Monday, January 23, 2017

Kejutan & Kisah Hujung Minggu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Semoga permulaan minggu ni bermula dengan baik.
Kelmarin MC sebab memang tak sihat ;-(
Caiyokkkk!! Semangat tu harus !
Sebenarnya tak tahu nak update pasal apa..
Tapi dah berazam 2017, nak lebih rajin update blog yang dah sendu ni.
Jadi seiring dengan keazaman tu... Kita hentam sajalah...
Ada gambar.... adalah kisahnya... Hehe..

Kejutan untuk mama
18.01.2017
Ni kerjaan anak dara mama.. Balik kerja minta terus hp mama. Lepas tu, masuk rumah suruh tutup mata. Hahaha.. Siyesss tak tahu ni.. Masuk je dalam.. Taraaaaaa... special untuk mama katanya.. Lepas tu, siap suh mama pegang hadiah & snap pic mama. Tu pic mama hasil tangan Fasya lah tu. Sebenarnya tak ada apa yang special pon hari tu, bukannya birthday mama or anniversary mama.. Saje-saje tu buat surprise untuk mama. Ini barulah betul-betul kejutan. Walaupon apa yang dia buat ni biasa-biasa je, tapi hati seorang mama sangat tersentuh dengan kesungguhannya.. Hadiah apa Fasya bagi??? Haaa.. dia beli beg mekap kat Koop sekolah..Harga RM2 katanya. Heheeh. Sekarang mama gi kerja memang dah guna beg mekap yang Fasya bagi ni. Mekasih sayang!


Kisah Hujung Minggu..
Kisah yang tak ada kisah sebenarnya.. Tapi dah ada gambar, kita simpan je kenangan kat sini. Hehe

Malam minggu gantung kuali...

19.01.2017
Biasalah, lepas solat Jumaat dalam pukul 3pm macamtu, bergerak ke Kuantan.
Jalan-jalan lenguhkan kaki je. Sekadar isi masa cuti untuk anak.
Kat sini sekarang hujan lebat, jadi berjalan dalam mall je jawabnya.

Ootd gittew... Hehehe

Salah 1 tempat yang kita masuk, KIODA.
Baru je buka cawangan kat Kuantan ni. Tapi kecil je.
KIODA ni semua barang-barang dari Korea, ala-ala Daiso.
Tapi kat cawangan ni tak banyak pilihan. Banyak mekap kat sini.
Sebenarnya cari juga Air Susu Pisang ke apa eh?? Yang femes tu.. Tapi dah habis!
Masuk sini, tersambar bantal Awan Nano tu. Hehe

Haaaa... ni dia punya drama masa otw gerak balik.
Nanti dah besor boleh la tengok ye.. Hehe.
Adalah tu sesuatu yang dia nak tapi tak dapat.
Wakakakaaa

14.01.2017

Ni kisah 2 minggu lepas. Melepak kat tepi Sungai Kemaman Idaman aje.
Eh..Fasya ni sekejap bertudung, sekejap tak..
Sebenarnya bila dengan papa dia, pakai je tudung lepas tu cabut balik sebab senget benget, dengan tak pakai broochnya.. Biasalah lelaki tak pandai bagi pakai.. Mama kerja on Sabtuday tu.. So lepas ambik mama kerja terus ke sini. Kalo mama ada, memang dah bagi pakai siap-siap. Nak beli tudung ala-ala Ariani terus pakai tu tak terbeli lagi. Senang sikit dia nak pakai, main saukk je.

Balik rumah... lepak-lepak kat laman sambil main dengan Mok Mok the Bulusss... 
Hehe.. Mok mok ni anak Caldina.

L.O.V.E,
Lya Afrina

24 comments:

mama tisya said...

apa yg asya nk smp nangis tu

eima said...

asya bkn ada asthma ke ... ok pulak dia main kucing tu ....

pandai asya buat kejutan kat mama dia ....

adarnadzmie said...

aloloo... suweet nya fasya..buat seprise kt mama..hehe

cian.. nangis sedih x dapat sesuatu.. huhuuu

Blog Akak Kembang said...

Cantik baju awak .... hehehe

Kakzakie Purvit said...

Anak perempuan jiwa perempuannya terserlah dah Lya
Cuma sebab masih kecik ada juga sifat anak-anak bila tak dapat nangislah.
Kesiaaaan dia....

amirah said...

alooo...sweetnya dia...dah pandai buat surprise..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

1. Alahai kenapa sweet sgt si Fasya ni buat surprise kat Mama? love u la Fasya

2.comeynya mok-mok ....

CikNaa said...

sweetnya anak dara.. pandai surprise kan mama dia..

Fyda Adim said...

semoga Lya sentiasa sihat hendaknya

Rosmiza Ali said...

Hehe.. Esok dah besar fasya tengok balik drama tu tau.. Hehehe..

Anis Azalea said...

comel Fasya. takpe nanti ada tudung express senang papa dia nak pakaikan.

ANIM said...

tahniah untuk azam 2017 tu..
kak anim pun dh suam suam kuku..hehe..baru nak panas enjin
waa...besar dah fasya..anak dara ni

Ainniah Zulkefli said...

Hahaha comel je gelagat anak puan ya. Kecik2 dah pandai sweet2 gitu. Acik pun terharu tau. :)

Intan Saffyna said...

hi, saya singgah sini balik.. sambil baca entry :)

adianiez AIDA said...

sweet nyer surprise tuh :)
terharu nyer lah kita sbg ibu, kan?
lovely memory...

C i k R e n e x said...

Bestnya dpt suprise cam gitu..

Kioda tu kat area mane ye? Mcm best je kalau dapat g nanti.

Emarieys said...

dah besar anak dara lya..

Wa said...

untunglah mama dia ada org buat surprise :) Pandai betul Fasya ni posing....boleh jadi model :)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

salam lya..lama tak blogwalking..sbbnya blog kite pon agak2 merundum dah skang...agagaga..nway, pndainyaaa anak dara wat seprais ya..hihi..

SalbiahM said...

sweet betul Fasya buat surprise tu..semoga besar nanti jadi anak solehah

LZ - The Blog Owner said...

Suka tengok kaletah Fasya.. Bijak bergaya, pandai pula buat surprise utk mummy.. :-)

hainom OKje said...

Alahai sweetnya Fasya....

Cantik warna dinding rumah Lya. Warna apa tu Lya? Dan kena pulak dengan baju hihi....

Beriya menangis si Fasya tu. Entah apa yg dihajatkan agaknya tu

dear anies said...

hamboii bersuprise bagai ya fasya... tp part nanges tu lg suprise haha

Yana Yani said...

kasut fasya masa p Kuantan tu cantiklah!
alo...alo...cian dia tak dapat benda yang dihajat
kalau saya pun anak saya berguling camne pun
kalau dah kata tak boleh, tetap tak boleh...haha

comel asya senyum. tergoda I! hehe =)

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (112) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (72) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) mama+papa+fasya (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)