Tuesday, March 14, 2017

Birthday Treat : Tusuk Foumous House Cafe

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..
1st, saya nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua yang wish & doakan saya
kat entri sebelum ni... Serta yang wish & doakan di FB mahupun IG.
Alhamdulillah... Dah menginjak ke usia 32 tahun.
Rasa macam tak percaya pom ada..

***************************

Macam biasa... kebetulan birthday jatuh time weekend. So pagi tu gerak ke Kuantan sebab nak servis kereta. Tapi hampir 3 jam jugak duk menunggu kereta siap. Lepas dah settle, alang-alang ke kuantan mestilah merayap kat mall. Time ni papa Fasya suh pilih hadiah yang nak. Macam biasa, saya memang jenis penyegan walau dengan suami sendiri. Haha. 

Sebelum bertolak.. 
Macam biasa, saya memang suka snap pic anak dara yang sorang ni.

Pakai veil.. feeling princess

Dah settle semua, terus balik rumah. Balik rumah sempatlah iron baju bagai. Time ni papa Fasya keluar sekejap & call suh standby nak ajak belanja makan sempena birthday katanya. Memang setiap tahun, time hari special ni belanja makan perkara biasalah. Saya pom memang ala kadar.. Pakai baju yang sama jer dari siang. Kalau ikut saya memang dah malas nak keluar sebab dah hampir pukul 10 malam. 

 Papa belanja makan shell out. Sebab seafood ni memang feberet saya walaupon saya xleh sangat makan, Biasalah, mende yang tak boleh tulah kita suka. Memang shellout Tusuk Foumous ni feberet saya. Cara masakan dia memang sedap sangat. Sekali makan memang ketagih lah ..

Mama & Fasya
Biasalah sebelum balik kita selfie-selfie dulu. Memang nak balik dah time ni.. Tetibaaaaaaa.... Ada pasang lagu "Happy Birthday"... Apakahhhh???

video


Video yang dirakam oleh crew Tusuk Foumous. Serius touching  & terkejut sangat time ni. Sungguh, saya tak minta semua ni. Tak kisah kalo tak ada semua ni pom. Tp bila suami sendiri buat surprise rasa berbunga juga hati. Maybe papa buat gini sebab nak saya happy di saat-saat genting yang saya tempuhi dalam kehidupan ni. Apa-apa pun saya amat menghargainya.

My little family

Tqsm husb & anak kesayangan mama. Memang sangat terharu

Bersama kekuatan mama..

Potong kek..makan sikit sorang & bagi kat crew Tusuk Foumous sikit sorang.

Bergambar kenangan sebelum balik.

Last but not least,,, Yang sentiasa dinantikan setiap tahun ialah kad yang dibuat sendiri oleh satu-satunya anak kesayangan mama. Sejak dia mula pandai menulis... memang selalu dapat kad special dari dia. Memang tak cantik dimata orang...tapi amat tinggi valuenya di mata mama. Semua ni mama simpan untuk kenangan. Ucapan Fasya untuk tahun ni yang tertulis dalam kad tu :

" Happy birthday mama.. Adik sayang mama. Sekarang adik nak buat pantun.."
Mamaku yang sangat cantik,
Mamaku yang pandai masak,
Mamaku yang baik hati,
Mamaku yang pandai masak.

Walau tergelak besar jugak baca pantun ni.. 
Tapi ini semua membuatkan hari mama lalui sungguh indah. 

Sekadar menyimpan kenangan
Never waste a moment..becoz it maybe the last with someone you love.

L.O.V.E❤,
Lya Afrina👰

3 comments:

lieyalatif said...

alaa touching lieya bace tau lya..... pandai dieorg bersekongkol suprise kan lya ye...diam2 aje heheeheheh...kek pun cantik sgt....

selamat hari lahir lya...walau ape pun dugaan tempuh dgn tabah...kuat kan semangat...bykkan doa.... jaga diri dan sentiasa positif ...moga diberi kesihatan yg baik dan sentiasa dlm rahmat Allah taala...amin..

kreatif si asya ni...mcm mak nye jugak le...rajin buat kad..rajin deco2 kan.....

dear anies said...

wahhhh best nyerrrr dapat surprise... rs nk melompat2 x lya ms tu? ;-)

tp apa2 pun sweet laa fain buat surprise pandai pakat yaaa

Fiza Rahman said...

Bestnya dapat kad dari anak. Pandai asya. Bestnya dapat kejutan. Semua best lah ☺

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (112) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (72) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) mama+papa+fasya (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)