Wednesday, February 8, 2017

Tempat Makan Menarik Di Kemaman : Tusuk Famous House Cafe, Kayu Buruk Station & Laguna Ikan Bakar

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Ada gambar...adalah ceritanya... haha.. kalau ada gambar... Tapi MALAS tak jalan jugak kan? Ok lah sementara rajin nak share antara tempat makan menarik yang boleh dikunjungi kalo ke Kemaman, Terengganu ni. Sekarang ni dah banyak pilihan tempat makan yang menarik dan ala-ala hipster pom ada..Tumbuh bagaikan cendawan... Kena plok dengan mamapapa Fasya ni yang memang suka ngetest.. Awal-awal bulan boleh la ngetest-ngetest kan. Kesemua lokasi yang saya share ni semuanya di jalan area Geliga-Kuala Kemaman. Jarak setiap restoran ni dekat-dekat jer.. Mungkin boleh dijadikan panduan bagi yang bercuti di Cherating untuk mencari tempat makanan yang best. Saya combine dalam 1 entri ni terus..


Tusuk Famous House Cafe
Kafe ala-ala hipster yang baru dibuka. Lokasi kafe ni dekat perumahan tepi Pantai Monica Bay ( Pantai Telok Mok Nik) . Menu kat sini berasaskan makanan laut. Western-western memang tak ada ye.. Tapi adalah menu pencuci mulut lain kat sini. Bila sebut seafood, semestinya shell-out kan? Memang dicadangkan sangat ke sini pekena shell out . Memang sedap & masakan dia tak sama dengan shell out yang saya pernah cuba kat restoran lain sebelum ni. Licin saya habiskan. 
Sementara tak ada orang.. kita posing2 dulu

3 of us

Ni menu pilihan Fasya... Namanya  Tusuk Berry Choco Cheese Crepe.
Rasanya serius sedap ! Esp bahagian tengah tu, rasa cheese dia memang sedaplah.

Pilihan saya semestinya Shell Out Tusuk & Papa Fasya Nasi Goreng Tusuk.
Memang sedap nasi goreng tu.. dia masukkan seafood. Kafe ni hanya sediakan makanan berasaskan seafood sahaja. So, seafood loversss sesuai sangat kat sini.

Shell Out yang menusuk kalbu.. Sebenarnya boleh je makan 2 orang , just tambah nasi. Tapi saya bedal habis. Memang sedap masakan shell out dia. Tak tahu dia masak apa, tapi ada rasa kari sikit-sikit, daun limau purut ,dalam tu ada bendi dan rasanya macam dia pecahkan telur dalam masakan ni..Rasanya pedas-pedas sampai jadi ketagih. Memang puas hati melatah, sampai menjilat jari. Masakan shell out dia lain daripada shell out yang saya dah pernah try sebelum ni.

 Jom makan !

Sebelum balik kita tinggal kenangan kat sini sebagai tanda dah berkunjung ke sini. Saya bagi 5bintang! Harga menu pom berpatutan. Yang penting masakan dia sedap & kena dengan selera saya. Confirm saya akan repeat lagi makan shell out kat sini. Cuma kena jarak masa sikit sebab sebenarnya saya alahan makanan laut.. Tapi bedal jugak . Haha

Kayu Buruk Station
Lokasi kafe ni tepi jalan menghala ke Kuala Kemaman, lokasinya atas sikit je dari Laguna Ikan Bakar. Baru jer dibuka. Menu yang disediakan masakan panas & western. Kat sini  ada juga menu ala shell out tapi diletak dalam talang besar. Shell Out kat sini saya tak rasa lagi..Maybe next time jika ada rezeki & diizinkan.. Tapi yang pasti Tom Yam dia sedapppppppp! Masakan panas pom sedap jugak. Dah 2 kali kita orang repeat makan kat sini.

Makanan kat sini boleh tahan sedap.. harga pom standard & berbaloi. 
Tomyam kat sini sedap!

Laguna Ikan Bakar
Sebenarnya restoran ni dah lama di buka.. dah bertahun kot, Kalau buka posting lama saya, dah banyak kali kot share pasal restoran ni. Cuma sekarang restoran ni dah berpindah di lokasi lain. Lokasi sekarang di Kuala Kemaman. Kalau lalu jer, terus nampak kalerful di waktu malam.. Tepi jalan besar je. Harga kat sini boleh tahan mahal jugak,tapi berbaloi dengan menu hidangan nya...

Saya order nasi goreng USA & papa Fasya nasi goreng Thai.. tapi tengok tu penuh pinggan... 
Harga dalam RM8-10 camtu.. Dah berbaloi kan?? Fasya pinggan kosong jer...hahaha.. dia kongsi nasi goreng saya je.. Memang tak pernah habis.. Yang letak sikit kat dia pom bercinta nak habiskan.. 


Sekian.....

L.o.v.e,
Lya Afrina

24 comments:

mama tisya said...

mula2 skali imbas tgk tusuk cafe tu ingt kula cake td...menarik nmpk menu2..laguna ikan bakar syok meja mcm buluh gtu

- dieyana - said...

WOW, Sdp2nya nampak makanan kat kemaman....

dear anies said...

kalu lya kata sedap tu mmg betul2 sedap lah tu... kalu dkt mmg saya terjah ;-)

Ain Aris said...

Bla laa nak sampai sana tuh..best2 tmp makannyer..

Nour Adieb said...

Ganu kiterrr, insyaAllah akan sampai di Terengganu 😄

+ e.z + said...

rindunya. bila la kita dapat jumpa ye

aziekz said...

Wow..ble la terjah.kuala nt..npok mnarik blaka..

Anis Azalea said...

nomnomnom. asal sedap boleh repeat.

Seorang Syed said...

Semua makanan kat atas nampak sangat menyelerakan! hehe, btw saya singgah dan follow blog ni ya. jemput melawat ke blog saya jika berkelapangan :)

Adam said...

Kebetulan saya memang nak ke kemaman. Tapi tidur di cherating. Holidayvilla. Mungkin saya pergi tempat tu. Terima kadih kongsi. Kebetulan pulak kena masa dia.

Nora Karim said...

Wah.... syoknya jalan2 cari makan... kemaman memamg banyak tempat makan!

Mrs Anna said...

nmpk cam sedap nti blh try kalau blk ke sana...hihi

SITI AWADAH said...

Singgah sini baca entry :D salam kenal

el said...

Best2 tempat mkn kat tempat uols..
mcm2 pilihan makanan terbaik

Kesuma Angsana said...

Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! Kena cuba ni mcm best je

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

waaaa..banyaknyaaa tpt makan best..rajin sekeluarga jjcm kan..kite tertarik dengan kedai nama tusuk tu..nmpak cantek deco kedai dia..=)

E'in said...

huwaaaaaaaaa.. lya buat e'in lapar taw tengok makanan sedap-sedapnie sume.. belum makan lagi nie.. adesss

Cik Tie said...

Banyak juga tempat makan best kat sana ya. Boleh la singgah sana kalau p sana nanti

aryan azra said...

sedapnya makan-makan, nampak best semua makanan tu

adianiez AIDA said...

iye. nampak semua nyer best2 belaka, lya.
kalu ke t'ganu, wajib refer balik sini nampak nyer :)

QasehnyaRania said...

nice sharing lya. mnti klau ke kemaman. blh try.su skrg kt jerteh je. lya kalu ke sini, mai lah rumah su..

hainom OKje said...

Adoiyai Lya ..... geram betul tengok makanan yang Lya tunjuk tu. Seafood dia, walaupun tengok dari jauh tapi terasa rasa kesedapannya.... Bayangkan ajelah hihi...

Dahsyat jugak ye orang Terengganu ni. Terer mendeko restoren rupanya unik jadinya...
Bilalah agaknya hakak nak ke Terengganu Lya...

+ e.z + said...

kami sampai sana nanti lya bwk gi sini tau. he2

Nina Mads said...

sedapnyaaa !!! memang2 menarik.. tp jauh. huhu
kalau ke sana kena terjah ni

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Tempat Makan Best Di Terengganu (28) mama+papa+fasya (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) fasyafrinatraveltales (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1) ma (1)