Monday, February 13, 2017

Projek Deko-Deko Master Bedroom - Wall Decor Ruangan Bersolek / Dressing Table Decor

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..


Dah lama terperam kat draft ni, sampai dah jadi pekasam . Kali ni just nak share idea deko ruangan bersolek cara saya.. Semestinya  kalau cara saya, deko budget tapi woww ! Woww dimata sendiri lah. Lain orang lain citarasa kan? Kalau dulu-dulu dah pernah share tentang "Projek Meja Solek Budget : Simple, Moden & Jimat Ruang" . Sekarang ni just ada sikit je tambahan . Masa saya share dulu, siap pasang terus snap-snap.. Tak kemas & tak complete lagi.

Seperti yang saya pernah share kat entri lama dulu, shelf & cermin ala-ala ikea ni saya just beli kat Giant. Beli time promosi tahun 2015 dapat harga shelf dalam RM28++ camtu & cermin tu RM25++ ( Harga asal dalam RM40-RM50 camtu). Total Kos untuk keseluruhan still below RM100 (cermin , shelf panjang & shelf kecil 2pcs). Shelf kecil yang tepi cermin tu saya tambah kemudian, juga beli kat Giant dengan harga RM19.90. Lepas ni nak beli 2 lagi shelf kecil tu untuk letah sebelah kiri cermin lak.

Ni gambar masa baru-baru masuk rumah tahun 2015. 
Walaupun kos tak tinggi , tapi saya buat sikit-sikit..bukan sekaligus. 

Disebabkan trauma banjir tahun 2013, sampai sekarang fobia nak beli perabot banyak-banyak. Just yang basic & penting je beli. Walaupun kawasan perumahan saya duduki sekarang ni tak kena banjir time banjir besar dulu. Tapi still terkepung sebab seluruh kawasan sekeliling banjir.. Jadi, bimbang juga kalau melarat. Tapi, tahun 2013 tulah fenomena banjir terburuk sampai kawasan yang tak pernah banjir, habis kena. Sebab tu dulu kita orang tak sempat selamatkan lansung barang-barang, sebab tak jangka jadi macam tu. Rumah yang saya duduki sekarang, memang saya betul-betul minimakan penggunaan perabot. Dan saya suka cara ni, sebab ruang jadi luas & tak berserabut. Jadi penggunaal lack /wall shelf adalah pilihan terbaik. Rumah saya banyak guna ni, antaranya di "laundry area", dapur, bilik Fasya, ruang tamu & bilik saya sendiri. Yang penting kos amat menjimatkan.
Sebenarnya buntu nak deko-deko area ni. Yelah, kalo boleh bangun pagi nak bersemangat sikit mengadap cermin. Biar ada aura positif. Saya just bingkaikan gambar-gambar yang saya google. Bersesuaian dengan ruangan ni. Macam biasa, gambar tu saya print out atas kertas biasa je. Tak guna glossing paper pom. Frame saya beli size A5. Asalnya nak beli A4, tapi rasa besar sangat. Gambar tu saya masukkan dalam Ms Word sebelum print. Pandai-pandailah adjust biar center ikut size frame yang kita nak. Kalau print image direct tak cantik. Frame tu semua saya beli dekat Daiso je.

Taraaaaa… hasil yang tak seberapa. Bolehlah asalkan sedap mata memandang. Plan nak letak drawer Malm Ikea kat bawah frame ni. Perancangan jer, tak semestinya menjadi.. Maybe nanti jadi lain. Hehe

Nanti tunggu ada rezeki nak cari kerusi ala counter bar letak sebijik kat sini. Oklah tu daripada tak ada kan?? Yang penting mampu milik & mampu poket. Pagi-pagi bersiap nak pergi kerja mengadap cermin rasa bersemangat je. Hahaha

Ok..kat sini saya share sebahagian gambar-gamabr yang sesuai untuk wall dรฉcor area dressing table/ruangan bermekap/ruangan rasa cantik & seumpamanya.. Hehe.. Sebenarnya banyak giler saya save.. Tapi kalo nak share semua.. Masakklah! Kot-kot ada yang rasa-rasa nak deko dinding dalam bilik tidur , bolehlah printout gambar ni.



L.O.V.E,
Lya Afrina

26 comments:

aryan azra said...

cantik lya, simple je

Eliss Mie said...

menarik idea ni tapi eliss pakai bedak jer. dah lama tak makeup2 ni. buat kat dapur menarik tapi kena letak gambar makanan la kan..kat dining kita letak gambar buah limau beli kat kaison. hehehe

Chekgu Azrine said...

bestnya dapat deco2 tau..
akk bila la pulak...

eima said...

wahhh cantik naik kaler purple ngan putih tu

Mrs Anna said...

Simple n lawa kite baru duk plan blm ada lagi hihi

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

bagusnya.. akk takut nak drill dinding, takut roboh, hehe

Adam said...

Tentang deko ni saya memang kalah. Imaginasi tak ada. Semua suruh orang buat. Bukan pasal banyak duit tapi imaginasi saya memang tak menjadi,

Lukisan spm pun gagal.

Anis Azalea said...

Neat and tidy. Simple yet elegant.

mamaarifakeemaisy said...

suka tengok deco by lya.. hihi..
simple n nice n jimat kos..^_^

apapun yg penting, sedap mata kita memandang kan..

amirah said...

rajinnyaaa liya..best2

adianiez AIDA said...

cantik.
comel.
aida pun berhasrat umah baru nanti memang x nak beli dressing table.
samada buat mcm lya ni.
atau beli kabinet berlaci, letak baju, and atas tu buat area dressing table la konon.
skang ni dressing table aida x guna.
nyempit kat bilik :(
last 10 years beli 1 set bilik tido kan.

anyway. tq for sharing these great ideas, lya...

Ena said...

Rajinnya Lya deco2 ye..
x sabar nak tgk sepenuhnya
ena x pandai sangat deco2 ni.

adarnadzmie said...

cantikk... kretifnya lya...

lieyalatif said...

org kalo dah kreatif, bagi jek ape....mmg cantik jadinyer....tgk ajek laa lya deco2 utk besdey asya....so takat deco rumah mmg tak jadi masalah....ade jek idea die....yg penting semua diy....terbaik laa lya...

wahida said...

betul tu lya...kalau dah banjir mmg trauma kan...
penggunaan wall shelf mmg idea yg baik...

anyway, u mmg kreatif la...cantik deco!

Yana Yani said...

rajin lya update sekarang
saya dah ke laut...haha
masa tu agak limited terutama lepas bertukar kerja ni
lain komitmen

tapi cantik rumah lya
benda ni semua perlukan kreativiti
saya takde benda tu,
kalau dating rumah saya, nampak dull aje...haha

Fyda Adim said...

cantik deko lya...memang kena buat sikit-skit lya.masak kalau nak buat sekali gus..kalau yg ada-ada tu bolehlah kan..rumah akak dah 6 thn dok barulah penuh itu pun perabot yg murah je.

dear anies said...

cantik dan tampak kemas... yg penting minimalist is the best

hainom OKje said...

Lya pandai deko....
Memang itulah yg kalau boleh kita nak Lya, cantik dan wow tapi bajet rendah.... barulah betul betul wow haha....

idzwa kamaruddin said...

cantik!!

Nour Adieb said...

simple, tapi kemas ๐Ÿ˜ sy suka deko mcm ni ๐Ÿ˜„

shahdiana said...

SEKARANG NI ZAMAN BAJET..APA YANG BOLE SAVE KITA SAVE...BERKENAN BTOI GAMBAR MULUT N LISTICK TU...GOJES...

+ e.z + said...

saya bagi 5 bintang. cun

Nora Karim said...

Cantik Lya... simple tapi sedap mata memandang...

alia farhan Said said...

Cantiknya!

Nina Mads said...

cantik lyaa.. suka tgk lukisan2 tu. nampak simple tak serabut

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)