Friday, February 3, 2017

Tom Yam Santan Sedap & Mudah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah...petanda baik ni sebab agak rajin update blog berbanding tahun lepas. Baru-baru ni cuba buat Tom Yam letak santan sebab saja mencari kelainan. Biasa masak tomyam yang biasa-biasa tu je la. Cuba search cari resepi... tapi last-last saya buat je tomyam ikut cara sendiri macam biasa & tambah santan. Rasanya lebih kurang atau sama jer dengan resepi-resepi tomyam lain pom. Cara saya lak memang ikut cara mak mertua saya masak tomyam.. Memang sedap tiap kali makan yang dia buat. Ok..meh nak share resepi tom yam bersantan yang serba ringkas & sedap versi saya.. Siapa yang tak pernah rasa tomyam letak santan ni memang patut cuba..



Bahan-Bahan :-
- Ayam yang dipotong kiut-miut (Bergantunglah nak letak apa... daging ke..seafood ke..)
- Serai (Ketuk pada hujung)
- Bawang Merah+Cili Merah (saya guna 1 btg je) di-blend..
-Sedikit Halia & Lengkuas (Nak blend sekali dgn bawang pom boleh, nak ketuk-ketuk pom boleh)
-Daun Limau Purut
-Carrot, Kubis Bunga, Bawang Holland(Bawang besar pon ok.. potong 4) & apa-apa sayur lah.
-Letak batang saderi pom sodapppp
-Letak Daun ketumbar lagi ummmhhhh
-Daun Limau Purut (Buang urat tengah daun..baru ummhhhh baunya)
-Pes Tom Yam ( Saya guna kiub tomyam Maggi + pes tomyam dalam botol tu)
-Sedikit sos ikan ( Saya guna brand PUTERI)
-Santan
- Telur puyuh rebus (buang kulit)

Untuk pes tomyam saya suka guna yang ni. Memang sedap! 
Kalau dulu saya beli pes dalam paket atau dalam botol brand Adabi.


Cara-Cara Memasak :-
1. Tumis bahan blend di atas + halia + lengkuas+serai sampai naik bau..
2. Masukkan pes Tomyam + Sos ikan
3. Masukkan ayam atau apa-apa je yang kita guna tu.. Gaul-gaul rata..
4. Tuang santan sikit-sikit & masukkan air sedikit.. Kacau perlahan-lahan
5.Masukkan daun limau purut.
6. Bila dah gelegak leh masukkan garam+gula+perasa kalau guna.. Kalau kurang masam leh peras jus limau lipis . Tapi saya guna kiub tom yam Maggi tu..memang tak perlu tambah jus limau sebab dah cukup masam.. Biar rasa tomyam ni ada manis +masam+masin=balance...baru sedap !
7. Masukkan segala jenis sayuran yang kita guna. Kalo tomato, bila dah tutup api baru saya masukkan.
8. Last..masukkan telur puyuh yang dah siap rebus & tabur daun ketumbar.

 Memang sedap! Patutlah makan tomyam kat kedai ala-ala siam tu TomYam dia pekat-pekat je.. Rupanya letak santan. Tapi memang sedap lah! Kena dengan selera saya.

Selamat Mencuba .....

L.O.V.E,
Lya Afrina

20 comments:

Cik Puan Eka said...

menarik je rupanya tomyam ni. Eka selalu ordertomyam poktek. ada santan @ susu cair. Sedapnyaaaa

dear anies said...

jarang msk tom yam ni sbb kedai kat sblh rumah ni dia punya tom yam x leh celen hahahaha

thanks 4 sharing

mama tisya said...

tk pernh wat tomyam yg ltk santan

-iLLa- said...

kdg2 akk letak susu cair lya..kekekke

Yana Yani said...

sedap ye lya
saya penah tengok, tapi tak penah cuba
takut tak kena dengan tekak
tapi nampak cam sedap aje lya masak
nak buat cam senang tu. tengoklah nanti
kalau ada mood rajin...hehe

lieyalatif said...

ehhhhhhh kebetulan laa lya...baru bace blog ade sorang ni baru pi bangkok, mkn tomyam santan...teliur2 tgk tomyam die....tup2 lya plak up resepi tomyam santan nieh...boleh laa lieya try ni...tomyam santan ni pemes kat belah2 thai sane kan....kite laa pelik dah jadi mcm gulai heheehehehehe...tapi kalo kene care masak die mmg sedap le..lemak2 masam2 gitu...

BTS said...

perghh..Boleh share resipin ngan isteri ni..
n follow..

CikNaa said...

gambar cantik..rasa mesti lagi sedap ni lya..nanti nak try la guna santan mcm ni

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

uishhh, terliur bila tengok tom yam

tom yan santan memang sedap ;)

Bunda_nora said...

Sedap jer tengok tom yam tu... tak kiralah bersantan ke idok... tom yam memang pembuka selera.

el said...

sedapnya tomyam..lama x masak tomyam..ok weekend ni nak masak menu2 tomyam :)

muhammad nizam said...

sedap... sajian wajib order dengan nasi putih kalau kat restoran.. salam singgah blogwalking

NzA said...

Tqsm 4 sharing. Boleh try ni.

Asha Lya said...

Feveret sy ni tpi sy x pernh lgi letak santan, baru2 ni pun sy ada msk tomyam udang nyum2

Blog Akak Kembang said...

kadang tu yg paling senang tulah paling malas nak buat ...hehehe

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

kite tak pernah wat tomyam santan..maybe leh cube lenkali..hihi

aryan azra said...

wow sedap tu lama akak tak buat tomyam

adianiez AIDA said...

dulu kala selalu masak tomyam.
tapi tanpa santan.
lately jarang dah. anak no2, syuhada, da x brape minat makan tomyam.

hainom OKje said...

Petang ni jugak nak makan tomyam hihi....
Kalau kat kedai tomyam sini, tomyam santan tu hakak panggil perahu pecah. memang sedap. Perahu pecah ni mcm mcm letak, ada ikan, ada lala...mmg lainlah dari tomyam biasa tu

Cikna said...

Cikna pernah buat tomyam santan tapi laki den xleh terima, sudahnye buncit perut cikna kne habiskn sorang2,huhuu...;-)

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (139) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (62) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)