Tuesday, March 14, 2017

Birthday Treat : Tusuk Foumous House Cafe

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..
1st, saya nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua yang wish & doakan saya
kat entri sebelum ni... Serta yang wish & doakan di FB mahupun IG.
Alhamdulillah... Dah menginjak ke usia 32 tahun.
Rasa macam tak percaya pom ada..

***************************

Macam biasa... kebetulan birthday jatuh time weekend. So pagi tu gerak ke Kuantan sebab nak servis kereta. Tapi hampir 3 jam jugak duk menunggu kereta siap. Lepas dah settle, alang-alang ke kuantan mestilah merayap kat mall. Time ni papa Fasya suh pilih hadiah yang nak. Macam biasa, saya memang jenis penyegan walau dengan suami sendiri. Haha. 

Sebelum bertolak.. 
Macam biasa, saya memang suka snap pic anak dara yang sorang ni.

Pakai veil.. feeling princess

Dah settle semua, terus balik rumah. Balik rumah sempatlah iron baju bagai. Time ni papa Fasya keluar sekejap & call suh standby nak ajak belanja makan sempena birthday katanya. Memang setiap tahun, time hari special ni belanja makan perkara biasalah. Saya pom memang ala kadar.. Pakai baju yang sama jer dari siang. Kalau ikut saya memang dah malas nak keluar sebab dah hampir pukul 10 malam. 

 Papa belanja makan shell out. Sebab seafood ni memang feberet saya walaupon saya xleh sangat makan, Biasalah, mende yang tak boleh tulah kita suka. Memang shellout Tusuk Foumous ni feberet saya. Cara masakan dia memang sedap sangat. Sekali makan memang ketagih lah ..

Mama & Fasya
Biasalah sebelum balik kita selfie-selfie dulu. Memang nak balik dah time ni.. Tetibaaaaaaa.... Ada pasang lagu "Happy Birthday"... Apakahhhh???

video


Video yang dirakam oleh crew Tusuk Foumous. Serius touching  & terkejut sangat time ni. Sungguh, saya tak minta semua ni. Tak kisah kalo tak ada semua ni pom. Tp bila suami sendiri buat surprise rasa berbunga juga hati. Maybe papa buat gini sebab nak saya happy di saat-saat genting yang saya tempuhi dalam kehidupan ni. Apa-apa pun saya amat menghargainya.

My little family

Tqsm husb & anak kesayangan mama. Memang sangat terharu

Bersama kekuatan mama..

Potong kek..makan sikit sorang & bagi kat crew Tusuk Foumous sikit sorang.

Bergambar kenangan sebelum balik.

Last but not least,,, Yang sentiasa dinantikan setiap tahun ialah kad yang dibuat sendiri oleh satu-satunya anak kesayangan mama. Sejak dia mula pandai menulis... memang selalu dapat kad special dari dia. Memang tak cantik dimata orang...tapi amat tinggi valuenya di mata mama. Semua ni mama simpan untuk kenangan. Ucapan Fasya untuk tahun ni yang tertulis dalam kad tu :

" Happy birthday mama.. Adik sayang mama. Sekarang adik nak buat pantun.."
Mamaku yang sangat cantik,
Mamaku yang pandai masak,
Mamaku yang baik hati,
Mamaku yang pandai masak.

Walau tergelak besar jugak baca pantun ni.. 
Tapi ini semua membuatkan hari mama lalui sungguh indah. 

Sekadar menyimpan kenangan
Never waste a moment..becoz it maybe the last with someone you love.

L.O.V.E❤,
Lya Afrina๐Ÿ‘ฐ

32 comments:

Anis Azalea said...

happy birthday Lya! happynya kan sambut birthday walau dengan keluarga kecil, ya lagi kesungguhan suami untuk menggembirakan isteri.

lieyalatif said...

alaa touching lieya bace tau lya..... pandai dieorg bersekongkol suprise kan lya ye...diam2 aje heheeheheh...kek pun cantik sgt....

selamat hari lahir lya...walau ape pun dugaan tempuh dgn tabah...kuat kan semangat...bykkan doa.... jaga diri dan sentiasa positif ...moga diberi kesihatan yg baik dan sentiasa dlm rahmat Allah taala...amin..

kreatif si asya ni...mcm mak nye jugak le...rajin buat kad..rajin deco2 kan.....

- dieyana - said...

Surprise daripada suami adalah yang paling terindah... Alhamdulillah, semoga lya dan family sentiasa di bawah rahmat Ilahi.

Mrs Velentine said...

happy belated birthday ya lya..wah sweet...untung dapat suami jenis romantik...hihi

mama tisya said...

sweet kad anakdara utk mama tu

Asha Lya said...

Kita yg baca kad ucapan dri fasha tu pun rasa trharu, tahniah awak dikelilingi insan2 yg penyayang..palinb sronok dpt birthday suprise ni

eima said...

KITA SHARE HARI YG SAMA ....

ROMANTIKNYA FAIN .....
ASYA YG CERDIK ....
SEMOGA LYA DAN SEKLUARGA DIPERMUDAHKAN DALAM KEHIDUPAN DAN DIMURAHKAN REZEKI

Dalila Zakaria said...

Sweet hubby n daughter.
Lya so lucky..:-)

dear anies said...

wahhhh best nyerrrr dapat surprise... rs nk melompat2 x lya ms tu? ;-)

tp apa2 pun sweet laa fain buat surprise pandai pakat yaaa

dear anies said...

p/s fasya, cik anies nk jg kad sekeping... boleh?? ;-)

Fiza Rahman said...

Bestnya dapat kad dari anak. Pandai asya. Bestnya dapat kejutan. Semua best lah ☺

Ain Aris said...

Touching nyerr..sweet husband lya..moga kalian bahagia bsama2 anak syurga tuh..bla turun kl..meh nak jumpa pincess tue..bijak sgt..happy besday dear..

Mrs Anna said...

hepi besday lya...berbunga2 rasa kalau mrs anna dpt surprise gitu hehee

+ e.z + said...

rileks je lya, kalau ez la. dah nanges u. cengeng. ha2

E'in said...

happy belated birthday lya.. semoga sentiasa dibawah lindungan Allah, dimurahkan rezeki, bahagia bersama keluarga tersayang..

amboi kemain pantun fasya ea.. hihi

aizamia 3 said...

So sweet..
Anyway.. selamat hari lahir buat Lya. Moga sentiasa di bawah lindunganNYA dan kuat dalam menjalani rutin harian.

Nour Adieb said...

comelnya Fasya, dah pandai buat pantun 4 kerat. kek pun comelll

Ibu Ilyanie(s) said...

pandai kakak buat birthday card utk mama dia... :D

Jueliza Jamani said...

comel la anak dara tu..

ZULHILMI TEMPOYAK said...

Happy belated birthday..!! hehehe.. nice2...

penyayang tgok husben. hehehe..

Blog Akak Kembang said...

Anak bapak pandai buat seprise ... btw Happy Birthday Lya. Moga panjang umur & murah rezeki.

AMIIZAA said...

salams Lya,

happy belated birthday utk Lya, semoga dimurahkan rezki, dikurniakan kesihatan yg baik dan gembira bersama famili tersayang:)

PS: Tolong kiss utk fasha yg cute:):)

Mas Zull said...

assalamualaikum lya...tahniah2 n selamat belated besday yer...:)

** Mama Maszull

Zie Azi said...

kalu anak yg tulis by hand writing dia, seburuk mana pun ttap mencuit hati, akan simpan sampai bila2 kan..

CikNaa said...

rezeki lya tau dapat suami suami sweet, anak yang menghargai.. seronoknya! kita pulak rasa sebak masa tengok video lya tu.. huhu. moga panjang umur murah rezeki ye lya..

sorry ciknaa lama xmenyinggah blog ni.bz nye lahai.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

HB Dear, Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan happy disamping keluarga tercinta ...amin

Wa said...

Alhamdulillah...untungnya ada suami yang sporting :) Heppy Besday Siss..

shahdiana said...

happy bezday dear...semoga panjang umur & murah rezeki alwizz...semoga berjaya dunia akhirat...bahagia bersama keluarga tercinta... :d

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed said...

Papa n fasya sama2 sweeettt...yg penting mama happy kann..tumpang gembira utk Lya..=)

hainom OKje said...

Happy Bezday Lya..... moga Allah kurniakan kesihatan yg baik dan umur yg berkat buat Lya. Aduhhhh ...janganlah cakap mcm tu Lya, hakak tacing tau!! Bersangka baik ajelah dengan Allah ye...

Seonoknya ada surprise.... tp mesti malu malu kan haha

Nina Mads said...

happy belated birthday lya!! semoga panjang umur, murah rezeki dan kuat melawan penyakit.. semua tu dugaan ya.

tacing baca entri ni.. semoga bahagia bersama keluarga tersayang

Nina Mads said...

bila lah nina dpt kek bunga api mcm tu hahah teringin betul lya ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)