Monday, January 16, 2017

Dina Fried Chicken : Ayam Goreng Sedap Setanding KFC

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Kejadian ni tahun 2016, tapi biasalah..tahun 2016 tahun yang agak lemau nak update blog.
Hari ni nak promot sikit salah satu tempat makan menarik di Kemaman.
Memperkenalkan "Dina Fried Chicken" atau kita sebut DFC.
Menu di Dina Fried Chicken ni ala-ala KFC. tapi ini keluaran orang kita ye. Haruslah support. 
Sebenarnya dah agak lama DFC ni beroperasi, tapi sejak kebelakangan ni semakin femes.
Serius saya cakap, ayam goreng kat sini sangat sedap & ranggup . Dengan saiz besar & isi segar (tak de lebam-lebam hitam tu). Dan pada pendapat saya, ayam goreng DFC ni memang setanding KFC...tapi bagi sayalah, lagi sedap dari KFC. Kalau tanya pada sesiapa yang dah pernah makan kat sini memang akan memilih ayam DFC. Memang recommended sangat ! Memandangkan anak mama ni suka sangat makan ayam, maka kat sinilah tempatnya.Menu yang disediakan boleh beli ala carte atau set (sama macam KFC tu). Selain tu, ada lagi hidangan lain yang disediakan.

Happy sangat dia boleh datang sini.
Mata dia nampak pelik sebab alah pada aircond..mulalah mata pedih & berair.

Nyummmss... memang ranggup & sedap!

Selain tu, cheezy wedges dia serius sedap! Dia punya coselow pon sedappp! 
Sayur segar , bila makan rasa fresh je..Tengok ayam tu, gebus-gebass gittu!
 Tapi sanggat ranggup!

Ok, pada yang jejak kaki ke Kemaman, wajib singgah rasa ayam goreng ala-ala KFC yang super duper sedap dan diyakini keluaran orang kita . Boleh follow IG DFC ni untuk tengok menu lain. Selain tu boleh search Dina Fried Chicken di FB.


crdt to :

L.o.v.e,
❤Lya Afrina❤

22 comments:

Siqah Hussin said...

Nampak sedap! Tapi ada kat Kemaman je.. kena tunggu dia buka cawangan kat KL lah kot :)

Dalila Zakaria said...

Mcn sedap je tgk gmbr aym dgn berger tu lya..dkt area maybank ke..

norhidana miswan said...

insyallah minggu dpn nk balik kerteh.... sblm sampai kerteh nk suh edy cari dulu lah DFC nih....
msti lah nk menereai jgk kan

Ann Ishak said...

ok balik kemaman nanti nak cuba DFC ni

idzwa kamaruddin said...

wahhh nampak macam sedap setanding kfc je

PoohGumux said...

macam best je...

NanyFadhly said...

Wahh...kat Chukai pun dah ade yer kedai gini. Terbaiklah! sedap nampak tuh. Memang macam KFC lah. Kita ni bukan apa sebab dari kecik iklan KFC kat TV tuh terpasak kat kepala and lagi satu masa tuh tader rival. Memang rase KFC tuh la paling sedap sekali ayam goreng die. Hehehe...

Adam said...

Saya on the way to cherating. Tidur situ nampaknya. Esok bertolak ke kt boleh singgah kemaman.
Nanti saya cari kedai tu.

E'in said...

haish! terliur tengok.. kalau ade kat jb, dah konfem-konfem terjah!

wahida said...

wahhh...tengok pun tahu rangup...
lebih sedap dari KFC tu yg rasa aku nak try tu...tapi apesal jauhhhh...huwaaaaa...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Wow..produk bumiputra harus kna support...bila la nk smpai Terengganu...last dtg sampai INTAN je pun...huhu

adarnadzmie said...

wahhhh... sedappp... yg pasti keluaran org2 kita...

eima said...

MKN TANPA WAS2 ... SY PUN SUKA PRODUK MELAYU NI ....
HARGA MCM MANA OK KE ... NANTI REVEIEW SET YG LYA MAKAN YE NK TGK KOT TERLAJAK KE KEMAMAN KITE SINGGAH

Bionic women said...

haii lya....miss u. hehe
kalau kat kelantan ad adlee fried chicken...nnti kalau ke kemaman boleh la try.

dear anies said...

jauh nyaaa...nmpk nyer mcm kn tggu je dia buka cawangan kat KL ni...

hainom OKje said...

Bilalah hakak nak sampai Kemaman ni Lya weyh...
Yelah, sapa lagi nak support org Melayu kalau bukan kita ye dak.... moga terus majulah hendaknya bisness dia ni. Bolehlah bukak branch kat KL puak.

Ayam goreng mcm ni kalau dah lama tak makan, mmg gian anak tekak teringin hihi

Nina Mads said...

nampak sedapp.. lg sedap dr kfc ye. haha. nina setahun sekali baru makan kfc kecuali kalau ada iklan sedap2 mcm skrg :)
terjah ganu boleh ler try

Ainniah Zulkefli said...

Tak pernah dengar lagi DFC. Kat Kemamam ya. Nampak rangup ayam tu.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

menariknyaaa..mmg ada kat kemaman jekla ni kan sbb tak pernah dgr nama kedai ni..lehla try terjah bila terlalu kemaman..hihihi

Zaifull said...

Most recommended meal:
Zesty burger and chicken wrap.
Yang lain also not bad.

Suzanna Aw said...

Skarang Saya stay di Kemaman.. Dulu merantau KL JB.. Sejak balik Kemaman, memang tak jejak KFC dah.. Sebab Memang DFC Ni boleh lawan KFC..serius sedap sangat2.. Highly recommended la.. Kalau X jumpa, waze je

Suzanna Aw said...

Skarang Saya stay di Kemaman.. Dulu merantau KL JB.. Sejak balik Kemaman, memang tak jejak KFC dah.. Sebab Memang DFC Ni boleh lawan KFC..serius sedap sangat2.. Highly recommended la.. Kalau X jumpa, waze je

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (114) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (43) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) NuFF (33) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) mama+papa+fasya (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (4) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)