Tuesday, February 28, 2017

Nikmat kesihatan adalah segalanya...

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sejak kebelakangan ni kesihatan agak kurang baik.
Minggu ni dah masuk minggu ke-3 saya demam.
Minggu pertama aritu on/off..
Start minggu ke-2 dah mula rasa agak teruk

Minggu lepas lak saya dapat MC…
Disebabkan badan tak sihat… maka hujung minggu dirumah jelah.
Kalau ikut perancangan awal, macam-macam nak buat..
Nak kemas/cat wardrobe/store room lah.
Tapi ..apa pon tak jalan.. Haha

Hari sabtu baru ni.. masa ni dah ok sikit.
Keluar pon semata-mata nak makan... hehe..
Sebelum tu papa buat surprise kat anak manja dia..
Dapat juga basikal baru.. Basikal lama dah rosak..
Tapi bukan yang ni basikal asya.. Dia pilih kaler kuning..
Tak de lagi pic dengan basikal baru.

Last week, terpaksa ajak mama tidur rumah.
Malam rabu tu saya memang dah tak sedar dah.
Badan rasa lemah teramat...
Time tu juga Fasya agak teruk, kena lelah.
Papa bawa Fasya ke emergency room dalam pukul 12am.
Tapi saya langsung tak sedar time tu.

Petang tu dah bawa ambik neb kat Klinik

22.02.2017 - Masa ni papa bawa fasya ke ER . 
Sian anak mama ;-(

Kat rumah, mama menemani saya.
Memang lepas isya' tu terus tidur tak tahu apa..
Petang tu, dah bawa Fasya ke klinik ...
Siap dah neb bagai.. ingatkan dia oklah lepas tu.
Kata papa fasya, nyaris juga Fasya kena tahan wad..
Lepas sedutan pertama heartbeat still laju..
Ambil sedutan ke-2, baru keadaan dia ok.
Pukul 3-4am juga baru balik rumah..

Mama mintak maaf sangat...rasa ralat tak teman malam tu.
Kalau saya betul-betul sedar, mesti akan gagahkan diri..
Keesokkan harinya, papa Fasya bawa saya lak ke hosp..
Fasya dah ok siang tu..tokma jaga kat rumah.

Tak pasti punca demam...
Tapi, pada awalnya hanya sebab,
saya menahan kesakitan yang saya alami ni.
Tak sangka melarat....
Masa tu rasa sakit dan berdenyut pada bahagian
pembedahan ambil sampel sel last year..
Memang ada sedikit membengkak..

Yang ni awal bulan 1 dulu.. 
Seminggu sekolah dah kena. 
Kebetulan time ni Musim hujan.

15.01.2017- Papa eksiden dengan lori. Motor memang rosak teruk.. 
Terpelosok bawah lori. Syukurlah papa Fasya sempat bangun. 
Kalau tak..tak tahu lah. Motor baru je ambik kat bengkel. 
Total cost baiki hampir 1k.. Huhuhu

Permulaan 2017 ni agak teruji...
Fasya pom kerap kena lelah kebelakangan ni.
Tak silap dah lebih 5x pergi emergency room tengah malam buta.
Saya sendiri pon, bermula akhir tahun lepas,
kesihatan rasa merosot sikit walau dah cuba sedaya upaya pertahankan badan.
Papa Fasya lak, kemalangan motor bulan 1 aritu..
Time papa eksiden tu, kebetulan saya sakit teruk.
Bertabahlah masa tu...

Bagi orang yang sakit, nikmat kesihatan itu amat besar...
Saya menderita sakit dah 17 tahun rupanya..
Cuma 3 tahun kebelangan ni ok sikit..
Tapi sekarang tanda-tanda kurang enak tu kembali..
Tapi sebab dah tahu keadaan badan & pandai kawal situasi..
Jadi.. pandai-pandailah saya cuba kontrol diri.

Dalam 3 tahun kebelakangan ni...
Banyak nikmat yang saya dapat..
Antaranya dapat memasak... mengurus rumahtangga..
bercuti... makan..... dan banyak perkara lagi..
Dulu , saya tak dapat rasai ni..
Especially nikmat makan tu..memang tak ada..
Sebab tu, sekarang tak ada istilah diet dalam kehidupan..
Selagi boleh rasa...nikmatlah sebaiknya..
Tapi nikmat terbaik yang saya dapat adalah....
Dapat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya pada satu-satunya anak mama..
Dulu banyak kena tinggal sebab mama sakit..
Membesar pon banyak papa yang uruskan...

Oklah...
Dak pengakhiran Feb 2017...
Cepat aihhhhh...
Masuk bulan Mac....
Maka... bertambah lagi usia saya untuk tahun ni..
Makin tua.... hehe
L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

20 comments:

NanyFadhly said...

Semoga Lya, Fasya dan suami diberi kesabaran atas segala ujian dari ALLAH S.W.T. Nany tau, Lya boleh hadapi semua ini sebab ujian yang ALLAH bagi tuh sesuai dengan tahap kemampuan masing-masing. Take care!

Ibu Ilyanie(s) said...

ujian Allah tanda Allah sayangkan kita, Dia nak kita selalu menyebut namanya...

Dalila Zakaria said...

Semoga lya, fasya dan suami sentiasa dilindungi dan diberi kesihatan yg baik..tabah jg menghadapi dugaan..

dear anies said...

bila berhadapan dgn sakit, perkara pertama yg kita mahukan adalah kembali sihat seperti sediakala. ada kala x mampu nak bohong diri, kita meratap mengapa kita kena sakit ni... apa2 pun kita harus kembali kepada realiti. sakit itu ada hikmah. kalau tidak masakan Dia beri sakit itu kepada kita kan?


semoga lya kembali sihat...begitu juga dgn fasya... aminnnn

dear anies said...

p/s surat, insya allah akn sy pos hari ini...

Nafira usof said...

Betol sgt Lya.
Nikmat kesihatan tuh memang segalanye.
kalo x sihat, ape pon x boleh buat.
nak makan pon xde selera. hilang jugak nikmat makan bila x de nikmat kesihatan.

terkejut baca part Fain eksiden. Syukur lah dia xde pape yang serius. sbb dia jugak lah tunggak utama keluarga Lya.

Zura sentiasa doakan Lya, Fain dan Fasya sentiasa sihat k. Aminnnn. Moga Allah sentiasa lindungi keluarga Lya.

C i k R e n e x said...

semoga lya dan family sentiasa sihat.
allah uji sebab allah syg.

::NureeN:: said...

sy ketinggalan byk ni
lya n family..
moga diberi kesihatan & perlindungan olehNYA, amin..

mama kuat kan fasya..
t c & gws...

Ainniah Zulkefli said...

Allahu. Ain pun pernah satu family xsihat, terpaksa mintak tolong mak jagakan. Semoga cepat sembuh ya semuanya. Ada la tu apa2 Allah nak bagi. Setiap ujian kan ada hikmah besar yang kita tak tahu. Yang penting redha & banyakkan berdoa. :)

Mrs Anna said...

moga lya tabah menghadapi ujian dariNYa...dan moga cepat sembuh

wahida said...

Allah!! semoga lya dan family tabah dengan dugaan awal tahun ni...
itu tanda Allah sangat sayang dengan keluarga lya...

semoga lya dan fasya sihat selalu hendaknya...dan semoga Allah melindungi keluarga lya dan kita semua...

jaja_NorLiza said...

Besar sungguh ujian utk lya sekeluarga... Allah tu tau lya mampu hadapi semua ni... Sbb tu lya terpilih... Sakit tu penghapus segala dosa... Akak doakan lya bertambah sihat... Seronok tgk kehidupan lya 3 tahun terakhir ni... Tp tak sangka di awal 2017 lya diuji lagi... Lya sabar byk2 yer..

Adam said...

Jangan risau dengan peningkatan usia. Setiap penambahan usia itu satu penganugerahan yg perlu disyukuri. Alhamdulillah.

aryan azra said...

Awal tahun dah banyak ujian ye lya..samalah dengan family kecik akak ni, banyak sangat ujian dan dugaan, harapnya dari sekarang hingga akhir tahun semua yang baik2 akan singgah dalam hidup kita..tapi kalau ujian datang pun tak apa kita hadapi dengan tabah dan redha ye lya..

Allahu..fain eksiden mujur fain tak cedera teruk, macam sama pula dengan anak buah akak..sedih kalau diingatkan.

+ e.z + said...

lahai,
tabah ye dear.
Allah sayangkan kita dengan kirimkan ujian begini. InshaAllah.

kirim slm kat fasya ye.
bilalah kita dapat jumpa

Adam said...

Saya tak sentuh pasal kesihatan sebab pecaya ada yg akan komen nanti.

hainom OKje said...

Hakak kagum dengan ketabahan Lya. Agaknya bila diuji kita jadi kuat ye LYa....Moga LYa dan kita semua terus sihat dan kita semua dapat menikmati kehidupan yang berkat ini sampai bila bila.

Betullah LYa orang yg pernah sakit aje akan tahu nikmatnya sihat tu macam mana kan.....Bila besar ujian seseorang maka akan besarlah ganjaran dan pahala yg akan dapat Lya...

Fiza Rahman said...

Indeed... Kesihatan itu amat berharga. Macam2 dugaan. Smoga Lya terus tabah.

Nora Karim said...

Moga Lya, suami dan anak terus diberikan kesihatan yang baik. Take care tau Lya...

Nina Mads said...

ujian tahun 2017 buat keluarga lya.. hampir semua dtg serentak.

jaga kesihatan lya, kalau sakit terus ke klinik/hospital. bln 3 pun demam, batuk, flu. huhu..

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Tempat Makan Best Di Terengganu (28) mama+papa+fasya (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) fasyafrinatraveltales (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1) ma (1)