Thursday, January 19, 2017

Resepi Udang Buttermilk Mudah & Ringkas

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Pernah makan tak udang goreng butter kat kedai??
Sedap kan?? Tapi kalo makan kat kedai tahu-tahu jelah harga seafood ni kan..
So, nak makan sepuas hati boleh cuba masak sendiri kat rumah.
Sebelum ni betul-betul ingat cerewet & susah cara nak buat..
Sampailah tergerak hati nak gugel resepi..
Mudah sangat caranya…Pejam mata pom boleh buat tau..
Tapi yang saya buat ni udang buttermilk atau udang butter basah..
Lepas ni nak cuba udang butter goreng yang guna telur tu..
Ok, meh nak share resepi udang butter yang sangat mudah ni..


Bahan-Bahan :-

* Beberapa ulas bawang putih ( saya cincang halus je)
* Cili Padi
 (Cincang - Letak ikut tahap kepedasan yang kita nak.. tapi kalo pedas sgt x sedap..biar soft2 je)
* Daun Kari
* Susu Sejat/Susu Cair
* Tepung jagung ( Untuk goreng udang tu)
* Minyak
* Butter

Bahan yang diperlukan... sangat ringkas kan !
Udang tu saya dah siap gaul dengan tepung jagung + garam

Udang yang dah siap di goreng...
Time ni harummmnya bau..

Cara-cara memasak :-
1. Gaulkan udang bersama sedikit garam+tepung jagung
2. Goreng sampai udang masak. Jangan lama sangat. Angkat & toskan.
3. Panaskan butter dalam kuali & tumis bawang putih + cilipadi yang dicincang beserta daun kari  sehingga naik bau..
4. Masukkan susu cair & kacau hingga mendidih. Letak ikut banyak kita nak. Saya suka letak banyak. Lemak berkrim gittu
5. Last, masukkan udang yang dah siap digoreng tadi.
6. Kalau nak kuah tu pekat, boleh lamakan sikit..kalo tak nak pekat sangat, sekejap je gaulkan. Macam saya suka cair-cair sikit, sebab bila sejuk nanti kuah akan pekat jugak.

Taraaaaa... sedia untuk dingapp!!!
Serius puas hati sangat!

Menu ni saya masak tahun 2016 dulu.. 
Dah lama tersimpan kat draft ni, tapi tak publish-publish.

Love,
Lya Afrina

21 comments:

adarnadzmie said...

sedapnye... lemak berkrim gitu..hehe

el said...

xnah lagi wat udang butter ni risau x jadi hahah

mama tisya said...

gemok udang tu...ank kita pn suka menu ni

lieyalatif said...

hai lya...pe kabar...sihat?

ehhh kebetulan tau lya....lieya ari tu baru buat butter prawn..lebih kurang resepi lya ni...sebab lieya suke yg nie...tak suke yg jenis bersarang2 tu....lieya ari tu gune udang harimau...mmg puas mkn....

Yana Yani said...

wow lya, sedapnya
saya tak penah lagi cuba udang butter ni
ramai cakap sedap, kena cuba kot nanti

Cik Itah said...

wahhhh..nampak sedapla. udang ni pebret sy

salam perkanalan ya :)

dear anies said...

ada lg x? rs mcm dah nk dkt smpi rumah lya da ni hahaha

~aSHa~ said...

assalam.lya
maaf lama sha x cek komen2..ada yang xpublish..sori ye...
ni no asha 0199353140

Anis Azalea said...

Nampak sedap Lya. Risau nak masak tak menjadi. Memang makan kat kedai mahal apatah lagi udang besar camni.

NanyFadhly said...

Aha! sama la resepi macam nak buat chicken buttermilk kan? senang ajer. Udang tuh nampak besar and sihat-sihat. Sure still fresh kan?

Liyana Anuar said...

sedapnye udang..besar2..

hainom OKje said...

Hakak kadang buat buttermilk ayam jugak Lya... tp cepat muaklah masak mcm ni kan...

Nina Mads said...

lama xsinggah sini.. boleh la try guna udang lobster boleh kan? bru puas makan kalau masak sendiri :)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

waaaa besar nya udang .....nampak sedap!

Rosmiza Ali said...

Sedapnya udang.. Ari tu try chicken buttermilk tapi muok.. Nk try wat udang yg goreng ngn telur masun tu.. Nmpk org post gambot mcm sedap.. Hehe

Ainniah Zulkefli said...

Feveret anak sy ni udang. Nanti nak buat. Mesti dia suka! :)

adianiez AIDA said...

seriously, aida x pernah buat udang buttermilk gini.
x terfikir...
asyik buat sambal jer...
best ni.

Emarieys said...

makan sekor udang tu pun dah kenyang..besar udang tu.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

waa..leh try ni..hihi..udang kalau goreng biasa jadik tak..kalau tak, kena cr tepung jagung jugak la ni..kat umah dh habis..hihi..brg2 lain sume ada stok..

Fyda Adim said...

Nanti nak try buatlah...

dear anies said...

sedapnya lya.... trs lapo wpn da sarapan ni hehehe

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (112) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (72) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) mama+papa+fasya (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)