Wednesday, February 15, 2017

Check-up, 8 Tahun Berkhidmat & Kisah Hujung Minggu

Assalammualaikum & Salam sejahtera..

Ehh..rasa rajin luar biasa pulak update blog ni. 
Aritu kemain acah-acah nak bersara laa..nak tutup blog lah. 
Tapi serius, memang masa down aritu, camtulah rasanya. 
Tutup blog tu just nak privatekan..xdelah sampai nak delete.. 
sayaangg tu. Sebab banyak sangat coret kenangan kat sini. 
Kebetulan arini saya cuti..eh, sebenarnya doc bagi saya MC.
Balik rumah, Fasya lak tidur... tak tahu nak buat apa on PC lah. 

Check-up 
Kebetulan, arini (14.02.2017) saya ada check-up klinik pakar.
Dah lama sangat tak share pasal masalah kesiahatn & checkup saya kat blog kan??
Kalo dulu, asyik update je. Sebenarnya rutin sama macam dulu-dulu.
Dan saya sendiri kerap berulang ke emergency room dll sebab sakit..
Cuma sekarang tak rasa nak update kat blog, FB mahupun IG.
Dulu suka share, bukan nak merintih.. Tapi kesedihan tu tak tertanggung.
Maybe seiring usia, saya semakin pandai handle diri & emosi..
Biar orang nampak kita sihat sokmo gittu!
Dan saya... jauh disudut hati masih berduka lara atas apa yang terjadi.
Tapi... walau seteruk & sesusah mana pun.
Nak tak nak, kita kena lalui ..kerana Allah dah memilih kita.
Cuma... saya amat berharap dipanjangkan umur untuk melihat Fasya membesar.
Biarlah sakit yang saya alami mampu untuk ditanggung.
Doakan saya kawan-kawan..supaya saya sentiasa tenang hadapi..
Dan yang penting supaya saya sentiasa tersenyum.
Walau penuh kedukaan disebaliknya. Fighttttt!!!!

 Balik dari hospital (14.02.17), terus dating bertiga. Bukan senang hari kerja nak lunch sama-sama. Sebulan sekali pom belum tentu tau. Jadi tak ada sebab untuk saya berduka. Seorang ibu akan memiliki kekuatan luarbiasa apabila melibatkan anak. Jadi tiada sebab untuk berduka dalam kehidupan. Nikmati & hargai waktu bersama. Betul..sebab sokongan kuat insan sekeling saya kuat & positif.

8 Tahun Berkhidmat


14.02.17 juga genaplah tahun ke-8 saya berkhidmat di company tempat saya mencari rezeki. Alhamdulillah, rezeki saya dapat majikan yang sangat memahami. Sebenarnya, saya sendiri tak jangka akan memiliki kerjaya sendiri disebabkan penyakit saya. Barangkali rezeki Fasya, sebab selepas 3bulan bersalinkan Fasya, dapat panggilan interview . Hari interview, memang saya tak nak pergi, sebab saya tahu peluang tipis sebab masalah kesihatan. Tapi, mama saya pujuk suh pergi.. dan tak sangka rezeki saya. Yang pasti saya tak sembunyi ttg masalah kesihatan sebab takut apa-apa terjadi semasa kerja akan m'yusahkan syarikat. Tapi satu yang saya percaya... rezeki di tangan Allah SWT. Kalau dah memang rezeki tak kemana. Alhamdulillah, memang rezeki berpihak pada saya. Dari tahun 2009 - 2012 saya banyak keluar masuk hospital. Tempoh berbulan pun ada.. Tapi majikan still tak buang saya. Tak diakui memang rasa sangat bersalah. Tapi time saya sihat memang saya bagi sepenuh komitmen. Sampai akhir tahun 2012, masa tu saya kuatkan hati untuk cuba macam-macam perubatan. Bila fikir, sampai bila nak berkeadaan macam ni. Syukur alhamdulilah, beberapa tahun kebelakangan ni, diri saya semakin ok dan boleh fokus sepenuhnya dengan kerja. Syukur majikan sentiasa bagi peluang & memahami. Dan paling terharu sebab dapat officemate yang sangat membantudah macam adik beradik. Rezeki saya, diuji dengan kesihatan tetapi diberi rezeki majikan , officemate & suasana kerja yang menyenangkan. Kalo tak ada majikan macam ni.. agaknya apalah nasib orang yang berpenyakit macam saya kan?? Sebab kita orang pon perlukan kerja untuk survive hidup.

Kisah hujung minggu (11.02.2017). 
Macam biasa, selagi diberi peluang saya akan gunakan sebaiknya masa demi anak tersayang. Sebab semasa kecil, saya banyak terlepas peluang untuk bersamanya. Bila anda sakit, anda akan tahu betapa beharganya masa itu. Jadi hargainya.. saya pernah merasai...dan sedang merasai. Sesungguhnya masa akan terus berlalu pergi. Jadi selagi termampu, ambil peluang nikmati sepenuhnya dengan insan tersayang.

Dah besar anak dara mama ni. Req nak pakai tudung mama bawal Pucci mama. 
Alahai... lepas ni dah boleh share tudung dengan mama ni. Mujur elok je terletak tudung ni.
Mama risau takut herot habis.. hehe

❤❤Mama love Fasya❤❤

Lunch date. Masa ni tunggu ayam tak sampai-sampai..
Apa lagi.. lepie-lepie dulu lahh.. hehe

Sori sebab selalu spam banyak pic Fasya.
Memang saya suka snap pic Fasya banyak-banyak. Sebab nilah detik kenangan.
Kalau boleh setiap saat nak snap pic dia.. nak tengok perubahan dia..
Cepat betul anak ajaib mama membesar.

Macam biasa lah.. ada sokmo powww.. hehe

My little family.
View malam di Pantai Teluk Chempedak.
Yang cantiknya ada bulan mengambang..Memang cerah je suasana pantai tu.

Sekian.....

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

8 comments:

Yana Yani said...

saya faham apa lya alami walau saya tak sekronik lya
tapi boleh kata apa yang kita lalui hampir sama
dah betul juga factor usi menyebabkan kita kurang lagi bercerita
tapi mungkin paling tepat, letih bercerita
ada yang jujur memahami ada yang hanya mempersendakan
yang patsi kita kuat sebab keluarga kita yang sentiasa menyokong

dulu office lama saya juga sangat supportive
walhal selalu MC, hospitalized. saya sia hantar resign letter
sebab rasa macam segan tau
tapi diorang tetap terima saya seadanya
sebab penyakit kita buat kita tekun bekerja
pasal tu bos saying gamaknya...huhu
sayangnya company tu bankrupt, tu cari kerja lain
tapi still keep in touch dengan bos yang sangat baik pada saya

amirah said...

akak doakan liya sentiasa sihat...amin...insyaAllah

Kakzakie Purvit said...

Bersyukur dikurniakan environment insan-insan baik
Itulah setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya Lya..

Chekgu Azrine said...

semoga dipermudahkan urusan lya sekeluarga ye

QasehnyaRania said...

alhamdulillah. lya dikelilingi rakan dan family penyayang

take care lya

dear anies said...

kita kalau tak diuji bukan hamba namanya tu... jd, setiap ujian, berat atau tidak, redha menerimanya kerana kita sememangnya layak mendapatnya sgi tanda kita kasih padaNya dan Kasihnya Dia kepada kita.

semoga Lya sekeluar terus sihat dan berbahagia selalu...

aja aja fighting!

aizamia 3 said...

Masa ni lah ambil seberapa banyak gambar yang boleh untuk dijadikan kenangan bila dia dah besar nanti. Sama macam saya suka ambil gambar candid anak2..

Buat Lya, Moga dipermudahkanNYA dan kuat dalam menjalani rutin harian.

Intan Saffyna said...

happy family.. semoga sihat selalu.. hhehe :)

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (133) WEEKEND (107) in N.A.T.U.R.E (97) Kata HATI LYA (94) M.A.K.A.N.A.N (75) About Me (73) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) MyHappyFamily (68) INFO (67) MACAM2 ADA (57) Friend (56) Asya's School (55) M.E.M.O.R.Y (52) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (47) Shopping (47) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Birthday (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) Let's Eat (32) D.I.A.R.I (31) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (28) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) MamaAsya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) Artis (14) Bento Asya (13) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) mama+papa+fasya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) mama+papa (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)