Monday, December 18, 2017

03.11.2017 : Kejutan Hari Jadi Buat Fasya di D'Beteng Cafe

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

03.11.2017 - Alhamdulillah..apa yang mamapa rancang berjalan dengan lancar. Kejutan memang menjadi. Baru ada masa nk entrikan ni.. Dah 1bulan++ dah. Biasa tiap tahun just buat makan-makan dekat rumah jer.. Cuma tahun ni kesihatan tak seberapa..dan bila survey... Makan2 kat rumah atau kedai, kos sama jer.. So better la pilih kat kedai..kita pom tak penat nal mengemas lepas tu. In shaa Allah, mmg tiap tahun akan belanja family saya & papa fasya makan².. Ambil peluang rai selalu beday fasya. 

Belon ni last minut setup... Papa dia lah bersungguh sangat.

Rainbow cake theme Unicorn (cuma tak bagi letak muka unicorn..just buat bunga² tu jer.. Puas hati sangat, sebab baker ni boleh buat seperti yang saya nak.

Kek budget Oreo . Tapi rasanya serous secret recepi.. Kalo yang yang dah rasa tahu la... Harga saya dapat untuk kek ni just RM10. Haha.. Alhamdulillah..moga makin murah rezeki kak Yati.


Dua-dua kek ni saya tempah tempat yang sama. Lepas solat Jumaat , pergi rumah baker ambik kek dan terus hantar kat kafe ni.Time ni tinggal Fasya kat rumah Nek Ma dia. Kek order 2 biji.. 1 tu order kek budget jer.. Fasya sendiri mmg tak tahu kewujudan kek ni..mmg seperais sgt.. Saya just bawa balik kek budget tu.. Sampai rumah, saya bagitau petang ni kt potong kek 3 org kat tepi pantai😂. Hahaha.

Masa yang dinantikan... Lepas asar terus bersiap.. Pakaikan dia comey².. Dalam kereta dia pelik sebab tak lalu jalan ke pantai.. Sempat mamapapa kelentong bagitahu nak gi minum air jap kat kedai😂😂. Sampai je cafe ni, tetiba dia ternampak tokma dia.. " Ehhh.. Tokma ada lah..tokma buat mde situ". Mama dah tak tahan dalam perut. Dia tak nampak belon² tu, sebab parking tersorok sikit . Lepas tu muncul lak, mak2 sedara, sepupu2 dia. Haha.. Tanya lagi.. " ehh..sebab apa ada sini semua". Mama+papa pom terus ajak keluar kereta.. Jomla minum2 dlu dengan dia orang. Sampai je dalam kafe, dia terkejut dah..ada banyak belon².. Tergamam.. Haha.

Otw ke cafe tu sempat singgah kedai EcoSave Rm2.12 tu... Saje nak tengok kot² ada bunga atas kepala.. Sekali jumpa.. Kebetulan sedondon pulak dengan tudung dia tu. 

Papa & Fasya

3 of us

Masa ni nak potok kek beday dia.
Baru je nak potong tetiba...
Lagu happy birhday berkumandang. Sambil org bawakan kek unicorn kt dia..
Punyalah tergamam dia😂😂

Muka terkejut kena sepraisss

Alhamdulillah.. 
Happy mama tengok anak mama happy.. 
Nampak sangat muka dja terharu, nak menitik air mata😂
Kek sedap😋

My big family..
Alhamdulillah...dapat berkumpul walau adik-beradik saya tak complete sebab duk jauh².

10.11.2017
Tak habis lagi kisah beday tu😂😂. Bersambung dengan pencarian hadiah beday untuk dia. 
Otw ke kuantan

Isi perut dulu..

Taraaaa.. Ni hadiah beday dia.. Tak plan pom nak beli ni. Sebab sebenarnya just nak cari buku² jer sebagai hadiah..sebab dia request hadiah buku cerita jer.. Alhamdulillah, tak cerewet dia ni. Tp time jalan2 dalam mall tu, mama nampak beg ni.. Dan rasa lawo sangat... Terus belikan untuk dia..sebagai hadiah.


Dan... Ini hadiah yang dia request..
Alah...kalo bukan time beday pom, beli sokmo jugak buku cerita dia..


Alhamdulillah, dah 9 tahun usia baby ajaib mama.
 Cepat sangat waktu berlalu. Video ni gigih mama edit dan dedikasikan untuk anak mama .

Love💘,
Lya Afrina

Wednesday, December 13, 2017

Reward : Salon Du Chocolat

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Mama dah janji sebelum exam aritu... Study dan buat elok² exam nanti.. Dah dapat result comey² ,mama belanja makan coklat kat kedai ni. Dah lama dia request nak makan. Haha. Sebab dia dah buat yang terbaik dan alhamdulillah, rezeki dia dapat result sebaik usaha dia.. So, mama haruslah tunaikan janji. Tapi... Seandainya dia tak naik pentas pom.. Mama still akan bawa belanja dia ni.. Sebab mama tahu, dia dah study+ berusaha sebelum exam. Mama tetap akan reward sebagai penghargaan atas penat lelah dia study. Macam tahun² sudah, tak naik stage pom tapi result . Tetap akan reward... 

So, kebetulan memang mama+papa sepakat ambil cuti pd hari dia terima anugerah tu. Selesai majlis tu, balik rumah rehat2. Lepas zuhur terus ke sini. Tak bagitau pom dia.. Saje buat kejutan. Happy mama tengok anak happy. Tak putus-putus ucap terima kasih kat mama sebab belanja dia makan kat sini. Biasanya kalo apa² pom dia tak pernah request yang melampau.. Biasa minta belanja makan atau buku cerita. Tu je lah.. Tapi kadang² mama saje seperais dia , belanja tengok wayang ke.

Taraaa... Me & mini me..
Sedondon pakai.. Hehe.. Kebetulan ada baju lebih kurang sama 
& kebetulan gak mama ada 2lai tudung bawal kaler biru ni.

Muka budak happy & teruja nak makan cekelat tu

Dia pilih yang ni jer.. Ada 3 jenis topping coklat kita boleh pilih.. Dark choc, white choc & choc biasa tu. Beli kat dia jer, sebab mamapapa bukan suka makan manis2 ni. Hehe

Berselera dia makan... 
Nyummmmyy😋😋

Happy mama tengok anak mama makan. Memang betul2 menikmati ni.

Last but not least...
Budak happy peluk mama + tak putus2 ucap terima kasih.

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Monday, December 11, 2017

Hari Anugerah Kecermerlangan & Berakhir Sudah Sesi Persekolahan 2017

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sedihnya bila tengok blog ni terabai. Kadang bila dah ada masa dan mood nak menaip.. Tp keadaan kesihatan diri tak begitu mengizinkan. Entah sampai bila .. Tp maybe sampai 1 saat saya harus tinggalkan semua ni. Bila keadaan mata makin teruk dan maybe nak menaip pom tak mampu lagi bila dah jadi macam tu. (sape yang ada folo IG story mesti tahu kenapa). Tapi selagi terdaya ni, nak gak simpan moment² indah kat sini. Esspecially melibatkan anak. 

Syukur alhamdulillah, untuk tahun ni Fasya dapat stage sempena anugerah kecermerlangan. Segala usaha akhirnya membuahkan hasil. Prestasi meningkat demi tahun. Semestinya mama+papa sangat terharu. Alhamdulillah. Walaupun tak dapat naik stage, mama tetap bangga..sebab anak mama sentiasa berusaha buat yang terbaik. Dapat naik stage ni, hanyalah 1 bonus. 

Pagi hari anugerah kecermerlangan. Bersemangat anak mama. Head to toe..semua baru😂😂. Semangat mama beli baju+tudung+kasut baru untuk baik stage. Nak naik stage, biarlah kemas sikit. Lagi pom, moment ni tak tahulah mama berpeluang tgk ke tak lagi lepas ni. Tu mama siap comey² anak mama. Takpe, tak rugi pun..leh terus guna utk buka sekolah nanti. Tudung , dah lama sangat dia nak pakai yang mcm ni. Katanya dah besar.. Mama risau kot² la senget benget nanti. Mujurlah dapat maintain je tudung dia ni. Haha. 

Sampai awal...kita snap2 dlu.

Tahniah anak mama !

Sepupu Fasya pom dapat naik stage. 
Yeayy! Legasi ArwahCikgu Amran terbaik👍👍

Haruslah ada family potrait👨👩👧



Dah selesai majlis.. Naik ke kelas dia jap nak ambik buku-buku. Adalah beberapa orang geng dia.. Sempat snap pic kenangan. Sebab next year, tak tahu lagi sekelas ke tak. Alahai.. Cepat betul masa berjalan. Mesti sedih dia orang nak berpisah.

Alang2 update.. Ni throwback bulan Ogos aritu. 
Fasya terpilih sebagai salah sorang pemenang bagi 
pertandingan mewarna sempena Hari Kebangsaan Malaysia.

Ni lak throwback semasa jamuan akhir tahun baru-baru ni. 
Saya just tempah banana muffin jer .

Alhamdulillah..berakhir sudah sesi persekolahan 2017. Next year, buka sekolah dah naik darjah 4. Dah tahap 2.. Besar dah anak mama ni. Touching😢😢😢. Semoga semuanya dapat dilalui dengan baik. In shaa Allah, selagi mama ada.. Mama akan selalu di sisi .

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Monday, November 13, 2017

Elmanzeel Cafe : Surprise Birthday Celebration For Papa Fasya

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

31.10.2017
Sempena birthday papa Fasya baru-baru ni, adalah buar surprise sikit dari biasa. Time beday kita dulu dia terkejutkan kita, kali ni kita terkejutkan dia pulok.. Tapi dengan kita-kita terkejut sama. Haha. Sebelum tu nak ucapkan terima kasih pada yang wish & mendoakan papa Fasya kat entri sebelum ni. Pasal hadiah tu, dia jumpa cari akhirnya.. Tapi yang jumpanya anak dia.. Hahaha.

pic ni snap lepas dah balik

Al-kisahnya, pada 31hb tu saya memang dah booking awal-awal dekat cafe tu. Just booking menu & meja febret kita orang kalo ke situ. Saya pilih cafe ni sebab ada nasi goreng Lamb febret papa Fasya kat sini. Tapi nak dijadikan cerita, pada tarikh tersebut saya balik lewat lak sebab kena siapkan tender.. Huwaaaaa.. Hampir nak nangis. Haha. Plan kul 8am tu memang dah nak ada kat cafe tu, sebabnya Fasya kan tgh final exam.. tak naklah balik lewat. Nak samb review study sikit-sikit .


Dah balik pon kul 8pm dari opis. Masa ambil tu, papa Fasya ajak makan terus sebab lapor.. Tapi saya berkeras kena balik gak dulu.. Nak mandi-mandi..pastu gi makan kat kedai area rumah je. Haha. Lepas tu papa tengok saya bersiap lawo-lawo. Kata nak makan kedai kat rumah jer.. Last-last saya suh dia pilih nak makan mana?? ( Dalam hati dah berdebauuuu...kot-kot lah pilih cafe lain).. Tapi mujur dia pilih cafe yang saya dah booking siap-siap tu. Kalo dia tak pilih yang tu pandai-pandai lah wak cerita ajak ke situ. Haha


Sampai je cafe dekat kul 9am dah.. Masuk je dalam tu terkejut papa Fasya ada belon-belon bagai. Haha. Belon bouquet tu tempah dengan officemate papa Fasya jer.. Dapat murah. Pastu minta dia belikan kek SR 1 slice. Sampai jer situ, terkejut gak tengok cafe ni deko meja makan bagai + layanan VIP terus dia bagi. Haha. Tengok kek xde atas meja... terus whtsapp kawan tu tanya mana kek?? Ingat lupa beli.... Katanya dah tinggal dekat cafe tu. Agaknya dia keluarkan lepas makan kot. 




Sekali tengah syok makan... dia tutup lampu dan pasang lagu happy birthday sambil bawak kek tu.. Aikkkk...dengan mama sendiri tersepraissss.. Sampai tak sempat mama nak rekod video. Hahahaha.. tak plan pom nak buat macam ni. Apa-apa pun tqsm buat kafe ni sebab dah meninggalkan memori cukup manis untuk papa Fasya.

Ok...meh bergambar kenangan sebelum balik..

Malam sebelum tu..
gigih tulis kad untuk papa dia.

Love💘,
Lya Afrina

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (196) Asya's Story (141) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (93) MyHappyFamily (83) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (66) Asya's School (63) MACAM2 ADA (57) Friend (56) Birthday (52) Ramadhan (52) CAREMONY (51) Sinopsis (51) About Me (50) DapurLyaBerasap (50) M.E.M.O.R.Y (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Singgah Rasa (44) Photoshoot (43) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (37) CINEMA (35) Lyafrina (35) D.I.A.R.I (33) H.O.L.I.D.A.Y (33) Let's Eat (33) NuFF (33) Check-Up (32) Asya's Friend (30) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) XTVT (30) mama+papa+fasya (30) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) fasyafrinavacationtime (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) LegasiCikguAmran (1) LegasiMekAdik (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) ma (1)