Tuesday, February 28, 2017

Nikmat kesihatan adalah segalanya...

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sejak kebelakangan ni kesihatan agak kurang baik.
Minggu ni dah masuk minggu ke-3 saya demam.
Minggu pertama aritu on/off..
Start minggu ke-2 dah mula rasa agak teruk

Minggu lepas lak saya dapat MC…
Disebabkan badan tak sihat… maka hujung minggu dirumah jelah.
Kalau ikut perancangan awal, macam-macam nak buat..
Nak kemas/cat wardrobe/store room lah.
Tapi ..apa pon tak jalan.. Haha

Hari sabtu baru ni.. masa ni dah ok sikit.
Keluar pon semata-mata nak makan... hehe..
Sebelum tu papa buat surprise kat anak manja dia..
Dapat juga basikal baru.. Basikal lama dah rosak..
Tapi bukan yang ni basikal asya.. Dia pilih kaler kuning..
Tak de lagi pic dengan basikal baru.

Last week, terpaksa ajak mama tidur rumah.
Malam rabu tu saya memang dah tak sedar dah.
Badan rasa lemah teramat...
Time tu juga Fasya agak teruk, kena lelah.
Papa bawa Fasya ke emergency room dalam pukul 12am.
Tapi saya langsung tak sedar time tu.

Petang tu dah bawa ambik neb kat Klinik

22.02.2017 - Masa ni papa bawa fasya ke ER . 
Sian anak mama ;-(

Kat rumah, mama menemani saya.
Memang lepas isya' tu terus tidur tak tahu apa..
Petang tu, dah bawa Fasya ke klinik ...
Siap dah neb bagai.. ingatkan dia oklah lepas tu.
Kata papa fasya, nyaris juga Fasya kena tahan wad..
Lepas sedutan pertama heartbeat still laju..
Ambil sedutan ke-2, baru keadaan dia ok.
Pukul 3-4am juga baru balik rumah..

Mama mintak maaf sangat...rasa ralat tak teman malam tu.
Kalau saya betul-betul sedar, mesti akan gagahkan diri..
Keesokkan harinya, papa Fasya bawa saya lak ke hosp..
Fasya dah ok siang tu..tokma jaga kat rumah.

Tak pasti punca demam...
Tapi, pada awalnya hanya sebab,
saya menahan kesakitan yang saya alami ni.
Tak sangka melarat....
Masa tu rasa sakit dan berdenyut pada bahagian
pembedahan ambil sampel sel last year..
Memang ada sedikit membengkak..

Yang ni awal bulan 1 dulu.. 
Seminggu sekolah dah kena. 
Kebetulan time ni Musim hujan.

15.01.2017- Papa eksiden dengan lori. Motor memang rosak teruk.. 
Terpelosok bawah lori. Syukurlah papa Fasya sempat bangun. 
Kalau tak..tak tahu lah. Motor baru je ambik kat bengkel. 
Total cost baiki hampir 1k.. Huhuhu

Permulaan 2017 ni agak teruji...
Fasya pom kerap kena lelah kebelakangan ni.
Tak silap dah lebih 5x pergi emergency room tengah malam buta.
Saya sendiri pon, bermula akhir tahun lepas,
kesihatan rasa merosot sikit walau dah cuba sedaya upaya pertahankan badan.
Papa Fasya lak, kemalangan motor bulan 1 aritu..
Time papa eksiden tu, kebetulan saya sakit teruk.
Bertabahlah masa tu...

Bagi orang yang sakit, nikmat kesihatan itu amat besar...
Saya menderita sakit dah 17 tahun rupanya..
Cuma 3 tahun kebelangan ni ok sikit..
Tapi sekarang tanda-tanda kurang enak tu kembali..
Tapi sebab dah tahu keadaan badan & pandai kawal situasi..
Jadi.. pandai-pandailah saya cuba kontrol diri.

Dalam 3 tahun kebelakangan ni...
Banyak nikmat yang saya dapat..
Antaranya dapat memasak... mengurus rumahtangga..
bercuti... makan..... dan banyak perkara lagi..
Dulu , saya tak dapat rasai ni..
Especially nikmat makan tu..memang tak ada..
Sebab tu, sekarang tak ada istilah diet dalam kehidupan..
Selagi boleh rasa...nikmatlah sebaiknya..
Tapi nikmat terbaik yang saya dapat adalah....
Dapat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya pada satu-satunya anak mama..
Dulu banyak kena tinggal sebab mama sakit..
Membesar pon banyak papa yang uruskan...

Oklah...
Dak pengakhiran Feb 2017...
Cepat aihhhhh...
Masuk bulan Mac....
Maka... bertambah lagi usia saya untuk tahun ni..
Makin tua.... hehe
L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Thursday, February 23, 2017

R.a.n.d.o.m

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..
Dalam hp banyak sangat gambar..
Delete-delete...penuh balik.. Haha
Esp gambar anak dara mama nih...
Normal kan suka snap pic anak banyak-banyak?
Semua tu kenangan...
So, meh la kita randomkan untuk kenangan akan datang ;-)

Gambar 2-3 minggu lepas..
Balik taekwando singgah MR DIy..
Motif gambar ni sebenarnya ngetest lens fish eye tu..
Murahh sangat wehh! RM5.90 sajorrr.. dapat 2 lens plok tu.
Kira cantikkk.. terus ambik !

Ni pom gambar lama jugak... bosan tunggu papa.. mama pon snap-snap la..
Background dinding 7e tu..

Power rangers finkkkk !

Alahaiiii..kuyu mata dia...

Time malas memasak... malas nak keluar..
i call..u hantar !
Sekarang mudahkan.. nak makan nasi goreng.. masakan panas..apa-apa ajelah,
 banyak servis COD sekarang ni.

Gambar minggu lepas... macam biasa..
Hobi mamapapa suka snap pic dia.. 
Tak puas-puas..
 Mmmm.. hairan kan?

Masa ni lepak tepi pantai Monica Bay...
Terjumpa schoolmate dia...
Terus naik kuda sama-sama..
RM5/orang tu... 2 round jer... hua..hua...

Gambar tak tahu bila.. biasa terjadinya proses selfiw wefie ni sebab bosan menunggu.
Banyak lagi tau... tapi kita simpan yang ok-ok dah lah kat sini

Terpaksa jadi pelarian....
Ada buat fogging kat kawasan perumahan..
Time ni memang musim denggi.

Sweet couple ;-)

2 minggu lepas...
Belanja Mok & Pok mertua..
Sempena birthday mok mertua ku..
Hehehe

Last..
My little family.....
L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Tuesday, February 21, 2017

Picnic Time

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Sebenarnya dah lama anak dara mama ajak berkelah tepi pantai.
Tetapi disebabkan pelbagai faktor terpaksa ditangguhkan dulu.
Especially faktor cuaca kat sebelah Pantai Timur ni.
Lain-lain, sebab kurang sihat ..
Last week, tengok cuaca pon ok je.. Terus "ON" lah.
Kemain happy anak mama..
Yelah, lama giler dah kot tak berkelah macam ni.
Macam biasa, just 3 of us ajer.. hehehe..
Saya  masak menu simple-simple aje .
Asal buat syarat makan tepi pantai macam yang fasya nak sangat .

17.02.2016
Selepas solat Jumaat...teruk gerak. 
Jarak pantai dengan rumah tak sampai pon 10min.

Budak happy leh pergi pantai

Jumpa pon port lepak terbaik.
Bawah sepohon kayu daunnya rendang..
Lebat bunganya serta buahnya

Jom makan....
Gigih betul anak mama ni. Lepas ni kita plan lagi, buat BBQ lak.

#mamalovefasyafrina

3 of us

Dah petang sikit baru bagi main air.
Tapi xleh lama-lama.. Sekejap jer, sekadar lepas hajat dia nak main pantai.

My happy family ;-)

Belanja sikit pic mamapapa.
Hehe

Keesokkannya, balik ambil mama kerja singgah Monica Bay Beach.
Sekarang memang trending kat pesisir pantai Terengganu buai ala-ala Lombok ni.

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Wednesday, February 15, 2017

Check-up, 8 Tahun Berkhidmat & Kisah Hujung Minggu

Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Ehh..rasa rajin luar biasa pulak update blog ni. 
Aritu kemain acah-acah nak bersara laa..nak tutup blog lah. 
Tapi serius, memang masa down aritu, camtulah rasanya. 
Tutup blog tu just nak privatekan..xdelah sampai nak delete.. 
sayaangg tu. Sebab banyak sangat coret kenangan kat sini. 
Kebetulan arini saya cuti..eh, sebenarnya doc bagi saya MC.
Balik rumah, Fasya lak tidur... tak tahu nak buat apa on PC lah. 

Check-up 
Kebetulan, arini (14.02.2017) saya ada check-up klinik pakar.
Dah lama sangat tak share pasal masalah kesiahatn & checkup saya kat blog kan??
Kalo dulu, asyik update je. Sebenarnya rutin sama macam dulu-dulu.
Dan saya sendiri kerap berulang ke emergency room dll sebab sakit..
Cuma sekarang tak rasa nak update kat blog, FB mahupun IG.
Dulu suka share, bukan nak merintih.. Tapi kesedihan tu tak tertanggung.
Maybe seiring usia, saya semakin pandai handle diri & emosi..
Biar orang nampak kita sihat sokmo gittu!
Dan saya... jauh disudut hati masih berduka lara atas apa yang terjadi.
Tapi... walau seteruk & sesusah mana pun.
Nak tak nak, kita kena lalui ..kerana Allah dah memilih kita.
Cuma... saya amat berharap dipanjangkan umur untuk melihat Fasya membesar.
Biarlah sakit yang saya alami mampu untuk ditanggung.
Doakan saya kawan-kawan..supaya saya sentiasa tenang hadapi..
Dan yang penting supaya saya sentiasa tersenyum.
Walau penuh kedukaan disebaliknya. Fighttttt!!!!

 Balik dari hospital (14.02.17), terus dating bertiga. Bukan senang hari kerja nak lunch sama-sama. Sebulan sekali pom belum tentu tau. Jadi tak ada sebab untuk saya berduka. Seorang ibu akan memiliki kekuatan luarbiasa apabila melibatkan anak. Jadi tiada sebab untuk berduka dalam kehidupan. Nikmati & hargai waktu bersama. Betul..sebab sokongan kuat insan sekeling saya kuat & positif.

8 Tahun Berkhidmat


14.02.17 juga genaplah tahun ke-8 saya berkhidmat di company tempat saya mencari rezeki. Alhamdulillah, rezeki saya dapat majikan yang sangat memahami. Sebenarnya, saya sendiri tak jangka akan memiliki kerjaya sendiri disebabkan penyakit saya. Barangkali rezeki Fasya, sebab selepas 3bulan bersalinkan Fasya, dapat panggilan interview . Hari interview, memang saya tak nak pergi, sebab saya tahu peluang tipis sebab masalah kesihatan. Tapi, mama saya pujuk suh pergi.. dan tak sangka rezeki saya. Yang pasti saya tak sembunyi ttg masalah kesihatan sebab takut apa-apa terjadi semasa kerja akan m'yusahkan syarikat. Tapi satu yang saya percaya... rezeki di tangan Allah SWT. Kalau dah memang rezeki tak kemana. Alhamdulillah, memang rezeki berpihak pada saya. Dari tahun 2009 - 2012 saya banyak keluar masuk hospital. Tempoh berbulan pun ada.. Tapi majikan still tak buang saya. Tak diakui memang rasa sangat bersalah. Tapi time saya sihat memang saya bagi sepenuh komitmen. Sampai akhir tahun 2012, masa tu saya kuatkan hati untuk cuba macam-macam perubatan. Bila fikir, sampai bila nak berkeadaan macam ni. Syukur alhamdulilah, beberapa tahun kebelakangan ni, diri saya semakin ok dan boleh fokus sepenuhnya dengan kerja. Syukur majikan sentiasa bagi peluang & memahami. Dan paling terharu sebab dapat officemate yang sangat membantudah macam adik beradik. Rezeki saya, diuji dengan kesihatan tetapi diberi rezeki majikan , officemate & suasana kerja yang menyenangkan. Kalo tak ada majikan macam ni.. agaknya apalah nasib orang yang berpenyakit macam saya kan?? Sebab kita orang pon perlukan kerja untuk survive hidup.

Kisah hujung minggu (11.02.2017). 
Macam biasa, selagi diberi peluang saya akan gunakan sebaiknya masa demi anak tersayang. Sebab semasa kecil, saya banyak terlepas peluang untuk bersamanya. Bila anda sakit, anda akan tahu betapa beharganya masa itu. Jadi hargainya.. saya pernah merasai...dan sedang merasai. Sesungguhnya masa akan terus berlalu pergi. Jadi selagi termampu, ambil peluang nikmati sepenuhnya dengan insan tersayang.

Dah besar anak dara mama ni. Req nak pakai tudung mama bawal Pucci mama. 
Alahai... lepas ni dah boleh share tudung dengan mama ni. Mujur elok je terletak tudung ni.
Mama risau takut herot habis.. hehe

❤❤Mama love Fasya❤❤

Lunch date. Masa ni tunggu ayam tak sampai-sampai..
Apa lagi.. lepie-lepie dulu lahh.. hehe

Sori sebab selalu spam banyak pic Fasya.
Memang saya suka snap pic Fasya banyak-banyak. Sebab nilah detik kenangan.
Kalau boleh setiap saat nak snap pic dia.. nak tengok perubahan dia..
Cepat betul anak ajaib mama membesar.

Macam biasa lah.. ada sokmo powww.. hehe

My little family.
View malam di Pantai Teluk Chempedak.
Yang cantiknya ada bulan mengambang..Memang cerah je suasana pantai tu.

Sekian.....

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

Monday, February 13, 2017

Projek Deko-Deko Master Bedroom - Wall Decor Ruangan Bersolek / Dressing Table Decor

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..


Dah lama terperam kat draft ni, sampai dah jadi pekasam . Kali ni just nak share idea deko ruangan bersolek cara saya.. Semestinya  kalau cara saya, deko budget tapi woww ! Woww dimata sendiri lah. Lain orang lain citarasa kan? Kalau dulu-dulu dah pernah share tentang "Projek Meja Solek Budget : Simple, Moden & Jimat Ruang" . Sekarang ni just ada sikit je tambahan . Masa saya share dulu, siap pasang terus snap-snap.. Tak kemas & tak complete lagi.

Seperti yang saya pernah share kat entri lama dulu, shelf & cermin ala-ala ikea ni saya just beli kat Giant. Beli time promosi tahun 2015 dapat harga shelf dalam RM28++ camtu & cermin tu RM25++ ( Harga asal dalam RM40-RM50 camtu). Total Kos untuk keseluruhan still below RM100 (cermin , shelf panjang & shelf kecil 2pcs). Shelf kecil yang tepi cermin tu saya tambah kemudian, juga beli kat Giant dengan harga RM19.90. Lepas ni nak beli 2 lagi shelf kecil tu untuk letah sebelah kiri cermin lak.

Ni gambar masa baru-baru masuk rumah tahun 2015. 
Walaupun kos tak tinggi , tapi saya buat sikit-sikit..bukan sekaligus. 

Disebabkan trauma banjir tahun 2013, sampai sekarang fobia nak beli perabot banyak-banyak. Just yang basic & penting je beli. Walaupun kawasan perumahan saya duduki sekarang ni tak kena banjir time banjir besar dulu. Tapi still terkepung sebab seluruh kawasan sekeliling banjir.. Jadi, bimbang juga kalau melarat. Tapi, tahun 2013 tulah fenomena banjir terburuk sampai kawasan yang tak pernah banjir, habis kena. Sebab tu dulu kita orang tak sempat selamatkan lansung barang-barang, sebab tak jangka jadi macam tu. Rumah yang saya duduki sekarang, memang saya betul-betul minimakan penggunaan perabot. Dan saya suka cara ni, sebab ruang jadi luas & tak berserabut. Jadi penggunaal lack /wall shelf adalah pilihan terbaik. Rumah saya banyak guna ni, antaranya di "laundry area", dapur, bilik Fasya, ruang tamu & bilik saya sendiri. Yang penting kos amat menjimatkan.
Sebenarnya buntu nak deko-deko area ni. Yelah, kalo boleh bangun pagi nak bersemangat sikit mengadap cermin. Biar ada aura positif. Saya just bingkaikan gambar-gambar yang saya google. Bersesuaian dengan ruangan ni. Macam biasa, gambar tu saya print out atas kertas biasa je. Tak guna glossing paper pom. Frame saya beli size A5. Asalnya nak beli A4, tapi rasa besar sangat. Gambar tu saya masukkan dalam Ms Word sebelum print. Pandai-pandailah adjust biar center ikut size frame yang kita nak. Kalau print image direct tak cantik. Frame tu semua saya beli dekat Daiso je.

Taraaaaa… hasil yang tak seberapa. Bolehlah asalkan sedap mata memandang. Plan nak letak drawer Malm Ikea kat bawah frame ni. Perancangan jer, tak semestinya menjadi.. Maybe nanti jadi lain. Hehe

Nanti tunggu ada rezeki nak cari kerusi ala counter bar letak sebijik kat sini. Oklah tu daripada tak ada kan?? Yang penting mampu milik & mampu poket. Pagi-pagi bersiap nak pergi kerja mengadap cermin rasa bersemangat je. Hahaha

Ok..kat sini saya share sebahagian gambar-gamabr yang sesuai untuk wall décor area dressing table/ruangan bermekap/ruangan rasa cantik & seumpamanya.. Hehe.. Sebenarnya banyak giler saya save.. Tapi kalo nak share semua.. Masakklah! Kot-kot ada yang rasa-rasa nak deko dinding dalam bilik tidur , bolehlah printout gambar ni.



L.O.V.E,
Lya Afrina

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (80) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (72) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (24) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)