur..
Walau kita rasa ada orang dapat kehidupan lebih baik dari kita..
Tapi… ramai lagi yang mengharap sesuatu dalam kehidupan..
Setiap orang ada bahagian masing-masing..
Jadi..apa yang kita ada & miliki.. hargainya…
Terutama.. keluarga..kesihatan.. masa...
L.O.V.E,
Lya Afrina

Saturday, September 24, 2016

Resepi Mudah Spaghetti Oglio Olio

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..
Hari ni terajin nak “save” resepi “Spaghetti Oglio Olio” plok kat blog..
Selama ni kalau nak makan, memang order kedai je..
Kadang request ofismate buatkan…
Tapi, beberapa menjak tengok ramai sangat orang share resepi ni kat FB..
Kite pon share jugak lah.. ehhhh..senang kacccanggg jah !!!
So dengan semangatnya nak mencuba..
Sebab bahannya sangat simple & cara membuatnya tak rumit.
Lepas ni boleh cuba buat Bolognese & Carbonara plok..

Bahan-Bahan :-
- 1 Paket Spaghetti
- Udang (boleh tambah sotong..or seafood..tp ofismate buat aritu msk ayam jugak)
- Chili Flakes
- Cili kering – potong kecik2
- Beberapa ulas bawang putih.. (saya letak 5 ulas)
- Sedikit minyak zaitun (saya guna minyak masak biasa je.. lupa beli)
- Serbuk Oregano
- Serbuk lada hitam (or biji lada hitam tu tumbuk hancur je)
- Serbuk lada Putih (lada sulah)
- Ketumbar -cincang halus
- Brokoli/kubis bunga (saya tak letak pom )
- Garam secukup raya

Cara-cara memasak :-

1. Didihkan air & masukkan sedikit garam+minyak. Rebus sampai Spageti lembut. Saya rebus dalam 15min camtu.. Lepas tu angkat & toskan.

2. Panaskan Minyak zaitun ..Tapi saya guna minyak masak biasa je. Masukkan bawang putih & tumis hingga naik bau.

3. Masukkan udang (atau seafood yang digunakan) & kacau hingga udang tu berubah warna.

4. Masukkan cili kering yang dipotong. Saya just gnaka 2 btg je cili kering ..takut pedas.

5. Masukkan sedikit cili flakes (ikut kepedasan yang nak). Letak sikit dulu xpe, sebab nnti kita boleh tabur time nak makan.

6. Masukkan sedikit serbuk oregano, lada hitam, lada sulah & garam. Masukkan brokoli/kubis bunga(kalau letak)

7. Masukkan spageti & gaul rata dan boleh angkat,

8. Semasa dihidangkan, tabur daun ketumbar+serbuk oregano (saya suka letak banyak) & cili flakes (ikut pedas yang nak). 

9. Sedia untuk di ngappppp!

Bawak bekal kat opis.. aummm..aummm
Alhamdulillah…mudahnya cara membuatnya… 
Eh..nak buat lagilah lepas ni. Kalau mende yang simple camni, rajin sikit nak membuatnya..


L.O.V.E,
Lya Afrina

Wednesday, September 21, 2016

Aidiladha 2016

Asssalammualaikum & Salam Sejahtera
Lama sangat bercuti…. Blur-blur je nak hapdate blog ni..
Rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan …
“Salam Aidiladha & Selamat Hari Malaysia” buat semua ..
Aidiladha tahun ni memang tak ada kemana-mana..
Tak ada cerita menarik pon..
Bergambar pagi raya dengan berbaju raya pon tak ada langsung..
Raya pertama weols berseluar+t-shirt+parang…
Alhamdulillah, tahun ni rezeki papa Fasya untuk masuk ibadah korban 1 bahagian.


Raya ke-2, papa Fasya dah start kerja…
So duk rumah ajelah..
Last week saya cuti direct seminggu…
Bermula 12-17 Sep 2016.. Fuhhh… nikmatnya !
Feeling housewife sangat!
Masak & tunggu husband balik makan t/hari..
Beli VCD movie baru-baru & layan dengan Fasya
Saja ambil cuti lama, sebab nak rehatkan diri..
Kebetulan Fasya cuti sekolah.. Walaupom tak bercuti kemana…
Tapi nikmatnya boleh bersantai & berehat sepuasnya di rumah sendiri.


Projek tertangguh sebelum raya puasa dulu lagi ni… 
Akhirnya cuti baru berjaya tukar gambar untuk diselitkan dalam cermin MALMA ni.

Haaa.. Ni lah Shawl 2 Loop Mylea Jue Aziz tu..
Baru sempat melaram … Kualiti kain dia cantik.

Bonding Bonda Gittew

Cuti baru-baru ni sempat hadir majlid pernikahan bbf zaman-zaman kecik dulu..
Kita orang memang membesar bersama & sangat kamceng..
Tapi, lebih kamceng dengan kakak pengantinlah..sebab sebaya.
Boleh dikatakan kami macam adik-beradik.. banyak giler perkara best
& giler-giler yang kami lakukan bersama..
Tapi… semuanya berubah bila dah masing-masing meningkat dewasa…
Sambung belajar… bekerja & akhirnya berkeluarga…
Jarak & masa membataskan pertemuan kami…
Kalau sempat, biasanya time raya je kita orang berjumpa…
Tapi bila dah berjumpa…macam-macam ceritalah keluar…
Tapi mujur ada teknologi yang menghubungkan…
Sesekali adalah jugak whtsapp2 ke… tapi tak selalu lah..
Masing-masing kan ada komitmen kehidupan..
Apa-apa pun, segala kenangan waktu membesar bersama akan sentiasa kekal dalam ingatan..
Andai masa mampu diputarkan semula…..

Outfit Of The Day 

Gambar dengan pengantin baru

 Mama & bridemadenya.. hehe

Ok.. Special pose dari Fasya…. 
Sampai ketemu lagi ;-)

L.O.V.E,,
Lya Afrina

Tuesday, September 6, 2016

Cuti-Cuti Merdeka !

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Pejam celik..pejam celik dah masuk bulan 9.
Haii September !! Pls be nice !
Cuti Hari Merdeka baru ni tak de plan bercuti kemana pom..
Dah cuti belubang… 31.08.2016 jatuh hari Rabu..
Khamis nak kerja balik. So duk rumah diam-diam..
Malas nak ambik cuti Khamis tu, sebab dah plan nak cuti direct raya haji ni..
Dari 12hb-17hb… Fuhhh..boleh berehat sepuasnya!

Tapi cuti merdeka baru ni keluar jugak breakfast..
Lepas tu pergi beli barang-barang cam botol & tupperware Eco RM2 & Mr Diy..
Projek 5S peti aiss gittu.. Haha..
Yeayyy..projek tergengala dah berjaya disettlekan hari tu..
Baru nampak kemas & tersusun je dalam peti ais.. Nak ambik barang pon senang..

Ootd lah sangat! Theme ada kaler jalur gemilang dah tu..
Sempena merdeka katakan...
Fasya dalam latihan nak pakai tudung secara kekal..
Slow-slow... tak nak paksa lebih-lebih..
Setakat ni alhamdulillah...

Lepie-lepie dengan mama jugak. hehe

Sebelum balik rumah, sempat singgah Karnival Usahawan ..
Saje menyibukkan diri..walaupon tak suka sebenarnya pergi tempat ramai orang camtu..
Biasalah… nak cuci mata… mesti ada jugak terbeli..
Beli Shawl Mylea Couture untuk Fasya..
Jue Aziz duta Mylea Couture tu..
Pic test shawl mylea couture ni tak de ambik lagi.Tapi kualiti kain memang cantik..
Yang pasti time beli ni murah... cuma RM25 jahh

Haaa...ni cerita weekend baru-baru ni..
Tak rancang pon nak kemana.. Lepas Jumaat bersiap menuju ke Paka.
Motif utama semestinya nak ke Romantica Home Decor semata nak beli bekas lilin..
Orang tengah semnagta nak deko-deko.. Haha.
Odwy balik..singgah Mesra Mall...
Sekali lagi menyibukkan diri dekat Timo Fest...
Tapi sekejap je..terus blah..
Saya nak naik pitam tempat ramai orang camtu.

Singgah tepi pantai Paka.. Tak tahu nama apa pantai ni..
Just makan ringan-ringan kat wrung tepi pantai ni..
Sebenarnya..1st time masuk pantai ni...
Serius tak tahu banyak giler gerai kat belakang ni.

Niat asal nak beli bekas lilin jah..
Sekali terbeli sarung kusyen kecik ni. Cuma RM7.90/pcs include gst ye...
Berbaloi-baloi..kualiti sangat tiptop! Tengok je sarung kusyen ni..terus terbayang.
Balik terus pasang.. Hehe.. Sebelum ni kusyen asal kaler Fushia..memang kontra dengan kaler biru turqoise tu. Lepas ni boleh la beli lagi untuk buat gilir-gilir.
Pic bekas lilin tak xde snap plok..Haha

L.o.v.e,
Lya Afrina

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (136) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) MyHappyFamily (78) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Ramadhan (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) Let's Eat (33) NuFF (33) D.I.A.R.I (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (27) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (21) Isu (20) PLAYground (20) Do It Yourself (19) Throwback (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Deko VillaCintaku (8) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) Mamalovefasyafrina (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)