Monday, October 31, 2016

Happy Birthday To My Wonderful Husband

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

31.10.1984 - 31.10.2016....
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-32 buat Papa Fasya..
Semoga sentiasa diberikan rahmat kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki & menjaga keluarga kita serta dimurahkan rezeki & mendapat keberkatan dalam setiap rezeki.


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Nahhhhh.. special buat awak.. Sila cari sendiri hadiah ni ye..
Selagi dia tak baca blog ni..dia takkan tahu pasal hadiah ni..
Hehehe..suweet tak bini awok ni???
Clue lokasi dia : B.E.R.G.E.R.A.K
#DIY sendiri je .. last minute punye kerja#

L.O.V.E,
Lya Afrina

Wednesday, October 26, 2016

10 Years 💕

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
26.10.2006-26.10.2016👫
10 tahun sudah usia perkahwinan kami.
Cepat sungguh masa berjalan.
Bergelar pasangan suamisteri diusia remaja..
Kami lalui bersama masa remaja..
Hingga ke usia dewasa & lebih matang..

kita letak pic candid la..
hehe.. 
10 tahun...
Banyak perkara berlaku...
Terutamanya melibatkan kesetiaan & pengorbanan..
Kerana apabila memilih saya untuk dijadikan pasangan..
Akan melibatkan satu pengorbanan yang amat tinggi.
Bukan mudah menjaga orang sakit...
Lagi-lagi dulu sakit teruk..
Sekarang...
Alhamdulillah banyak sangat dah perubahan..

SAKIT yang menemukan kami kali pertama...
SAKIT juga yang menemukan jodoh saya...
Diberikan pelangi disebalik badai menimpa..
Terima kasih sahabat...
Kerana korbankan usia remaja untuk menjaga saya..
Sampai sekarang...dan harap sampai saya menutup mata..
Awak akan setia menjaga saya..

Terima kasih kerana tidak pernah jemu & sentiasa bersabar..
In shaa Allah..saya doakan awak tempat yang terbaik disana..
Atas segalanya keikhlasan menjaga saya sejak dulu hingga sekarang ...
Dan..selamanya.

Perjalanan masih panjang..
Hanya mampu berdoa & berikan yang terbaik dalam perhubungan ni..
"Ya Allah... kau lindungilah & berkatilah ikatan perkahwinan kami.. Hingga ke Jannah."

L.o.v.e,
Lya Afrina

Thursday, October 20, 2016

Hujung Minggu

Assalammualaikum & Salam sejahtera
Tak tahu nak update apa..
So simpan kenangan kisah hujung minggu yang lepas..
Hujung minggu ni memang waktu yang amat beharga bagi yang bekerja..
Time nilah nak settle segala urusan rumah..
Time nilah nak spend time dengan yang tersayang..
Pendak kata...semuanya time weekend..
So, bila nak rehatnya???? Hahaha..

Setiap orang cabarannya berbeza...task yang berbeza..
Tapi untuk diri saya sendiri, rasa padat sangat..
Dekat ofis saya terlalu sibuk... kejar dateline...
Kadang kerja satu belum settle datang kerja lain...
Sampai ada masa bawa balik ke rumah kerja tu...
Boleh saya katakan..disaat ini saya berada di zon yang amat memenatkan...
Saya & ofismate masih strungle menyiapkan task tersebut..Dateline Nov ni..
Bila dah submit memang akan lega sikit & boleh la rehat sekejap sebelum datang yang lain.
Serius...penat bekerja melibatkan otak akan membuatkan fizikal kita turut penat sepenatnya..
lagi-lagi kerja yang dibuat ni perlu fokus sepenuhnya.. Rasa semput nak bernyawa..
Lagi-lagi, kat rumah still menjalankan rutin housewife..
Tapi syukurlah.... papa Fasya banyak membantu juga untuk keja rumah..

Alhamdulillah...walau diri saya ada masalah kesihatan & masih juga berjuang untuk diri sendiri..
Tapi dalam masa yang sama Allah masih berikan kekuatan untuk saya bekerja mencari rezeki
 & menjalankan t/jawab sebagai isteri & mama walaupon penat..
Sebab tu saya tak kisah walau agak penat dan adakalanya stress.... 
Selagi saya mampu saya akan buat yang terbaik dalam kerjaya & kehidupan saya,
Saya akan lakukan sebaiknya... hargai peluang kehidupan yang diberi...

13.10.2016 
Kisah malam hujung minggu yang lalu...
Kita gantung segala kuali & periuk belanga..

14.10.2016
Pagi Jumaat... keluar sarang mencari makan...
Pergi pasar... pergi beli barang keperluan itu ini..
Balik rumah kita masak...sambung kerja rumah 
(lipat kain...kemas rumah...iron baju... sedar-sedar dah petang)

Dah petang..
kita ronda-ronda melawat kawasan dah..

Peace no war ;-)

L.o.v.e,
Lya Afrina

Monday, October 17, 2016

Dear October, I'm going to make you AWESOME

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Ada je ni haaa... tak kemana pom😊
Dah pertengahan Oktober pom…
Baru merajinkan diri nak update..
Entah kemana semangat tu hilang…
Maybe kerana faktor keletihan & kurang sihat..

Oktober…Bulan yang penuh makna..
Bulan yang menyatukan saya & papa Fasya sebagai pasangan SAH & HALAL.
Cepat sungguh masa berjalan…
Menyusuri alam perkahwinan dari alam remaja sehingga dah matang kini..
Alhamdulillah…

Oklah… macam biasalah…
Simpan kenangan kat sini dulu untuk tatapan masa depan ;-)

Dah besar sangat anak dara mama. Beza umur 8y zaman mama & zaman sekarang ni. Mama baya2 ni memang selekeh giler... tak reti nak dress up.. yang reti main..main..dan main sampai comot. Kalau nak kemana pom, koboi je... pakai apa yang di capai. Tapi budak sekarang kemain kan.. yelah zaman kita dlu mak-mak kita duduk rumah je. Pakai apa yang ada.. Mak zaman sekarang lak, banyak rujukan.. banyak pengaruhan media sosial .. Mesti nak jaga penampilan anak supaya sedap mata memandang selalu.

Breakfast...Taste fasya ni ala-ala orang tua sikit..
Roti canai + teo o suam atau teh tarik...
Mama lak dah hampir 8tahun kot tak makan roti canai.. kalau makan pom,rasa sikit-sikit je. Kes nya, awal mengandung sebelum koma dulu... dia punya selera makan roti canai melampau sangat! Sekali makan 3biji+ teh tarik.. Bayangkan sehari adalah dalam 2-3 kali makan.. Purata sehari hampir 10biji gak makan.. Fuhhhh dasyat ! Lepas tu koma lama... sampai deliver Fasya... habis pantang.. Bila bau roti canai pom rasa nak muntah. Sekarang je ok.. dah boleh bau-bau.. cuma kadang2 rasa macam muak sangat.

In nature....
Lama giler tak lepak pantai...
Family in law ajak piknik.. kita apa lagi..
Plannya beday Fasya bulan 11 nak celebrate tepi pantai. Tapi tak tau lah , takut cuaca tak menizinkan. 

Sempat hadirkan diri pada hari ko-ko sekolah Fasya..
Sebolehnya, saya akan cuba untuk hadirkan diri di setiap event yang melibatkannya kat sekolah.

Eksited ngetest gadjet baru.. Nak beli go-pro mahal sangat..
So, kita pakai yang budget je.. Walaupon murah...
so far so good fungsinya.. oklah tu..
Cuma still belajar guna settingnya biar sesuai dengan keadaan.

Ehhh... Caldina pom nak jugak la!

Sampai plok utusan ni... suh rajin-rajin skit update blog.
Alhamdulillah..walaupon sikit..tapi syukur ;-)

L.O.V.E,
Lya Afrina

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Tempat Makan Best Di Terengganu (28) mama+papa+fasya (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) fasyafrinatraveltales (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1) ma (1)