Monday, January 9, 2017

Kidzania best tak ?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..
Mari kita rapat-rapat,dekat-dekat...
Nak cerita sikit pengalaman ke Kidzania akhir tahun lepas..
Hehe.. yelah..cerita basi... dengar tahun lepas macam dah berkurun sangat kan?
Alhamdulillah, rezeki Fasya boleh bawak dia ke sini semasa cuti akhir tahun aritu.
Sebenarnya tak de plan pom nak bawa ke sini.. On the spot je ni bila buka website Kidzania.
Ingat nak bawa tempat dekat-dekat je, kat Gambang Safari ke...

23.12.2016
Best tak Kidzania??? Giler tak best kan! Serius mama sendiri pom terpukau dan terasa seronok tengok dia orang beraktiviti. Kiranya Kidzania ni sebuah bandar kanak-kanak yang lengkap dengan segala kemudahan kedai & organisasi. Sama macam dunia kita sebenar macamnana.. Ada balai bomba, polis, hospital,kilang Vitagen..pelbagai kedai, pasaraya, saloon, klinik gigi, courier service & LHDN pom ada tau.. Hehe.. Kalo nak sebut banyak lagi. Kalo tak silap ada sekurangnya 90++ tempat jugak. Apa yang menariknya, kat sini bukan sekadar bermain...tapi ada proses pembelajaran dalam setiap aktiviti. Kiranya dapat ilmu jugak kat sini. Kidzania ni juga mendedahkan kanak-kanak pada dunia pekerjaan sebenar. Kiranya, anak-anak boleh pilih untuk jadi "worker (pekerja)" atau "customer(Pelanggan)" dalam setiap tempat yang dia masuk. Andai pilih untuk menjadi pekerja, anak-anak akan dibayar gaji setelah selesai tugasan & sekiranya memilih untuk menjadi pelanggan, anak-anak perlu membayar mengikut amount yang telah ditetapkan.

Sebab pergi musim cuti sekolah..memang penuhlah orang. Terlalu ramai weh..semput dada mama. Ni ruangan ni xdelah nampak ramai mana.. Hakikat sebenar, jalan sentuh bahu weh.. Ingatkan pergi hari Jumaat, xdelah seramai ni. Sampai-sampai terkejut sangat.

Mana nak dapat tiket Kidzania? Tiket ni boleh je terus walk-in ke sini. Tapi kalo musim cuti sekolah or hujung minggu better booking 0n9 lah.. Sebab time saya sampai tu, serius terkejut sebab yang beratur wal-in tu penuh ruang legar. Sampai ke pintu. Mujurlah saya booking on9 melalui website dia https://www.kidzania.com.my/  . Kebetulan masa tu gatal tangan nak godek bahagian "promotion".. Ada banyak tawaran.. salah 1 promotion tu disc 30% untuk setiap tiket bila masuk code yang diberikan. Time booking tu, try je masukkan code tu.. Eh...dapatlah.. So berbaloi-baloi, leh jimat duit 30% untuk setiap tiket. Banyak jugak tu. Kalau booking on9 jangan lupa prnt tiket ni & pas masuk tu & bawa time  ke Kidzania nanti. Kalau tak print awal-awal nanti kena caj print dekat kaunter Kidzania plok.

Ni harga tiket masuk ke Kidzania.. 
Kiranya murah booking 0n-9 lagi la. Hehe

Breakfast Dulu....
Sebab awal-awal dah booking on9, jadi boleh rileks-rileks sikit sebab Kidzania buka pukul 10am. Jadi sebelum tu, kita breakfast kat Kafe Ikea. Pekena Meatball Ikea yang sangat sohor tu. Masa sampai ni dah awal, tapi banyak makanan dah tak de.. Huhu. Sedap ke meatball ni?? Mmmm... sedaplah jugak.. Rasalah daging tu & maybe sebab bila campur dengan jem blueberry tu jadi sedap kot.Macam ketagih plok. Dah siap breakfast terus ke Kidzania, jalan kaki je . Kereta awal-awal part dekat Ikea terus. 

Fuhhhhh.... Ramainya!
Sampai je, nak buka pintu.. Tanjat mama.. Penuh orang sampai kedepan sana. Yang bahagian booking on9 pom beratur panjang giler.. Aihhh... Bahagian ni pom dah ambk banyak masa . Yang booking on9, lajulah sikit gerak. Yang walk-in lagilah berjela..

Time beratur, pekerja ni terus pakaikan ni.

Lepas dah verification tiket dekat kaunter. 
Anak-anak akan diberikan cek CIMB sebanyam 50Kidzo. 

Terus ke CIMB Bank untuk tukar cek tu kepada tunai. 
Masa ni memang budak-budak kena buat sendiri. 
Kita just boleh tengok dari luar je.

Hasil selepas tukar cek.
Yeayyy..mok cik kayoo!!!

Team Accident & Emergency
Tempat pertama yang Fasya pilih adalah untuk bekerja disini.
Mereka akan diberi penerangan setiap tentang setiap task yang perlu dilakukan.
Selepas tu mereka akan rawat pesakit mengikut task yang diterima.
Lepas dah siap task ni, akan terima gaji.
Haaa...ingat senang ke nak dapat duit?

Z-Mart Mini Market

Dah penat kerja tadi kan??
 Dah dapat gaji.. so kita shopping. Jadi kat sini kena keluarkan duit Kidzo tu lah. 
Fasya diberi list barang yang perlu dibeli & dia akan shopping ikut list yang telah diberi tu.

Saloon 
Kira duit nak bayar tu.. hehe

Sekali lagi keluar duit kat sini.. 
Kata orang reward untuk diri sendiri . 
Hehe. Suka sangat lah dia kena mekap tu.

Kerja Kilang Vitagen
Dah banyak perabis duit. Kita cari kerja la plok. Kali ni pilih untuk bekerja di kilang vitagen. Dekat sini paling lama menunggu turn. Hampir 30min gak. Fuhhh ! Dekat sini anak-anak diajar cara pemprosesan air vitagen dan berpeluang buat mengikut proses dari awal hingga la ke packing. Last, dapatlah upah sebotol sorang vitagen hasil kerja dia orang.

Fashion Boutique

  Ni last tempat yang Fasya masuk. 
Diajar cara untuk berfesyen & catwalk atas pentas.

Balai bomba.. Comel sangat nampak budak-budak beruniform bomba beratur naik kereta bomba. Hehe. Untuk pengetahuan semua, kalo ke sini nak masuk balai bomba, Mc D & Flight simulators (pilot Air Asia).. Sampai-sampai je terus booking nama . Sebab 3tempat ni memang hot ! Kena booked nama siap-siap. Asalnya nak booking tempat untuk Fasya kat McD (buat burger+dapat burger yang dibuat tu) , tapi sesi pagi dah full.. Kalo nak memang kena masuk sesi petang. Fuhh.. Tak mampu nak menunggu.

Klinik Gigi
Beratur kemain nak jadi dentist kononnya.. 
Last2 blah, sebab Fasya tak nak menunggu dah.

Nampak macam tak banyak tempat masuk kan? Serius... Tak cukup masa.. Kalo nak masuk semua tu kena ambik masa berhari kot. Hahaa.. Bayangkan 1 tempat yang masuk tu akan spend paling kurang 20min. Kiranya untuk kepuasan maksimun kena spend masa dari pagi sampai ke petang. Tapi saya dah ada perancangan lain xleh nak spend lama-lama kat sini. Ni pom dah lari budget masa. Haha.. Kiranya dalam kul 2pm++ jugak keluar dari sini. Tu pom siap berdrama plok doh. Dok puas lagi.. Tapi tu lah, terlalu ramai.. Nak menunggu turn sekian hal. Takpe..in shaa Allah ada rezeki kita datang lagi. Boleh masuk mana-mana tempat yang tak masuk lagi. Mama dah la demam time tu.. Fuhhh.. Nak patah kaki duk dalam tu. 

Lepas drama... 
Kita lunch dulu kat Chicken Rice Shop 

Ikea !!!!
Wajiblah kesini.. Sebab dah lama nak beli kabibet tv ikea.. Sejak masuk rumah baru angkut kabinet tv lama yang papa Fasya beli tahun 2006 (lepas kawen). Fuhhh.. 10thn.. Dah tenggelam banjir tu tahun 2013. 

Gigih angkut masuk kereta. Kena jatuhkan seat belakang direct ke bonet atau boleh jatuhkan seat depan... Tapi mama+fasya kena duk kerusi belakang la. Hehe. Kabinet tv ni dipacking asing-asing 2box (box 1 & box 2). Pastikan ambik 2-2 box tu.

Tu dia kabinet tv ikea Byas. 
Harga mampu milik. Serius cantik sangat & permukaan glossy.. 
Senang nak lap. 

Keluar ikea, plan overnight semalam lagi. Keesokkannya gerak balik. Tapi buatnya malam - pagi esok bekalan air tak de..so terus berdesup malam tu jugak. Baru plan otw balik esokkan kononnya nak naik lah Bukit Tinggi. Itulah, kita hanya mampu merancang.. Tapi Allah menentukan segalanya.

Pengalaman pertama kali naik bass
Betapa eksitednya Fasya nak naik bas. 
Saja otw pergi bawa dia naik bas untuk rasai pengalaman tu. 

Punyalah jakun..
bangun tidur je jenguk tepi tingkap.
Tapi ni last kita naik ye.. Mama seriklah..kecut perut wehh!! 

1st time jugak jejak kaki kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan).
 Wow.. Besar terminal ni. Dah ala-ala airport. Semua kemudahan ada. 

Sekian kisah seorang mama untuk happykan satu-satunya anak dia. Demi mu anak, walau mama tak sihat pom... Tetap gagahkan diri. Yelah.. Rezeki anak jugak, boleh mama rasa tumpang jalan-jalan. Kalau bukan sebab anak, takdenya mama beria merancang cuti-cuti untuk family kecik kita kan.. Next destination in shaa Allah , Cameron Highland.. Doakan tabung CH saya cepat penuh demi realisasikan impian anak yang nak petik stoberi๐Ÿ˜€.

L.o.v.e๐Ÿ’˜,
Lya Afrina๐Ÿ‘ธ

30 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kidzania tempat yg buat anak-anak seronok sebab dpt merasa jadi macam-macam profesion yg dipilih Lya.

Bukan selalu dpt peluang macam ini kan:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

amboii.. seronoknya gadis manis tu

CikNaa said...

kidzania ni best kan.. ciknaa suka sbb boleh kembangkan lagi minda anak2..

eima said...

belum berkesempatan lagi nk bawa anak2 ke sini ....
nantio nak bawa juga la ..

Adam said...

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.. Mari kita rapat-rapat,dekat-dekat... Nak cerita sikit apa yg saya buat baru setengah minit tadi.

Sebenarnya Saya habis baca entry ni and thank you lya.

adianiez AIDA said...

cny ni maybe aida nak bwk anak2 ke kidzania kot.
nak abiskan baki kidzos ari tu.
and ijat tahun ni pasti boleh join byk pekerjaan.
ari tu gi dia kecik lagi. tido aje keje nyer :)

norhidana miswan said...

seronok asya tuh yek... senyum smpai ke telinga lah dia tuh..

kalu nk pi kidzania mmg kene umur mcm asya akak rasa, sbb masa tu dia dh ada minat n pandai nk bt itu ini , kalu time kecik2 sgt pun depa tak berapa tahu sgt itu apa ini apa kan

Asha Lya said...

Mcm sronok plak ni d kizania, mcm2 budak2 blh explore

Intan Saffyna said...

hi sis, saya datang singgah sini :)

Cho Zila said...

dunia impian kanak2... anak2 akak memang suka sangat tempat ini... tak jemu2pun walau dah berkali2 pergi... itupun tak semua game diaorang dapat main lagi...

nurbijen said...

Best nyer dapat pergi Kidzania...
Nasib baik anak2 saya tak tahu lagi pasal tempat ni.. belum lagi merengek, berzikir nak ke Kidzania... hihihi

Emarieys said...

memang teruja sangat pergi kidszania..anak-anak akan tahu bukan senang nak dapat upah.. mesti kena buat kerja.

aizamia 3 said...

Tak dapat pergi lagi Kidzania tu. Nak kena tunggu dak Nuha besar sikit baru leh pergi. Kalau tak.. gile penat nak layan askar2 kecik tu.. hehehe..

shark said...

kalau tanya anak i si makcik neyli tu, dia kata best sangat pegi kidzania hehe..dia naik flight pastu pakai topi pilot..

Kat skolah cikgu tanya dia cita2 ape..katanya pilot hahahahha..

el said...

kat penang pun ada ala2 kidzania..
seronok fasya dpt main kat situ

tiga lalat said...

tbs tu harap je mcm airport tapi tandas mcm haramj jeeer., huhu2 ;(

Kak Nab said...

wah..tq sis sharing pasal kidzania..banyak gambar menarik ;-)

Anis Azalea said...

Oh rugilah ek kalau tak masuk Kidzania lama2...erm kena plan jugak ni..

Yana Yani said...

saya belum penah sampai, walau ada hajat nak bawa anak-anak
sonok nampak si asya tu tau
kat sini memang saya banyak baca review kena sehari euntuk baru puas
kalau sekejab aje tak boleh jelajah semua

Siqah Hussin said...

Kidzania best!! Siqah pernah pergi sana bawak anak saudara. Kita yang besar ni pun teruja tengok dorang main sambil belajar :D A good place for kids.

Adam said...

Kita jumpa fi cameron highland nanti.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Best tmpt ni...walaupun selalu lalu je..rsnya tmpt ni elok sgt utk pembelajaran anak2....

adarnadzmie said...

bestnya.. fasya mesti syok habis... hehee

bila lah akak dan anak2 dpt ke kidzania...:)

Wawa Yusoff said...

alahai.... anak dara sangat dah dia.. cantik dah. :)

dear anies said...

wahhh fasya tersenyum smpi ke telinga! mmg rasa berat je nk tggl kn kidzania tu kan? ye laa... mcm2 ada smpi rs nk try semua benda kan? well nnt dtg kl boleh smbg yg mn x dpt tu heheheh

hainom OKje said...

Kalau kita jadi budak kecik pun rasanya suka jugak gi Kidzania ni yeh Lya. Apa taknya...mcm mcm benda boleh kita buat. Seronok weyh.

Soping kabinet tu bawak mcm mana Lya

Nina Mads said...

tak pernah tahu tmpat ni hahaha yelah takda anak lg. hehee
mcm best boleh bt macam2 kt dalam tu setanding dgn harga :)

Adam said...

Kalau lom ada anak, bawa lah saya.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

waaa..seronoklah faysa dpt pergi kidzania..anak2 kita yg dah merasa zara jekla itupon sebab lawatan sekolah..tp samelah, sian dia kata tak puas main sbb org mmg ramaiiii sgt so budak2 tak sanggup menunggu..kena gi waktu weekdays gamaknya baru tak ramai sgt kan

Fyda Adim said...

Seronok pegi Kidzania ni..Anak-anak pun happy kan.nanti nak pegi lagi.

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (139) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (62) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)