Tuesday, January 3, 2017

New Day..New Hopes & New Life

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah.... tiba juga tahun 2017.Selamat menyambut tahun baru buat semua ! Bila masuk tahun baru, mesti orang tanya pasal azam kan?? Bagi saya... lebih berharap tahun yang bakal ditempuhi ni akan sentiasa dipermudahkan. Jika ada kekusutan, moga ada penyelesaian.. Jika diuji, mohon terus diberikan ketabahan. Dan paling penting, saya ingin memberikan yang lebih baik buat anak tersayang, suami.. mama & keluarga dan tak lupa juga untuk kerjaya saya. Kerana inilah punca rezeki saya untuk membantu suami. Tahun ni juga, saya akan lebih konsisten untuk tumpu sepenuhnya pada masalah kesihatan saya. Maka, bermulalah rutin yang tak digemari.. Tapi kena tempuh demi kebaikan. Yelah... kita manusia biasa.. bukan kuat sangat! Kadang-kadang OK..kadang-kadang KO.. Tapi bila dah terpilih... kita kena tempuh & katakan OK !

Back To School
01.01.2017 - Sesi persekolahan di Terengganu sudah bermula. Pejam celik, pejam celik dah naik darjah 3 anak ajaib mama ni! Uwaaaaa... nak nangis ke nak happy?? Kadang rasa macam tak percaya. Rasa baru dia masih baby. Mama doakan semoga anak mama sentiasa dilapangkan dada untuk menerima ilmu & terus menempa kejayaan hendaknya..

Taman Gelora VS Black Stone Beach
30.12.2016
Penghujung 2016... Semoga kehidupan kami akan kekal bahagia selamanya. 
Semoga keluarga kecil kami ini akan sentiasa dirahmati, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segalanya untuk menempuhi segala ujian yang mendatang.

Lepak-lepak sebelum berakhirnya cuti sekolah.. Lepas ni dah mula sibuk & kena fokus untuk pelajaran. Mama doakan semoga anak mama sentiasa dipermudahkan untuk menerima ilmu serta terus cemerlang & pencapaian terus meningkat. Apa-apa pun, mama tahu anak mama sentiasa buat yang terbaik.. 

Sempat singgah MBS Book Store.. 
Mula mencari buku kerja untuk darjah 3 untuk belajar dirumah..
Bukan nak tekan sangat, tapi..latihan tu perlu... 
Setelah kau berusaha... maka bertawakallah..

Dear blog... moga tahun ni rajin sikit.. Tahun 2016 sangat sendu (54 entri jerrr)..
Entahlah..sebenarnya baru-baru ni berkira-kira nak tutup terus blog..Tapi sayang sangat, sebab banyak kisah Fasya masa kecil & kisah saya sendiri sewaktu berjuang dengan masalah kesihatan & macam-macam kenangan tersimpan.. Jadi sayang nak delete.. sebab saya suka baca entri2 lama ni..sambil mengimabu memori..Kadang2 termenangis bila teringat kenangan tu.. Happy bila baca part waktu Fasya membesar..Macam-macam kerenah.. Entah..dalam dilema..

Love,
Lya Afrina☺

8 comments:

Diana Rashid said...

Tak payah tutup..biar kan saja..tak jadi masalah pun kalau tak diupdate..Bukan kena bayar setiap tahun..hehehe...

dear anies said...

diam x diam dah darjah tiga rupanya... selamat belajar ya fasya..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Selamat mulakan semula alam persekolahan sayang ..semoga berjaya didunia dan akhirat.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Semoga gadis ajaib ini cemerlang dunia akhirat.. teringat masa anak akak kecik dulu.. skrg ni tak sabar nak tunggu dia masuk U plak, lagi 2 tahun, Lya doakan ya.

NanyFadhly said...

Life always has a choices. Semoga Lya berjumpa jalan yang terbaik.Ape pun, selamat bersekolah kembali Fasya. :)

adianiez AIDA said...

teruskan menaip kat blog ni, lya.
jgn stop :)

Yana Yani said...

tak payahlah delete lya. sayanglah
biarkan aje. kalau rasa tak mampu type entry pun
biarkan aje. at least blog ni kekal
banyak kan kenangan. sayang delete gitu aje

Siqah Hussin said...

Sayang kalau delete blog. Setelah sekian lama menulis. Semuanya kenangan. Tak payah delete k :)

Teringin nak ke Black Stone Beach :)

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (132) WEEKEND (104) in N.A.T.U.R.E (95) Kata HATI LYA (94) M.A.K.A.N.A.N (75) About Me (72) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) MyHappyFamily (64) MACAM2 ADA (57) Friend (56) Asya's School (54) M.E.M.O.R.Y (52) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) Shopping (47) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) DapurLyaBerasap (45) H.A.D.I.A.H (45) Birthday (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) NuFF (33) CINEMA (32) Check-Up (32) D.I.A.R.I (31) Let's Eat (31) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (28) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Tempat Makan Best Di Kemaman (24) Tempat Makan Best Di Terengganu (24) Beauty N Health (23) MamaAsya (21) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (17) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) VillaCintaku (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) Artis (14) Bento Asya (13) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Deko VillaCintaku (10) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) PETUA (9) Idea Bento (8) KuMeowww (8) Travel (8) mama+papa+fasya (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) mama+papa (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)